Bab 24
YURI bergegas ke meja Masmira. Dokumen yang diserahkan kepadanya tidak lengkap.
“ Mira, dokumen yang awak beri kepada saya tak lengkap,” ujarnya.
“ Eh, betul ke Cik Yuri? Biar saya tengok.” Tangan Masmira mengambil dokumen dari tangan Yuri.Dia membelek seketika dokumen itu. Kemudian dia mengangguk. “ Maaflah, cik Yuri. Saya akn carikan dokumen asal.” Masmira tunduk dan mencari dokumen yang berkaitan.
“ Nah, cik Yuri. Ini dokumen yang sebenarnya.” Masmira menghulurkan dokumen tersebut kepada Yuri.
“ Terima Mira.” Dia masuk semula ke biliknya.
“ HAI, Sherry. Apa khabar?” soal seorang lelaki.
“ Eh, Arif you rupanya. Lama betul you datang sini. Kenapa?” Sherry kelihatan terkejut dengan kehadiran jejaka yang bernama Arif Idham.
“ I banyak kerja. Kenapa? You rindukan I ke?” usik Arif.
“ You tak keluar lunch ke?” soal Arif.
“ Taklah. I malas. Lagipun I tengah berdiet.” Sherry tersenyum.
Kedengaran bunyi telefon di atas meja. Segera Sherry mengangkatnya.
“ Ya…” Dia diam seketika. “ Dia ada Cik Yuri. Cik Yuri nak jumpa dia ke?” “ Baiklah, saya akan inform kepadanya.” Ujarnya.
“ Siapa?”
“ Pekerja kat sini. Dia nak jumpa mama you,” ucap Sherry.
“ Hello, Puan Fauziah. Cik Yuri nak jumpa sekarang. Boleh?” Dia mendengar arahan ketuanya. “ Baiklah saya akan suruh dia masuk sekarang.”
Dia menelefon bilik Yuri pula untuk memberitahu yang Yuri boleh berjumpa dengan Puan Fauziah sekarang. Beberapa ketika selepas itu, kelibat Yuri melintas di hadapannya. Nampak tergesa-gesa sahaja Yuri. Mungkin ada benda penting yang hendak dibincangkan dengan Puan Fauziah.
“ Wow, cantiknya dia. Siapa nama dia tu?” soal Arif.
“ You ni, pantang tengok perempuan cantik. Mulalah.” Sherry mengusik.
Arif tersengih macam kerang busuk. Memang hobinya, berkenalan dengan perempuan cantik. Cuma berkawan,apa salahnya. “ Cepatlah beritahu nama dia,” desak Arif.
“ Namanya Yukari Hanun, kitaorang panggil dia Yuri,” ujar Sherry.
“ Her name sound funny.” Arif tergelak.
“ You ni seronok yang ketawakan orang. Tapi kau tak tahu, dengar kata dia tu anak kacukan,” cerita Sherry lagi.
“ Kacukan….kacukan apa?”
“ Melayu-Jepun. Dia pun pernah tinggal lama di Jepun dulu,” ujarnya lagi.
“ Dia dah kahwin?”
“ Dah… you tahu, selalu sangat husband dia datang. I pun dah pernah tengok husband dia. Hensem gila.” Dia tersengih.
“ Husband dia dengan I yang mana lebih hensem?” gurau Arif.
“ I pun tak tahu nak beza macam mana.” Sherry mengaku kalah. Sebenarnya jika diikutkan hatinya, dia akan berkata yang husband Yuri lagi kacak. Namun dia ingin menjaga hati kawan baiknya.
“I rasa I nak test dengan dialah,” ujar Arif tiba-tiba.
“ What? You ni biar betul, Arif?” Sherry terkejut.
“ I nak masuk jumpa dia.” Arif melangkah ke bilik mamanya.
“ Eh, Arif. Nanti mama you marah,” tahan Sherry.
Namun Arif tidak mendengar kata-kata itu. Dia telah melangkah masuk ke bilik Puan Fauziah yang berada di dalam bersama Yuri terkejut.
“ Hai, mama,” tegur Arif.
“ Arif, can you see I have a guest now,” tegur Puan Fauziah pula. Dia menggeleng.
“ Mama bincanglah. Arif tak akan ganggu your discussion,” ujarnya dengan selamba.
“ Puan Fauziah, saya rasa dah cukup perbincangan kita untuk kali ni. saya minta diri dulu,” ucap Yuri. Dia bangun. Yuri melangkah keluar. Langkah Yuri dihantar dengan pandangan mata Arif. Puan Fauziah perasan dengan perlakuan anaknya itu segera menegur.
“ Hei, Arif. Jangan tengok isteri orang macam tu,” tegur Puan Fauziah sambil memukul lembut bahu anaknya itu.
“ Eh, mama ni. mana ada orang tengok dia.” Arif tersengih.
“ Hah…ni kenapa datang sini?” soal Puan Fauziah.
“ Saja nak tengok seorang wanita yang cantik menguruskan syarikat ni,” gurau Arif.
“ Kau ni tak habis-habis nak kenakan mama.” Puan Fauziah pula tersenyum.
“ Mama,” panggilnya lembut.
“ Ni mesti ada apa-apa nak minta ni.” perangai anaknya tidak berubah.
“ Bila mama ambil dia bekerja?”
“ Siapa?”
“ Mama ni buat tak tahu pulak,” ujar Arif.
“ Yelah, siapa? Sherry ke, Masmira ke?”
“ Itulah budak yang baru keluar dari bilik mama tadi,” ucap Arif.
“ Kenapa dah terpikat ke?” soal Puan Fauziah.
“ Saja tanya. Takkanlah itu pun tak boleh?” ucap Arif dengan selambanya.
“ Mama ambil dia kerja 2 minggu lepas, rasanya.”
“ Kenapa mama ambil dia?”
“ Sebab dia berbakat. Design yang dia buat pun, mama berkenaan.” Dia diam sebentar. “ Kenapa kau tanya?”
“ Cantik. Boleh buat calon isteri,” gurau Arif.
“ Hisy kau ni. dia tu dah kahwin dah.” Puan Fauziah menggeleng.
“ Eh, mama. Tak keluar lunch ke?”
“ Eh, mama dah lambat ni. Tentu papa kau merungut. Jomlah.” Puan Fauziah menarik lengan Arif.
No comments:
Post a Comment