“ HURIN, jaga adik sekejap. Umi nak ke dapur,” ucap Yuri.
Hurin berlari mendapatkan adiknya. Hurin sudah tinggal bersama Yuri dan Hakkai keran Puan Anisah sudah meninggal dunia akibat barah tulang 2 tahun lalu.
“ Umi, ayah dah balik,” jerit Hurin.
Hurin menuju ke arah ayahnya sambil mendukung adiknya, umirah. Dia tersenyum gembira menyambut kepulangan ayahnya.
“ Hari nie, anak ayah puasa tak?” soal Hakkai yang melonggarkan tali lehernya.
“ Hurin puasa, ayah tapi mira tak. Dia kecil lagi. Tak larat nak puasa.” Hurin menjawab.
Hakkai tersenyum mendengar jawapan dari anaknya itu. Anaknya itu memang tidak pernah meninggalkan puasa sejak bulan Ramadhan bermula.
“ Umi mana?”
“ Umi kat dapur. Tengah masak. Umi cakap dia nak masak feveret ayah.” Hurin memeluk adiknya yang meronta-ronta minta dilepaskan.
Hakkai mengambil umirah dari dukungan Hurin. Dia melangkah ke dapur. Dilihatnya Yuri sedang menyanyi kecil. Kelihatan Yuri tidak sedar yang dirinya didekati.
“ Hmm…sedapnya bau,” ucapnya sedikit kuat.
Yuri tersentak lalu terduduk mencangkung sambil memegang sudip. Dia menjeling ke arah Hakkai.
“ Abang nie kan…nasib baik Hanun nie tak ada penyakit jantung. Kalau tak, boleh mati mengejut,” ujar Yuri sedikit geram.
“ Sebab sayang tak ada sakit jantunglah, abang berani buat. Kalau tak, abang tak berani pulak. Nanti malam-malam kena tidur sorang-sorang,” usik Hakkai.
“ Abang nie…Hurin dengar tu. Malulah sikit.” Wajah Yuri menjadi merah.
Hurin yang berada di situ ketawa. Dia merasai dirinya hidup di samping mama dan papanya dulu. Yuri dan Hakkai amat baik terhadapnya.
“ Abang tu, pergilah mandi. Eii..busuk. bagi Mira pada Hurin.” Dia menegur suaminya.
“ Sayang, kenapa sayang letak nama umirah pada bayi kita?” soal Hakkai selepas Yuri selamat melahirkan anak sulung mereka.
“ Sebab laut,” jawabnya ringkas.
“ Laut? Kenapa dengan laut?” soal Hakkai kehairanan.
“ Ya, laut. Umi dalam bahasa Jepun adalah laut. Umirah pulak adalah symbol kesetiaan Hanun pada abang,” ucapnya tersenyum.
“ Simbol kesetiaan?”
“ Yup, pantai dan ombak merupakan kombinasi yang paling baik untuk kita umpamakan sebagai kesetiaan. Tengoklah, pantai akan selalu menunggu ombak walaupun dia sering dipukul ombak. Samalah macam Hanun. Hanun akan tetap setia pada abang walaupun apa yang berlaku,” ucap Yuri.
Yuri berdiri di balkoni biliknya sambil memandang langit. Bintang-bintang berkelipan di langit malam. Kelihatan cantik sekali. Kini dia berbahagia dengan suaminya. Bahagia dengan anak-anaknya, Hurin dan Umirah.
Liya pula telah mengikut janji untuk hidup bersama Syaqie. Syaqie memang menaruh hati pada Liya tetapi dia menangguh masa untuk menyelesaikan masalah yang melanda adiknya.
Okada pula sedang bermadu kasih dengan Izzat. Perkenalan yang tidak disangka itu telah membenih cinta di hati mereka berdua. Selepas bercinta selama setahun, mereka diijab kabulkan. Setelah itu, mereka telah tinggal di Jepun untuk menghabiskan kontrak Okada. Kemudian mereka akan tidak di Malaysia.
“ Sayang,” sapa seseorang dari belakang.
Dia berasa pinggangnya diraih dari belakang. Tanpa berpaling, dia tersenyum. Dia memegang erat tangan yang memeluk pinggangnya.
“ Buat apa?” soal Hakki.
“ Tak buat apa-apa pun. Saje tengok bintang,” ucap Yuri. “ Hurin dan Mira dah tidur ke, abang?”
“ Hmm…dorang dah tidur. Sayang tak nak tidur lagi ke?”
“ Tak mengantuk lagilah,” ucapnya.
“ Tapi abang dah mengantuk,” balas Hakkai.
Yuri ketawa. Faham benar dengan sikap suaminya yang kadang-kadang manjanya melebih budak kecil.
“ Dah tau mengantuk, pergilah tidur.” Dia cuba mengusik suaminya.
Hakkai menarik muka masam. Dia ketawa kecil. Menyedari dirinya dipermainkan, Hakkai mencempung tubuh Yuri ke katil.
“ Abang cintakan sayang,” ucap Hakkai dengan romantis sekali.
Yuri tersenyum manis. Dia berharap agar kebahagian yang dikecapi sekarang akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Dia berdoa supaya keluarganya akan bahagia dengan kasih sayang bukannya kemewahan……
No comments:
Post a Comment