CIEL berjalan
lemah ke sekolahnya. Dia pening
memikirkan keadaan dirinya
sekarang. Dia sendiri tidak
faham apa yang
sedang berlaku. Sesampai di
sekolah, dia terpandang akan
anak buahnya yang
sedang duduk berkumpul
di bawah pokok. Dia
berjalan terus ke
pokok itu namun dia
tidak menegur mereka
semua.
“ Woi, Ciel. Nasib baik
kau tak apa-apa. Tengok aku
dan yang lain. Berbalut sana-sini.” Vincent menegur
sambil memegang bahu
Ciel.
Ciel
mengelak dari disentuh
oleh Vincent. Vincent terkejut
dengan perlakuan Ciel.
“ Kenapa? Sakit ke
bahu kau aku
pegang? Mereka pukul kau
kat bahu ke?” soal
Vincent dengan nada
risau.
“ Erm…Taklah. Aku okey je.” Ciel
menjawab dengan teragak-agak.
“ Jadi kau
dapat escape dengan selamat
ar semalam?”
“ Yeah, I’m lucky.” Ciel
tersengih-sengih.
Ciel
memandang Vincent. Dia bersalah
serba salah. Namun dia
tidak memberitahu perkara
yang sebenarnya. Part
dia digigit oleh
vampire, dia boleh tahan
lagi. Part yang
dia sudah bertukar
jantina dari lelaki
ke perempuan merupakan
satu perkara yang amat tidak
masuk akal. Tetapi perkara
yang amat tidak
masuk akal itulah
yang menimpanya sekarang. Dia
tidak tahu pada
siapa yang dia
boleh merujuk perkara
ini.
“ Tangan kau…” Ciel
memandang tangan Vincent
yang berbalut itu.
“ Aku okey je. Tapi
anak buah kita
yang lain, adalah dalam
4 ke 5
orang yang masih
ada kat hospital
lagi,” ujar Vincent.
“ Aku lebih
rela masuk hospital
dari ….” ‘ bertukar jadi
perempuan.’
“ Apa?” Vincent bertanya
kerana dia kurang
dengar apa yang
Ciel cuba katakan.
“ Eh, tak ada
apa-apalah. Aku nak ke
tandaslah.” Ciel berlari meninggalkan
Vincent yang kelihatan
terpinga-pinga dengan kelakuan
ketuanya.
“ Something’s different with
him today.” Vincent dapat
merasakan satu perubahan yang
sedang berlaku pada
Ciel.
Ciel
berlari masuk ke
dalam tandas lelaki. Dia
terus terkejut sambil
menjerit kuat. Beberapa
pelajar lelaki sedang
membuat urusan terkejut
sambil lintang pukang
membaiki kedudukkan seluar
masing-masing dan memandang
ke arah Ciel.
Ciel
tersedar akan gelagatnya. Dia sendiri
pelik. ‘ Kenapa aku menjerit
pulak nie? Aku kan
memang dah selalu
tengok scene nie.’
“ Eh, perempuanlah. Kenapa dia
boleh masuk ke
sini?” soal seseorang dalam
kalangan pelajar lelaki
itu.
“ Apa yang
korang cakapkan nie?” ‘Macam
mana dorang boleh
tau pulak nie?’
“ Woi, siapa yang
korang cakapkan perempuan
nie, hah?” Vincent menarik kolar baju
pelajar yang berkata-kata
itu.
“ Vincent…” Ciel sendiri
terkejut dengan kehadiran
Vincent.
“ Korang tak
tahu ke yang
korang panggil perempuan
itu siapa? Itu Ciel
Weller. Ketua kumpulan Maxwell,” ujar Vincent.
Pelajar-pelajar yang
mendengar sudah ketakutan. Mereka tahu
pantang ketua kumpulan
itu. Jangan panggil ketua
kumpulan itu perempuan. Itu menempah
maut namanya.
“ Sorry..Sorry. Aku tak perasan
yang itu Ciel.” Pelajar itu
memohon maaf lalu
berlari keluar dari
tandas diikuti pelajar-pelajar lain.
“ Kau cakap
kau ada kerja
yang nak diuruskan?” soal Ciel
gugup.
“ Memang pun,” jawab
Vincent dengan selamba
memandang ke arah
Ciel.
‘ Kenapa dia
pandang aku semacam
je? Dia perasan ke
badan aku dah
berubah?’ Ciel turut memandang
ke arah Vincent
yang nampak meng ‘scan’
nya.
“ Alamak. Aku dah
tak tahan. Aku masuk
dulu.” Ciel berlari ke
arah tandas lalu
mengunci pintu.
Dia
terduduk di dalam tandas
itu. ‘ Tak mungkin aku
bertukar dalam perempuan. Biar aku
tengok balik. Aku tak
bertukar jadi perempuan
tu. Itu cuma halusinasi
aku je.’ Dia membuka
seluar dan meng ‘check’
jantinanya. Dia memakai balik
seluar lalu terduduk
kembali. ‘ Memang aku dah
bertukar jadi perempuan.’
Ciel
keluar dari tandas. Vincent masih
di situ. Dia membasuh
tangannya. Ciel cuma buat
tak tahu pada
Vincent. Dia melangkah keluar
dari tandas. Akan tetapi
Vincent bertindak menarik
lengan Ciel. Langkah Ciel
terhenti lalu dia
berpaling ke arah
Vincent yang kelihatan
serius memandangnya.
“ Aku nampak
kau macam dah
berubah.” Ucapan dari mulut
Vicent membuatkan tubuh
Ciel sedikit gementar.
“ Apa maksud
kau?” ‘Crap, dia perasan
ke?’ Ciel sudah berpeluh
dingin. Wajahnya sudah berubah
riak. Dia menjadi bimbang.
“ Kenapa kau
buat muka macam
tu? Kau dah berubah jadi perempuan ke
semalam? Hari nie, aura kau
nampak lain lagi
nie. Aura feminim.” Vincent mendekati
Ciel dan memeluk
bahu Ciel.
Wajah Ciel
menjadi merah apabila
mendengar perkataan feminim. Darahnya sudah
mendidih. Dia menarik baju
Vincent dan membuat
lontaran. Vincent menjerit kesakitan. Belum sempat
dia berdiri, kolar bajunya
sudah ditarik oleh
Ciel.
“ Kau memang
dah lama nak
mati ye?” soal Ciel
dengan garang.
Vincent terkejut. ‘Hish, dia tak
berubah sikit pun. Tetap
sama macam dulu. Mata
aku menipu pagi
tadi.’ “ Go easy on me. Aku
cuma bergurau. Aku tengah
cedera sekarang nie. Kesiankanlah aku
nie.” Vincent menjadi pening.
“ Kalau kau
berani cakap macam
tu lagi, be prepared to
see the hell.” Ciel melepaskan
kolar baju Vincent. Dia
berlalu keluar dari
tandas. ‘ This is bad.
Orang lain dah start
perasan perubahan aku. Macam
mana nie?’
“ Apa aku
nak kisah? Aku memang
selalu dianggap sebagai
perempuan. Hanya ada satu
benda yang aku
kena buat sekarang.”
“
KENAPA kamu pakai
penutup mulut tu, Ciel?” soal Encik
Julian selaku guru
kelasnya.
Ciel
memandang gurunya sambil
menjawab, “ Hari nie, saya sakit
tekak. Jadi saya pakai
penutup mulut nie
supaya tak ada
ar orang lain
yang akan berjangkit dengan
sakit saya nie.” Kemudian dia
buat terbatuk-batuk.
Kelas pun
bermula. Ciel langsung tidak
memberikan tumpuannya kepada
apa yang diajar sekarang. Dia mengingati
kejadian yang terjadi
semalam. Vincent tidak tahu
apa yang telah
terjadi di dalam
pondok itu. Kalau tidak, Vincentlah orang
pertama yang akan
bising tentang kejadian
itu.
Semuanya tidak
masuk akal apabila
difikirkan balik. Yang paling
tidak masuk akal, dia
telah digigit dan
hampir mati. Kemudian, dia bermimpi
tentang seorang bayi
yang baru dilahirkan. Dia tidak
nampak siapa yang
memegang bayi itu
tetapi dia nampak
bayi itu dipeluk
dan dicium. Dia menjadi
pening apabila memikirkan
tentang perkara ini.
Dia
melontarkan pandangannya ke
luar tingkap. Kawasan sekolah
itu kelihatan seperti
biasa. Sama seperti hari-hari
yang lalu. Tiba-tiba matanya
tertangkap kelibat seseorang
yang sedang berdiri
memandang ke arahnya. Dia
turut memandang sama.
Mata
Ciel terbeliak apabila
menyedari kehadiran lelaki
itu. “ Tu lelaki semalam. Apa…” Dia
tidak sedar suaranya
sudah kuat menyebabkan
semua pelajar dalam
kelas itu menoleh
kepadanya.
“ Kenapa, Ciel?” soal Encik
Julian.
“ Ada orang
gila tengah pandang
saya kat bawah
pokok sana.” Dia berkata
sambil menunjuk tempat
di mana lelaki
itu berdiri tadi.
Semua memandang
ke tempat yang
ditunjukkan. Akan tetapi tiada
sesiapa pun yang
berada di situ. Ciel
pelik. Dia pasti yang
lelaki itu berada
di situ tadi.
“ Ini tingkat
tiga, Ciel. Awak dah tidur
dan bermimpi dalam
kelas saya. Sudah, ikut apa
yang saya ajar. Jangan
nak berangan lagi.” Encik
Julian menyambung kembali
proses pembelajaran yang
tergendala tadi.
Ciel
memandang bukunya. Dia pasti
itulah lelaki semalam
yang telah mengigit
lehernya dan meminum
darahnya. Dia tidak hilang
ingatan lagi tentang
wajah lelaki itu. Memang
lelaki itu. Lelaki yang
dipanggil Alsiel semalam.
Waktu sekolah
berlalu dengan pantas. Tiada
apa-apa yang pelik
telah berlaku kecuali
kemunculan lelaki Alsiel
itu ketika waktu
pertama pembelajaran. Ciel berjalan
pulang keluar dari
kawasan sekolah. Tiba-tiba dia
terasa ingin berpaling
ke bumbung sekolah. Dia
pun berpaling. Dia perasan
akan kelibat seseorang
di atas bumbung
itu.
‘ It’s him.’ Ciel berlari
masuk kembali ke
dalam sekolah. Dia bergegas
naik ke bumbung. Dia
mahu berjumpa dengan
Alsiel itu. Sesampai di
bumbung sekolah, Alsiel sedang berdiri
seakan-akan sedang menunggu
akan kehadirannya di
situ.
“ Raksasa. Kau dah
sembuh lepas minum
darah aku ye. Kau
akan bayar semuanya.” Ciel bergerak
meluru ke arah Alsiel.
Namun, dia disekat
oleh sekumpulan lelaki. Langkahnya terhenti. Wajah-wajah lelaki
yang menyekatnya kelihatan
dingin sekali. Seperti patung-patung
yang dikawal. Dia memberanikan
diri.
“ Siapa korang
nie? Tepilah, aku ada hal
nak diuruskan dengan
mamat kat belakang
korang tu.”
“ Kalau kau
nak jumpa aku, cuba
kalahkan mereka dulu.” Alsiel
tiba-tiba bersuara.
“ Apa? Kau…” Ciel cuba
berlari menuju ke
arah Alsiel tetapi
tubuhnya ditolak menyebabkan
dia terdorong ke
belakang.
“ Tepi. Korang nie
siapa nie, hah?” Ciel bersuara
kasar.
“ Kan aku dah
cakap, kalahkan mereka, baru
kau boleh jumpa dengan aku.” Alsiel berkata lagi.
“ Aku tak
nak belasah korang
semua. Jadi, baik korang ke
tepi.” Ciel berkata pula. ‘ Something’s weird. Mereka macam zombie.’
Salah seorang
dari lelaki itu
telah menyerang Ciel. Dia
bertindak mempertahankan dirinya. Dia
melepaskan tumbukan kepada
lelaki itu. Lelaki itu
tersungkur jauh ke
belakang. Ciel sendiri terkejut
dengan kekuatannya. Dia langsung
tidak menyangka akan
keadaan itu. Alsiel yang
melihat kejadian itu
kelihatan terangguk-angguk. Ciel pun
membelasah kesemua lelaki
itu.
Ciel
bergerak mendekati Alsiel. Dalam fikirannya, dia sudah
bersedia untuk menumpaskan
Alsiel. Akan tetapi dia
mahukan penjelasan tentang
kejadian semalam.
“ Kau ke
yang aku gigit
dan hisap darah
semalam?” soal Alsiel.
“ Memang aku
orangnya. Dan kerana kau
jugaklah, aku hidup balik
selepas mati,” ujar Ciel
dengan kasar.
“ That’s weird. You are
a girl last
night.” Gray berkata pula.
“ Semalam aku
menyamar jadi perempuan. Aku pakai
rambut palsu.” Ciel mula
bersuara normal.
“ Untuk apa?” Alsiel
bertanya.
“ Erk…erk….Wait… Kenapa
aku kena bagitahu
semua itu pada
kau? Kau yang bunuh
aku semalam. Sepatutnya sekarang, kau
merayu minta maaf
dengan aku bukannya
siasat apa yang
aku dah buat.” Ciel menjadi
marah semula dan
cuba menyerang Alsiel.
Alsiel dengan
mudahnya menepis serangan
dari Ciel. Dia menarik
lengan Ciel dan
memandang Ciel. Ciel mula
rasa tidak selesa
dengan keadaan sekarang.
“ Maaflah. Kau kena
membuktikan yang kau
adalah orang yang
sama last night,” ujar Alsiel.
“ Apa?” Ciel pelik. Kemudian dia
terasa ada sebilah
pisau terbenam di
belakang. Dia mengaduh kesakitan. ‘Lelaki nie
tikam aku.’ Selepas itu, matanya
terus tertutup rapat.
Tubuh Ciel
yang tersungkur itu
dicempung oleh Alsiel. Dia
memandang ke arah
lelaki-lelaki yang dibelasah
oleh Ciel itu.
“ Lupakan apa
yang berlaku di
sini.” Selesai urusan itu, dia
membawa Ciel turun
dari bumbung sekolah
itu.
Kelihatan sudah
ada sebuah kereta
yang sedang menunggu
mereka berdua. Alsiel meletakkan Ciel
di tempat duduk
belakang. Dia masuk dan
duduk bersebelahan dengan Ciel.
“ Tuan Alsiel, dia
kelihatan macam sakit. Perlukah saya panggilkan doktor?” soal
bulter Alsiel, Shawn.
“ Tak perlu. Kita
cuma perlu tunggu
saje. Kalau betul, dia orang
yang sama semalam, dia
tidak perlukan doktor.”
“ Baiklah, Tuan Alsiel.” Shawn menunduk
hormat.
SHAWN berdiri
di penjuru katil
di mana Ciel
sedang kelihatan lena. Dia
telah diarahkan oleh Alsiel untuk
memerhatikan Ciel. Wajah Ciel
sudah tidak kelihatan
seperti dia dalam
kesakitan lagi. Jadi memang
benarlah tekaan Alsiel
yang Ciel adalah
orang yang sama
semalam.
Alsiel masuk
ke dalam bilik
itu. Dia mendekati bulternya. “ How is he?”
“ Saya dah
lakukan minor treatment. The
bleeding is stop. Kesan dari
tusukan pisau tadi
pun sudah mula
menghilang,” jelas Shawn.
“ Jadi memang
benarlah dia orangnya,” ujar Alsiel.
“ I believe so. Kalau
dia bukan orang
yang kita cari
tu, sekarang nie mungkin
dia sudah mati
akibat pendarahan yang
banyak tadi. Tapi semasa
saya merawat dia
tadi, ada sesuatu yang
pelik terhadapnya.”
“ Weird?”
“ Dadanya dibalut
dengan kain,” ujar Shawn.
Alsiel menjadi
pelik. Dia menarik selimut
untuk melihat keadaan
yang dikatakan oleh Shawn
itu. ‘ Kenapa dia balut
dada dia?’
No comments:
Post a Comment