IZZAT sudah sampai di rumah Hakkai. Dia disambut oleh Hakkai sendiri. Kemudian Hakkai mengarahkannya duduk dahulu. Hakkai menghilangkan diri. Izzat bosan. Kakinya melangkah ke dapur. Tujuannya cuma satu. Ingin menyergah Mak Lin. Dia berasa tentu Mak Lin berada di dapur sekarang ini. Kelihatan Mak Lin sedang menyediakan makanan ke dalam pinggan.
“ Mak Lin,” sergahnya.
“ Oit, mak kau jatuh tunggang terbalik,” latah Mak Lin. Dia mengurut dadanya. Kemudian berpaling ke belakang. “ Ooo…kamu rupanya, Izzat. Buat Mak Lin terkejut aje. Nasib baik, tak ada sakit jantung,” omel Mak Lin.
“ Alah, Mak Lin ni. sekali sekala, dua kali dua kala,” guraunya.
“ Mak Lin, mana Mak Lin letak alas meja warna biru tu?” soal seorang gadis.
Izzat tercenggang. Gadis ini berada di situ. Untuk apa? Apa hubungannya dengan Hakkai? Orang gaji baru ke?
“ Yuri kan? Apa buat kat sini?” soal Izzat.
Yuri yang turut terkejut mengangguk. “ Saya isteri kepada Saiful. Apa pula yang Izzat buat di sini?”
“ Isteri kepada Saiful? Bila awak kahwin?”
“ Izzat tanyalah Saiful. Mak Lin kat mana letak alas tu?”
“ Ada dalam kat bilik stor kat belakang.”
“ Mak Lin, bila Kai kahwin? Macam mana diaorang kenal?” soal Izzat setelah melihat kelibat Yuri menghilang.
“ Susah nak terangkan. Macam yang Yuri cakap, Izzat tanyalah Kai sendiri,” ucap Mak Lin.
“ Susah nak terangkan. Macam yang Yuri cakap, Izzat tanyalah Kai sendiri,” ucap Mak Lin.
Gadis itu muncul kembali menolong Mak Lin dengan juadah ke ruang makan. Sesekali dia melihat gadis itu tersenyum ke arahnya. Wajahnya ayu amat mirip dengan pelakon jepun itu. Melihat gadis itu selesai menyusun lauk, Izzat mendekati gadis itu.
“ Macam mana Yuri boleh kenal dengan Saiful tu?”
“ Kami satu pejabat,” jawab gadis itu pendek.
Satu pejabat? Masakan Hakkai boleh suka dengan perempuan yang satu pejabat dengannya. Lagipun dia faham benar dengan perangai Hakkai yang amat membencikan kaum hawa itu. Suka mengenakan kaum itu.
“ Betul ke?”
“ Tanyalah Saiful sendiri,” jawab Yuri.
Dia tersenyum. Tentu Izzat ini kenal sangat dengan perangai Hakkai. Tentu sahabat baik Hakkai. Oleh sebab itu, lelaki itu seperti tidak boleh menerima perkhabaran yang diucapkan. Tuan Ahmad dan Hakkai turun serentak. Mereka cuma melihat pasangan itu berbual. Hakkai yang tadi mengukir senyuman masam wajahnya. Tuan Ahmad perasan akan perubahan wajah Hakkai. Tuan Ahmad mengambil tempat duduknya. Yuri pula duduk di sebelah Hakkai manakala Izzat duduk di Hakkai.
Suasana makan malam mereka riuh rendah dengan pertanyaan yang menghujani Izzat oleh Tuan Ahmad. Hakkai cuma mendengar perbualan itu. Tidak berniat untuk menyampuk. Yuri pula makan dengan senyap. Cuma matanya melihat gelagat Tuan Ahmad dan Izzat.
Selepas makan malam, Hakkai dan Izzat mengambil tempat di ruang tamu. Tuan Ahmad naik ke kamarnya untuk berehat. Kebelakangan ini, kesihatannya sering terganggu. Atas nasihat doktor, dia berehat sahaja. Manakala Yuri bersama-sama Mak Lin mengemas meja makan dan membasuh pinggan mangkuk. Tidak menang tangan jika Mak Lin seorang yang melakukannya.
“ Macam mana kau boleh kenal dengan awek Jepun tu?” soal Izzat.
“ Satu pejabat.”
“ Satu pejabat? Setahu aku, kau tu tak boleh dengan perempuan kat office kau ni. Especially dengan kerani kau yang marah kau hari tu,” ucap Izzat.
“ Dialah kerani tu,” beritahu Hakkai.
“ Apa yang cakap? Dia kerani tu? Macam mana kau boleh kahwin dengan kau kalau kau tak sukakan dia?”
“ Kena tangkap basah. Ayah aku yang paksa aku kahwin dengan dia biarpun aku tak bersalah,” terang Hakkai.
“ Kena tangkap basah? Macam mana boleh jadi macam tu?” Izzat bertambah pelik.
“ Petang itu, aku beri kerja banyak kat dia. Lepas tu, aku keluar. Pukul sepuluh setengah malam, aku balik office. Tengok dia tengah mamai. Dia naik langgar dinding. Jadi aku tariklah dia. Nasib aku tak baik, aku terjatuh dengan dia dalam keadaan berpelukan. Ayah aku masuk dan tengok. Jadi dia paksa aku kahwin dengan perempuan tu.” Hakkai bercerita panjang lebar.
“ Kau tak bantah ke?”
“ Nak mampus? Kau pun tahu kalau ayah aku dah marah. Macam dunia nak kiamatlah.” Hakkai berseloroh.
“ Habis tu kau baik dengan dia?”
“ Dulu tak baik juga. Tapi sekarang ni, aku mula sukakan dia. Dia lain tau. Dia macam sembunyikan sesuatu,” ujar Hakkai.
“ Dia tu cutelah. Kau tahu tak muka dia mirip dengan artis Jepun, Horikita Maki. Aku minat sangat dengan cewek ni,” ujar Izzat.
“ Dia memang keturunan Jepun. Dia pun tinggal kat Jepun tu 6 tahun yang lalu.” Hakkai sedikit cemburu dengan kata-kata Izzat.
“ Tinggal di Jepun? Patutlah dia pandai cakap Jepun. Aku pernah dengar dia membebel dalam bahasa Jepun itu.”
“ Kau pernah kenal dia ke?”
“ Rumah dia sebelah rumah aku. Aku pernahlah berbual dengan dia sekali. Dia kerja kat kau ke sekarang?”
“ Taklah, dia kerja sebagai interior designer.”
No comments:
Post a Comment