Sunday, December 19, 2010

Sedingin kasih47


“ ASSALAMUALAIKUM.” Ada  seseorang  memberi  salam.
            “ Waalaikumussalam,” jawab  Yuri. Dia  tahu  milik  siapa  suara  itu.
            “ Sayang  sihat? Abang  risaulah,” ucap  Hakkai  selamba.
            Merah  merona  wajah  Yuri. Dia  malu. Dari  hari  dia  dimasukkan  ke  hospital  lagi, Hakkai  menggunakan  perkataan  sayang  untuk  dirinya. Tiba-tiba  dia  merasakan  Hakkai  memeluk  dan  mencium  pipinya. Pinggangnya  dipeluk  dengan  erat  sekali.
            “ Awak….”
            “ Abang, sayang. Panggillah  abang,” pintas  Hakkai.
            “ Aaa…”
            “ Susah  sangat  ke  nak  sebut  perkataan  abang tu. Biar  abang  yang  ajar,” ujar  Hakkai. “ Sekarang  ni, sebut  a…bang. Hah  kan  senang  aje.”
            “ Aaa..”
            “ Kalau  sayang  tak  sebut, abang  akan  peluk  sayang  kuat-kuat.” Hakkai  mengeratkan  lagi  pautannya  di  pinggang  Yuri.
            “ Sakitlah, abang,” ucap  Yuri  dengan  pantas  sambil  menahan  sakit.
            “ Hah! Sayang  panggil  abang, abang. Sejuk  rasanya  telinga  ni  mendengarnya,” ucap  Hakkai. Dia  ketawa  sambil  melepaskan  pelukan  itu.
            Yuri  menahan malu. Dia  ingin  mengenakan  lelaki  itu, akhirnya  dia  juga  yang  terkena. Tentu  suaminya  itu  sudah  ke  bilik  air.  Dia  menyambung  kembali  lamunan  yang  terputus  tadi.
            “ Sayang, jom  turun. Ada  sesuatu  yang  ayah  nak  bincangkan,” ujar  Hakkai.
            Yuri  menurut  sahaja. Sampai  di  tangga, dia  kelihatan  sedikit  teragak-agak  untuk  melangkah. Hakkai  yang  menyedari  keadaan  itu  terus  mencempung  tubuh  Yuri  menuruni  tangga. Yuri  ingin  meronta  tetapi  bila  diingatkan  dia  berada  di  tangga, dia  mendiamkan  diri. Kalau  tidak, dia  akan  jatuh  bergolek  bersama  Hakkai. Tak  pasal-pasal  kena  masuk  hospital  lagi. Lagipun  sejak  akhir-akhir  ini, Hakkai  tidak  dapat  dijangka  perangainya.
            Dia  kembali  berdiri  setelah  menuruni  tangga. Pinggangnya  dipeluk  erat. Dia  mengikut  langkah  Hakkai  berjalan. Selepas  itu, Hakkai  menyuruhnya  duduk.
            “ Ayah  bercadang  nak  buat  kenduri  doa  selamat  untuk  Yuri  kerana  ALLAH  masih  beri  nafas  di  dunia  ni,” ucap  Tuan  Ahmad.
            “ Saya  ikut  je, ayah. Lagipun  Kai  ada   fikirkan  pasal  perkara  ni,” ujar  Hakkai.
            Sayu  Yuri  mendengar. Dia  amat  bersyukur  dengan  kurniaan  ALLAH  kepadanya. Perbincangan  ini  membuatkan  hatinya  sebak. air  matanya  menitis  laju. Dia  cuma  menundukkan  kepalanya.
            Hakkai  terasa  tangannya  basah. Dia  memandang  tangannya. Ada  setitis  air  mata  di  atasnya. Dari  mana  pulak  air  ni  datang? Soal  hatinya. Lantas  dia  memandang  Yuri  yang  sedang  diam. Dia  mengangkat  dagu  Yuri. Ada  lelehan  air  mata  di  pipi  isterinya. Dia  memandang  Tuan  Ahmad  yang  kehairanan  itu.
            “ Jangan  menangis  Yuri. Kan  tak  baik  untuk  mata  Yuri,” tegur  Tuan  Ahmad.
            Perlahan-lahan  Yuri  mengangkat  mukanya. Dia  tersenyum  melihat  Tuan  Ahmad. Dia  mengangguk  perlahan. Selepas  perbincangan  itu  selesai, Hakkai  membawanya  naik  ke  bilik. Yuri  cuma  diam.
            “ Awak…”
            “ Sayang, ni  abang  tau.” Hakkai  membetulkan  panggilannya.
            “ A….Bang, esok  kita  ke  rumah  Hurin, boleh? Dah  dekat  seminggu  saya  tak  keluar  mana-mana. Lagipun  saya  rindukan  si  Hurin  tu,” ujar  Yuri  meminta  izin.
            Lama  Hakkai  terdiam. Dia  cuma  melihat  kegelisahan  yang  menyelubungi  Yuri  sahaja. Sebenarnya  dia  pun  rindukan  Hurin  itu. Selalu  juga  dia  menelefon  anak  kecil  itu  bertanya  akan  khabarnya  anak  itu. Bersama  Hurin, seperti  dia  menjadi  seorang  ayah.
            “ Boleh  tak?” Suara  itu  bertanya  lagi.
            Hakkai  ketawa  dalam  hati. Dia  mahu  mengusik  Yuri. Suara  itu  lembut  sahaja. Begitu  menggoda.
            “ Awak.”
            “ Kalau  sayang  panggil  abang  macam  tu  lagi, abang  tak  akan  bawa,” ugut  Hakkai.
            “ Janganlah  buat  macam  ni,” ucap  Yuri. Dia  sudah  mahu  menangis.
            “ Cepat  panggil  abang. Kalau  tak  abang  akan  peluk  sayang  kuat-kuat.” Pantas  dia  memaut  pinggang  Yuri  dengan  erat  sekali.
            Lelaki  ni? Kenapa  dengan  dia  ni? Asyik  nak  peluk  orang  je, omel  Yuri  di  dalam  hati. Dia  terasa  pinggangnya  hampir  patah  dek  pelukan  si  suami.
            “ Sakitlah, abang. Abang  ingat  Hanun  ni  apa? Batang  kayu  ke? Boleh  peluk  kuat-kuat,” soal  Yuri  geram.
            Selepas  dia  meluahkan  rasa  geramnya, dia  tergaman  seketika. Bukan  apa, dia  berasa  sangat  pelik, betapa  lancarnya  dirinya  memanggil  Hakkai  dengan  panggilan  abang  dan  juga  dia  membahasakan  dirinya  sebagai  Hanun. Kedengaran  suara  Hakkai  ketawa. Hakkai  sudah  meleraikan  pelukan  itu  tetapi  tangannya  masih  melingkari  pinggang  si  isteri.
            Pipi  Yuri  dicium  oleh  Hakkai. Merah  mukanya  menahan  malu. Hakkai  bertambah  geram  dengan  pipi  Yuri  yang  merah. Blushing. Semula  jadi  tu.
            “ I  love  you, my  dear.” Bisikan  romantis  Hakkai  menggetarkan  naluri  kewanitaan  Yuri.
            Biarpun  dia  tidak  dapat  melihat  wajah  Hakkai  dengan  matanya  namun  dia  dapat  melihat  dengan  mata  hati. Dia  tahu  yang  Hakkai  benar-benar  memaksudkan  bicara  itu.
            

Tuesday, December 7, 2010

Sedingin kasih46


IZZAT  pelik  melihat  Hakkai  berperangai  pelik  hari ini. Sejak  tadi  Hakkai  senyum  sendirian. Entah  apa  yang  difikirkan  oleh  lelaki  itu.
            “ Hoi, kenapa  dengan  kau  ni  hah? Khayal  je,” soal  Izzat  mengejutkan  Hakkai  dari  lamunannya.
            “ Kenapa?” soal  Hakkai  kembali. Dia  marah  apabila  disapa  sebegitu.
            “ Habis, aku  yang  kat  depan  kau  ni  dah  macam  orang  bodoh, tau,” ucap  Izzat. “ Kenapa  aku  tengok  kau  ni  happy  semacam  je? Muka  kau  tu  macam  orang  baru  lepas  honeymoon  aje.”
            Hakkai  ketawa. “ Macam  mana  kalau  aku  cakap  ya?”
            “ Kau  biar  betul, Kai?” Terbeliak  mata  Izzat  memandangnya.
            “ Kau  pun  tahu  macam  mana  aku  dengan  dia  berkahwin. Aku  tak  pernah  pun  sentuh  dia. Sehelai rambut  dia  pun  aku  tak  pernah  tengok.”
            “ Maksud  kau, kau  tak  pernah  makan  dia?”
            Hakkai  mengangguk.
            “ Hisy, hebat  betul  kau  tahan  nafsu  kau  ye. Kalau  akulah, satu  hari  duduk  dalam  bilik  dengan  bini  aku  nanti, terus  je  aku  makan.”
            “ Tu  kau  ni  aku. Lain.”
            Izzat  pula  yang  ketawa. “ Jadi  semalam  kau…”
            Hakkai  tersenyum  pula. Izzat  ketawa  dengan  lebih  kuat. Sehinggakan  pelanggan  di  kedai  itu  menoleh  ke  arah  mereka  berdua. Izzat  yang  perasan  dengan  keadaan  itu  berhenti  ketawa.
            “ Kau  pula  macam  mana?”
            “ Aku? Entahlah  beb, mak  aku  kat  kampung  tu  dah  mula  bising  suruh  aku  kahwin. Sampai  dia  sanggup  carikan  calon  isteri  untuk  aku.”
            “ Habis  tu, terima  jelah.”
            “ Hisy, tak  nak  aku. Aku  pun  ada  citarasa  aku  sendiri.”
            “ Takkanlah  kau  tak  ada  calon  lagi? Kau  kan  expert  tentang  perempuan. Mengalahkan  aku.”
            “ Kau  ni  perempuan  tu  aku  main-main  je. Nak  tengok  perangai  mereka.”


YURI  menjadi  malu  apabila  terkenang  peristiwa  malam  tadi. Tidak  pernah  dia  berasa  sebegitu  bahagia  dalam  dakapan  sang  suami. Bagaikan  terniang-niang  di  telinganya  bisikan  romantis  dari  bibir  Hakkai. Hakkai  benar-benar  membuatkan  dirinya separuh  nanar.
            Dia  sudah  jatuh  cinta  dengan  lelaki  itu. Hatinya  telah  terpaut  pada  lelaki  itu. Bukan  tiada  lelaki  yang  sering  cuba  meraih  perhatiannya  dulu. Di  Jepun  dulu, berpeluh-puluh  yang  datang  tetapi  tiada  sesiapa  pun  yang  berjaya  menghuni  ruang  di  hatinya.
            Dia  masih  ingat  bagaimana  bosnya  dulu. Pada  ketika  itu, Yuri  masih  mentah  dalam  alam  pekerjaan. Bosnya  itu, Encik  Fukushita  Matsuda  membuat  tawaran  untuk  dinaikkan  pangkat. Namun  dengan  satu  syarat, Yuri  perlu  bersamanya  pada  satu  malam. Yuri  menolak  dan  terus  berhenti  kerja. Akhirnya  dia  mencari  kerja  lain. Kemudian  dia  bertemu  kerjanya  di  syarikat  milik  bapa  saudara  Okada.
            Tiba-tiba  telefon  bimbitnya  berbunyi. Pantas  dia  menjawab.
            “ Aku  nak  jumpa  kau. Ada  perkara  yang  mustahak  aku  nak  bincangkan. Kalau  kau  tak  datang, aku  akan  buat  kau  kehilangan  kerja  kau  dan  suami  kau  tu. Jumpa aku  di  hotel  Park  Royal  tepat  pukul  12,”ujar  pemanggil  itu. Lantas  dimatikan  talian.
            Yuri  berdengus. Perempuan  itu  tidak  habis-habis  mahu  menganggu  hidupnya. Dia  memandang  jam  tangannya. Sudah  hampir  pukul  12, dia  bersiap untuk  keluar. Dia  mahu  keluar  awal  sedikit. Dia  memandu  keretanya. Dia  memikirkan  perkara  apa  yang  mahu  dibincangkan  oleh  Yuki  itu. Kerana  terlalu  banyak  berfikir, dia  tidak  perasan  ada  seorang  budak  ingin  melintas  jalan. Setelah  dia  menyedari  kehadiran  budak itu, dia  mengambil keputusan  melanggar  tembok  yang  berada  di situ. Dia  tidak  sanggup  mencederakan  budak  itu. Kemudian  suasana  menjadi  gelap.


Kedengaran  namanya  dipanggil  seseorang. Dia  cuba  mengenal  pasti  suara siapa. Otaknya  seperti  lambat  untuk  memproses  data  itu. Setelah  lama  memproses, barulah  dia  mengenal  pasti  pemilik  suara  itu. Hakkai. Tetapi  suaranya  seperti  sedang  menangis. Apa  yang  telah  terjadi? Dia  juga  mahu  tahu  tentang  itu. Kenapa??? Dia  cuba  mencari  Hakkai. Dia  cuba  membuka  matanya. Dia  rasa  yang  dia  sudah  membuka  matanya  namun  dia  Cuma  dapat  melihat  kegelapan.
            Tangannya  meraba-raba. Dia  merasakan  tangannya  disambar. Kedengaran  suara  Hakkai..
            “ Sayang  kena  sabar  sikit ye.” Sayu  sahaja  suara  Hakkai.
            “ Kenapa  dengan  saya?”
            “ Tadi  sayang  accident…”
            “ Macam  mana  dengan  budak  tu? Dia  okey  tak? Dia  cedera  tak?” soal  Yuri  bertubi-tubi. Dia  telah  ingat  kejadian  sebelum  ini.
            “ Dia  okey. Dialah  yang  call  ambulan,” ucap  Hakkai.
            “ Tapi  kenapa  saya  tak  nampak  apa-apa  pun. Saya  rasa  saya  dah  buka  mata  saya  ni,” ujar  Yuri.
            “ Sayang, abang  nak  sayang  bersabar  ye. Doktor  cakap  yang  bahagian  kornea  mata  sayang  tu  dah  terkoyak. Sebab  tu  sayang  tak  boleh  nampak,” ucap  Hakkai.
            “ Maksudnya, saya  dah  tak  boleh  melihat?”
            “ Jangan  risau. Kalau  ada  yang  menderma, sayang  pasti  akan  dapat melihat  semula,” jelas  Hakkai.
            Yuri  terdiam. Ada  sahaja  dugaan  yang  terpaksa  ditempuh  olehnya. Baru  sahaja  hidupnya  dilakar  bahagia  namun  dugaan  datang  lagi. Dia  mengeluh. Akan  tetapi  dia  tidak  berasa  menyesal  kerana  budak  yang  hampir  dilanggarnya  selamat  daripada  kecelakaan.
            Hakkai  kasihan  melihat  isterinya  terlantar  di  katil  hospital. Kata  doktor, dua  tiga  hari  lagi  dia  boleh  membawa  isterinya  balik  ke  rumah. Dia  mengeluh. Bila  pula  isterinya  itu  akan  dapat  melihat  semula. Dia  menjadi  takut  memikirkan  perkara  itu. Siapa  yang  boleh  menderma  kepada  isterinya?? Persoalan  itu  timbul  berulang-ulang  kali  di  benak  fikirannya. Dia  mengeluh  dengan  lebih  kuat  lagi  tanpa  menyedari  isterinya  mendengar  keluahan  itu.
            “ Kenapa  mengeluh?” Soalan  itu  muncul  di  bibir  Yuri.
            “ Tak  ada  apa-apalah. Sayang  jangan  risau. Abang  akan  cuba  cari  penderma  untuk  sayang. Sayang  cuma  kena  bersabar  sikit ye,” ucap  Hakkai  menyedapkan  hati  Yuri.
            Yuri  yang  mendengar  ucapan  itu  mengukir  senyuman. Dia  tahu  Hakkai  cuma  bercakap  semata-mata  untuk  menyedapkan  hatinya. Bukan  senang  untuk  mendapatkan  kornea. Beratus-ratus  orang  sedang  menunggu  untuk  mendapatkan  bahagian  tersebut.
            “ YURI!!!” Kedengaran  jeritan  kuat  daripada  seseorang  yang  berada  di  pintu  wad  Yuri. Yuri  amat  mengenali  suara  itu. Dia  menggeleng-geleng. Liya.
            “ Yuri  kenapa  jadi  macam  ni? Macam  mana  kau  drive?  Tentu  masa  tu  kau  drive  tengah  marah  kan? Aku  dah  boleh  agak. Yuri….” Liya  menangis  teresak-esak.
            “ Kau  ni…  Aku  tak  mati  lagi. Janganlah  buat  macam  aku  ni  dah  mati  pulak. Aku  tak  apa-apa. Cuma  aku  tak  boleh  lihat  je,” ucap  Yuri.
            “ Maksud  kau, kau  tak  boleh  melihat  lagi?” Liya  terkejut.
            “ Masih  ada  harapan. Aku  cuma  kena  cari  penderma,” ucap  Yuri.
            “ Beb,  bukan  senang  nak  cari  penderma  macam  cari  ikan  kat  pasar  tu. Ia  kena  sesuai  dengan  kau,” ujar  Liya  lagi.
            “ Awak  jangan  risau. Saya  akan  cuba  cari  untuk  dia,” celah  Hakkai  pula.
            “ PRINCESS!!!” Seorang  lagi  menjerit  memanggil  namanya.
            Syaqie  kelihatan  seperti  tidak  cukup  nafas. Dia  melihat  adiknya  berbaring  di  atas  katil  hospital  dengan  memakai  baju  hijau. Dia  memandang  mata  adiknya. Tiada  sebarang  tidak  balas  di  situ. Jadi  benarlah  kata  Hakkai  yang  adiknya  itu  tidak  mampu  melihat  lagi. Dia  menggengam  jari  adiknya.
            “ Aika  jangan  cakap  apa-apa. Yuri  okey  je,” ujar  Yuri  sebelum  Syaqie  sempat  berkata  apa-apa.
            

Thursday, November 25, 2010

Sedingin kasih45


“ ESOK  Mak  Lin  cuti  seminggu. Tak  boleh  lama-lama. Tak  ada  orang  kemaskan  rumah  nanti,” ucap  Mak  Lin.
            “ Mak  Lin  ni  macam  lupa  dengan  Yuri  ni. Yuri  kan  ada. Tahulah  Yuri  mengemasnya,” ucap  Yuri  pula.
            Ketika  itu, dia  sedang  duduk  bersantai  di  laman  rumah  Tuan  Ahmad  bersama  Mak  Lin. Hakkai  sudah  sihat  dan  sekarang  dia  bersama  Tuan  Ahmad  ke  London. Katanya, ada  kerja  yang  perlu  diselesaikan. Mulai  esok  dia  akan  tinggal  seorang  diri  di  rumah. Tuan  Ahmad  menyuruh  mengajak  kawannya  untuk  datang  menemani  Yuri  tetapi  dia  menolak. Dia  memberitahu  yang  dia  boleh  menjaga  diri  sendiri.
            Dia  masih  diganggu  dengan  pemanggil  misteri  itu. Dia  tidak  bertanya  tentang  perkara  ini  kepada  Hakkai. Sebenarnya  dia  tidak  yakin  yang  Hakkai  adalah  pemanggil  itu  tetapi  yang  peliknya  nama  yang  digunakan  untuk  dirinya  oleh  pemanggil  itu  sama  dengan  Hakkai. Yuri  juga  meneliti  Hakkai  namun  Hakkai  tidak  memberi  apa-apa  reaksi.
            Ceritanya  tentang  dirinya  yang  mempunyai  secret  admirer  heboh  diperkatakan. Dia  langsung  tidak  memberi  reaksi  tentang  cerita  itu. Walaupun  bagaimanapun, bunga-bunga  tidak  lagi  dihantar  oleh  lelaki  itu. Cuma  mesej  yang  diterima  sahaja  menunjukkan  lelaki itu  masih  ingin  menganggu  kehidupan  peribadinya.



“ BIAR  saya  yang  hantar  Mak  Lin. Lagipun  saya  tak  bekerja  hari  ni.” Dia  terus  mendesak  Mak  Lin  supaya  Mak  Lin  dihantar  olehnya.
            “ Biar  Mak  Lin  baik  sendiri. Menyusahkan  Yuri  sahaja.” Mak  Lin  masih  menolak.
            “ Saya  tak  kira. Biar  saya  yang  hantar  Mak  Lin.” Yuri  merampas  beg  pakaian  dari  tangan  Mak  Lin  dan  memasukkan  beg  itu  ke  dalam  keretanya.
            “ Yelah..Biar  Yuri  yang  hantar  Mak  Lin.” Mak  Lin  mengalah.
            Yuri  menghantar  Mak Lin  ke  rumah  anak  lelakinya  di  Damasara  Utama. Selepas  itu, dia  meronda-ronda  tanpa  arah  tujuan. Selepas  bosan, dia  mengambil  keputusan  untuk  ke  rumah  Liya. Apabila  sampai  di  rumah  Liya, kelihatan  Liya  sedang  menyiram  pokok  bunganya. Yuri  membunyikan  hon  keretanya  tatkala  melihat  Liya  terleka  melakukan  tugas  itu.
            Liya  terperanjat  lantas  memandang  ke  arah  pintu  pagar. Dia  menutup  pili  air  dan  menuju  ke  arah  pintu  pagar  untuk  menyambut  kedatangan  kawannya.
            “ Mana  budak-budak  yang  menyewa  kat  sini  tu?” soal  Yuri  apabila  melihat  rumah  itu  tiada  penghuninya  kecuali  Liya.
            “ Hujung  minggu  kan, apa lagi  budak-budak  itu  pergi  shopping,” jawab  Liya.
            “ Habis  kau  tak  nak  pergi  shopping  ke?”
            “ Malaslah  aku. Sesak  nafas  aku  aje  ramai-ramai  macam  tu.”
            Yuri  tersenyum. Liya  membalasnya. Sudah  lama  dia  ingin  melihat  senyuman  itu  tergantung  di  bibir  mungkil  Yuri. “ Kenapa  datang  sini?”
            “ Kenapa  tak  boleh  ke?”
            “ Bukan. Biasanya  kau  busy  aje.”
            “ Bosan  tak  ada  orang  kat  rumah. Tuan  Ahmad  dan  Hakkai  pergi  oversea, ada  kerja  sikit. Mak  Lin  pulak  bercuti  seminggu,” jelas  Yuri.
            “ Tidur  kat  sini, nak  tak  Yuri?”
            “ Mana  boleh. Aku  kena  jaga  rumahlah. Buat  pencuri  masuk, mampus  aku,” ucap  Yuri.
            Liya  ketawa. Kedengaran  salam  diberi  di  luar  rumah. Pasangan  gadis  itu  telah  pulang. Mereka  melintasi  Liya  dan  Yuri  yang  sedang  berada  di  ruang  tamu. Mereka  menegur. Liya  membalasnya. Mereka  berbual  sampai  lewat  petang. Segara  Yuri  meminta  diri  untuk  pulang. Dia  sempat  ke  pasaraya  untuk  membeli  barang  dapur. Dia  tidak  mahu  memasak. Dia  tidak  lapar pun. Sampai  di  rumah, kelihatan  rumah  itu  sunyi  kerana  tiada  penghuninya. Seram  pula  bila  tinggal  sorang-sorang. Yuri  bermonolog.
            Dia  masuk  ke  dalam  rumah. Azan  maghrib  berkumandang. Dia  bersiap  sedia  untuk  menunaikan  solat  maghrib. Usai  bersolat, dia  turun  ke  bawah. Ingin  menonton  televisyen. Tiada  cerita  yang  menarik. Cuma  berita  negara  luar. Tiada  siapa  yang  ingin  dibualkan. Rugi  pula  rasanya  menolak  pelawaan  Liya  untuk  tidur  bersama  di  rumah  itu. Kedengaran  telefonnya  berbunyi  sayu-sayu  di  tingkat  dua. Dengan  pantas, dia  mendapatkan  telefon  itu.
            “ Assalamualaikum.” Dia  memberi  salam.
            “ Waalaikumussalam.” Kedengaran  suara  menjawab  salamnya. Selepas  itu, tiada  kedengaran  suara  lagi. Yuri  pelik. Siapa  yang  menelefonnya.
            “ Awak  sihat?” Suara  itu  bertanya.
            “ Awak  lagi?” Separuh  menjerit, Yuri  bertanya.
            Lelaki  yang  menganggunya  menelefon  lagi.
            “ Hei, berapa  kali  aku  cakap, jangan  telefon  aku  lagi. Kenapalah  kau  tak  faham  bahasa  melayu?” soal  Yuri  geram.
            “ Saya  sengaja  nak tanya  keadaan  awak, tak  boleh  ke?”
            “ Tak  boleh. Sudah  saya  nak  tidur.”
            “ Tidurlah. Biar  mimpi  yang  indah. Boleh  saya  masuk  sekali.”
            Yuri  sempat  mendengar  bait  kata  itu  sebelum  dia  mematikan  talian. Kenapalah  dia  tak  reti  bahasa? Ingin  sekali  dia mahu  tahu  siapakah  gerangan  lelaki  yang  selalu  menganggu  hidupnya. Selepas  itu, azan  isyak  pula  yang  berkumandang. Dia  pantas  mengambil  wuduk. Segera  dia  menunaikan  solat  isyak. Usai  bersolat, dia  membuka  almari  peribadinya. Dia  menarik  sehelai  kain  satin. Gaun  tidur  berwarna  merah  yang  cukup  seksi. Pemberian  Okada  ketika  dia  masih  berada  di  Jepun. Dulu  dia  sering  memakainya. Namun sekarang, dia  langsung  tidak  menyentuh  gaun  itu.
            Disarung  gaun itu  ke  badannya. Dia  membelek  dirinya  di  hadapan  cermin. Rambutnya  dilepaskan. Rambutnya  telah  berada  di  paras  pinggang. Rambutnya  nipis, tidak  setebal  rambut  Nija, bintang  AF1  itu. Rambutnya  amat  senang  diluruskan. Dia  menyikat  rambutnya  perlahan-lahan. Dengan  pantas, dia  berbaring  di  tengah-tengah  katil. Bukan  selalu  dia  bebas  seperti  malam  ini. Dia  memejam  matannya. Lenanya  datang  tanpa  dipaksa.
           
           


TERASA  angin  malam  masuk  melalui  tingkap  yang  dibuka. Yuri  mengeliat  perlahan. Dia  membuka  matanya  sedikit. Dia  melihat  bayangan  seorang  lelaki  sedang  duduk  di  sebelahnya. Dia  menjadi  takut. Dia  bertindak  ingin melarikan  diri  namun  lelaki  itu  sedar  akan  tindakan  yang  ingin  diambilnya. Lantas  lelaki  itu  memeluknya  dari  belakang. Dia  meronta-ronta  minta  dilepaskan. Sudahlah  dia  berpakaian  sebegitu  seksi.
            “ Janganlah  takut. Ini  aku, Hakkai.” Mendengar  suara  itu  dia  menjadi  lega. Dia  memeluk  Hakkai  seerat  mungkin. Dia  memang  betul-betul  takut  dengan  keadaan  tadi.
            Hakkai  berasa  bersalah  kerana  telah  menakutkan  Yuri. Tadi  dia  sendiri  terpegun  dengan  kecantikan  Yuri  lalu  bertindak  memeluk  Yuri. Dia  dapat  merasakan  ketenangan  apabila  memeluk  Yuri. Lama  mereka  berada  dalam  keadaan  itu. Hakkai  memandang  wajah  Yuri dalam  kegelapan. Dia  dapat  melihat  muka  Yuri  tunduk  malu. Dia  memaut  dagu  Yuri  dan  mengangkatnya  ke  atas. Dia  mencium  dahi  Yuri. Melihat  tiada  pernolakan  daripada  Yuri, dia mencium  pipi  Yuri  pula. Kemudian  bibir  mungkil  Yuri  menjadi  mangsa. Hakkai  membaringkan  Yuri  perlahan-lahan.
            Dia  juga  berbaring  dan  memeluk  pinggang  Yuri  dengan  erat  sekali. Dia  mendekatkan  wajahnya  ke  telinga  Yuri  memberi salam. Yuri  cuma  menjadi  patung  bernyawa. Kaku. Hakkai  semakin  galak  bertindak. Dia  mencium  pipi  mulus  Yuri. Yuri  sedikit  tersentak. Hakkai  tidak  mempedulikannya. Namun  Yuri  tidak  melawan. Cuma  membiarkan  sahaja  perbuatan  Hakkai  terhadap  dirinya. Hatinya  juga  sudah  tidak  mampu  menolak  kehadiran  Hakkai. Hakkai  sudah  mendapatkan  tempat  di  hatinya  yang  selama  ini  belum  ada  penghuninya. Dia  tenggelam  dalam  dunia  syurga  indah  yang  dicipta  oleh  Hakkai.
           

Tuesday, November 23, 2010

Sedingin kasih44

YURI  terus  diganggu oleh  pengirim  mesej  yang  tidak  dikenali. Ada  sekali   dia  menelefon  nombor  itu  tetapi  tiada  siapa  yang  mengangkatnya. Dia  menjadi  bengang. Selalu  sangat  pengirim  mesej  itu  menghantar  mesej  yang  mengarut  kepadanya. Bosan  aku  layan  orang  gila  ni.
            Sy hrp  sangat  awk  trima  cinta  dr  sy.
            Nak  mampus  agaknya  lelaki  ini. Dia  membalas  mesej  tersebut.
            Hei, kau  nk  mmpus  ke? Tolonglh  jgn  ganggu  aku  lg, fhm. Idoit…idiot…
            Puas  hatinya. Beberapa  ketika  kemudian, mesej  dari  lelaki  itu  sampai  lagi.
            Knp  awk x  nk  trima  cinta  sy?
            Bodohnya  lelaki  ini. Tahap  kesabarannya  sudah  berada  di  tahap  yang  paling  rendah. Dia  pantas  menelefon  nombor  itu. Ada  yang  mengangkatnya. Tanpa  menunggu  orang  di  sana  berbicara  dulu, dia  terus  menyerang.
            “ Hei, jantan. Kau  tak  reti  bahasa  ke? Aku  cakap  jangan  ganggu  aku  lagi.”
            Lelaki  di  talian  itu  membisu. Yuri  terus  menyumpah. Dia  bercakap  dalam  bahasa  bahasa  Jepun. Memaki  hamun  dalam  bahasa  Jepun.
            “ Hanun,” sapa lelaki  itu.
            Yuri  tersentak. Adakah  lelaki  itu  kenal  dengannya? Tiada  siapa  yang  memanggil  dengan  nama  sebegitu. Hakkaikah? Cuma  dia  seorang  yang  panggilnya  dengan  nama  Hanun. Pelik. Kenapa  dia  mahu  ganggu  aku? Persoalan-persoalan  itu  terus  bermain  di  fikirannya. Akhirnya  dia  tertidur  di  meja  kerjanya  sehinggalah  Mak  Lin  datang  mengejutkannya  supaya  masuk  ke  dalam  bilik.



BOLEH  tahan  bisa  mulut  dia  ni. Hakkai  ketawa  perlahan. Dia  tidak  menyangka  Yuri  akan  mengeluarkan  kata-kata  yang  cukup  kesat. Entah  apa  yang  dibebelkan  dalam  bahasa  Jepun. Dia  ketawa  lagi. Kerja-kerja  di  bilik  kerja  ditinggalkan. Seharian  dia  berada  di  bilik  kerjanya. Dia  langsung  tidak  keluar  untuk  makan  tengah  hari. Ada  kerja  yang  perlu  diuruskan. Setelah  puas  menatap  kerja  yang  bertimbun, dia  menganggu  Yur.
Dia  masuk  ke  bilik  dan  melihat  Yuri  terbaring  kaku  di  atas  meja. Dia  mengukir  senyuman  lagi. Dia  merangkak  naik  ke  atas  katil  dan  berbaring  di  sebelah  Yuri. Yuri  berbaring  mengiring  menghadap  ke  arahnya. Dia  pun  berbaring  ke  arah  yang  bertentangan  dengan  wajah  Yuri. Dia  memandang  ke  wajah  polos  Yuri.
Tangannya  bergerak  menyentuh  lembut  wajah  itu. Hati-hati  sekali  takut  terganggu  tidur sang  puteri  di  sebelahnya. Tangannya  mengusap  lembut  wajah  itu. Dari  matanya, ke  hidung, ke  pipi  terus  ke  bibir. Lama  dia  menatap  bibir  comel.



YURI  terkejut  dari  tidur. Dia  mengeliat. Dia  bangun  dari  katil. Dia  menarik  telefon  bimbitnya. Pukul  6.15  pagi. Dia keluar  balkoni  bilik. Angin  pagi  menyapa  manja  kulit  wajahnya. Dia  menarik  nafas  panjang. Hidup  perlu  diteruskan.
Dia  masuk  kembali  ke  dalam  bilik  dan  menarik  tuala  dan  melangkah  ke  bilik mandi. Dia  pun  membersihkan  diri.
 Setelah  siap, dia  bersolat. Usai  bersolat, dia  turun  ke  dapur. Senyap. Pelik. Kenapa? Biasanya  Mak  Lin  ada  sekarang  sedang  menyediakan  sarapan. Mungkin  Mak  Lin  tidak  bangun  lagi. Tangannya  ringan  menyediakan  bahan  untuk  membuat  nasi  goreng. Dia  pun  mula  memasak. Setelah  Yuri  siap  menyediakan  sarapan, Mak  Lin  muncul  di  hadapannya.
            “ Maafkan  Mak  Lin. Mak  Lin  bangun  lewat. Habislah  sarapan  tak  buat  lagi. Tentu  Tuan  Ahmad  dah  bangun,” ucap Mak  Lin.
            Dia  bagaikan  dirantai  dengan  keresahan. Kelam  kabut  Mak  Lin. Yuri  melihat  keletah  Mak  Lin  tersenyum.
            “ Mak  Lin, tenanglah. Saya  dah  buat  sarapan  untuk  pagi  ini,” ucap  Yuri  menenangkan  Mak  Lin.
            Mak  Lin  kembali  tenang  setelah  mendengar  penjelasan dari  Yuri. “ Nasib  baik  Yuri  dah  buat. Kalau  tak, habislah  Mak  Lin.” Tangannnya  menyediakan  air  minuman  untuk  sarapan  itu.
            “ Mak  Lin  tu  dah  tua. Sesekali  rehatlah. Kan  Mak  Lin  ada  anak. Cutilah  beberapa  hari. Saya  tengok  Mak  Lin  tak  pernah  cuti  sejak  saya  kahwin,” cadang  Yuri.
            “ Bagus  jugak  tapi  susah  nanti. Rumah  ini  tak  ada  orang  yang  jaga,” ujar  Mak  Lin.
            “ Saya  kan  ada. Nanti  saya  tengok-tengoklah.” Yuri  tersenyum.
            “ Tapi  Yuri  kan  kerja?”
            “ Alah, Mak  Lin. Setakat  jaga  rumah, bukannya  jaga  anak,” gurau  Yuri.
            “ Habis  tu, Yuri  tak  nak  anak? Mak  Lin  tengok  Hakkai  tu  macam  dah  baik  dengan  Yuri.” Mak  Lin  cuba  mengusik  tanpa  menyedari  reaksi  wajah  Yuri  yang  telah  berubah. Yuri  tidak  menjawab. Dia  Cuma  membiarkan  persoalan  itu  berlalu  dibawa  angin.
            “ Eh, Yuri  tak  suka  ke  kita  cakap  pasal  benda  ni? Mak  Lin  minta  maaflah,” ucap  Mak  Lin.
            “ Tak  apalah, Mak  Lin. Marilah  kita  bawa  makanan  ni  ke  ruang  makan. Tentu  ayah  dah  tunggu.” Dia  berlalu  membawa  nasi  goreng  bersama  roti  bakar  ke  ruang  makan.
            Manakala  Mak  Lin  membawa  air  the  yang  dibuatnya  ke  ruang  makan. Yuri  berlalu  dari  situ  untuk  memanggil  Tuan  Ahmad  dan  Hakkai. Tuan  Ahmad  sudah  dipanggil. Hakkai  masih  tidak  turun-turun. Biasanya  Hakkai  sudah  terpacak  di  meja  makan  time-time  begini. Hatinya  digundah  kebimbangan. Apa  yang  berlaku? Hatinya  berasa  tidak  enak. Diayun  langkah  ke  bilik  Hakkai. Perlahan-lahan  dia  membuka  pintu. Terperanjat  dia  melihat  tubuh  Hakkai  masih  kaku  di  atas  katil. Kenapa  dengan  dia  ni? Tak  nak  bangun  lagi  ke? Atau  sakit? Banyak  persoalan  yang  timbul  di  benak  fikirannya.
            “ Hakkai…Hakkai.” Yuri  cuba  mengejutkannya  tetapi  tiada  respon  dari  Hakkai. Dia  memanjat  katil. Perlahan-lahan  dia  menyentuh  dahi  milik  suaminya. Panasnya. Patutlah  tak  nak  bangun.
            “ Awak.” Panggilnya  lembut. Yuri  tersenyum. Dia  keluar  dari  bilik. Ketika  itu  Tuan  Ahmad  sudah  menikmati  sarapan.
            “ Kenapa  Kai  tak  turun-turun  lagi? Dah  lewat  ni.” Soal  Tuan  Ahmad.
            “ Dia  deman, ayah. Panas  sangat,” beritahu  Yuri.
            Yuri  mengeluarkan  telefon  bimbitnya  dan  mendail  nombor  pejabatnya. Dia  memang  sudah  terlewat.
            “ Hello, Wawasan  Design,” sapa  seseorang  di  talian.
            “ Saya  Yukari  Hanun. Saya  nak  mohon  emergency  MC  selama  2, 3  hari, boleh  ye.” Pantas  dia  mematikan  telefon.
            Dia  tidak  mahu  sesiapa  di  syarikat  itu  bertanya  untuk  apa  dia  bercuti. Tuan  Ahmad  cuma  tersenyum  tatkala  mendengar  Yuri  memohon  cuti  untuk  menjaga  anaknya. Dia  dapat  membaca  perasaan  sebenar  gadis  itu  kepada  anaknya. Dia  sudah  lama  hidup.
            “ Ayah  nak  ke  pejabat  dululah.” Tuan  Ahmad  meminta  diri. Yuri  pula  menghilang  diri  ke  dapur.
            “ Eh, tak  pergi  kerja  ke  Yuri?” soal  Mak  Lin. Dia  terkejut  melihat  Yuri. Biasanya  waktu-waktu  begini  Yuri  sudah  tiada  di  rumah.
            “ Kai  demanlah. Yuri  minta  cuti,” ucap  Yuri. Dia  mahu  memasak  bubur  dan  sup  daging  untuk  suaminya.
           


“ HAKKAI, bangunlah. Makan  bubur  ni  sikit. Nanti  perut  masuk  angin.” Yuri  cuba  mengejutkan  Hakkai  dari  lenanya.
            Hakkai  terjaga. Badannya  terasa  amat  lemah. Dia  tidak  berupaya  untuk  berdiri. Dia  membuka  matanya  sedikit. Pandangannya  terang  tatkala  melihat  Yuri  di  sebelahnya  sambil  mengukir  senyuman  manis  kepadanya.
            “ Awak…Makan  bubur  ni ye. Nanti  makan  panadol,” nasihat  Yuri.
            Yuri  menyuakan  sesudu  bubur  kepada  Hakkai. Dengan  lemah, dia  menelan  bubur  yang  disuapkan  oleh  Yuri. Setelah separuh  mangkuk, Hakkai  menolak. Yuri  cuma  menurut  tanpa  bantahan. “ Nanti  makan  ubat  ni.” Dihulur  dua  biji  panadol  kepada  Hakkai. Hakkai  menyambut  lalu  memakan  ubat  itu. Dia  kembali  berbaring.
            “ Panas  jugak  badan  awak  ni,” ujarnya.
            Dia  mengelap  wajah  Hakkai  dengan  tuala  yang  lembap. Wajah  tenang  Hakkai  ditatapnya  sepuas  hati. Kacak  juga  laki  aku  ni, desis  hati  kecil  Yuri. Dahi  yang luas, rambut  lurus  yang  hitam  pekat, kening  yang  indah  terbentuk  dan  bibirnya  yang  merah, tanda  lelaki  tersebut  tidak  pernah  menghisap  rokok. Tangannya  memicit  kepala  Hakkai. Hakkai  dilihat  selesa  dengan  urutannya. Selepas  sejam  mengurut, dia  tertidur.


“ SAYA  lapar,” ujar  Hakkai  setelah  Yuri  tersedar  dari  tidurnya.
            “ Nanti  saya  ambilkan.” Yuri  keluar  dari  bilik. Dia  turun  ke  dapur. Mak  Lin  berada  di  dapur.
            “ Kenapa, Yuri?”
            “ Hakkai  lapar, Mak  Lin. Saya  nak  ambilkan  makanan  untuknya,” jawab  Yuri.
            Mak  Lin  cuma  tersenyum. Dia  tidak  sangka  Hakkai, lelaki  yang  sukar  didekati  itu  akan  jatuh  ke  tangan  wanita  seperti  Yuri. Dia  tahu  benar  dengan  kisah  hidup  Hakkai. Dia  rapat  dengan  anak  muda  itu. Apa  tidaknya  dia  yang  menjaga  anak  itu  sejak  kecil  lagi. Semuanya  akan  diceritakan  kepada  Mak  Lin. Termasuklah  sejarah  tentang  Hakkai  yang  kecewa  dengan  gadis  bertudung, Safarina  Aida.
            Sejak  itu, Hakkai  tidak  lagi  melihat  Hakkai  bersama  dengan  sebarang  perempuan. Dia  sendiri  naik  risau  dengan  keadaaan  Hakkai. Namun, dia  sedikit  lega  kerana  sudah  ada  perempuan  yang  baik  menjaga  pakai  minum  Hakkai. Dia  sudah  menganggap  Hakkai  sebagai  anak  kandungnya  sendiri.



Monday, November 22, 2010

Sedingin kasih43

“ KAU macam  ada  masalah  aje. Cerita  kat  aku. Mana  tahu  aku  boleh  tolong,” ujar  Hakkai  kepada  Yuri  selepas  makan  malam.
            Yuri  cuma  tersenyum. Dia  menggeleng. Dia  tidak  mahu  rahsia  siapa  terbongkar. Sekiranya  dia  memberitahu  Hakkai, dia  terpaksa  membuka  cerita  yang  dilupakan. Dan  Hakkai  tentu  akan   tahu  siapa  dirinya. Lagipun  Hakkai  ahli  perniagaan, tentu  dia  mengenali  Dato’ Rashidi.
            “ Kalau kau  tak  nak  cerita kat  aku, tak  apalah. Tapi  janganlah  buat  muka  macam  tu  depan  ayah. Dia  tanya  aku  apa  yang  tak  kena  dengan  kau, tau. Aku  tak  nak  jawab  apa,” ucap  Hakkai.
            Yuri  terkejut  mendengar  penjelasan  daripada  Hakkai. Dia  tidak  sangka  yang  perubahan  dirinya  diperasan.
            “ Nampak  sangat  ke?”
            “ Kalau  tak  nampak, aku  tak  beritahu  pulak,” jawab  Hakkai.
            “ Sorrylah, saya  tension  sikit. Tapi  saya  rasa  saya  dah  okey,” ucapnya  sambil  tersenyum.
            Hakkai  memandang  tepat  pada  bibir  Yuri. Senyuman  itu  yang  dia  mahu  lihat  sebenarnya. Cantik. Bilalah  dia  boleh  memegang  bibir  yang  mungkil  itu.
            “ Awak?” panggil  Yuri.
            Hakkai  tersentak. Pantas  dia  memandang  mata  Yuri. Lama  dia  merenung  mata  separuh  bulat  itu. Yuri  juga  tidak  lari  dari  memandang  tepat  ke  mata  Hakkai. Timbul  satu  perasaan  asing  di  kamar  hatinya. Dia  seakan-akan  berada  di  daerah  terasing.
            Tiba-tiba  lampu  terpadam. Yuri  separuh  menjerit. Dia  terkejut  lantas  memeluk  Hakkai  dia  hadapan. Dia  paling  takut  apabila  keadaan  tiba-tiba  gelap. Tubuhnya  mengigil. Hakkai  tergaman  dengan  tindakan  Yuri. Tapi  dia  memeluk  juga  tubuh  kecil  itu  memenangkan  perasaan  gadis  itu. dia  sendiri  dapat  merasakan  tubuh  kecil  itu  menggigil. Yuri  dapat  mendengar  jantung  Hakkai  berdegup. Kencang. Sekali  lagi  timbul  suasana  asing  di  lubuk  hatinya. Dia  dapat  merasakan  pelukan  lembut  daripada  Hakkai. Dia  melayani  perasaan  itu.
            Beberapa  minit  kemudian, lampu-lampu  itu  terpasang  dengan  sendirinya. Yuri  tersedar. Lantas  dia  menjauhkan  dirinya  daripada  Hakkai. Hakkai  juga  terkejut. Baru  dia  ingin  merasai  nikmatnya, lampu  itu  telah  terpasang. Dalam  hatinya, dia  mengutuk. Kenapalah  tak  black  out  lama  sikit?
            “ Maafkan  saya. Saya  terkejut  tadi.” Yuri  cuma  tunduk.
            “ Hmm…”
            Suasana  sepi  mula  tercipta  antara  mereka  berdua. Tiada  siapa  pun  yang  ingin  bersuara  untuk  menamatkan  suasana  sepi  itu.
            “ Saya  nak  buat kerja  sayalah.” Yuri  pun  keluar  dan  ke  bilik  sebelah.
            Memang  dia  akan  ke  bilik  sebelah  untuk  membuat  designnya. Hakkai  juga  mempunyai  bilik  kerja  sendiri. Hakkai  tidak  mahu  kerja-kerja  itu  dibuat  di  dalam  bilik  tidur. Dia  tidak  mahu  menyerabutkan  bilik  itu  dengan  masalah-masalah  di  pejabat.
            Yuri  duduk  di  meja  kerjanya. Satu  apa  pun  tiada  di  dalam  fikirannya. Sahaja  dia  mencari  alasan  untuk  melarikan  diri. Dia  tidak  sanggup  berhadapan  dengan  Hakkai  selepas  apa  yang  berlaku  tadi. Hakkai  masih  berdiri  di  tempat  di  mana  dia  memeluk  Yuri  tadi. Segalanya  berulang  tayang  di  kotak  ingatan. Dia  dapat  merasakan  kelembutan  tubuh  gadis  idamannya. Gadis  idaman? Hisy, dulu  kutuk. Sekarang, fuh  tak  boleh  nak  cakap.
            Memang  dulu  dia  tidak  mengenali  gadis  itu  dengan  lebih  rapat. Tapi  sekarang, setelah  mengenali  gadis  itu  dengan  lebih  kenal  dengan  perangai  sebenar  gadis  itu, dia  mula  jatuh  hati. Dia  tersenyum  sendirian. Sudah  lama  dia  tidak  bermain  dengan  kata  hatinya.
            ‘ Beritahulah  cepat-cepat,’ bisik  satu  suara.
            Hakkai  pelik. Suara  siapa  tadi? Hatinyakah?
            ‘ Kau  kena  beritahu  dia  cepat-cepat.”
            ‘Tapi…’
            ‘ Aku  rasa  dia  pun  ada  hati  kat  kau.’ Suara  itu  masih  berbisik.
            ‘ Tapi  aku  tak  tahu  macam  mana  nak  beritahu  dia.’
            ‘ Kau  kan  lelaki  tentu  kau  tahu  macam  mana  nak  buat.’ Suara  itu  kuat  menghasut.
            Hakkai  terdiam  lama. Dia  ingin  memikirkan  cara  apa  yang  paling  terbaik  untuk  dia  meluahkan  rasa  hatinya. Cara  apa  yang  perlu  dilakukan? Dia  tersenyum  seperti orang  gila.




PAGI  yang  indah, Yuri  bangun  seperti  biasa. Malam  tadi, dia  tidak  boleh  melelapkan  mata. Matanya  tidak  mahu  pejam. Berkali-kali  dia  beralih  tempat  untuk  mendapat  tempat  yang  sesuai. Entah  macam  mana  dia  boleh  terlelap. Pukul  enam  setengah  pagi, barulah  dia  bangun.
            Selepas  bersolat, dia  turun  ke dapur. Seperti  biasa, Mak  Lin  sedang  menyediakan  sarapan. Dia  membantu  apa  yang  patut. Setelah  segala-gala  selesai,  dia  duduk  di  halaman  rumahnya. Dia  masih  terbayang-bayang  tentang  kejadian  malam  tadi. Dia  tersentak. Dia  menggeleng-geleng. Gila. Kenapa  aku  fikir  macam  ni?  Sudah. Sudah. Jangan  fikir  benda  macam  tu, marahnya  di  dalam  hati.
            “ Yuri, Tuan  Ahmad  panggil  sarapan.” Mak  Lin  tahu  di  mana  sekiranya  Yuri  tiada  di  dalam  rumah  pagi-pagi  ini.
            “ Baiklah,” balas  Yuri. Dia  melangkah  ke  ruang  makan. Kelihatan  Hakkai  dan  Tuan  Ahmad  sudah  berada  di  situ. Dia  tersenyum  melihat  Tuan  Ahmad. Namun  senyumannya  pudar  tatkala  terpandang  wajah  Hakkai. Hakkai  juga  mengukir  senyuman  kepadanya.



YURI  baru  pulang  dari  banglo  Puan  Sri  Maimun. Pagi  tadi, dia  memang    tidak  masuk  ke  pejabatnya  lagi. Dia  menaiki  lif  untuk  ke  tingkat  pejabatnya. Dia  pun  masuk  ke  pejabatnya. Kebanyakkan  staf  di  situ  tersenyum. Ada  yang  manis  dan  ada  yang  senyum  menyindir. Hairan  dia  melihatnya. Tanpa  berfikir  panjang, dia  menerpa  masuk  ke  dalam  biliknya. Setelah  dia  menutup  pintu, dia  berpaling  ke  arah  mejanya. Dia  kaku  di  tempat  itu. Ada  sejambak  bunga  ros  putih  di  atas  meja.
            Perlahan-lahan  dia  mendekati  meja  itu. Matanya  tepat  memandang  ke  arah  jambakan  bunga  tersebut. Siapalah  yang  kirim  bunga  ini? Bukannya  aku  suka  sangat  dengan  bunga  ni, dengusnya  dalam  hati. Ada  sekeping  kad  yang  terselit  di  situ. Dia  menarik  kad  itu  dan  membacanya.
            Hatiku  sudah  terisi  dengan  kehadiranmu. Ku  harap  jambakan  bunga  ini  bisa  mencairkan  hatimu  yang  dingin  membeku.
            Yuri  berkerut  membaca  bait-bait  yang  tertulis  di  atas  kad  ini. Entah  siapa  punya  kerja  ini. Dia  menggeleng-geleng. Dia  memang  tidak  menyukai  bunga  terutama  sekali  bunga  ros. Tidak  kiralah  ros  merahkah, ros  putihkah, semuanya  dia  tidak  suka. Dia  mengerling  ke  arah  bunga  itu.        
            Lagu  Ai  Emma  berdering  di  telefon   bimbitnya. Tanda  ada  mesej  yang  baru  diterimanya. Dia  pantas  membaca  mesej  itu.
            Hai, apa  khabar? Dah  trima  bunga  dr  sy? Tentu  awak  tertanya-tanya  siapa  sy  kn. Sy  hrp  awk  suka  bunga  itu.
            Siapa  yang  hantar  mesej  ini? Mengarut  betul. Kalaulah  aku  tahu, siapalah  dia. Dia  mengambil  bunga  itu  lalu  menghumban  ke  dalam  tong  sampah. Puas  hatinya. Jangan  haraplah  aku  nak  terima  bunga  ini  dari  orang  yang  aku  tak  kenali, desis  hati  kecilnya. Dia  keluar  dari  biliknya. Terus  ke  bilik  Puan  Fauziah. Dia  sudah  tahu  kenapa  ada  mata yang  memandang  ke  arahnya  tadi. Malaslah  dia  memikirkannya.