Wednesday, March 9, 2011

Sedingin kasih 55

OHA YOU GO ZAI MASU !  Ucapan  itu   bergema  di  hati  Yuri  tatkala  dia  membuka  matanya. Hidup  perlu  diteruskan. Dia  akan  memulakan  hidup. Hidup  tanpa  cinta. Selepas  bersolat  subuh, dia  turun  ke  dapur  menyediakan  apa  yang  patut. Sejurus  kemudian, Liya  muncul.
            “ Kau  nak  keluar  ke  mana  hari  nie?” soal  Liya.
            “ Aku  tak  pergi  mana  kot  pagi  nie. Petang  nanti  aku  keluar  ke  KLIA,” balas  Yuri  sambil  membancuh  air  the.
            “ Buat  apa  pergi  sana?”
            “ Ambil  kawan  aku  dari  Jepun. Dia  akan  tinggal  di  sini  selama  2  tahun. Belajar,” ujar  Yuri.
            “ Ajaklah  dia  tinggal  di  sini. Budak  berdua  tu  dah  habis  belajar. Nanti  kalau  kau  tak  ada, aku  ada  kawan  kat  sini,” ujar  Liya.
            “ Mulai  hari  nie, aku  akan  tinggal  di  sini,” tegas  Yuri
           


LENGUH  kaki  Yuri  dibuatnya. Menunggu  Okada  di  airport. Lama  benar. Terjenguk-jenguk  dia  di  balai  ketibaan  itu. hampir  setengah  jam  kemudian, dirinya  dipeluk  erat.
            “ A nata ga inaku te  sabishi  idesu,”ujar  Okada.
            “ I  miss  you  too,” balas  Yuri.         
            Mereka  ke  kereta. Semasa  dalam  perjalanan  ke  kereta, dia  ternampak  kelibat  Hakkai  bersama  kawan  baiknya, Izzat. Cepat-cepat  dia  memboloskan  diri  ke  dalam  kereta  sebelum  Hakkai  sedar  akan  kehadirannya.
            “ Guess  what, I  had  learned  your  language,” beritahu  Okada.
            “ That’ s  great.” Yuri  tersenyum.
            “ But, I  have  to  improve  more. You  must  tolong  me.” Macam  budak  yang  baru  belajar  untuk  bercakap.
            “ Okey. Mada  mada  ne,” ujar  Yuri


“ AKU  rasa  aku  macam  nampak  wife  kau  tadi,” ujar  Izzat.
            “ Hah? Hanun? Apa  dia  buat  kat  sini? Mana?”
            “ Dia  dah  pergi  dengan  kawan  dia  tadi. Aku  perasan  dia  pandang  kau  tadi  tapi  dia  cepat-cepat  pergi  sebaik  terpandang  kau. Pelik  jugak  aku. Korang  gaduh  ke?”
            “ Aku  dah  halau  dia. Malaslah  aku  fikir  pasal  dia  lagi,” balasnya  selamba.
            Izzat  terkejut. Apa  kena  dengan  dia  nie? Dah  ada  wife  yang  cantik  menawan  pun, banyak  songeh  pulak. Nanti  jadi  macam  aku  nie, tak  kahwin-kahwin  lagi, baru  tahu,’ detik  hati  kecil  Izzat.
            “ Apa  kes  kau  dengan  dia?” soal  Izzat.
            “ Dia  tu  ada  affair  dengan  Dato’  Rashidi. Bos  tempat  kerja  aku  tu  sekarang,” ucap  Hakkai.
            “ Betul  ke  nie? Kau  jangan  tuduh  macam  tu, Kai.” Izzat  kurang  percaya  dengan  cerita  Hakkai. Mungkin  Hakkai  saja  bercakap  begitu  kerana  sakit  hati.
            “ Aku  nampak  sendiri  dengan  mata  kepala  aku  nie, dia  berpeluk  dengan  orang  tua  tak  guna  tu. Yang  sorang tu  tak  sedar  diri, dah  tua-tua  pun, nak  menggatal  lagi. Dunia  kata  pergi, kubur  kat  mari. Yang  sorang  tu  pulak, tak  sedar  diri  yang  dia  tu  bini  orang, nak  menggatal  dengan  orang  lain,” terang  Hakkai  dengan  kasar.
            “ Mungkin  ia  tak  seperti  yang  kau  lihat. Kau  tak  boleh  percaya  perkara  nie  macam  tu. Kau  kena  selidik  dulu. Tengok  sama  ada  ia  benar  atau  tidak. Kau   dah  tanya  dia?”
            “ Malaslah  aku. Sudahlah  tu. Aku  tak  nak  cakap  pasal  hal  nie  lagi.” Hakkai  menutup  perbicaraan  mereka.
           


KEDATANGAN  Syaqie  ke  rumah  Yuri  menimbulkan  tanda  tanya. Biasanya  Syaqie  akan  membawanya  keluar. Kedatangan  abangnya  itu  disambut  baik. Ketika  itu, Liya  dan  Okada  tiada  di  rumah. Mereka  keluar  untuk  membeli  barang  dapur.
            “ Apa  tujuan  Aika   datang  ke  sini?” soalnya  setelah  menghidangkan  air.
            “ Macam  mana  dengan  Saiful?”
            Yuri  terdiam  seketika. “ Entahlah, Aika. Dia  tak  nak  dengar  penjelasan  dari  Yuri  langsung. Dia  dah  halau  Yuri. Aika  datang  ke  sini  semata-mata  nak  tanya  benda  nie  je  ke?”
            “ Princess, benda  nie  bukan  mainan  tau.”
            “ Yuri  tahu. Yuri  bukan  bodoh,” ujarnya  sedikit  kasar.
            Syaqie  terdiam  mendengar  nada  suara  Yuri. Kedengaran  agak  tertekan. Syaqie  mengeluh. Ingatkan  masalah  Yuri  sudah  selesai  semuanya. Ada  saja  bala  yang  datang. Dia  merenung  raut  wajah  Yuri. Nampak  tanda  kecewa  di  wajahnya.
            “ Aika, jangan  risau. Yuri  akan  selesaikan  sendiri. Aika  tu  patut  fikir  pasal  diri  Aika. Ingat, Aika  tu  dah  tua  tahu. Bukan  muda  lagi.” Sempat  pula  Yuri  melawak. “ Kalau  dulu, Yuri  biarkan  Aika  campur  urusan  Yuri. Tapi  sekarang, Yuri  tidak  akan  benarkan. Biarkan  Yuri  yang  uruskan  sendiri.”
            Liya  dan  Okada  masuk  ke  dalam  rumah. Okada  kelihatan  terkejut  dengan  kehadiran  Syaqie  di  situ.
            “ Who  is  this?” bisik  Okada  di  telinga  Liya.
            “ Yuri’s  brother,” jawab  Liya.
            “ Yuri  tak  nak  kenalkan  dia  pada  Aika  ke?” soal  Syaqie.
            “ Oh, sorry. Aika, this  is  Okada  Hayasaka  and  Okada, this  is  my  brother, Syaqie  Aikawa,” ucap  Yuri.
            “ Aikawa  mean  river  at  my  place. Hello, I’m  from  Japan.” Okada  tersenyum  manis.
            “ Pandai  adik  Aika  pilih  kawan. Kawaii.” Syaqie  tersenyum  juga.
            “ Aika, don’t speak  Malay. She  can’t  understand  you,” ujar  Yuri.
            “ Aku  faham  sikit-sikit  je. Need  to  learn  more.” Okada  cuba  berbahasa  Melayu.
            Mereka  ketawa.
           


YURI  mengambil  keputusan  untuk  menerima  tawaran  Dato’  Rashidi  yang  menyuruhnya  bekerja  di  Syarikat  Gergasi. Lagipun  dia  bosan. Kerja  sebagai  Interior  designer  di  syarikat  dulu  sudah  lama  dia  berhenti  sejak  kemalangan  itu. Rasanya  dia  boleh  mempraktikkan  kemahirannya  dalam  perniagaan  Otosa. Dia  melangkah  dengan  bergaya  ke  Dewan  Gergasi. Semua  pekerja  syarikat  itu  sudah  berada  di  dalam  termasuklah  Dato’  Rashidi. Dia  pun  masuk. Majlis  pun  dimulakan  dengan  ucapan  pengerusi  majlis. Majlis  ini  diadakan  sempena  mengumunkan  CEO  terbaru  Syarikat  Gergasi.
            “ Seperti  yang  awak  semua  tahu, anak  saya, Yukihara  Huda  sudah  meninggal  dunia  akibat  accident. Saya  akan  umumkan  pengganti  saya  pada  hari  nie,” ucap  Dato’ Rashidi.
            Selepas  kata-kata  terakhir  dari  Dato’  Rashidi, kedengaran  desus  desis. Mereka  cuba  meneka  siapa  yang  akan  mengganti  Dato’  Rashidi.
            “ Saya  akan  kenalkan  dengan  kamu  semua  pada  seorang  yang  akan  menerajui  syarikat  saya  nie. Silakan  Yukari  Hanun,” ucap  Dato’  Rashidi  mempersilakan  Yuri.
            Yuri  bangun  dan  mara  ke  hapadan. Semua  kakitangan  terkejut  dengan  berita  ini. Ramai  yang  tertanya-tanya  siapa  wanita  di  samping  Dato’  Rashidi. Perempuan  simpanankah?
            “ Kenalkan  Yukari  Hanun, anak  bongsu  saya,” ujar  Dato’  Rashidi.
            Semua  terdiam. Anak  bongsu?
            “ Saya  tahu  ramai  di  kalangan  kamu  semua  tidak  tahu  yang  saya  mempunyai  anak  lain  selain   Yukihara  Huda. Sebenarnya saya  mempunyai  3  orang  anak, Syaqie  Aikawa, Yukihara  Huda  dan  akhir  sekali  Yukari  Hanun. Mungkin  ada  yang  mengenali  Yuri, dia  nie  seorang  interior  designer. Sebelum  nie, Yuri  tinggal  di  Jepun,” terang  Dato’  Rashidi.
            Selepas  itu, mereka  berjamu. Yuri  tersenyum  manis  kepada  Otosa. Dia  turut  serta  menjamu  selera.
            “ Tak  sangka  awak  mengaku  juga  awak  nie  anak  Dato’  Rashidi,” tegur  seseorang  kepada  Yuri.
            Yuri  berpaling. “ Awak  rupanya  Hasif. Lama  tak  jumpa.” Dia  membalas.
            “ Saya  kerja  kat  syarikat  nie. Saya  pun  ada  berjumpa  dengan  Yuki. She  is  nice  person. Tapi  sayang  bila  hati  dah  terpaut, dia  pergi  meninggalkan  kita,” ucap  Hasif.
            “ Saya  lagi  terkilan  sebab  saya  tak  sempat  jumpa  dia  untuk  minta  maaf.” Mengungkit  kembali  kisah  kakaknya, dia  menjadi  sebak.

No comments:

Post a Comment