Friday, October 15, 2010

sedingin kasih38

Langit  pada  malam  itu  kelihatan  cantik  sekali. Bulan  bintang  berada  di  tempat  yang  sepatutnya. Sejak  tadi  lagi, dia  duduk  di  balkoni  biliknya. Angin  malam  lembut  menyapu  kulit  mukanya. Hakkai  tidak  naik  lagi  ke  bilik  berbual  dengan  Izzat. Izzat  tentu  bertanya  tentang  perkahwinan  mereka  berdua. Di  tangannya  memegang  sebatang  pen. Lama  dia tidak  mencipta  lagu  baru.
            Dia  mengimbau  kembali  kehidupannya  yang  lalu. Dia  tersenyum. Liku  hidupnya  amat  pedih  untuk  dikenang. Tetapi  dirinya  sudah  boleh  bertenang. Dia  merasa  dia  dapat  melupakan  kejadian  yang  menyakitkan  hati  itu.
            “ Belum  tidur?” bisik  satu  suara  di  telingnya.
                Dia  terkejut  dan  berpaling  ke  sebelahnya. Hakkai. Mujurlah. Dia  menyangkakan  orang  lain.
            “ Awak  bangun  ke? Sejuk?” soal  Yuri.
            “ Aku  terkejut,” ujar  Hakkai. “ Kenapa  kau  tak  tidur  lagi?”
            “ Mata  saya  tak  nak  terlelap,” ucap  Yuri.
            “ Nasib  baik, esok  tak  kerja.” Hakkai  tersenyum.
            “ Cantik  malam  ni,” ucap  Yuri  perlahan.
            Hakkai  merenung  wajah  Yuri  dari  tepi. Yuri  langsung  tidak  perasan  yang  mukanya  direnung  oleh  Hakkai. Matanya  asyik  memandang  langit. Hakkai  terus  merenung  wajah  Yuri. Ada  satu  perasaan  aneh  yang  menusuk  ke  kalbunya.
            Yuri  tersenyum. dengan  suasana  yang  suram, Hakkai  dapat  merenung  wajah  manis  isterinya. Belum  pernah  dia  merasa  perasaan  sebegini. Biarpun  dengan  Safarina  Aida. Dia  merasai  perubahan  ketika  dia  mula  kenal  Yuri  dengan  masa  sekarang. Perasaannya  mula  bergelora. Ditahan  keinginan  hatinya  waktu  itu. Dia  nekad  untuk  menawan  hati  sang  puteri  yang  berada  di  sebelahnya.
            “ Sudahlah, nanti  kau  deman  pulak  kalau  lama-lama  kena  angin  malam  ni. Lagipun  sejuk  ni,” ucap  Hakkai.
            Yuri  cuma  menurut   sahaja. Dia  langsung  tidak  membantah. Yuri  masuk. Hakkai  cuma  ingin  menutup  tingkap  tetapi  Yuri  melarangnya.
            “ Awak  biarkan  tingkap  tu  terbuka  sikit. Sejuk  sikit,” ucap  Yuri.
            “ Suka  hati  kaulah,” ucap  Hakkai  pula.
            Yuri  berbaring  di  sebelah  Hakkai. Cuma  sebiji  bantal  sahaja  yang  memisahkan  mereka  berdua. Hakkai  berpaling  ke  arah  Yuri. Dilihat  Yuri  telah  memejamkan  mata  dan  mulutnya  sedang  membaca  sesuatu. Dia  cuba    untuk  melelapkan  matanya. Entah  kenapa  malam  itu, matanya  tidak  mahu  terlelap.



“ YURI, kau  tak  nak  bangun  lagi  ke?” Hairan  Hakkai  melihat  Yuri  yang  masih  berbungkus  dengan  kain  selimut  lagi. Biasanya  Yuri  yang  akan  bangun  terlebih  dahulu  darinya. Tapi  hari  ini?
            “ Yuri  bangunlah,” kejut  Hakkai.
            “ Tak  naklah. Sejuk  sangat  ni.” Suara  Yuri  kedengaran  sedikit  serak.
            Tangan  Hakkai  pantas  meraba  dahi  Yuri. Panas  sangat. Dia  sedikit  cemas.
            “ Itulah, aku  dah  cakap. Deman  nanti, kau  tak  dengar,” rungut  Hakkai. “ Bukalah  tudung  kau  tu.”
            “ Tak  nak.” Yuri  cuba  bangun. Dia  melangkah  lemah  ke  bilik  mandi.
            Usai  membersihkan  diri, dia  mendirikan  solat. Dalam  keadaan  seperti  itu, dia  masih  boleh  sembahyang. Hakkai  cuma  memerhatikannya. Selesai  bersembahyang, Yuri  dibantu  oleh  Hakkai  untuk  naik  ke  katil.
            “ Nanti, aku  suruh  Mak  Lin  masak  bubur  untuk  kau,” ujar  Hakkai.
            Yuri  tidak  sempat  menghalang. Seleranya  tiada. Sudah  lama  dia  tidak  deman. Mungkin  antibodi  badannya  tidak  kuat  untuk  melawan  serangan  penyakit  itu. setengah  jam  kemudian, dia  dikejutkan  dengan  kehadiran  Mak  Lin  yang  sedang  menatang  semangkuk  bubur  beserta  ubat-ubatan.
            “ Yuri, makan  ni,” ujar  Mak  Lin.
            “ Saya  tak  ada  seleralah  nak  makan  ni.” Yuri  menolak.
            “ Yuri  kenalah  makan, nanti  perut  tu  masuk  angin,” pujuk  Mak  Lin.
            “ Makanlah, nanti  susah  nak  baik,” ucap  Hakkai  yang  muncul  di  sebalik  pintu.
            Yuri  menggeleng. Hakkai  menggunakan  isyarat  matanya. Yuri  mengeluh. Diambil  mangkuk  itu  dan  disiapkan  sesudu  ke  mulutnya. Dia  mengunyah  perlahan. Mukanya  berkerut  setelah  mangkuk  bubur  itu  dihabiskan, dia  menolak. Mak  Lin  pula  menghulurkan  ubat  kepadanya. Dia  terkejut  memang  dia  tidak  suka  makan  ubat. Baunya  sudah  tidak  boleh  tahan  Apatah  lagi  menelan  ubat-ubatan  tersebut.
            Memang  dari  dahulu  lagi  dia  tidak  berapa  suka  makan  ubat. Jarang  sekali  dia  pergi  ke  hospital. Bau  hospital  dan  ubatnya  boleh  membuatkan  tekak  Yuri  menjadi  loya. Disebabkan  hal  itu, dia  selalu  menjaga  kesihatannya. Dia  sendiri  boleh  membilang  berapa  kali  dia  jatuh. Kalau  batuk, dia  cuma  membiarkannya  tetapi  dia  rela  meminum  air  asam  jawa  daripada  makan  ubat.
            “ Nah, makan  panadol  ni  dulu. Biar  reda  pening  kepala  tu,” pujuk  Mak  Lin  lagi.
            “ Saya  tak  sukalah  makan  ubat,” ujar  Yuri.
            “ Kenapa  susah  sangat  nak  makan  ubat  ni? Kau  telanlah  jelah,” ucap  Hakkai  sedikit  keras.
            “ Saya  cakap  tak  suak, tak  sukalah. Awak  siapa  nak  paksa-paksa  saya?” Suara  Yuri  juga  menjadi  sedikit  keras.
            “ Menyusahkan  aku  ajelah  kau  ni.” Hakkai  merampas  ubat  itu  dari  tangan  Mak  Lin. Kemudian  dia  menyuapkan  kepada  Yuri.
            Yuri  mengelak. Hakkai  bertindak  ganas. Dia memasukkan  ubat  itu  ke  dalam  mulut  Yuri  dengan  memaksa  gadis  itu  menelan. Dia  memberi  air. Yuri  meneguk. Lelah  sebentar  tubuh  kerana  sebiji  ubat  yang  dimakannya.
            “ Tengok, bukannya  kau  mati  kalau  makan  ubat  ni,” ejek  Hakkai.
            Mata  Yuri  sedikit  berair. Menahan  loya  barangkali. Dia  geram  mengingatkan  kejadian  tadi. Boleh  blahlah, lelaki, getus  Yuri. Selepas  beberapa  ketika, dia  memegang  kepalanya. Sakit. Jauh  lebih  sakit daripada  tadi. Dia  pun  membaringkan  diri. Dia  cuba  untuk  memejamkan  matanya  tetapi  tidak  boleh. Wajahnya  berkerut  menahan  sakit  kepala  yang datang. Hakkai  dan  Mak  Lin  sudah  keluar. Dalam  hatinya, dia  tidak  berhenti-henti  berdoa  dan  merintih  kepada  ALLAH  supaya  sakitnya  dikurangkan. Akhirnya  dia  terlena  dalam  kesakitan.

No comments:

Post a Comment