Thursday, March 24, 2011

happy school life


Pemandangan dari jejantas di Bandar Ecid amat memukau pandangan matanya. Bandar Ecid tidak seperti Bandaraya Teknologi, tempat tinggalnya. Walaupun Bandar itu agak mundur dari segi pembangunan tetapi ia tetap hebat di matanya. Dia akan mula bersekolah di Bandar itu. Di Bandaraya Teknologi sudah tiada sekolah kerana kanak-kanak di bandaraya hanya belajar melalui system komunikasi. Hal ini kerana kanak-kanak di bandaraya semakin berkurangan.
“ Garry, saya dah sampai. Saya akan tolong awak buat rakaman itu,” jeritnya kegembiraan.
Garry merupakan rakannya dari kecil. Garry, seorang yang genius sehingga dia berjaya menjadi salah seorang sainstis di pusat penyelidikan, tempat di mana ibu bapanya bekerja. Dia teringat akan pertemuan terakhirnya dengan Garry pada bulan lepas. Dia masih mengingati wajah Garry yang cemburu tatkala perihal dirinya yang akan ke sekolah di Bandar Ecid menyapa pendengarannya.
“ Betulkah? Seronoknya. Kalau boleh, aku pun ingin menyertai kau tapi kau pun tahu kerjaku. Sekarang nie, banyak penyakit ganjil menyerang bandaraya kita. Contohnya, Virus Maytin, sejenis virus yang memusnahkan kepekaan manusia dan boleh mengakibatkan koma.” Garry bercakap sambil memegang dagunya.
“ Bahayanya. Boleh sembuh? Dah ada penawar?”
“ Sekarang nie, kami tengah membangunkan satu system yang menggunakan data emosi untuk dijadikan penawar bagi memulihkan kepekaan manusia. Rakaman ayat, audio dan visual tentang perasaan gembira, marah, sedih, dan seronok yang dirasai oleh manusia. Contohnya, seperti filem muzik atau cerita yang boleh menyentuh perasaan manusia. Rakaman itu akan digunakan sebagai penawar. Ia akan diperdengarkan kepada pesakit untuk menyedarkan mereka dari koma.” Garry berucap sambil merenjiskan sedikit maklumat ke halwa telingnya.


CAHAYA oren keemasan di ufuk timur kian menyerlah. Marchidya keluar dari rumahnya. Bening pagi menyebarkan zarah-zarah udara yang nyaman menjamah pipinya. Dia memandang ke arah langit yang berwarna keemasan itu. ‘ Cantik,’ desis hati kecilnya.
Hari ini merupakan hari pertama Marchidya memulakan sesi persekolahan di Bandar Ecid. Dia terpaku seketika di hadapan sekolah yang tersergam indah. Kemudian dia melangkah masuk ke kelasnya. Niatnya untuk bermesra dengan rakan kelasnya terbantut apabila melihat rakan sekolahnya tidak menghiraukannya. Dia bagaikan tercampak di gurun yang tidak berorang.
Pada waktu rehat, dia berjalan menggelilingi sekolah itu. Dia pelik kerana suasana di sekolah ini tidak seperti yang digambarkan. Dia menggambarkan suasana di sekolah ini pada waktu rehat menjadi riuh-rendah. Pelajar-pelajar akan bertegur sapa antara satu sama lain. Mungkin sekolah ini tidak seperti yang digambarkan. Dia pun tidak pernah bersekolah. Dia cuma tahu tentang gambaran itu kerana membaca novel.
Dia mahu pulang ke kelasnya namun tidak tahu jalan pulangnya. Dia terasa debar mula menghenyak dada. Dia menjadi tidak keruan. Sesatkah dia? Dia terkebil-kebil seorang diri. Di mana kelasnya? Dia bermonolog dalam hati. Tiba-tiba dia diserbu perasaan yang cemas yang tunda-menunda. Ingin sekali dia berteriak supaya ada yang mendengar suara hatinya.
“ Hei awak, awak sesatkah?” tegur satu suara.
Dedebu kerisauan mula berterbangan kemudian lenyap entah ke mana. Dia mula memandang wajah perempuan yang menegurnya. Bibirnya mengukir senyuman manis.
“ Kalau sesat, marilah ikut saya. Saya nak balik kelas nie. Kelas awak sebelah kelas saya je,” ajak perempuan itu. “ Awak nie kelam kabut orangnya.”
“ Nampak sangat ke?” Mati-mati dia menyembunyikan rasa gusar di hatinya namun dapat dibaca jelas oleh perempuan itu. “ Nama saya Marchidya. Awak?”
“ Nama saya Bellylin. Panggil Belly aje,” ucapnya mempamerkan wajah manisnya.
“ Jomlah kita lumba lari sampai ke kelas.” Marchidya berlari tanpa mendengar larangan dari Belly. Dia bersorak kegembiraan. Dush! Dia terjatuh dengan memegang kepalanya. Dia mendongak untuk melihat siapa yang telah dilanggar.
“ Marchi, awak tak apa-apa?” Belly mendapatkan Marchidya yang terduduk di lantai koridor. “ Awak Shuhei?” jeritnya.
Lelaki yang dilanggar oleh Marchidya terkejut apabila mendengar namanya dijerit sebegitu kuat. Marchidya yang terduduk tadi bangun menghadap kawan barunya. “ Kawan awak ke Belly? Hai, nama saya Marchidya. Panggil Marchi je. Awak?”
Lelaki itu tergaman. Kemudian tersenyum melihat Marchidya dan Belly. “ Saya dah kenal awak. Kita kan satu kelas. Saya Shuhei.”
Belly kelihatan gelabah melihat Shuhei. Marchidya perasan akan keadaan itu. Nampak sangat yang Belly sukakan Shuhei. Kemudian Marchidya tersenyum. Dia mendapat satu akal untuk menyatukan Shuhei dan Belly.
“ Mulai hari nie, kita bertiga jadi kawan, okey.”


Mereka bertiga keluar berkelah di kaki Gunung Haiko. Marchidya kelihatan begitu teruja dengan permandangan di kaki gunung itu. Mereka berkelah di tepi sebatang sungai. Air sungai tersebut kelihatan beralun lunak, berkilau-kilauan dipanah cahaya matahari. Marchidya mengamati lagi keadaan sekeliling. Bunyi angin kedengaran merusuhi dedaun.
Alangkah indahnya sekiranya Garry juga berada di sini bersamanya. Pantas dia merakam suasana tersebut ke dalam alat perakam yang tergantung di lehernya. Awan lamuannya lenyap apabila suara Belly menyapa halwa pendengarannya. Dia duduk di sisi Belly. Mereka menjamah sedikit makanan dibawa.
“ Marchi, kenapa kau sering bawa alat perakam tu?” soal Shuhei apabila dia melihat Marchidya memegang alat perakam itu.
“ Sebenarnya aku sedang membuat rakaman untuk kawan aku, Garry. Dia tidak dapat bersama aku ke sekolah kerana dia seorang sainstis di pusat penyelidikan di bandaraya. Dia teringin sangat nak rasai zaman persekolahan,” terang Marchidya.
“ Kalau macam tu, biar aku dan Shuhei menyanyi untuk dia. Sebagai salam perkenalkan daripada kami.” Belly mengukir senyuman manis kepada Shuhei. Belly dan Shuhei menyanyi bersama. Marchidya merakamkan gelagat mereka berdua. Suara mereka berdua betul-betul memukau menggamit sekian penghuni akan di situ menadah telinga.




PANDANGAN matanya melilau lagi mencari kelibat Belly dan Shuhei. Mereka tidak kelihatan di mana-mana. Di kelas tiada, di kelab koir pun tiada. Dia pun naik ke bumbung sekolah. Dia menyanyi kecil. Nyanyiannya memecahkan suasana meluahkan duka. Dia melangut ke wajah langit. Kelihatan awan gelap akan membocorkan langit dengan hujan sebentar lagi. Keluhan berat daripadanya sejak tadi seakan-akan tersumbat di peti suara. Kedua-dua Bibirnya mengumtum senyuman yang hambar.
“ Marchi.” Dia tersentak lalu berpaling ke belakang. Kelihatan dua orang sahabatnya, Shuhei dan Belly. Dia diserang dengan soalan yang bertalu-talu. Ke mana semalam? Kenapa tak datang ke sekolah? Sakitkah? Dia ketawa mendengar semua pertanyaan itu.
“ Aku ke pusat penyelidikan. Jumpa Garry. Hantar rakaman itu.” Suaranya mengandung sebak. Hairan Belly dan Shuhei mendengar nada suara Marchidya. Mereka memandang Marchidya. Tubir mata Marchidya mula digenangi mutiara yang jernih mencari ke pipi.
“ Dia gembira tak?” soal Belly.
“ Penawar tu berjaya dihasilkan. Garry senyum. Dia gembira. Tapi data untuk pulihkan dia dari koma masih belum cukup,” ucapnya sambil tersenyum.
“ Maksud kau?”
“ Sekarang Garry sedang koma. Secara tak sengaja, dia telah dijangkiti penyakit yang sedang dikajinya. Aku buat rakaman itu untuk dijadikan penawar untuk memulihkan Garry dari koma. Di pusat penyelidikan tu, ada mesin yang boleh menganalis emosi pesakit koma. Analisa tersebut akan dipadankan dengan imej 3D. Tindak balas pesakit terhadap penawar akan digambarkan pada imej 3D tersebut,” terangnya dengan panjang lebar.
“ Kenapa kau tak cakap awal-awal? Kitaorang boleh tolong, buat rakaman itu. Kau boleh guna kitaorang nie.” Belly menggoncangkan bahu Marchidya. Marchidya sedar sekarang. Dia bukan seorang diri. Dia telah mempunyai dua orang sahabat yang sedia membantu di kala senang ataupun susah. ‘ Garry, aku percaya yang kau akan sedar semula dari koma dan pulih semula dari penyakit itu. Aku, Shuhei dan Belly akan membantu kau. Percayalah……’

Friday, March 18, 2011

perigi cari timba...



“ SAYA  sukakan  awak. Bukan  sebenarnya  saya  dah  jatuh  cinta  pada  awak. Mungkin  sekarang  awak  anggap  saya  macam  perempuan  murahan. Mungkin  juga  awak  dah  ada  makwe. Mungkin  awak  ingat  saya  nie  gila. Saya  tak  kisah  dengan  semua  tu. Saya  cuma  nak  awak  tahu  tentang  perasaan  saya  terhadap  awak. Saya  tahu  awak  takkan  pandang  orang  macam  saya. Awak  bijak  tak  sama  macam  saya.  Terima  kasih  kerana  luangkan  masa   awak  yang  berharga   untuk  mendengar  luahan  hati  saya  nie. Terima kasih Muhammad  Haikal.” Air  mata  aku  keluar  macam  hari  itu  hujan. Aku  malu  dengan  lelaki  itu  lalu  berlalu  dari  situ. Mungkin  aku  tak  akan  jumpa  dia  lagi. Sebab  tu  aku  ambil  peluang  nie  untuk  bagitahu  dia  tentang  perasaan  aku  nie.
            Lelaki  itu  pula  terpinga-pinga  selepas  ditinggalkan  macam  tu  je.  Macam  tak  pernah  dengar  luahan  perempuan.

8 TAHUN  KEMUDIAN….

“ FAZ, nanti  bos  nak  jumpa  you  after  lunch  tau.” Suara  Masmira  mengganggu  ketenangan  aku  pada  pagi  nie. Aku  masuk  ke  bilik  aku. Mata  aku  cepat-cepat  tangkap  fail  baru  yang  ada  kat  atas  meja  aku. Tender  baru  lagi  tu. Nie  mesti  kena  overtime  lagi. Aku  duduk  dan  tarik  fail  baru  tu  lalu  baca  fail. Sedar tak  sedar   dah  pukul  12  tengah  hari. Nasib  baik  aku  memang  tak  nak  keluar  lunch. Berat  badan  aku  nie  dah  naik  2  kilo  bulan  lepas.  So  aku  kena  diet  la. Kena  jaga  badan. Kalau  tak, confirm  kena  kutuk  dengan  abang  aku. Abang  aku  tu memang  tak  leh  tengok  aku  gemuk  sikit. Mula  mulut  dia  tu  mengutuk  aku  nie. Macam  badak  la..tak  tahan  aku  dibuatnya.
            Aku  pun  keluar  dari  bilik  ambil  angin  sekejap. Masmira  ada  kat  tempat  dia. Pelik  nie. Biasanya  kalau  masa  lunch, dia memang  lesap. Susah  nak  tengok  dia  masa  lunch. Aku  pun  ke  tempat  dia. “ Tak  keluar  lunch  ke?” soal  aku  sampai  je  kat  tempat  dia.
            Dia  angkat  muka  kemudian  sengih  tengok  aku. “ I diet  hari  nie. Boyfriend  I  dah  komplen  girlfriend  dia  dah  nampak  gemuk. Dia  tak  suka. So  kena  diet  la  sikit.” Masmira  menerangkan  kepada  aku nie. Aku  senyum. Aku  tengok  dia  pun  bukanlah  gemuk  sangat  tapi  montel. Comel  dengan  muka  dia  yang  putih  melepak  tu. “ Faz , jangan  lupa  tau  after  lunch  nie  bos  nak  jumpa.”
            Banyak  kali  pulak  dia  nie  pesan  kat  aku. Huhuhu…salah  aku  gak.  Pelupa  giler. Adalah  satu  hari  tu, sebab  banyak kerja  sangat. Aku  bawak  balik  fail  kerja  ke  rumah  nak  siapkan  kat  rumah  la. Memang  siap  pun. Esok  tu  aku  pergi  office, cari  fail  tu  aku  tak  jumpa. Sampai  mood  aku  tak  baik. Nak  marah  orang  je. Balik  rumah, aku  tengok  fail  tu  ada  atas  meja  kat  ruang  tamu  je. Bengang  giler  aku  masa  tu.
            Lepas  lunch, aku  pun  serbu  bilik  bos  aku. Serbu  tu  macam  la  bos  aku  pengganas  je. Aku  masuk  bilik  dia  lepas  ketuk  pintu  bilik  dia  la.. “ Ada  apa  bos  nak  jumpa  saya  nie?” soal  aku  kepada  bos  kesayangan  aku  nie. Macam  kau  tu  banyak  bos, Fazlina. Dia  sorang  je  bos kau. Dia  la  madu  dia  la  racun..
            “ Saya  nak  awak  jumpa  seseorang. Dia  nie  anak  Dato’  Hisyam, syarikat  yang  biasa  berurusan  dengan  awak  tu. Dia  baru  balik  dari  London  kerja  kat  sana. Dia  pun  jurutera  macam  awak. Saya  memang  kagum  dengan  dia. Dia  memang  berbakat. Dia  pun  sebaya  dengan  awak  agaknya.” Banyak  pulak  pujian  bos  aku nie  kat  lelaki  tu. Macam  nak  promote  kat  aku  je.
            Sorry  la  aku  tak  berminat. Jangan  salah  faham  ok… Aku  nie  bukan  lesbian, pengkid  atau  sewaktu  dengannya. Aku  cuma  tak  jumpa  lagi  dengan  prince  charming  aku  nie. Masih  mencari. Kalau  jumpa  mana-mana  lelaki, macam  tak  ada  perasaan  pun. Lagi  satu  mungkin  sebab  aku  nie  ganas  sangat  sampai  lelaki  takut  nak  dekat  dengan  aku.


            “ Agaknya  dia  dah  sampai. Masuklah..” arah  bosku  nie. Aku pun  nak  tengok  gak  muka  mamat  yang  buat  bos  aku  nie  terlampau  kagum  dengan  dia  nie. Masuk  je  lelaki  tu, mata  aku  gak  terbeliak  macam  nak  tersembul  je. Badan  terus  je  jadi  gelisah. Naik  berpeluh  ketiak  aku  nie  dibuatnya. Aku  tunduk  muka  aku. Malu  giler  aku  nak  pandang  muka  dia  nie.

            “ Duduklah, Haikal. Nie  jurutera uncle, Fazlina. Dia  single  lagi.” Eh  orang  tua  nie. Boleh pulak  dia  duk  promote  aku kat  lelaki  nie. Sengal. Aku  dahlah  tengah  gelabah  sangat  nie. Si  dia  hulur  tangan  tapi  aku  tak  sambut  pun. Langsung  tak  pandang  muka  dia. Lepas  tu, bos  dengan  Haikal  berbual  berdua  sampai  tak  ingat  aku  kat  sini. Nie  yang  tak  best  nie. Tapi  bagus  gak, tak  payah  la  aku  cakap  dengan  mamat  nie.
            Sedang  aku  tengah  berkhayal  nie, bos  aku  tegur. “ Faz, saya  lupa  nak  cakap. Awak  akan  bekerjasama  dengan  Haikal  untuk  tender  terbaru. Saya  pasti  awak  dah  baca  fail  baru  yang  ada  atas  meja  awak  tu.” Muka  aku  macam  nak  terbakar  je. Aku  kena  kerja  dengan  mamat  nie??? Mati  la..
            “ Fazlina, saya  harap  kita  dapat  kerjasama  dengan  baik,” ucapnya  ketika  keluar  dari  bilik  bos  aku  tu. Suara  dia  jelas  macam  dulu. Dia  nie  langsung  tak  ingat  ke  aku  perempuan  dulu  tu. Sah  la  tu. Tengok  aku  macam  tak  ada  perasaan  kenal  pun. Macam  first  time  jumpa  je. Sedihnya  aku..
            “ Faz, bos  nak  jumpa.” Apa  lagi  yang  bos  aku  nie  nak? Kacau  aku  betul!
            “ Apa  bos?” soalku  selamba  macam  bos  aku  nie  member  aku  je.
            “ Kenapa  dengan  awak  tadi?”
            “ Kenapa  apa?”
            “ Saya  tengok  awak  gelabah  semacam  je. Malu  depan  Haikal  ye?? Awak  suka  dia  ke?” Nah  kau, Fazlina. Soalan  cepumas  dah  keluar. Alahai  bos, kenapa  Tanya  soalan  kurang  intelek  tu  kat  aku? Tanyalah  soalan  lain. Aku  tak  tahu  nak  jawab  apa  nie.


            “ Gelabah  apayer  bos? Saya  steady  je.”

            “ Steady apayer? Saya  tengok  awak  macam  nak  cepat-cepat  je  keluar  dari  bilik  saya  nie  tadi.” Bos  nie  macam  tahu-tahu je. Macam  dia  nie  ada  belajar  psycho  je  sebelum  nie.
            “ Soalan  nie  tak  best  la  bos. Tanyala  soalan  lain. Macam  bila  projek  nak  start  je, projek  tu, projek  nie. Soalan  tu  macam  nak  cekik  saya  je,” ujarku.
            Bos  ketawa. Nampak  sangat  budak  nie  nak  mengelak. Kalau  orang  lain  sah-sah  tukar  tajuk  lain  tapi  budak  nie  terus  terang  je  yang  dia  tak  nak  jawab  soalan tu. “ Okeylah. Tapi  jangan  lupa  esok, awak  ada  appointment  dengan  Haikal  di  pejabatnya  pukul  11  pagi.
            “HAH????”
            “ Awak  ada  kat  mana  tadi? Saya  dah  mention tadi. Sah-sah  awak  nie  berangan  tadi.” Aku  cuma  sengih  tunjuk  gigi  buat  muka  comel….hahaha…….

BADAN  aku  nie  dah  rasa  panas  semacam  je  walaupun  tempat  tu  ada  aircond. Tangan  aku  pun  dah  menggeletar  habis  dah. Sampai  berpeluh. Macam  mana  aku  nak  meeting  dengan  dia  nie? Takut  aku  tak  boleh  cakap  langsung  je. Masa  aku  masuk  bangunan  nie  tadi, macam  ada  benda  yang  hempat  kepala  aku  nie. Dulu  aku  langsung  tak  tahu  apa-apa  tentang  dia  nie. Miskin  ke  kaya  ke… Aku  tak  tahu.
            “ Cik  Fazlina  ye? Masuklah. Encik  Haikal  memang  sedang  menunggu  Cik. Biliknya  di  sebelah  kanan,” ucap  seorang  gadis. S/U  dia  kot.
            Aku  pun  masuklah  kat  bilik  yang  dicakapkan  tu. Aku  ketuk  pintu  dulu  tau. Si  Haikal  nie  pulak  tengok  aku  semacam  je. Senyum  pun  semacam  je. Confuse-confuse. Aku  buat  selamba  duduk  depan  dia  sebelum  dia  jemput  aku  duduk. Mula-mula  dia  nampak  macam terkejut  je  lepas  tu  senyum  balik. Aku  bertambah  confuse  sekarang  nie. Kami  mula  berbincang. Mula-mula  tu  aku  gagap  gak  tapi masuk  je  topik  kerja, pergh…serius  semacam  je. Last  sekali  dia  tanya  soalan  cepumas.
            “ Kita  nie  pernah  kenal  kan?” Kepala  aku  cepat-cepat  geleng. Aku  tak  nak  dia  ingat  sape  aku  nie.  Malu  siot.

AKU  tengah  gembira  sakan  nie. Apa  taknya  nanti  aku  boleh  makan  ayam  bakar. Sekarang  nie  aku  tengah  bakar  ayam. Siapa  yang  tak  suka  dapat  makan BBQ. Sotong, udang, daging  pun  ada  tau. Bos  belanja. Entah  kenapa  dia  belanja, kitaorang  pun  tak  tahu. Tapi  dengar  cerita  dia  nak  dapat  orang  baru. Bukan  bini  baru  tau, anak  dia  kot.
            Tengah seronok-seronok  tu, si  dia  datang. Sape  lagi  kalau  tak  Haikal. Terdiam  aku. Dah  la  aku  tengah  nyanyi  masa  tu. Dia  tengok  aku  senyum  je. Aku  buat  tak  tahu  je, terus  bakar  ayam. Rasa  tak  best  sebab  tak  dapat  nyanyi. Orang  lain  dah  tengok  lain  sebab  aku  stop  nyanyi  tiba-tiba  je. Aku  buat  muka  bodoh  je.
            Lepas  aku  bakar  ayam  tu, aku  ambil  3 ketuk  ayam, daging, udang,  dan  sotong  lari  duk  kat  tepi  pantai  sorang-sorang. Aku  sebenarnya  nak  mencekik  so  aku  tak  suka  orang  tengok  aku  makan  sebab  aku  makan  comot. Syok  sikit  makan  sorang-sorang. Tak  ada  orang  nak  tegur. After  eating, aku  still  duk  kat  tepi  pantai. Sebenarnya  aku  memang  nak  join  diaorang  nyanyi  sambil  duk  tepi  unggun  api  tapi  Haikal  tu  ada  kat  sana. Malas  la  aku  nak  mencelah  kat  sana. Aku  pelik  gak  kenapa  la  mamat  tu  boleh  ada  kat  sini. Nie  mesti  kerja  bos  aku. Saje  nak  kenakan  aku.
            Sedang-sedang  aku  seronok  berkhayal  kat  tepi  pantai  tu, datang  mamat  tu  duduk  tepi  aku. Tersentak  aku  sekejap. Mamat  nie  pulak  asyik  senyum  je. Tak  letih  ke? Aku  pandang  kat  unggun  api. Diaorang  nie  memang  tak  sedar  ke  aku  tak  ada   kat  sana  or  saje  wat  tak  sedar?
            “ Kita  nie  pernah  kenal  kan?” Dia  tanya  lagi  soalan  cepumas  tu. Aku  geleng  dengan  laju. Mamat  nie…dia  dah  ingat  balik  ke  kejadian  tu? Janganlah…. Aku  dah  malas  nak  ingat. “ Tapi  kenapa  awak  nampak  familiar  je  kat  mata  saya  nie?” Soalan  tu  betul-betul  macam  perli  aku  je.  Aku  geleng  lagi. Aku  malas  nak  bersuara.  Malu  mungkin  lebih  tepat  sekarang. Mata  aku  pandang  laut  biarpun  tak  nampak  apa  pun. Sebab  apa? Sebab  tak  nak  pandang  muka  dia. Memang  tak  sedar  yang  mamat  nie  asyik  pandang  aku  dari  tadi.
            Aku  pusing  je  terus  tersentak. Kedudukan  kami  sekarang  memang  rapat  giler. Aku  memang  tak  pernah  serapat  nie  dengan  lelaki  lain. Jantung  aku  sekarang  macam  nak  tercabut  je. Dah  la  dia  asyik  pandang  aku  je. Aku  cepat-cepat  bangun. Belum  sempat  aku  melangkah, tangan  aku  kena  paut. Nasib  baik, berlapik. Kalau  tak  mamat  nie  dah  kena  penumbuk  aku.
            “ Lepaslah. Saya  nak  ke  sana.” Aku  tarik  tangan  aku  tapi  tak  boleh. Kuat  giler  mamat  nie  pegang  tangan aku.
            “ Awak  tak  dengar  jawapan  saya  ke?” Hisy  jawapan  apa  pulak  nie. Aku  rasa  aku  tak  beri  apa-apa  soalan  pun  kat  mamat  nie  suruh  dia  jawab. Apa  nie? Confuse  aku  dengan  mamat  nie. “ Jawapan  untuk  luahan  hati  awak  8  tahun  lalu.” Kata-kata  tu  mencekik  aku.
            Aku  rasa  baik  aku  lari  sekarang. Dia  dah  ingat  balik. Patutlah  pandang  aku  semacam  je. Tu  yang  aku  tak  suka  nie. “ Saya  tak  nak  dengar  la. Saya  dah  tau. Lepaslah.” Aku  tarik  lagi  tangan  aku  tapi  tak  dapat.
            “ Kalau  awak  dah  tahu, baguslah. Saya  tak  payah susah-susah  nak  cakap.” Aku  mula  nak  nangis. So  lepaslah  tangan  aku  nie. Aku  tahu  apa  jawapan  kau. Aku  rentap  tangan  aku  dan  mula  berjalan  meninggalkan  mamat  tu.
            “ Saya  terima  awak.” Ucapan  tu  buat  langkah  aku  kaku. Aku  berpaling. Mamat  tu  tengah  melulut. Melutut  beb  sambil  pegang  cincin. Aku  betul-betul  tak  dapat  berfikir  dengan  baik  sekarang  nie. Ke  aku  nie  tengah  berangan? Ke  aku  nie  kemaruk  sangat  kat  mamat  tu   sampai  aku  berangan  macam  nie  sekali? Aku  pun  cubit  lengan  aku  banyak  kali  still  aku  rasa  sakit.
            “ Fazlina  tak  payah  la  cubit  lengan  tu. Nie  betul-betul. Awak  tak  bermimpi  or  berangan.” Mamat  tu  tegur  aku. “ Saya  nak  awak  jadi  isteri  saya.”
            “ Macam  mana  awak  boleh  tahu  saya perempuan  tu? Saya  rasa  saya  dah  berubah.” Tanya  aku.
            “ Awak memang  dah  banyak  berubah. Dulu  awak  selekeh  je. Tapi  sekarang  nie  awak  dah  bertambah  cantik. Rugi  rasanya  kalau  saya  lepaskan  awak  ke  tangan  lelaki  lain. Lagipun  awak  merupakan  satu-satunya  perempuan  yang  berani  luahkan  perasaan  kat  saya.
            Mula-mula  jumpa  kat  office  awak, saya  rasa  macam  saya  kenal  awak  je. So  saya  suruh  orang  siasat  tentang  awak. Then  saya  ingat  balik  kejadian  tu. Terus  je  saya  call  Uncle  Man. Nie  pun  Uncle  Man  yang  bagitahu  malam  nie  ada  BBQ. Letih  saya  melutut  nie. Awak  terima  atau  tak  lamaran  saya  nie?”
            Aku  senyum. Tiba-tiba  aku  dengar ada  orang  jerit  suruh  aku  terima. Tengok-tengok  budak  office  aku  tengah  duk  intip  aku  dengan  si  Haikal  nie. Sengal  punya  orang. Aku  pandang  balik  Haikal. Aku  rampas  cincin  tu  sarung  sendiri  kat  tangan  aku. Aku  senyum  je  tengok  dia……..

Wednesday, March 16, 2011

Sayang Dalam Diam



LETIHNYA.. Itulah yang singkap di dalam fikiran Fazrina sekarang. Dia baru habis menghadiri mesyuarat bersama klien terbarunya. Apa yang peliknya, kliennya itu tidak menghadirkan diri cuma menghantar wakilnya sahaja. Dia tidak kisah tetapi dia tidak suka melakukan perkara dua kali. Sekiranya kliennya tidak berpuas hati, dia terpaksa membuatkan kerjanya untuk kali kedua. Bos yang cakap macam itu, ‘Kalau klien kita tak puas hati, buat balik.’ Itulah yang ditakutkan sekarang.
Dia masuk ke biliknya. Dia mengeluh. Sudah sebulan dia tidak balik ke Terengganu. Minggu lepas pun dia tidak balik walaupun abangnya yang kedua berkahwin. Ini kerana kerjanya banyak yang belum siap. Hujung minggu ini pula majlis bagi pihak lelaki.
Dia perlu memohon cuti bagi hari Jumaat. Abangnya itu sudah memberikan amaran supaya dia perlu menghadirikan diri pada majlis yang akan datang. Abangnya memang macam itu. Memang abangnya marah apabila dia tidak menghadiri majlis itu.
Dia bergerak ke bilik bosnya. Dia melintasi tempat setiausaha bosnya sambil bertanya sama ada bos ada di dalam atau tak. Melihat anggukkan setiausaha bosnya, dia meneruskan langkahnya ke bilik bosnya. Belum dia mengetuk pintu, dia terdengar perbualan bosnya dengan seorang. Dia teringin untuk mengikut perbualan tersebut walaupun dia tahu itu perbuatan yang salah.
“ Kenapa hantar jurutera perempuan? Kenapa tak hantar jurutera lelaki? Bagus sangat ke perempuan tu?” tanya lelaki itu.
“ Dia memang jurutera yang hebat, Encik Rizman. Dia jurutera terbaik di sini,” puji bosnya. Dia berasa bangga sebentar.
“ Saya akan cakap macam tu kalau hasilnya dah siap nanti,” ucap lelaki itu.
Dia sudah tidak tahan mendengar sindiran lelaki itu. ‘Menyampah, memang nak kena lelaki nie dengan aku.’ Dia mengetuk pintu bosnya dengan kuat sekali. Bagaikan nak roboh dibuatnya pintu itu. Apabila mendengar arahan masuk dari bosnya, dia masuk dengan angkuh sekali. Nak menunjuk kat lelaki tu.
“ Faz, ada apa awak nak jumpa saya nie?” soal bosnya.
Dia memandang lelaki itu. Nampak lelaki itu tersenyum namun dia langsung tidak membalasnya. Dia berpaling semula ke arah bosnya. Dia tersenyum manis.
“ Bos, saya nak minta cuti hari khamis and jumaat nie. Abang saya ada kenduri majlis. Dia dah siap bagi warning suruh saya datang coz saya tak ada masa akad nikah dia hari tu,” minta Fazrina. “ And one more thing, saya nak tarik diri dari tender syarikat indera. Bagi ar tender nie kat jurutera lelaki. Lelaki kan lebih bagus dari saya nie.”
Dia memandang sekilas lelaki itu. Wajah lelaki berubah sebentar. Dia menghadiahkan senyuman sinis kepada lelaki itu. Wajah bosnya turut berubah. Sudah dengarkah Fazrina dengan perbualan tadi?
“ Kenapa, Faz?”
“ Sebab saya tak nak bekerja dengan orang yang memandang rendah kepada wanita seperti saya. Mereka menganggap wanita nie tidak sehebat lelaki. Kalau orang dah cakap macam tu, buat apa lagi kita nak bekerja dengan dia?” sindir Fazrina. Nadanya masih lagi sinis.
“ Cik Faz, saya minta maaf. Saya tak berniat untuk merendahkan kaum wanita seperti nie. Baiklah saya akan terima awak bekerjasama dengan saya. Saya tarik balik kata-kata saya.” Rizman bersuara.
Fazrina masih berdiam diri memikirkan perkara itu. Dia tidak sampai hati untuk menolak apabila melihat wajah bosnya yang mengharap. “ Baiklah, saya tak akan tarik diri. Bos, lulus tak cuti saya nie?”
“ Lulus.”


MERIAHNYA…Majlis abangnya itu memang meriah. Dia tidak boleh menafikan. Ramai yang datang meraikan pasangan itu. Dia gelak apabila abangnya itu bercakap yang dia mahu berkahwin. Apa taknya, abangnya itu seorang playboy. Dia memang respek kakak iparnya kerana boleh menunduk playboy itu. Dia tidak menang tangan melayan tetamu yang datang.
Rizman masuk ke dalam rumah itu. Dia mahu berjumpa dengan sepupunya yang baru berkahwin minggu lepas. Bukan selalu dia berjumpa dengan sepupunya itu. Mungkin sebab dia jarang balik ke kampungnya.
“ Fahmi, kau dapat jodoh awal dari aku,” tegur Rizman.
“ Sampai jugak kau di rumah aku nie. Ingatkan dah tak ingat jalan nak datang sini,” ucap Fahmi.
“ Aku sibuk. Minggu lepas kan, aku ada datang majlis kau kat Johor. Kebetulan aku ada kerja kat sana,” ujar Rizman pula.
“ Kau dah makan ke belum? Kau patut rasa nasi minyak Ateh. Best. Terangkat punya,” ucap Fahmi.
“ Tak pelah, aku nak jumpa mak kau dulu.”
“ Ok.”
Rizman berlalu pergi. Dia ingin berjumpa dengan emak saudaranya. Minggu lepas walaupun dia menghadirkan diri ke majlis akad nikah itu, dia tidak sempat bertegur sapa dengan emak saudaranya kerana ada panggilkan kecemasan dari pejabatnya.
“ Mak uda, mak uda sihat tak?” Dia bersalam dengan orang yang banyak berjasa kepada dirinya.
“ Sampai gop mu ye. Ingatkan dop ingat doh,” Mak Uda tersenyum.
“ Riz sibuk, Mak Uda,” ucap Rizman.
“ Gi ar makang nung. Kekgi kita sembang agi.”
Rizman berjalan ingin mengambil tempat untuk untuk makan. Tiba-tiba matanya menangkap wajah seorang yang dikenalinya. Fazrina! Tapi apa yang dia buat di sini? Dia melihat sekumpulan kanak-kanak bercakap sesuatu dengan perempuan. Apabila kumpulan kanak-kanak itu melintasi di hadapannya, dia menghalang.
“ Adik, siapa kakak yang adik cakap tadi?”
“ Kak Nana, anok Mok De. Bakpe abang tanya?”

“ Tak ada apa ar..Terima kasih tau.”
Dia berjalan dekat dengan Fazrina. Mesti wanita itu terkejut dengan kehadirannya di sini. Wanita itu kelihatan ayu dengan baju kurung berwarna peach. Tidak seperti tempoh hari dengan baju sut berseluar yang nampak lebih berkeyakinan.
“ Hai, Cik Faz,” tegurnya.
You!! Apa you buat kat sini?” Kan dah cakap mesti dia terkejutnya.
“ Buat apa you tanya? Kan nie kenduri kahwin sepupu I, mestilah I datang nak raikan sepupu I.” Dia memang berniat untuk mempermainkan wanita itu.
“ Sepupu you? Jadi Kak Zura tu sepupu you ye.” Fazrina membuat conclusion sendiri.
“ Eh, bukan dialah. Pengantin lelakinya tu baru sepupu I.”
“ Hah, biar betul you nie? Dia tu abang I lah. Wait! Jangan cakap yang you nie sepupu I?”
“Kenapa tak boleh ke?”
“ Kalau you cakap yang I nie sepupu you kenapa kita tak pernah kenal pun? You nak mainkan I ye?” soal Fazrina.
“ Tak adalah. I memang sepupu kepada Fahmi, anak saudara Puan Noraini,” ucap Rizman sambil ketawa.
Fazrina membeliakkan matanya tanda tidak percaya. Kalau mamat kat depan nie sepupunya, kenapa dia tidak pernah berjumpa dengan lelaki nie? Rasanya dia kenal dengan semua sepupunya. Dia berfikir lagi. Tiba-tiba dia teringat akan anak kepada arwah Mak Lang. Dia pernah berjumpa dengan mereka semua. Kata maknya yang semua anak arwah Mak Lang semuanya 3 orang lelaki.



SEMUA tetamu sudah pulang ke rumah masing-masing. Tinggal ahli keluarga terdekat sahaja di rumah itu termasuklah Rizman. Fazrina mencebik setiap kali melihat Rizman. Dia tidak sangka yang lelaki yang dibencinya sebenarnya sepupunya sendiri.
“ Hah, yang mu tengok si Riz tu sampai mata dop kelip tu, bakpe? Mu kenan ke dia ke?” tegur Fahmi pula.
“ Dia? Dop selera aku tengok dia er… mu jangan nok sebor fitnoh kat nie. Aku baham mu kang,” balasnya kembali.
“ Ceh, ada hati nok baham aku. Aku katok mu lu. Kang mu dop bangun pulop kang.” Fahmi memegang kepala.
“ Eh, bodo. Pale aku jangan nok wat main. Aku tumbuk sungguh baru mu reti base kekgi.” Dia menepis tangan abangnya.
Rizman melihat adegan itu menjadi sedikit cemburu. Kenapa pula dia hendak cemburu? Pelik. Tetapi dia memang cemburu melihat kemesraan mereka berdua. Ketika itu dia sedang berbual dengan Mak Uda.
“ Budak dua orang tu memang gitu. Jupe je gocoh. Padahal besor tua bake doh.” Mak Uda mengulas sedikit tentang anaknya. “ Malam nie mu tidor mane?”
“ Saya cadang nak tidur kat hotel kat tepi pantai tu. Cantik juga tempat dia.”
“ Wat nape tidor kat sane? Rumah Mok De besor agi. Banyok bilik Korong agi. Mari ar tidor sini. Wat abis duit je tidor sane. Nana mari teman Riz nie ambik barang dia,” arah Mak Uda.
“ Bakpe orang ye kene teman dia? Dia kang ada kaki diri..boleh gi diri ye,” rungut Fazrina.
“ Mu nie kang, orang suruh tu wat je ar. Banyok songeh pulop dia nie. Gi cepat,” arah Mak Uda dengan tegas lagi.
Fazrina dengan muka masam naik kereta Rizman. Rizman cuma tersenyum melihat Fazrina. Dia sendiri tahu yang dia boleh pergi sendiri tanpa ditemani tetapi dia suka apabila mendengar Mak Uda menyuruh Fazrina menemaninya. Muka Fazrina masam mencuka. Dalam kereta, mereka berdua melayan perasaan.
“ Nana,” seru Rizman.
You jangan suka-suka nak panggil I dengan nama tu. You tak ada hak langsung,” jerkah Fazrina.
Relax. Kenapa you marah sangat nie? I bukan nak buat apa pun. Cuma panggil nama je,” tegur Rizman.
I tak suka nama I dipanggil oleh orang yang I sendiri tak suka,” balas Fazrina pula.
“ Kenapa you tak suka I?”
You masih tanya lagi? I tak suka orang yang suka merendahkan kebolehan wanita,” ujar Fazrina.
Sorry, okey. I tak bermaksud begitu pun.” Rizman meminta maaf.
“ Sudahlah. Mak I suruh I teman you je. Dia tak suruh pun I layan you bercakap. Lagipun Encik Rizman, kita dah sampai. Jadi tolong cepat-cepat ambil barang you and kita boleh balik cepat-cepat.” Fazrina menyindir Rizman dengan sinis sekali.
Rizman tergaman. Biasanya dia selalu menyindir kaum wanita itu tetapi dia tidak membalas. Lidahnya menjadi kelu untuk membalas kata-kata Fazrina itu. Dia keluar dari kereta sambil tersenyum.



MAK, pagi nie orang nok gi Dungun,” beritahu Fazrina.
“ Mu nok gi wat natang ape?” soal Mak Uda.
“ Macam biasa ar mak. Mak macam dop tau je,” ucap Fazrina sambil tersenyum.
Fazrina menyenduk nasi lemak buatan tangan emaknya. Sudah lama dia tidak merasai buatan tangan emaknya. Sedang dia enak menyuap nasi ke dalam mulut, kedengaran suara lelaki itu meyapa.
“ Selamat pagi, Mak De, Nana.” Terdapat nada sindiran apabila dia menyebut nama Fazrina.
Fazrina yang mendengarnya menjeling sekilas kepada lelaki itu. Lelaki ini memang nak kena dengan aku.
“ Riz ingat nak ke Bandar lepas nie. Nak cari barang sikit. Nak bagi ibu,” balas Rizman.
“ Nana, mu gi naik mende?” soal Mak Uda kepada Fazrina.
“ Mestilah naik bas. Malas nak naik kereta. Susah nak cari parking kat sana. Dohlah hari nie hari sabtu mesti ramai orang kat sana.” Fazrina masih menyuap nasi ke dalam mulutnya.
“ Gi ngan Riz nielah. Senang sikit. Lagipun, mu boleh ar teman Riz nie. Dia dop mahir agi ngan jalan kat tu.” Mendengar kata-kata dari Mak Uda, nasi yang sedang dikunyahnya tersembul keluar. Nasib baik tiada sesiapa di hadapannya. Kalau tak, confirm kena semburannya.
“ Nana, mu nie. Makang gop molek sikit. Boleh pulop dia sembo gitu,” tegur Mak Uda.
Fazrina menjeling tajam lelaki itu. Rizman tersengih memandang gelagat Fazrina. Nampak sangat yang perempuan itu tidak mahu naik keretanya.
“ Mak, orang boleh gi sendiri ar. Bukan susoh pun. Naik bas je. Kerajaan pun suruh kita utamakan kenderaan awan. Kurang pencemaran udara.” Sempat lagi Fazrina buat lawak.
“ Eh, budok nie. Mainkan kita pulop. Gi je ngan Riz,” arah Mak Uda.
“ Yelah. Yelah.” Fazrina sudah malas nak bergaduh emaknya lagi.




You nak ke mana nie?” soal Rizman apabila sampai ke Bandar Dungun.
I nak pergi shopping kat pustaka,” ujar Fazrina.
“ Hah? Shopping kat pustaka?” soal Rizman balik.
“ Yelah. Shopping kat pustaka. I nak beli bukulah. Pelik ke?” Fazrina bertanya pula.
“ Pelik juga. Biasanya orang perempuan nie suka shopping baju, kasut, selendanglah. You pulak shopping kat pustaka. Kalau you cakap kat orang lain pun, orang tu pun akan rasa pelik, tau.” Panjang lebar Rizman berkata.
“ Nie style I. Suka hati I lah.” Fazrina mencebik.
Rizman tersenyum. Tahu sangat dengan perangai Fazrina yang suka mencebik dengannya.
“ Pustaka tu kat mana?” soal Rizman.
“ Kat sebelah sana. You nak pergi mana?” Fazrina menyoal kembali Rizman. “ Kalau you nak pergi tempat lain, pergilah. You jangan terkejut pulak kalau I cakap I nak duduk kat sana dua jam tau.”
“ Dua jam? You nak buat apa kat sana?”
“ Tengok buku baru.”
“ Kalau macam tu, I ikut you dululah. Nanti kalau you dah puas, you kena teman I jalan-jalan kat sini,” ujar Rizman.
“ Kenapa I kena temankan you?”
“ Pertama, sebab I tak kenal tempat nie. Kedua, I nak belikan sesuatu untuk wanita dan I nie tak pandai sangat nak pilih barang perempuan.” Rizman dengan penuh semangat mengatakan perkara itu.
“ Dah agak dah. You memang ada agenda lain.” Fazrina mencebik.
Fazrina keluar untuk memintas jalan. Tanpa memandang kiri-kanan, dia melulu untuk memintas. Tiba-tiba terasa pinggangnya ditarik dari belakang. Rapat ke badan seseorang. Dia berpaling ingin marah.
You nie tak pandai lintas jalan ke? Budak-budak pun tahu cara lintas jalan tau. Mula-mula tengok kiri-kanan, lepas tahu tak ada kereta barulah lintas jalan.” Macam beri penerangan pada budak kecil pula.
Dalam dia memberi penerangan, mereka berdua melintas jalan. Jari-jemari Fazrina digengam erat. Hati Fazrina merasakan satu perasaan asing timbul. Rasa berdebar-debar apabila jari Rizman mengenggam erat jarinya. Namun bagaimanapun, rasa debaran itu hilang tatkala melihat pustaka di hapadannya. Dia pantas masuk ke pustaka itu. Rizman tersenyum melihat gelagat wanita itu.
Fazrina pantas melulu ke ruang novel. Sudah lama dia tidak mengambil tahu tentang dunia novel sejak dia mengambil tender dari Syarikat E-Tech. Jadi masa cuti inilah dia akan mengqadarkan masa itu balik.
“ Buku macam nie pun you baca?” soal Rizman sinis.
“ Buku macam nie bukan setakat cerita cinta sahaja. Ia mempunyai banyak lagi tema. Contohnya kasih sayang seorang ibu.” Masing-masing tidak mahu kalah.
“ Akak,” panggil seseorang. Pantas Fazrina berpaling.
“Akak nie kak Anne kan?” tanya seorang gadis dalam usia lingkungan belasan tahun.
“ Ya.”
“ Tak sangka dapat jumpa dengan kak Anne kat sini. Saya nie peminat setia kak Anne. Novel kak Anne memang best. Saya tunggu novel kak Anne yang seterusnya. Saya nak minta autograph kak Anne.” Gadis itu menghulurkan sebuah novel tulisan Fazrina.
Fazrina mengambil novel tersebut sambil bertanya nama gadis itu. Dia menurunkan tandatangannya di novel itu. Dia berasa teruja apabila berhadapan dengan keadaan tersebut. Bukan dia tidak pernah berhadapan dengan peminatnya tetapi itu hanya berlaku ketika pesta buku. Dia menghantar gadis itu pergi dengan pandangan matanya.
So, you are a writer?” soal Rizman.
Yup.”
“ Anne Maria? Kenapa tak guna nama you sendiri? Cantik sikit nama tu,” ujar Rizman.
“ Suka hati Ilah. Ia tak berkaitan dengan you pun. Sibuk je.” Fazrina menjeling lagi ke arah Rizman.
Rizman tersengih. Nampak dah jadi tabiat Fazrina menjeling Rizman apabila dia marah.


FAZRINA tetap berhubung dengan Rizman. Ini kerana mereka berdua bekerjasama dalam satu projek. Projek yang pernah ditolak oleh Fazrina itu. Dari situ, Fazrina dapat mengenali satu lagi sifat Rizman. Di luar, Rizman macam lelaki yang tak tau malu tetapi bila berdepan dengan hal kerja, Rizman amat berlainan dengan sifat itu. Dia amat tegas apabila membabitkan tentang hal kerja.
Bersama Rizman, timbul perasaan yang berdebar. Entah kenapa dia sendiri tidak tahu mengapa. Dia tidak boleh mengelak apabila bertemu dengan Rizman kerana mereka dalam satu projek yang sama.
Tetapi ada satu perkara yang lebih mendebarkan hati Fazrina. Ia berkaitan dengan hal perkahwinannya. Emaknya di kampung telah menelefonnya memberitahu bahawa emaknya telah menerima pinangan seseorang dari Johor. Sejak hari emaknya menelefonnya, perhatiannya agak terganggu. Apabila ditanya alas an emaknya menerima pinangan tersebut, emaknya akan bercakap sudah tiba masanya untuk dia berkahwin. Ayahnya pula tidak berkata apa-apa tentang perkara ini.
“ Mak, bakpe mak gi terima? Orang xmboh kawin lagi. Orang nak keje lu,” bantahnya.
“ Keje? Mu nok keje sapa bile? Sapa tua? Mu kene kawin gop ngan dia nie. Mak terima doh. Mu jangan nok malukan mak.”
“ Mak.” Dia merayu lagi. “ Mak macam ar orang nie dop laku ngat.”
“ Doh kalu mu laku ngat, mane pakwe mu?” Soalan itu membuatkan dia tergaman. Memanglah. Dia memang tidak mempunyai seorang pakwe pun. Dari zaman dia sekolah lagi, dia tidak bermain perasaan dengan sebarang lelaki.
“ Doh, ikut ar. Orang ikut je.” Dia berputus asa. Berlawan kata dengan emaknya, dia sudah nampak jalannya. Dia tetap akan berkahwin dengan lelaki itu. Entah lelaki mana yang emaknya suka sangat tu.
Dia memang tidak dapat pulang pada hari pertunangan sendiri. Bukan dia mahu mengelak tetapi banyak lagi kerja di pejabatnya yang memerlukan perhatian daripadanya selain hal pertunangan ini. Pihak lelaki itu pula tidak kisahkan ketidakhadirannya pada majlis pertunangan itu. Yang paling gila lagi, majlis perkahwinannya akan berlangsung pada awal bulan depan. Dia juga menentang perkara ini tetapi salahnya juga meninggalkan segala-galanya kepada emaknya.
You nak kahwin bulan depan ye? Mak de yang cakap. Taniah dari I.” Ucapan taniah dari Rizman membuatkan hatinya menjadi semakin sakit. Kini dia tahu yang dia sudah mula mencintai Rizman, lelaki yang dibencinya dahulu.


SEAWAL enam pagi, dia sudah dikejutkan untuk bangun. Hari yang ingin dihindari sudah tiba. Hari perkahwinannya. Memang dia tidak bersemangat. Lagipun dia memang jenis yang tak suka bangun pagi kalau tak ada apa yang perlu dilakukan. Sepupunya, si Nina sudah bising apabila melihatnya masih bermalas-malasan.
“ Nana, kau tak mandi lagi? Hei, kau tahu tak hari nie hari apa, hah? Hari nie hari pwekahwinan kau, tau tak,” jerkah Nina.
“ Lambat lagi. Pukul 10 nanti kan akad nikah. Rilek ar lu,” balas Fazrina.
“ Rilek kepala hotak kau. Kau ingat boleh bersiap dalam masa sejam ke? Kalau pergi keje boleh. Nie hari penting kau. Takkanlah kau nak pakai selekeh je? Dah, sekarang kau pergi mandi. Cepat. Banyak kerja yang kita kena buat nie.” Nina tegas memberi arahan. Nina bekerja sebagai jurusolek pengantin. Hari nie dialah yang akan memekapkan Fazrina.
Selesai je mandi, Fazrina bersarapan. Emaknya masih sempat menyediakan nasi lemak. Belum sempat dia membedal nasi lemak itu, dia dihalang oleh Nina.
“ Apa nie? Aku nak makan. Ke kau nak tengok aku mati kebulur?” marah Fazrina.
“ Aku tak cakap kau tak boleh makan.”
“ Habis tu, bagi ar pinggan tu kat aku.”
“ Kau kena makan kuih. Nanti perut kau tak selesa makan makanan berat macam nie. Cepat makan kuih tu. Aku dah nak start mekap kau,” arah Nina lagi.
Fazrina memang marah gila bila tak dapat makan nasi lemak emaknya. Terdetik juga dalam hatinya yang dia mahu membatalkan perkahwinan ini tetapi dia tidak mampu. Dia tidak mampu melihat wajah emaknya berubah tatkala dia menyuarakan perkara tersebut. Emaknya kelihatan amat gembira sekali.
Dia sudah selesai bermekap. Juga sudah lengkap berpakaian. Baju kurung berwarna ungu tersarung di badannya. Dia memandang sepi biarpun Nina sudah banyak kali memujinya. Kalau boleh, dia mahu warna hijau pucuk pisang yang tersarung di badannya. Perasaannya melayang-layang. Dia menangis dalam hati. Cinta yang tidak terluah terpaksa dilupakan.
“ Pengantin lelaki dah sampai. Bawa pengantin perempuan keluar.” Kedengaran suara di luar biliknya bersuara.
Dia tidak boleh tersenyum sedikit pun. Dia langsung tidak mengangkat wajahnya takut orang lain perasan akan kemuramannya. Dahlah sekarang wajahnya macam orang kena paksa kahwin. Memang kena paksa kahwin pun. Kedengaran suara tok kadi memulakan akad nikah. Kemudian dia mendengar suara seseorang yang amat dikenalinya. Dia pantas mengangkat wajahnya. Mendengar sahaja suara orang menyebut perkataan ‘sah’, dia terus tidak sedarkan diri.


SERONOK tidur sayang?” Itulah soalan pertama yang didengarnya tatkala cahaya menyuluh penglihatannya.
Dia masih berasa sakit kepala. Otaknya tidak mampu untuk memproses pertanyaan itu lagi. Tidak lama kemudian, matanya membulatkan memandang seseorang di hadapannya. Rizman. Dia sedang tersenyum manis sambil memberi pandangan menggoda kepada Fazrina.
You!!! Apa you dah buat nie?”
“ Buat apa?” Rizman buat bodoh.
“ Kenapa you yang kahwin dengan I?”
“ Kenapa tak boleh ke?”
“ Kenapa you tak bagitahu I?”
“ Kenapa you tak pernah tanya Mak De?”
You sengaja kan? You tau tak, I nie tak macam orang gila duk fikir pasal you. Pasal cinta I pada you. And you, how could you don’t even tell a single word to me?”
You cintakan I? So tak payah ar I susah-susah nak fikir rancangan untuk buat you jatuh cinta pada I.” Dalam masa macam nie pun, Rizman boleh bergurau lagi. “ Sorry. I buat semua nie sebab I tak nak kehilangan you. I dah jatuh cinta pada you sejak pertama kali I jumpa you.”
Fazrina yang mendengar menitiskan air matanya. “ I pun cintakan you. Sejak mak I cakap I akan kahwin. I rasa sedih sangat. Masa tu ar, I tau I dah jatuh cinta pada you.”
Rizman tersenyum mendengar pengakuan tulus daripada Fazrina. Dia tidak nampak pun yang wanita ini akan jatuh cinta padanya. Selama ini, dia menganggap yang Fazrina tidak membantah perkahwinan ini kerana arahan dari emaknya.
“ Tapi, kenapa you tak bagitahu I? Siap ucap taniah lagi.”
“ Saja I nak permainkan you. You pun langsung tak ambil kisah dengan persiapan perkahwinan kita. Semuanya suruh mak yang buat.”
“ Manalah I tau I akan kahwin dengan you. Kalau I tau, dah tentu I…” Fazrina menutup mulutnya.
I apa? I nak dengar nie.”
You saja nak malukan I kan.”
“ Dah, sekarang nie, kita ubah panggilkan kita. I nak you panggil I abang. I panggil you sayang. Boleh kan?”
You nak….”
“ Abang, panggil abang, sayang. Esok kan kita akan bersanding. Tentu best kan. Sayang dah tengok baju kita. Warna hijau pucuk pisang tau.”
“ Hah??? Warna hijau pucuk pisang? Tapi kenapa?”
“ Tu kan warna feveret sayang. Abang tau ar.”
Fazrina tersenyum. Dapat juga dia meraikan hari perkahwinan dengan warna yang disukainya. Sudah tentu dia gembira apabila dapat meraikannya dengan suami tercinta…