Friday, September 24, 2010

sedingin kasih35

Bab  35

YURI  masih  geram  dengan  perbuatan  Hakkai  semalam. Pagi-pagi  lagi  dia  telah  memberi  jelingan  ‘Selamat  Pagi’ yang  cukup  tajam  kepada  Hakkai. Hakkai  yang  sedar  tentang  itu, tidak  peduli. Dia  dengan  selamba  menegur  Yuri  di  meja  makan  ketika  mereka  sedang  bersarapan  bersama  Tuan Ahmad.
            “ Lena  tak  tidur  semalam, Hanun, ayah?” Untuk  menghilangkan  syak  pada  ayahnya, dia  juga  menegur  ayahnya.
            “ Lenalah.” Ayahnya  menjawab. “ Kenapa  Kai  tidur  tak lena  ke?”
            “ Sengaja  Kai  tanya  ayah. Takut  ada  yang  tak  tidur  lena,” sindir  Hakkai.
            Sekali  lagi  dia  dihadiahkan  dengan  jelingan  maut  dari  Yuri.
            “ Ayah, saya  dah  lambat  ni. Saya  pergi  dululah,” ucap  Yuri.
            “ Kai  pun  sama, ayah. Pergi  dulu.” Hakkai  berjalan  dengan  ayahnya, diikuti  dengan  Yuri.
            Yuri  mencepatkan  langkahnya  ke  luar  rumah. Hakkai  tidak  habis-habis  menyindirnya. Hakkai  cuba  untuk  menyaingi  langkah  Yuri.
            “ Kenapa  marah  sangat  ni?” soal  Hakkai  sambil  menyambar  lengan  Yuri.
            “ Suka  hati   sayalah. Awak  peduli  apa?”
            Hakkai  sengaja  mahu  menyakitkan  hati  Yuri  terus  ketawa. Dia  membiarkan  Yuri  berlalu  dari  rumah. Kemudian  dia  juga  ke  syarikatnya. Buat  masa  sekarang, dia  mengetuai  syarikatnya  kerana  ayahnya  sedang  bercuti  kerana  sakit  lemah  jantung. Seronok  juga  mengusik  Yuri  ni. Sampai  di  syarikatnya, dengan  penuh  karisma, dia  melangkah  masuk  ke  pejabatnya. Mata  staf-stafnya  tidak  lepas  dari  memandangnya. Dia  cuma  membalas  dengan  pandangan  yang  biasa  sahaja.
            “ Kenapa  dengan  bos  kita  hari  ni? Moodnya  nampak  baik  sangat,” ucap  Hasliza  kerana  sempat  menganalisa mood  bos  muda  itu.
            “ Kau  ni  apalah. Moodnya  baik  tu  tentu  sebab  bininya. Itu  pun  kau  tak  boleh  fikir  ke,” tuding  Linda  pula.
            Mereka  menyambung  semula  kerja  yang  tergendala  tadi  akibat  bos  muda  mereka itu. mereka  tidak  lalu  bercakap. Masing-masing  tekun  dengan  kerja  sendiri. Cuma  seorang  sahaja   yang  sedang  seronok  mengelamun  sambil  merenung  kekasih  hati  dalam  diam  sedang  sibuk  menguruskan  kerjanya. Dia  terus  mengelamun  tanpa  menyedari  masa  untuk  makan  tengah  hari  sudah  tiba.
            Hakkai  berkira  yang  dia  ingin  keluar  lunch  dengan  isterinya. Dia  melangkah  keluar  dari  pejabatnya  dan  bergegas  ke  tempat  kerja  Yuri. Kenapa  dia  marah  sangat? Pasal  semalam? Entahlah, dia  sendiri tidak  tahu. Sampai  di  tempat  kerja  Yuri, dia  menjenguk. Dia  menelefon  Yuri.
            “ Hello, Hanun. Aku  ni. turunlah  kat  lobi. Aku  tengah  tunggu  kau  ni. Kita  lunch  sama-sama,” ucap  Hakkai  setelah  mendengar  Yuri  menjawab. “ Turunlah. Aku  tengah  tunggu  ni.” Pantas  dia memutuskan  talian.
            Beberapa minit  kemudian, dia  terlihat  kelibat  Yuri  berjalan  ke  arahnya  dengan   wajah  yang  masam  mencuka. Sebenarnya  dia  ingin  melihat  senyuman manis  di  bibir  gadis  itu. Dia  pun  mendapatkan  isterinya.
            “ Kenapa  ni? Marah  sangat  aku  nampak.” Ingin  tahu  apa  yang  menyebabkan  gadis  itu  berwajah  dingin. “ Pasal  semalam  ke? Kalau  pasal  semalam  tu, aku  minta  maaf  banyak-banyaklah. Aku  bergurau  je.”
            “ Betul  ni?”
            Hakkai  mengangguk  mengiakan. Hakkai  melihat  ada  secebis  senyuman  di  bibir  mungkil  Yuri. Memang  benar  Anggapannya. Yuri  marahkannya  pasal  hal  semalam.
            “ Jomlah, aku  dah  lapar  ni.” Spontan  dia  menarik  lengan  Yuri  supaya  mengikut  langkahnya.
            “ Awak, kita  lunch  dekat-dekat  sinilah. Saya  takut  lewat  nanti  masuk  pejabat. Awak  tu  tak  apa. Syarikat  bapak  sendiri.” Sempat  pula  Yuri  menyindir  Hakkai  secara  halus.
            Hakkai  tidak  mempedulikan  sindiran  itu. Dia  puas  hati  kerana  dapat  makan  tengah  hari  dengan  isteri  sendiri. Dekat pun  dekatlah.



YURI  melangkah  masuk  kembali  ke  pejabat  setelah  keluar  lunch  bersama  Hakkai. Kemudian  kedengaran  satu  suara  berkata  bagaikan  menyindirnya.
            “ Disangka  baik, rupanya  dalam  hati  tu  busuk. Tak  sangkakan,” ucap  seseorang.
            Kebanyakkan  mata  yang  berada  di  situ  memandang  ke  arahnya. Dia  membalas  dengan  senyuman  manis. Mereka  yang  memandang  ke  arahnya  terkedu. Sebelum  ini, mereka  tidak  pernah  melihat  senyuman  di  bibir  Yuri. Tak  pernah  langsung. Tapi  hari  ini, buat  pertama  kalinya, Yuri  tersenyum.
            Yuri  langsung  tidak   mempedulikan  sindiran  itu. Untuk  pertama  kali, dia  melemparkan  senyuman  ke  arah  pekerja  di  syarikat  itu. Dia  seperti  kembali  ke  dirinya  yang  dahulu. Dirinya  yang  7  tahun  lepas. Dia  sendiri  dia  tidak  tahu  apa  yang  menyebabkan  dirinya  berubah. Cuma  dia  perasan  sejak  berbaik  selama  2  minggu  lepas  dengan  Hakkai, dirinya  jadi  begini.
            Syaqie, Liya  dan  yang  mengenali  diri  ini  dahulu  termasuklah  Hasif  terkejut  melihat  perubahan  dirinya. Abangnya  itu  memandang  dengan penuh  tanda  tanya  ketika  berada  di  majlis  di  rumah  Hasif. Begitu  juga  dengan  Liya  yang  terpinga-pinga  melihat  senyumannya.

No comments:

Post a Comment