Wednesday, March 2, 2011

Sedingin kasih 52


“ MANA  ayah  saya, Linda?” soal  Hakkai.
            “ Tuan  Ahmad  ada  dalam  Biliknya  tapi  sekarang  nie  dia  ada  tetamu,” ucap  Linda.
            “ Siapa?”
            “ Dato’ Rashidi,” ucap  Linda.
            Hakkai  tergaman. Apa  pula  lelaki  ini  buat  kat  sini? Syarikatnya  ada  mengambil  tender  untuk  Syarikat  Gergasi  itu  tetapi  biasanya  orang  bawahan  Dato’ Rashidi  yang  menguruskannya.
           
“ Saya  datang  nie  bukan  hendak  bercakap  pasal  kerja.” Ayat  mukadimah  tersusun  di  bibir  Dato’ Rashidi.
            Tuan  Ahmad  berasa  pelik. Apa  pula  urusan  lelaki  ini  datang  ke  syarikatnya  kalau  tidak  bercakap  pasal  kerja?
            “ Hari  tu, saya  ada  di  kenduri  yang  Tuan  Ahmad  adakan,” ucap  Dato’ Rashidi.
            “ Ya, saya  ingat.”
            “Saya  dengar  menantu  Tuan  Ahmad  buta.”
            “ Ya, dia  accident. Kata  doktor, ada  serpihan  kaca  yang  masuk  menyebabkan  kornea  dia  terkoyak. Dia  mungkin  boleh  melihat  sekiranya  ada  yang  sesuai  dengan  matanya. Tapi  boleh  saya  tahu  mengapa  Dato’  bertanya  tentang  menantu  saya?”
            “ Kalau  ada  yang  sesuai  dengannya, dia  akan terima?”
            “ INSYAALLAH.”
            “ Sebenarnya, anak  perempuan  saya  dah  meninggal  dua  minggu  yang  lalu. Dia  ada  meninggalkan  wasiat  agar  matanya  didermakan  kepada  orang  yang  memerlukan. Dan  saya  rasa  menantu  Tuan  Ahmad  orang  yang  memerlukan  mata  tersebut,” jelas  Dato’ Rashidi.
            Sebenarnya  Yuki  memang  ada  meninggalkan  wasiat  memberitahu  supaya  matanya  diderma  tetapi  penerima  itu  mestilah  adiknya  sendiri. Tentu  Yuki  pernah  berjumpa  dengan  Yuri  ketika  Yuri  sudah  buta. Jelas  sekali, Yuki  masih  menyayangi  adiknya  sendiri  sehingga  sanggup  medermakan  matanya  kepada  adiknya.
            “ INSYAALLAH. Saya  akan  sampaikan  perkara  nie  kepada  anak  menantu  saya. Dan  kita  mesti  buat  ujian  untuk  mengesahkan  samaada  mata  itu  sesuai  tidak,” ujar  Tuan  Ahmad.
            Dato’  Rashidi  mengucapkan  rasa  syukur di  dalam  hati. Dari  situ, dia  akan  cuba  menawan  kembali  hati  anaknya.
            “ Tapi  Tuan  Ahmad  jangan  bagitahu  siapa  pendermanya. Saya  sendiri  akan  bagitahunya  apabila  sampai  masanya. Sekiranya  dia  bertanya, bagitahu  yang  pihak  penderma  ingin  merahsiakan  perkara  nie.”

“TAPI  siapa  pendermanya, ayah?” soal  Hakkai.
            “ Keluarga  mereka  tidak  mahu  perihal  penderma  diberitahu  kepada  penerima,” ucap  Tuan  Ahmad.
            Yuri  cuma  mendiamkan  diri.
            “ Tapi  macam  mana  kalau  tak  sesuai? Kan  doktor   ada  kata  yang  jenis  kornea  Hanun  susah  nak  cari.” Hakkai  masih  tidak  berpuas  hati.
            “ Kita  buatlah ujian. Yuri  macam  mana? Setuju?”
            “ Saya  ikut  je  Abang  Hakkai  cakap  apa,” ujar  Hakkai.
            “ Mak  Lin, tolong  bawak  Yuri  ke  atas. Saya  nak  bincang  sesuatu  dengan  ayah sendirian,” arah  Hakkai.
            “ Siapa  pedermanya, ayah?”
            “ Kan  ayah  dah  cakap  penderma  itu  masih  identitinya  dirahsiakan  walaupun  dengan  kebenarannya.”
            “ Tapi ayah….”
            “ Kai  tak  nak  tengok  Yuri  tu  boleh  melihat  semula? Kai  ingat  Yuri  tak  terseksa  ke  dengan  keadaan  dia  yang  macam  tu? Fikirlah  baik-baik. Ini  pun  untuk  kebaikan  Yuri  juga,” nasihat  Tuan  Ahmad.
            Hakkai  Terdiam. Fikirannya  ligat  berfikir  tentang  Yuri. Dia  tentu  gembira  sekiranya  Yuri  dapat  melihat  kembali. Tapi  dia  berhak  tahu  siapa  pendermanya..
            “ Kai  tahu, ayah  tapi…”
            “ Apa  yang  Kai  nak  risaukan? Yuri  tetap  orang  yang  sama  seperti  dulu.” Tuan  Ahmad  memotong  kata-katanya.
            “ Baiklah, ayah.” Hakkai  menyatakan  persetujuannya  walaupun  dia  masih  tidak  bersetuju  dengan  keputusan  itu.
            Tuan  Ahmad  tersenyum. Senang  saja  hendak  memujuk  anaknya  kalau  kena  dengan  caranya.


“ KENAPA  sayang  duduk  kat  sini? Nanti  deman  macam  hari  tu, baru  tau,” tegur  Hakkai  apabila  melihat  isterinya  duduk  di  balkoni.
            “ Tak  apalah  kalau  deman  pun,” balas  Yuri.
            “ Kenapa  pulak?”
            “ Abang  kan  ada. Boleh  jaga  saya,”gurau  Yuri.
            Hakkai  ketawa. Dia  menarik  hidung  Yuri. Yuri  menjerit. Dia  meraba  hidungnya. Tentu  sudah  merah  sekarang.
            “ Abang  nie  sama  dengan  Aika. Dia  pun  suka  tarik  hidung  and  rambut  saya.” Yuri  menarik  muka  masam. Senyumannya  mati. Tangannya  masih  meraba  hidungnya.
            “ Mari  sini, abang  tengok  hidung  tu. Wah, dah  merahlah  hidung  sayang.” Hakkai  mencium  lembut  hidung  isterinya. Hakkai  ketawa. Yuri  bertambah  geram. Dia  berdengus. Hakkai  menarik  Yuri  ke  dalam  dakapannya. Dia  mencium lembut  dahi  Yuri.
            “ Abang  minta  maaf  ye  sayang,” ujarnya  dengan  nada  romantis.
            “ Abang  setuju  dengan  cadangan  ayah  tadi  ke?” soal  Yuri.
            “ Abang  rasa  ia  untuk  kebaikan  sayang. Tentulah  abang  nak  tengok  sayang  melihat  semula.” Hakkai  mengeratkan  lagi  pelukannya.
            “ Terima  kasih, abang.” Yuri  juga  membalas  pelukan  si  suami.


No comments:

Post a Comment