HASIF gembira kerana telah berjaya diterima masuk ke syarikat Gergasi. Hari ini adalah hari pertama dia bekerja di syarikat itu. Dia berjumpa dengan ketua jabatannya, Encik Alwi. Encik Alwi banyak menerangkan tugas yang dikendalinya. Hasif juga sempat bertanya tentang diri Encik Alwi. Katanya, dia sudah 20 tahun bersama syarikat ini. Bersama-sama Dato’ Rashidi membangunkan syarikat ini.
“ Uncle,” panggil seorang gadis dengan nada yang riang.
Mereka berdua berpaling ke arah gadis itu. Encik Alwi mengukir senyuman melihat gelagat gadis itu. hasif terkejut. Gadis itulah yang ditemui di perkarangan syarikat ini. Gadis itu memandang sekali imbas kepada Hasif.
“ Oh, Yuki. Ini Hasif, jurutera baru kita.” Encik Alwi memperkenalkan Hasif.
“ Hasif, ini anak perempuan Dato’ Rashidi,” ucap Encik Alwi. “ Yukihara Huda.”
“ Nice to have you here, Mr Hasif. I hope you will enjoy to join this company,” ucap Yuki.
Hasif hanya mengangguk-angguk. Dia merenung gadis itu. Cara gadis itu amat berbeza dengan Yuri. Tiada persamaan langsung. Tapi nama dia pun sama pelik dengan adik dia tu, desis Hasif. Encik Alwi berdehem-dehem. Hasif yang tersedar tersenyum. Yuki tidak ambil peduli.
“ Kenapa Yuki panggil uncle?” soal Encik Alwi.
“ Oh, terlupa pulak. Saya nak bincang pasal bahagian marketing. Do you have anytime, right now?” Yuki membelek fail yang dibawanya tadi.
“ Hasif.” Encik Alwi bersuara.
“ Saya akan ke bilik saya. Nak berkemas.” Hasif mengundur diri.
Dia ke biliknya. Dia mengemas apa yang patut. Dia masih berfikir dengan gadis yang bernama Yuki itu. gadis itu langsung tiada iras Yuri. Jadi tidak hairanlah kalau orang ramai tidak tahu yang mereka adalah adik-beradik. Teringat tentang Yuri, dia semakin pelik dengan perangai Yuri. Yuri seperti dalam proses berubah. Kedengaran pintunya diketuk. Dia menyuruh orang itu masuk. Orang itu pun masuk.
“ Ada apa?” Dia berpaling dan terkejut.
“ Kenapa awak terkejut?” soal Yuki.
Yuki tersenyum. Dia hanya mahu berkenalan dengan jurutera baru syarikatnya. Lagipun dia yang menguruskan syarikat ini kerana kesihatan Otosa sering kali tidak membenarkan Otosa berbuat demikian.
“ Tak ada apa-apalah.” Hasif membuang pandangan. “ Duduklah.”
Yuki duduk di hadapan Hasif. “ Awak belajar di mana?”
“ UK,” jawab Hasif ringkas.
“ Hebat betul.”
“ Awak?”
“ London.”
“ Awak pun okey juga.”
Tiba-tiba telefon Yuki berbunyi. “ Maafkan saya.” Dengan pantas Yuki menjawab panggilan itu. kelihatan Yuki bercakap dengan nada yang serius. Tampak amat berpengalaman dan nampak serius. Selepas beberapa ketika, dia berpaling ke arah Hasif.
“ Maaflah. Saya nak pergi dulu. Ada kerja yang perlu dibereskan. Nanti kita bercakap kemudian.” Yuki meminta diri.
Hasif cuma memandang Yuki keluar dari biliknya. Dia tidak nampak yang Yuki ini seperti yang diperkatakan oleh Liya. Dia melihat wajah gadis itu tampak tenang dan baik sekali. Tiada tanda-tanda yang menunjukkan hati Yuki busuk. Ah! Kita tidak boleh menilai seseorang itu dari rupa luaran sahaja.
Sudah hampir waktu makan tengah hari. Dia tidak tahu untuk makan bersama siapa. Hmm…Liya. Mungkin dia free. Hasif menekan nombor di telefon bimbitnya. Lama dia menunggu panggilannya dijawab.
“ Hello, Liya.” Hasif bersuara apabila panggilannya dijawab.
“ Abang Hasif, kenapa call ni?”
“ Liya free tak masa lunch ni?”
“ Kenapa?”
“ Nak ajak Liya lunch dengan abang. Abang ada cerita nak beritahu Liya ni,” ujar Hasif.
“ Okey jugak. Liya pun tengah free sekarang. Tak ada kelas.” Liya terus bersetuju.
“ Okey, tunggu abang ambil Liya.” Hasif pantas mematikan talian. Dia menuju ke kereta. Lalu memandu ke tempat kerja Liya.
“ APA cerita yang abang nak beritahu Liya ni?” soal Liya selepas membuat pesanan.
“ Abang kerja dengan syarikat Gergasi,” beritahu Hasif.
“ Syarikat Gergasi? Abang ni bercakap macam Liya tahu benda-benda macam tu,” rungut Liya.
Hasif tersenyum. Memang tahu tentang Liya yang tidak tahu apa-apa megenai dunia perniagaan. “ Abang kerja dengan Dato’ Rashidi sekarang ni.” Selamba melontarkan kata-kata itu. Dia mahu melihat reaksi wajah Liya.
Liya yang mendengarnya terbeliak. Perasaan terkejut beransur-ansur hilang setelah beberapa ketika. Dia memandang tepat ke arah Hasif. “ Benarkah kata-kata abang ni? Bila abang kerja dengan dia?” Soalan-soalan itu terluah lancar.
“ Hari ni start kerja. Abang dah jumpa dengan anak perempuan dia,” ujar Hasif.
“ Anak perempuan? You mean Yuki?”
“ Hmm…Abang tengok dia tak macam yang Liya cakapkan tu. Abang tengok dia biasa saja. Baik.” Hasif meluahkan pernilaiannya tentang Yuki.
“ Abang, kita tak boleh nilai orang dengan luaran saja. Kita tak boleh nampak hati orang tu busuk ke apa ke. Kita kena kenal dengan orang tu baik-baik. Barulah tahu hati diaorang tu macam mana.” Liya tidak puas hati apabila mendengar kata-kata daripada Hasif tentang Yuki. Dia lebih kenal siapa Yuki sebenarnya. Sanggup menabur fitnah pada adik-beradik sendiri. Tapi dia tidak tahulah kalau Yuki telah berubah. Namun anggapan dirinya terhadap Yuki tetap tidak berubah.
“ Mungkin dia dah berubah, siapa tahu?” duga Hasif.
“ Tu Liya tak tahu. Tapi kalau dia benar-benar berubah, dia akan cari adik dan abang dia untuk minta maaf. Selagi dia tak minta maaf pada Yuri, anggapan Liya tak akan berubah,” ucap Liya.
Makanan yang dipesan pun sampai. Liya dan Hasif mula makan dengan senyap. Tiada siapa yang bersuara ketika itu. Lagipun tidak baik bercakap ketika makan. Selesai makan, Hasif menyambung kembali perbualannya dengan Liya.
“ Mungkin dia tahu Yuki berada di mana.” Hasif seakan akan ingin memenangkan Yuki.
“ Tak tahu? Penipu besarla.. Lagipun Selangor ni bukanlah besar sangat. Tak mungkin tak t erserempak dengan adik or abang dia,” lawan Liya.
Dia nampak benar-benar geram. Dia tidak berpuas hati apabila Hasif seakan-akan juga memenangkan Yuki.
“ Okeylah. Okeylah. Biarlah perkara itu.” Hasif mengalah.
Dia nampak tanda-tanda Liya akan melenting. Biarlah masalah Yuki dan Yuri selesai dengan sendiri. Dia pun tidak ingin masuk campur. Dia tidak mahu Liya berbalah pasal masalah Yuki dan Yuri.