Sudah dua minggu Yuri belajar daripada Dato’ Rashidi tentang selok-belok perniagaan. Banyak yang perlu dipelajari. Namun Yuri pantas menangkap apa yang diajar. Dia menjadi minat dengan bidang perniagaan yang dahulu sukar untuk diterima.
“ Yuri tak nak pergi lunch?” soal Dato’ Rashidi ketika melintas di bilik Yuri.
“ Tak naklah Otosa. Tak lapar pun. Kalau Yuri lapar, nanti Yuri pandai-pandai ar,” ucap Yuri.
Memang dia tidak pernah keluar lunch. Sejak mula bekerja di syarikat Otosa, setiap kali dia ingin keluar lunch, dia akan teringatkan Hakkai. Itu perkara yang mahu dielakkan. Mengingati seseorang yang tidak mengingati diri kita. Lagipun mungkin Hakkai sudah melupakannya dan mempunyai teman wanita. Biarpun ikatan antaranya dengan Hakkai masih belum terputus biarlah ia berakhir begini.
“ Assalamualaikum.” Seseorang memberi salam.
Yuri menjawabnya dan menyuruh orang itu masuk.
“ Hai, Yuri. Lama tak jumpa,” tegur orang itu.
“ Eh, Encik Izzat. Jemputlah duduk. Apa tujuan Encik datang ke sini?” soal Yuri. Dia menutup fail yang sedang dibelek.
“ Tak perlulah berencik-encik dengan saya nie. Kita kan kawan,” balas Izzat.
“ Maaflah Izzat. Yuri dah terbiasa. Kenapa datang ke sini?”
“ Saya bekerja di sini,” ucap Izzat.
“ Kerja kat sini? Yuri tak tahu pun. Ingatkan Izzat masih kerja di Jepun lagi,” ujar Yuri.
“ Biasalah orang berpangkatkan,” usik Izzat.
“ Maaflah, Yuri sibuk sangat. Sibuk belajar benda baru. Izzat pun tahu Yuri di bidang mana dulu,” balas Yuri lagi.
“ Mula-mula Izzat pelik juga bila tengok Yuri di sini. Ingatkan Yuri memang ada hubungan yang tak senonok dengan Dato’. Ingatkan Yuri nie perempuan simpanan Dato’. Macam yang Hakkai cakap. Rupanya Yuri nie anak Dato’.”
Mendengar nama Hakkai disebut, dia menjadi sayu. Hakkai fikir begitu tentang dirinya. Dia mengeluh. Dia kecewa sebab sedikit pun dia tidak diberi ruang untuk penjelasan.
“ Yuri nak Izzat bagitahu dia ke?” soal Izzat.
“ Tak payah susahkan diri Izzat. Biarlah begini. Dia memang tak sukakan Yuri lagi. Dia langsung tak nak dengar penjelasan dari Yuri. Maknanya dia tidak boleh terima Yuri lagi,” luah Yuri.
“ Kalau itu yang Yuri nak, Izzat memang tak boleh buat apa-apa lagi. Izzat dah kenal lama dengan Hakkai tu. Perangai dia memang pelik sikit. Tapi Percayalah, dia jenis yang susah nak lupakan cinta dia pada seseorang. Samalah dengan cinta pertama dia dulu, Safarina Aida.” Ucap Izzat.
“ Safarina Aida? Siapa dia tu?” Timbul perasaan ingin tahu. Dia pernah mendengar nama itu disebut oleh Hakkai ketika Hakkai sedang marah.
“ Kai tak pernah cerita pada Yuri ke? Kalau macam tu, Izzat tak boleh cerita apa-apa. Ini hidup Kai,” terang Izzat.
Selepas itu, izzat meminta diri untuk menyambung kerjanya. Masa rehat pun hampir tamat. Sejurus kemudian, telefon bimbitnya berbunyi. Pantas dia menjawab.
“ Assalamualaikum, Otosa. Apa hal?”
“ Yuri dah lupa ke tentang appointment kita di Hotel Royal Park pukul 2 petang. Ini dah satu setengah nie. Cepat datang. Otosa tengah tunggu nie sama klien kita,” ucap Dato’ Rashidi.
“ Sorrylah, Otosa. Yuri nak pergilah nie.” Dia mematikan handphonenya dan segera berkemas.
Dia bergegas ke Hotel Royal Park. Jalan raya sesak dengan kenderaan. Maklumlah masa lunch. Tentulah ramai orang mahu kembali menyambung kerjanya. Sampai di hotel itu, dia masuk. Dia bertanya pada penyambut tetamu di kaunter.
“ Cik, boleh saya tahu di mana Dato’ Rashidi berada sekarang nie?”
“ Oh, Dato’ Rashidi sedang berada di restoran hotel. Cik boleh lalu di sebelah sana,” balas gadis itu sambil tersenyum.
Dia pun melangkah ke restoran. Matanya meliar ke sana ke mari mencari kelibat Otosa. Di satu sudut, kelihatan Otosa sedang berbual dengan dua orang lelaki. Dia mendapatkan Otosa.
“ Otosa,” tegurnya.
Dato’ Rashidi dan dua orang lelaki itu berpaling ke arah Yuri. Yuri terkejut. Kedua lelaki itu sebenarnya Tuan Ahmad dan Hakkai. Dia terundur ke belakang.
“ Yuri, Duduklah,” pelawa Dato’ Rashidi.
Yuri duduk di sebelah Otosa tanpa sebarang senyuman.
“ Sebelum kita mulakan perbincangan kita, biarlah saya memperkenalkan diri saya. Mungkin Encik berdua pun sudah mengenali saya. Saya Tuan Ahmad dan nie anak saya Saiful Hakkai,” ujar Tuan Ahmad.
“ Saya Dato’ Rashidi dan nie anak saya, Yukari Hanun,” ucap Dato’ Rashidi dengan senyuman.
Mata Hakkai terbeliak selepas mendengar kenyataan tersebut. Lantas dia memandang Yuri. Yuri turut memandangnya. Mereka berdua bermain mata. Hakkai seolah-olah bertanya tentang kenyataan yang didengarinya tadi. Yuri terus melarikan matanya daripada terus memandang Hakkai.
“ Baik, kita mulakan perbincangan kita nie,” ujar Yuri.
Mereka pun mula berbincang tentang resort yang bakal diusahakan bersama. Yuri cuba bersikap professional. Dia cuba mengekalkan fokusnya pada perbincangan ini. Hakkai pun cuma mendiamkan diri. Bersuara apabila ditanya sahaja.
“ Saya rasa sampai di sini sahajalah perbincangan kita. Yang lain, kita akan sambung di meja bulat,” ujar Dato’ Rashidi. “ Yuri, baliklah dulu. Otosa masih ada hal di sini.”
“ Baiklah, Otosa.” Yuri bersalam dengan Otosa dan seterusnya ayah mertuanya.
Selepas itu, dia terus pergi meninggalkan mereka bertiga. Sedikit pun dia tidak berpaling ke arah Hakkai. Dia melangkah dengan sebegitu laju sekali ke kawasan parking kereta. Sebelum sempat dia masuk ke dalam kereta, lengannya disambar oleh seseorang. Dia tidak berpaling kerana dia tahu siapa yang berani-berani menarik lengannya sebegitu.
“ Hei, lepaslah. Saya nak balik nie. Saya masih ada banyak kerja.” Dia segera merentap lengannya dengan kasar dari pegangan itu.
“ Hanun, dengar dulu apa abang nak cakap nie,” ujar Hakkai.
“ No need to talk. I don’t want to listen anyway.” Dia mencari kunci keretanya di dalam beg tangannya.
“ Hanun, tolonglah,” rayu Hakkai.
“ Awak tak ingat ke yang awak tak nak jumpa saya? Awak sendiri yang cakap awak tak nak tengok muka saya lagi. So, don’t disturb me anymore.” Yuri berpaling terus masuk ke dalam kereta.
“ YURI, aku nak keluar dengan Okada nie. Kau tak nak ikut ke?” soal Liya.
“ Aku malaslah. Letih nie,” laung Yuri yang ketika itu berada di dalam bilik.
“ Okey, jaga rumah tau.” Ujar Liya.
“ Balik awal, tau.” Yuri sedang berbaring di atas katilnya. Hatinya resah dan gelisah. Fikirannya tertumpu pada kejadian petang tadi. Wajah Hakkai merayu-rayu. Sebahagian hatinya ingin menerima, sebahagian lagi tidak mahu. Dia menjadi runsing.
Kedengaran ketukan yang amat perlahan di pintu biliknya. Dia fikir mungkin Liya dan Okada masih belum keluar lagi. Dari aku duduk fikir benda nie, baik aku keluar dengan mereka berdua, fikir Yuri. Dia pun bergegas pergi membuka pintu.
“ Liya aku nak ikut se……” Ayatnya tergantung begitu sahaja. Bukan Liya. Bukan juga Okada yang berada di hadapan matanya. Tetapi Hakkai. Wajahnya yang ketika itu tersenyum manis serta-merta menjadi masam. Dia menjeling tajam ke arah Hakkai.
“ Apa awak buat di sini?” soalnya.
Tanpa berkata sepatah pun, Hakkai melangkah masuk ke dalam bilik Yuri. Yuri terundur ke belakang setapak. Hakkai menutup pintu. Dia pantas mendakap tubuh Yuri. Yuri menronta dengan sekuat hati. Hampir sepuluh minit, Yuri berhenti meronta. Letithnya..
“ Maafkan abang. Abang salah faham tentang Hanun dan Otosa. Tolonglah maaafkan abang nie.” Dia memeluk erat Yuri.
Yuri tidak bersuara. Cuma kedengaran esakan sahaja.
“ Sayang,” panggil Hakkai perlahan.
Tiba- tiba Yuri menolak kasar tubuh Hakkai. Matanya mencerlang tajam.
“ Abang ingat saya nie akan terima abang dengan mudah macam tu je? Saya tak akan terima abang senang-senang,” ucapnya kasar.
“ Sayang masih boleh terima abang,” ucap Hakkai sambil tersenyum.
“ Siapa cakap?”
“ Sayang sendiri yang masih guna panggilan abang pada abang nie. Tu tandanya sayang masih sayangkan abang.”
Lantas Hakkai memeluk Yuri. Sekali lagi Yuri meronta. Kuat sekali rontaannya sehingga mereka terjatuh di atas katil. Hakkai tersenyum mengusik. Dia masih belum melepaskan pelukannya pada Yuri.
“ Sayang, tolonglah maafkan abang. Abang merayu. Abang tak akan buat macam nie lagi. Abang promise.” Hakkai mencuba lagi untuk menawan hati Yuri.
Mata mereka bertentangan. Mata Yuri tiba-tiba berair. Dia menangis teresak-esak. Lalu merapatkan kepalanya ke dada Hakkai. Hakkai mengosok rambut Yuri dengan lembut. Dia mencium rambut isterinya. Tanda kemenangan berada di pihaknya.
No comments:
Post a Comment