BANGUN pagi. Hakkai telah tiada di sebelah. Dia bangun membersihkan dirinya. Usai bersolat, dia turun ke dapur. Kelihatan Mak Lin sedang mengemas dapur.
“ Mak Lin, Hakkai dah pergi kerja ke?” soal Yuri mengejutkan Mak Lin yang sedang leka.
“ Yuri rupanya. Oh…Hakkai dah pergi kerja. Yuri tak kerja lagi ke hari ni?” soal Mak Lin kembali.
“ Esok baru saya start kerja semula. Mak Lin, apa lauk kegemaran Hakkai?” Terlintas di fikiran dengan pertanyaan itu.
“ Biasanya dia paling suka Mak Lin masak lauk masak lemak cili api,” ucap Mak Lin.
“ Hmm.. Mak Lin nanti kita ke pasar ye,” ajak Yuri.
“ Buat apa?”
“ Yuri nak masak lauk lemak cili apilah.”
Mak Lin tersenyum tatkala mendengar kata-kata daripada Yuri. Fahamlah dia dengan ajakan Yuri. Gadis itu ingin memasak untuk suaminya. Patutlah beria-ia bertanya tentang makanan kegemaran Hakkai. Selepas bersarapan, dia bersama-sama dengan Mak Lin berkemas seluruh rumah. Hampir setengah hari, dia bertungkus lumus. Kasihan dengan Mak Lin berkemas seorang diri. Selepas itu, dia pun duduk berehat seketika. Dia pun bersiap ke pasar.
“ Jomlah Mak Lin.”
Sesampai di pasar, Mak Lin yang menolong memilih barang-barang yang bermutu. Yuri hanya mengikut sahaja. Bukannya dia tidak tahu untuk memilih barang-barang itu tetapi melihat Mak Lin bersungguh-sungguh, dia membiarkan sahaja orang tua itu bercakap.
“AKHIRNYA siap jugak.” Yuri tersenyum melihat masakannya telah siap terhidang.
Mak Lin agak terkejut dengan kebolehannya. Rupanya Yuri tidaklah kekok apabila berada di dapur. Tangan gadis itu pantas menyediakan apa-apa yang diperlukan. Dan tanpa arahan daripada Mak Lin pun, dia dapat memasak masakan itu dengan baik. Mak Lin telah merasa masakan tersebut. Sangka Mak Lin, gadis itu tidak tahu apa-apa tentang dapur.
“ Mana Yuri belajar masak makanan ni?” soal Mak Lin. Ada kelainan dalam masakan itu. tidak sama dengan masakannya.
“ Yuri belajar dengan mak kawan Yuri. Tapi tu dulu. Dah lama sangat. Dah 7 tahun.” Tangan Yuri sibuk membasuh perkakas yang digunakan.
“ Diaorang orang mana?”
“ Orang Kedah.”
“ Tapi Yuri tak pernah beritahu pun.”
“ Mak Lin yang tak nak kasi Yuri tolong. Mesti Mak Lin ingat yang Yuri ini tak cekap kat dapur kan,” duga Yuri.
“ Kebanyakkan perempuan sekarang tak suka duduk di dapur. Semuanya bekerjaya,” ucap Mak Lin.
“ Eh, Mak Lin. Saya nak pergi mandilah. Melekitlah badan ni,” ujar Yuri.
Yuri pun melangkah keluar dari ruangan dapur. Dia menuju ke biliknya. Segera dia ke bilik air. Lama dia berada di bilik air. Dalam masa yang sama, Hakkai sudah balik. Dia masuk ke dalam rumah.
“ Eh, Kai. Kenapa tak beritahu nak beritahu nak balik hari ni?” soal Mak Lin.
“ Sebenarnya, baru terlintas nak balik. Mak Lin masak apa?” soal Hakkai.
“ Masak lemak cili api,” jawab Mak Lin ringkas.
“ Rezeki Kai agaknya. Balik rumah dapat makan lauk itu,” gurau Hakkai.
“ Alah, kalau pergi kedai pun, boleh makan jugak lauk tu,” balas Mak Lin.
“ Tak sama dengan masakan Mak Lin. Eh, Yuri dah okey, ke?” Sempat dia bertanya tentang keadaan gadis itu.
“ Dah sihat dah,” jawab Mak Lin. “ Kai nak makan sekarang?”
“ Boleh jugak,” balas Hakkai.
Mak Lin pun menghidangkan masakan Yuri itu kepada Hakkai. Kelihatan Hakkai bersemangat untuk meratah makanan di hadapannya itu. dengan pantas, dia makan masakan itu. setelah satu suapan, dia berhenti.
“ Mak Lin, kenapa rasa lauk ni lain dari yang biasa Mak Lin masak?” soal Hakkai.
“ Bukan Mak Lin yang masak. Isteri Kai yang masak,” ucap Mak Lin sambil tersenyum.
Wajah Hakkai menunjukkan riak terkejut. Kemudian dia mengukir senyuman sambil meneruskan suapan. Hampir dua pinggan dia makan. Yuri pada ketika itu sedang menuruni tangga ke ruang makan. Dia terkejut melihat Hakkai yang sedang menikmati masakan. Hakkai berpaling ke arahnya. Hakkai mempelawa Yuri duduk sekali. Sempat dia memuji Yuri.
“ Sedap kau masak. Tak sangka ye. Aku ingat kau tak tahu langsung tentang dapur ini,” gurau Hakkai.
“ Ikut sedap mulut cakap. Tengoklah orang sikit. Jangan pandang sebelah mata je. Lebih dari ni, saya mampu buat,” balas Yuri.
Hakkai tertawa. Dia pun menghabiskan suapan terakhirnya. Bingkas dia bangun membasuh tangannya. “ Okeylah, aku pergi dulu.”
“ Tak solat dulu?”
“ Aku solat kat surau pejabat nantilah,” jawab Hakkai.
“ Nanti dulu.”
Hakkai berhenti. Yuri berada di hadapannya. Tangan Yuri membetulkan tali leher yang bergantung di leher Hakkai. Yuri kemudiannya menyalami tangan Hakkai. Hakkai tergaman. Ini pertama kali Yuri tanpa segan silu menyentuh tangannya. Dia tersenyum. dia beredar ke syarikatnya dengan senyuman manis terukir di bibirnya.
“ Mak Lin tengok Kai tu dah makin gembira. Tak pernah Mak Lin tengok dia tersenyum manis macam tu, tau,” ucap Mak Lin setelah Hakkai hilang daripada pandangannya.
“ Biasa saja saya tengok.” Yuri cuba mengelak. Dia faham dengan maksud sebenar Mak Lin itu.
“ Jomlah kita makan, Mak Lin. Saya dah lapar ni,” ajak Yuri.
Mak lin seakan-akan mengerti dengan ajakan Yuri. Dia tahu yang Yuri mahu mengelak. Dia sentiasa berharap agar Hakkai dan Yuri bahagia dan dirahmati oleh ALLAH S.W.T.
“ Mak Lin, cepatlah,” panggil Yuri dari dapur.
Mak Lin bergegas ke dapur dan melihat Yuri sedang menyendok nasi dan lauk itu untuk dibawa ke ruang makan. Kemudian mereka makan bersama-sama sambil berbual-bual.
YURI mengambil angin petang di balkoni biliknya. Fikirannya kini tenang. Siulan burung kedengaran. Dia menarik nafas panjang. Sejak peristiwa itu, kehidupannya amat kelam kabut. Walaupun dirinya kelihatan tenang namun hatinya sentiasa berkocak. Lama benar dirinya menjadi diri yang bukan dirinya. Dia sendiri sudah penat.
Dia tidak mahu mengingati peristiwa itu lagi. Biarlah ia terkubur dalam kabinet hidupnya. Lagipun kalau peristiwa itu tidak berlaku, belum tentu dia dapat belajar di luar negara. Dia tidak akan berdikari dengan sendirinya.
“ Termenung jauh nampak,” tegur satu suara di belakangnya.
Pantas dia berpaling untuk memastikan suara itu. dia tersenyum melihat Hakkai yang kini berada di sebelahnya.
“ Bila awak balik?” soal Yuri.
“ Eh, kau tak perasan ke? Aku dah siap mandi lagi. Termenung apa sampai tak sedar sekeliling, hah?” soal Hakkai kembali.
Memang pelik bila Hakkai memikirkannya. Sudah lama dia berada di dalam bilik itu. Takkanlah tak sedar langsung. Siap mandi dan bersolat lagi.
“ Saya sedang fikirkan hidup saya yang lepas-lepas. Entah kenapa kenangan itu macam berputar-putar dalam saya ni.” bibirnya tersenyum manis.
Hakkai terpanar melihat senyuman yang mengukir di bibir isterinya. ‘ Kus semangat. Boleh gugur iman kalau lama-lama tengok bibir dia ni. Dahlah merah, menggoda aku betul’, desis Hakkai.
“ Kenapa dengan awak ni? Tengok saya semacam aje,” tegur Yuri.
Sebenarnya dia naik seram melihat Hakkai yang merenungnya sebegitu. Bukan dia tidak perasan, renungan mata Hakkai kini sudah berlainan daripada dulu. Namun dia tidak mahu memikirkan tentang hal ini.
“ Saja nak tengok kau. Kalau tak tengok kau, nak tengok siapa lagi. Lagipun kau isteri aku, tak salah pun,” ujar Hakkai dengan ketawa untuk menutup malu akibat renungannya diperasan oleh isterinya itu. ‘ Akanku tawan hatimu, sayang,’ tekad Hakkai.
No comments:
Post a Comment