Friday, October 15, 2010

sedingin kasih39

HAKKAI  masuk  ke  biliknya. Dia  melihat  Yuri  tidur  dengan  nyenyak  sekali. Dia  bertambah  risau  dengan keadaan Yuri  sekarang. Wajah  Yuri  kemerah-merahan. Dia  telah  memanggil  doktor  peribadi  ayahnya  untuk  datang  merawat  Yuri    memandangkan Yuri  tidak  dapat  bangun. Wajah  Yuri  kemerah-merahan. Dia  telah  memanggil  doktor  peribadi  ayahnya  untuk  datang  merawat  Yuri    memandangkan   Yuri  tidak  larat  untuk  bangun. Doktor  mengesahkan  yang  antibodi  Yuri  lemah  kerana  tekanan  kerja  yang  kuat. Yuri  memerlukan  rehat  yang  banyak. Cuti  selama  4  hari. Hakkai  sendiri  telah  menelefon  bos  Yuri  untuk  memberitahu  tentangnya.
            Dia  duduk  di  atas  katil  di  sebelah  Yuri. Dia  merenung  wajah  isterinya. Cantik  juga  bila  tengok  macam  itu. Dia  mengusap  lembut  pipi  isterinya. Kemudian  tersenyum. Isterinya  itu  tidak  pernah  membuka  tudung  di  hadapannya. Entah  kenapa  dia  sendiri  tidak  mengerti. Dia  sendiri  memang  ingin  melihat  keadaan  Yuri  yang  tidak  bertudung. Mesti  menawan. Ditambah  dengan  wajah  yang  cute
            Kemudian  dia  melihat  Yuri  menggaru  wajah dan  meletakkan  jarinya  ke  atas  Hakkai. Hakkai  tergaman. Perlahan-lahan  dia  menggenggam  erat  jari  Yuri. Sememangnya  dia  tidak  pernah  menyentuh  jari  Yuri. Sekiranya  dia  menyentuh  pun, Yuri  akan  bertindak  mengelak  daripadanya. Tentu  rambutnya  panjang  mencecah  bahu. Tentu  cantik.
            “ Otosa, Yuri  tak  buat  apa-apa  dengan  dia. Betul.” Kedengaran  perlahan  suara  Yuri  mengigau.
            Hakkai  terkejut. Apa  yang  dimimpi oleh  Yuri  sehingga  dia  mengigau. Buat  apa  dengan  dia? Hisy, gila  ke? Setahu  aku, dia tak  ramai  kawan  pun. Perlahan-lahan  Yuri  membuka  matanya. Dia  melihat  Hakkai  di  sebelahnya  sedang  memegang  jari  jemarinya. Pantas  dia  menarik  jarinya  dari  tangan  Hakkai. Dalam  sakit  pun, dia  boleh  menghadiahkan  satu  jelingan  tajam  kepada  Hakkai. Hakkai  yang  melihatnya  tersenyum  manis.
            “ Dah  sihat  ke?” soal  Hakkai.
            “ Entahlah  tapi  kepala  ni  sakit  lagi,” ucap  Yuri memegang kepalanya.
            “ Kau  lapar?”
            “ Tak.”
            “ Makanlah, aku  tahu  kau  tak  makan  tengah  hari  tadi,” pujuk  Hakkai.
            “ Tapi….”
            “ Kau  kena  makan  jugak.” Hakkai  tahu  Yuri  patut  digertak.
            Yuri  terdiam. Malaslah  dia  melawan. Nanti  dia  juga  akan  kalah.
            “ Aku  pergi  ambil  makanan  ye.” Hakkai  terus  keluar.
            Dia  memegang  siling  dan  kipas  yang  berputar  laju. Entah  siapa  yang  uruskan  kerjanya  yang  tertangguh  di  pejabat  itu. sekembalinya  Hakkai  di  bilik, dia menghulurkan  semangkuk  sup  ayam. Yuri mengeluh  namun  dia  mengambil  juga  makanan  itu. Disuap  ke  mulutnya. Selepas  beberapa  minit, dia  menghulurkan   semula mangkuk  tadi  kepada  Hakkai.
            “ Nah, makan  ubat  ni,” ucap  Hakkai.
            Kenapalah  jadi  macam  ni? Dia  mengeluh  lagi.
            “ Kalau  tak  makan, tak  apa  kan?” soal Yuri.
            “ Kalau  tak  makan,susahlah  kau  nak  sihat,” ucap  Hakkai.
            Dia  meletakkan  ubat  ke  tangan  Yuri.
            “ Kenapa  kau  susah  sangat  nak  makan  ubat, hah?”
            “ Sebab  bau  ubat  tu  busuk  sangat,” ujar  Yuri.
            Mendengar  kata-kata  Yuri  itu, Hakkai  terus  ketawa  terbahak-bahak. Lucu  dia  mendengar. Tidak  pernah  dia  berjumpa  dengan  orang  seperti  itu.
            “ Kenapa  awak ketawa, hah?” Geram  Yuri melihat  Hakkai  yang  sedang  seronok ketawa.
            “ Tak  pernah  aku  jumpa  dengan  orang  yang  macam  kau  ni. cakap  ubat  itu  busuk. Setahu  aku,ubat  tu  biasa  aje  baunya.” Hakkai  terus  ketawa.
            “ Baunya  busuk.” Yuri  menjadi  marah.
            “ Sudahlah, aku  nak  keluar  dulu  tapi  bila  aku  balik  nanti, aku  nak  ubat  tu  dah  tak  ada,” ucap  Hakkai  sambil  mengenyitkan  matanya.
            Nak  tak  nak  dia  terpaksa  makan.



YURI  terkejut  pada  tengah  malam. Kepalanya  terasa  ringan  daripada  tadi. Dia  melihat  Hakkai  tidur  dengan  pulasnya. Dia  tersenyum. Tekaknya  terasa  dahaga. Dia  turun  dari  katil. Namun  tangannya  pantas  dipegang  oleh  Hakkai. Dia  tersentak. Dia  memandang  ke  wajah  Hakkai. Lelaki  itu  masih  tidur. Dia  merungkai  pegangan  itu  dan  terus  ke  dapur. Dia  mengambil  segelas  cawan. Malangnya  gelas  itu  terlepas  dari  pegangannya. Kedengaran  bunyi  yang  kuat. Yuri  sendiri  terkejut. Dia  pun membersihkan  kaca  yang  pecah.
            “ Kenapa  ni?” soal  satu  suara.
            Yuri  tersentak  buat  kali  yang  kedua. Terlepas  serpihan  kaca  yang  dikutip  tadi. Serpihan  kaca  itu  telah  melukakan  tangannya. Dia  mengaduh  kesakitan. Rupanya  Hakkai  yang  menegurnya. Hakkai  pula  yang  tergaman  melihat luka  di  tangan  Yuri. Dia  dengan  pantas  mengambil  First  Aid  dan  merawat luka  Yuri. Dia  membalut  kemas  tangan  Yuri.
            “ Terima  kasih,” ucap  Yuri.
            “ Kenapa  kau  ada  kat  sini?”
            “ Saya  dahagalah. Gelas  itu  terlepas  dari  tangan  saya  ni. Maaf,” terang  Yuri.
            “ Sudahlah, kau  pergi  naik  bilik  dulu. Nanti  aku  ambilkan  kau  air,” ucap  Hakkai.
            “ Tak  apalah. Biar  saya  ambil  sendiri,” tolak  Yuri.
            “ Kau  ni  kan  susah  nak  dengar  cakap  oranglah. Aku  cakap  nanti  aku  ambilkan, aku  ambilkanlah.” Hakkai  geram  melihat  Yuri.
            Yuri  berlalu  dari  situ. Apa  yang  tak  kena  dengan  Hakkai  tu? Marah  orang  pulak, getus  Yuri. Dia  naik  ke  biliknya. Rasanya  telah  sihat  sekarang. Dia  membuka  tingkap  dan  keluar  ke  balkoni. Belum  sempat  dia  menghirup  udara  malam  yang  segar, tubuhnya  ditarik  masuk  ke  dalam  bilik. hakkai  menutup  tingkap.
            “ Kau  ni  tak  serik-serik  lagi,” marah  Hakkai.
            Kenapa  dengan  mamat   ni? dari  tadi  asyik  nak  marah  orang  je.
            “ Nah, ambil  minum  air  ni. Tadi  kau  cakap  dahaga.” Hakkai  menghulur  segelas  susu  kepada  Yuri.
            “ Emmm….Terima  kasih,” ucap  Yuri.
            “ Kau  dah  sihat  ke?”
            “ Hmmm….rasanyalah. Saya  tak  rasa  sakit  lagi.” Dia  mengukir  senyuman  kepada  Hakkai.
            “ Esok  tak  payahlah  kau  pergi  kerja  lagi. Rehatkan  diri  kau  tu  secukupnya. Lagipun  MC  kau  ada  sehari  lagi,” ujar  Hakkai. “ Sudahlah  aku  nak  tidur. Satu  lagi  aku  tak  nak  kau  keluar  ke  balkoni  tu, faham.”
            Satu  lagi  arahan  tegas. Entah  apa-apalah. Semakin  lama  dia  berbaik  dengan  Hakkai, semakin  dia  tidak  memahami  perangai  sebenar  lelaki itu. apa  yang  nak  dibuat  sekarang? Semua  orang  tengah  sedap  tidur, aku  sorang  yang  berjaga  ni. Dia  naik  ke  atas  katil  semula. Perlahan-lahan  pergerakannya  supaya  dia  tidak  mengejutkan  Hakkai  yang  sedang  tidur  dengan  nyenyaknya. Dia  merenung  siling. Esok  dia  tidak  bekerja  lagi. Bosannya.


No comments:

Post a Comment