“
DAH cukup. Kita kat
luar sekolah dah
nie.” Ciel melepaskan pelukan
di lengan Sebastian.
“ Thank Ciel. Sebab kau, aku
terlepas dari Elizabeth. Tapi kau
memang cantik bila
jadi perempuan sampai
hati aku sendiri
berdegup kencang sebab
kau.” Sebastian menggaru kepalanya
sambil tunduk.
“ Woi, kau dah
gila ke? Aku nie lelaki.
Kawan baik kau. Aku
sendiri naik fed
up
bila bercakap dengan
perempuan tu,” ujar Ciel.
Ciel
mencabut rambut palsu
di kepalanya. Dia menarik
nafas lega. Kepalanya sudah
bebas untuk bernafas. Dia
sendiri naik sesak
dengan rambut palsu
yang dipakainya itu. Nasib
baik sudah tamat
lakonannya.
“ Sebastian, jumpa lagi. Aku
kena jumpa member aku
malam nie. Bye.” Ciel terus meninggalkan
Sebastian.
“ Kan baik
kau nie perempuan
terus. Aku sendiri akan
buat kau jadi
milik aku.” Sebastian berbisik
perlahan.
CIEL menunggu
di tempat biasa
di mana dia
selalu berjumpa dengan
anak buahnya. Dia membuka
roti yang dibelinya
tadi. ‘ Tak makan malam
lagi aku nie.’ Dia
memang selalu skip
makan malamnya. Dia mengunyah
roti itu. ‘ Mana budak-budak
nie? Lambat pulak malam
nie.’ Setelah makan, dia berasa
mengantuk. Dia membuat
keputusan untuk tidur
seketika.
Namun tidak
berapa minit kemudian, terasa ada
sesuatu yang menyentuh
pipinya. Dia terus membuka matanya. Dia
terkejut apabila ada
seorang budak lelaki
cuba menciumnya. Dia tidak
menunggu lama terus
menghadiahkan tumbukan ke
muka budak lelaki
itu.
“ Apa yang
kau nak buat, hah?” soal Ciel
dengan pandangan tajam.
“ Hebatlah chick.
Melawan,” ujar rakan budak lelaki
itu.
“ Apa? Siapa yang
kau panggil chick tu, hah?” Ciel terus
menekam dan menedang
tepat ke perut
rakan budak lelaki
itu.
“ Ciel, Ciel. Jumpa kau
je asyik belasah
orang je.” Vincent muncul
dengan anak buahnya.
“ La, dah ada boyfriend ke?” Budak
lelaki itu bersuara
lemah.
“ Apa?” Ciel bertambah
geram tetapi Vincent
memeluk menghalang Ciel
dari terus membelasah
budak lelaki itu.
“ Wow, untuk pengetahuan
korang, aku bukan boyfriend dia. Aku
anak buah dia. Dia
ketua kumpulan kitaorang. Dan dia
nie lelaki.” Vincent memberi
penerangan.
“ Hah? Lelaki?” Kedua-dua budak
lelaki itu terkejut.
“ Kenapa tak
percaya ke?” soal Ciel.
“ Dah tahu tu, blah
ar. Aku tak akan
halang dia dari
belasah korang lagi.” Ucapan
dari Vincent itu
membuatkan mereka berdua
berlari lintang pukang.
“ Okey, semua dah ada
kat sini?” soal Ciel.
“ Yup,” jawab Vincent.
“ Okey, malam nie kita
akan siasat tempat
yang member kita kena
belasah semalam,” ujar Ciel.
Ciel
menunggu respon dari anak
buahnya tetapi tiada
seorang pun membalasnya. Dia pelik. Biasanya anak
buahnya akan bising.
“ Kenapa dengan
korang nie?”
“ Mereka takut
sikit malam nie. Ada
kes bunuh kat
sekitar tempat tu. Semua mangsa perempuan
cantik,” terang Vincent.
“ Semua? Maksud ramai
ar kena bunuh?” soal
Ciel
“
Hmm… Kau nie tak tengok
berita ke?” soal Vincent
pula.
“ Tak. Aku memang
tak suka tengok
berita.” Ciel tersengih.
“ Setakat nie, 5
orang perempuan cantik
kena bunuh. Dorang pun famous
kat sekolah dorang.”
“ Pembunuh itu
dah kena tangkap
tak?” soal Ciel.
“ Tak, pembunuh itu
tak dapat dikesan
langsung. Dalam berita itu, badan
mereka macam kering. Tak
ada darah langsung. Satu lagi, ada
luka kat leher
dorang,” ujar Vincent.
“ Ada rumor yang
mengatakan nie semua
kerja vampire,” ujar James pula.
“ Vampire? Korang nie nak buat lawak
nie?” Ciel ketawa.
“ Kita tak
boleh abaikan andaian
tu. Semua nie ada
kaitan dengan geng
yang duduk di
dalam pondok terbiar
itu,” ucap James.
“ Aku tahu
semua target mereka setakat
nie perempuan cantik. Tapi
takut jugak nak
pergi dekat tempat
tu,” ujar Vincent pula.
“ Nie ke
lelaki yang aku
kenal? Takut dengan rumor yang
mengarut tu? Nak belasah
korang semua sampai
sedar ke?” soal Ciel
geram.
“ Jadi, Ciel, kami semua
nak suruh korang
buat sesuatu.” Semua anak
buahnya tunduk menyembahnya.
“ Nie soal
hidup mati.”
“ Aku akan
biar kau belasah
kitaorang.”
Ciel
pelik dengan kelakuan
anak buahnya. “ Kenapa aku
rasa macam tak
sedap hati je
nie? Vincent, kenapa dengan dorang
semua nie?”
“ Entah.” Vincent mengangkat
bahunya. “ Kalau macam tu, biar
kita berdua je ar yang hunt
vampire tu?”
“ Are you kidding
me?” Ciel memandang tajam
ke arah Vincent.
“ Sebenarnya, ada cara
lain,” ujar James.
“ Kalau guna
cara tu, kami boleh
tolong sama.” Mickel.
“ Apa caranya?” soal Ciel.
“ Yang tu…” Vincent
teragak-agak untuk memberitahunya.
“ Apa? Cakaplah.”
“ Kau kena
menyamar jadi perempuan
dan jadi umpan. Dengan
cara tu, kitaorang rasa
lebih selamat,” pintas James.
“ Hah?” Ciel terkejut.
“ Lagipun kau
mesti nampak cantik
bila kau pakai rambut
panjang,” sambung James lagi.
“ Yelah. Kitaorang memang
dah lama nak
tengok Ciel jadi
perempuan. Mesti cantik,”
sambung yang lain.
“ Korang semua
nie…” Ciel mengenggam tangannya. “ Memang nak
minta aku belasah
korang.”
Vincent memeluk
Ciel dari belakang
menghalang Ciel mengamuk. “ Sabar, Ciel. Jangan bazirkan
tenaga kau kat
sini. Ada orang lain
yang patut kau
belasah sekarang.”
“ Jadi korang
suruh aku menyamar
jadi perempuan? Petang tadi, aku
dah buat.” Ciel terlepas
cakap.
“ Hah? Petang tadi?” Vincent memandang
pelik ke arah Ciel.
“ Eh, tak ada
apa-apalah.” Ciel tersengih.
“ Ciel, kau tak
percaya dengan cerita
vampire tu kan?
Kau pun
memang tak boleh
menyamar jadi perempuan. Nyawa kitaorang
semua di tangan
kau.” James dan anak
buah yang lain
sudah buat muka
pasrah.
“ Kalau macam
tu, memang tak ada
pilihan lainlah. Kita memang
tak boleh buat
apa-apa lagi.” Vincent pun
buat suara pasrah.
Ciel
mengeluh. “ Yelah, yelah. Aku
akan menyamar jadi
perempuan. Korang akan ikut
aku kan?”
Mereka semua
berpaling ke arah
Ciel. “ Betul ke nie, Ciel?”
Ciel
mengeluarkan rambut palsu
yang dipakainya tadi. “ So,
aku cuma
perlu pakai rambut
palsu nie je
kan?” Terus dia memakainya.
Semua anak
buahnya tersengih semacam. “ Wah, cantiknya kau, Ciel! Memang cantik.”
“ So, jom kita pergi.” Ciel
memandang Vincent yang
kelihatan berada di
alam lain ketika
memandangnya. Dia menumbuk Vincent. “ Dah, bangun. Jangan nak
berangan kat sini. Aku
nie lelaki. Ke kau
nak aku panggil
kau homo?”
Mereka pun
bergerak mendekat kawasan
yang dikatakan. “ Inilah tempatnya, Ciel.”
“ Pondok tu
tak nampak ada
cahaya langsung. Macam tak
ada orang kat
dalam tu,” ucap Ciel. “ Kalau
macam tu, jom kita check
apa yang ada
dalam pondok tu.”
Tiba-tiba muncul
dua orang lelaki
entah dari mana
menghalang kumpulan mereka
dari bergerak mendekati
pondok itu. “ Kami takkan
benarkan.”
“ Kalau korang
pilih untuk tinggalkan
tempat nie, kami tak
akan apa-apakan korang
semua,” ujar lelaki yang
kedua pula.
“ Tempat nie
tempat awan. Bukannya hak
milik korang.” Ciel berkata
dengan keras.
Kedua-dua mereka
itu terkejut. “ Perempuan?”
Ciel
yang sudah geram
bertambah geram apabila
kedua-dua lelaki itu
memanggilnya perempuan. Dia terus
terkam ke arah
lelaki itu dan
menendang kepala lelaki
itu namun lelaki
itu sedikit pun
jatuh ke tanah
apatah lagi mengelip
matanya.
“ Hebat jugak
kau nie. Tak padan
dengan perempuan,” ujar lelaki
itu sambil tersengih.
“ Apa?” Ciel mengenggam
tangannya.
“ Kami berdua
akan menjadi lawan
korang semua. Serang.”
“ Tak guna. Korang
tu cuma berdua. Jangan pandang
rendah dengan kami. Guys serang
dorang,” arah Ciel.
Akan
tetapi anak buah
Ciel dibelasah teruk
oleh mereka berdua. Ciel
dan Vincent terkejut
melihat anak buah
mereka begitu. Mereka berdua
amat kuat.
“ Ciel, kalau macam
nie, kita semua akan
kena belasah. Biar aku alih perhatian
mereka, kau cuba lari,” ujar
Vincent.
Ciel
memandang ke arah
pondok itu. Selepas itu, dia
menerkam salah seorang
lelaki itu lalu
menendang kepalanya dari
belakang. “ Apa sebenarnya mereka
nie? Aku pukul kat
kepala pun tak
kelip mata.”
Dia
menyerang Ciel. Ciel mengelak. Kemudian kepala
lelaki itu dipukul
oleh Vincent dengan
kayu. Vincent memukul mereka
berdua berkali-kali. Ciel mengambil
kesempatan untuk lari
ke pondok itu.
Vincent yang
sudah memukul kedua-dua
lelaki itu menjadi
hairan. Kedua lelaki itu langsung tidak
menjadi lemah walaupun
dipukul berkali-kali. ‘
Mereka nie bukan human ke?’
“ Kau dah
selesai ke pukul
kitaorang nie?” soal lelaki
itu.
Vincent dibelasah
teruk oleh mereka
berdua. “ Ciel, lari sejauh mungkin.”
“ Kau, pergi tangkap
perempuan itu.”
No comments:
Post a Comment