Friday, October 15, 2010

sedingin kasih41


MASMIRA  menyambutnya  dengan  senyuman. Hari  ini  dia  berasa  segar  dan  bertenang  selepas  4  hari  dia  bercuti. Dia  masuk  ke  biliknya. Dia  melihat  banyak  fail  yang  tersusun  kemas  di  atas  mejanya. Dia  tersenyum. Ini  tentu  projek-projek  terbaru. Dia  melabuhkan  punggung  ke  atas  kerusi. Selepas  menarik  nafas  panjang, dia  mula  membelek  satu  fail  itu. Syarikat  Gergasi. Dia  terkejut. Agak  lama  syarikat  itu  tidak  berurusan  dengan  syarikatnya.
            Tiba-tiba  telefon  bimbitnya  berbunyi. Ada  mesej  yang  baru  diterima. Dari  siapa? Dia  tidak  mengenali  nombor  yang  tertera. Dia  membaca  mesej  tersebut.
            ‘ Hai, Yuri. Lama  kita  tak  jumpa. Jom  kita  makan  sama-sama  hari  ini  ye. Rindu  pulak  rasanya dengan  adik  yang  aku  sayang  ni.’
            Pelik, siapa? Kemudian  dia  tersentak. Dia  dapat  meneka  siapa  yang  menghantar  mesej  itu. Sejurus  kemudian  kedengaran  ada  lagi  mesej  yang  masuk.
            ‘ Jumpa  kat  restoran  Hotel  Park  Royal. Pukul  1  petang  ye.’  
            Kenapa  dengan  dia  ni? kenapa  nak  jumpa  dengan  aku? Apa  lagi  dia  nak  cakap  ni?
            Deringan  lagu  A  Shi  Te  I  Ru  bergema. Dia  pantas  mengangkat  panggilan  tersebut. Ada  salam  diterima. Dia  menjawab  salam  itu  kembali.
            “ Kita  lunch  sama-sama  ye, hari  ni?”
            “ Saya  tak  bolehlah  sebab  saya  nak  lunch  dengan  Liya. Ada  hal  penting  nak  bincang  dengan  Liya. Sorry  ye,” tolak  Yuri.
            “ Tak  apalah. Bukan  rezeki  aku  hari  ni. Assalamualaikum.”
            Yuri  menjawab  salam  itu  dalam  hati. Dia  menyambung  semula  tugas  tadi  yang  membelek  projek-projek  baru. Tapi  tumpuannya  tiada  di  situ. Kini  tumpuannya  berada  di  tempat  lain. Kenapa  dengan  dia  ni?
            “ Ye, ada  apa?” soal  Yuri.
            “ Cik  Yuri, Puan  Fauziah  nak  jumpa  dengan  Cik  Yuri  sekarang  jugak,” ucap  Masmira.
            “ Okey.”
            Dia  bangun  dan  membawa  fail-fail  yang  mengandungi  projek  baru  tersebut. Dia  melangkah  masuk  ke  bilik  Puan  Fauziah. Dia  mengetuk  bilik  Puan  Fauziah. Setelah  mendengar  arahan  masuk, barulah  dia  membuka  pintu  dan  masuk. Dia  melihat  Puan  Fauziah  bersama  seorang  lelaki  muda.
            “ Oh, Yuri. Jemputlah  duduk. Ini  anak  saya, Arif. Tentu  awak  kenal  kan?”
            “ Saya  ingat  Puan  Fauziah. Ada  apa  puan  panggil  saya?” soal  Yuri.
            “ Arif, mama  nak  bincang  dengan  Yuri. Kau  pergilah  dulu. Nanti  mama  ikut,” ujar  Puan  Fauziah. Arif  menuju  ke  pintu  dan  keluar  dari  bilik  itu.
            “ Baiklah. Mari  kita  mulakan. Awak  dah  teliti  fail-fail  tu?” Puan  Fauziah  memulakan  perbincangan.
            “ Saya  cuma  sempat  meneliti  tentang  fail  syarikat  Gergasi  saja,” ujar  Yuri.
            “ Oh, tentang  projek  tu. Pihak  kita  sekali  lagi  diberi  kepercayaan  untuk  mengendalikan  projek  bagi  syarikat  mereka  amat  menyukai  design  kita untuk  projek  mereka  yang  lepas. Jadi, kali  ini  saya  nakkan  sesuatu  yang  berlainan  yang  kemelayuan. Boleh  awak  fikirkan?” soal  Puan  Fauziah  setelah  dia  menerangkan  dengan  panjang  lebar.
            “ Saya  akan  cuba. Bagaimana  dengan  fail  ni, puan?”
            “ Ini  adalah  kawan  Datin  Zaleeda, Puan  Sri  Maimun. Dia  nak  sentuhan  tangan  awak  untuk  pejabat  suaminya  dan untuk  ruang  tamunya. Pejabat  suaminya, dia  mahukan  suasana  santai  dan  untuk  ruang  tamunya, dia  mahukan  ruang  tamu  tu  nampak  lebih  elegan,” terang  Puan  Fauziah.
            Yuri  hanya  mengangguk. Tangannya  mencatat  apa  kerja  yang  perlu  dilakukan.
            “ Puan, boleh  beri  saya  alamat  Puan  Sri  Maimun. Saya  nak  pergi  tengok  sitenya  dulu. Baru  saya  fikir  design  yang  sesuai  untuk  tempatnya  supaya  kena  dengan  konsepnya,” pintanya.
            Puan  Fauziah  menghulurkan  sekeping  kad.
            “ Ada  apa-apa  lagi  yang  awak  nak  tahu?” soal  Puan  Fauziah.
            “ Saya  rasa  cukuplah. Okey  saya  minta  maaf  dulu.” Yuri  bangun  dan  keluar  dari  bilik  itu.
            Selepas  keluar  dari  bilik  Puan  Fauziah, dia  mengerlingkan  ke  arah  jam  tangannya. Sudah  hampir  pukul  satu  petang. Masa  makan  tengah  hari! Mesej  itu. langkahnya  dipanjangkan  ke  biliknya. Dia  mengemas  apa  yang  patut  dan  menuju  ke  kereta. Dia  memandu  dengan  tenang. 15  minit  kemudian, dia  pun  sampai  ke  restoran  yang  dikatakan. Dia  masuk.
            “ Cik  Yukari,” panggil  seseorang.
            “ Ya, saya,” jawabnya.
            “ Sila  ikut  saya,” ujar  pelayan  restoran  itu.
            Dia  dibawa  ke  sebuah  meja  yang  terdapat  seorang  wanita  bertudung  di  situ. Tanpa  dipelawa, dia  duduk  di  hadapan  wanita  itu.
            “ Hai,” tegur  wanita  itu.
            “ Kau  kau  nak  jumpa  aku?” Yuri  terus  kepada  titik  mulanya.
            “ Kenapa  tak  boleh  ke  aku  nak  berjumpa  dengan  adik  sendiri?”
            “ Adik? Sejak  bila  pulak  kau jadi  kakak  aku  ni? Setahu  aku, kakak  aku  dah  mati. Even  ayah  aku pun  dah  mati,” ujar  Yuri  sinis.
            Wajah  wanita  itu  menjadi  masam. Yuri  mencebik. Pokoknya, dia  mahu  tahu  apa  tujuannya  dia  dipanggil  ke  situ.



“ TAK  guna  punya  perempuan. Tak  habis-habis  nak  kacau  hidup  aku. Geram  aku.” Dia  melepaskan  geram  di  dalam  kereta  selepas  selesai  pertemuan  bersama  Yuki.
            “ Tak  habis-habis  nak  kacau  hidup  aku. Buatlah  kerja  sendiri.” Dia  masih  tidak  berpuas  hati  dengan  Yuki.
            “ Aku  tak  akan  membenarkan  kau  hidup  bahagia, faham,” ugut  Yuki.
            Selepas  dia  berjaya  menenangkan  dirinya, dia  kembali  semula  ke  pejabat. Dia  berusaha  menumpukan  perhatian  pada  kerjanya  namun  usahanya  tidak  berjaya. Dia  masih  memikirkan  tentang  ugutan  Yuki. Bukankah  Yuki  sudah  bahagia  dengan  hidupnya? Mengapa  dia  mahu  mengganggu   hidup  orang  lain? Kenapa? Persoalan  itu  berlegar-legar.
            Setelah  tamat  waktu  pejabat, dia  menuju  ke  Putrajaya. Tiada  seseorang  di  situ. Dia  keluar  dari  kereta. Dia  duduk  di  satu  bangku  sambil  menikmati  dan  menghirup  udara  segar. Terasa  tudungnya  ditiup  angin. Perlahan-lahan  air  matanya  gugur. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Dia  terus  menangis  teresak-esak. Dia  langsung  tidak  menyedari  ada  seseorang  yang  mengintip  pergerakannya. Agak  lama  dia  menghabiskan  masa  di  situ. Dia  mahu  melepaskan  segala  perasaannya  untuk  tidak  ada  yang  perlu  disimpan. Dia  menjerit  dengan  sekuat  hati. Akhirnya  lepas  segala  perasaannya. Dia  bangun  dari  bangku  itu  dan  menuju  ke  keretanya.
            Dia  memandu  ke  surau  yang  berhampiran. Dia  masih  belum  menunaikan  solat  asar. Setelah  menunaikan  solat  asar, dia  terus  pulang  ke  rumah. Ketika  dia  pulang  ke  rumah, Hakkai  tidak  lagi  pulang. Dia  naik  ke  bilik. Dia  membersihkan  dirinya. Kepalanya  pening. Dia  membaringkan  diri  di  atas  katil. Dia  terus  terlena.
           


“ HANUN, Hanun. Bangun  maghrib  ni,” kejut  Hakkai.
            Yuri  terkejut. Dia  tersedar  dari  tidurnya. Dia  berasa  mamai.
            “ Kenapa  kau  tidur? Penat  sangat  ke?”
            “ Saya  mengantuk. Ingat  nak  tidur  sekejap  je  tapi  tidur  lama  pulak,” ucap  Yuri  sambil  memegang  kepalanya.
            Yuri  bangun  dari  katil  ke  bilik  air. Setelah  membasuh  mukanya, dia  mengambil  wuduk. Dia  pun  menunnaikan  solat  maghrib. Hakkai  sudah  tiada  dalam  bilik. mungkin  dia  sudah  ke  bawah. Yuri  pun  turun. Tepat  pada  tekaannya. Hakkai  sudah  berada  di  meja  makan. Dia  mengambil  tempat. Tuan  Ahmad  pun  mula  makan. Yuri  tidak  ada  selera  untuk  makan. Seleranya  mati.
            Hakkai  memerhatikan  gelagat  Yuri. Dia  melihat  Yuri  menguis  nasi. Sehingga  dia  menghabiskan  makanan, dia  melihat  nasi  Yuri  tidak  terjejas. Dia  cuma  menggeleng  sahaja.

No comments:

Post a Comment