Friday, September 24, 2010

sedingin kasih35

Bab  35

YURI  masih  geram  dengan  perbuatan  Hakkai  semalam. Pagi-pagi  lagi  dia  telah  memberi  jelingan  ‘Selamat  Pagi’ yang  cukup  tajam  kepada  Hakkai. Hakkai  yang  sedar  tentang  itu, tidak  peduli. Dia  dengan  selamba  menegur  Yuri  di  meja  makan  ketika  mereka  sedang  bersarapan  bersama  Tuan Ahmad.
            “ Lena  tak  tidur  semalam, Hanun, ayah?” Untuk  menghilangkan  syak  pada  ayahnya, dia  juga  menegur  ayahnya.
            “ Lenalah.” Ayahnya  menjawab. “ Kenapa  Kai  tidur  tak lena  ke?”
            “ Sengaja  Kai  tanya  ayah. Takut  ada  yang  tak  tidur  lena,” sindir  Hakkai.
            Sekali  lagi  dia  dihadiahkan  dengan  jelingan  maut  dari  Yuri.
            “ Ayah, saya  dah  lambat  ni. Saya  pergi  dululah,” ucap  Yuri.
            “ Kai  pun  sama, ayah. Pergi  dulu.” Hakkai  berjalan  dengan  ayahnya, diikuti  dengan  Yuri.
            Yuri  mencepatkan  langkahnya  ke  luar  rumah. Hakkai  tidak  habis-habis  menyindirnya. Hakkai  cuba  untuk  menyaingi  langkah  Yuri.
            “ Kenapa  marah  sangat  ni?” soal  Hakkai  sambil  menyambar  lengan  Yuri.
            “ Suka  hati   sayalah. Awak  peduli  apa?”
            Hakkai  sengaja  mahu  menyakitkan  hati  Yuri  terus  ketawa. Dia  membiarkan  Yuri  berlalu  dari  rumah. Kemudian  dia  juga  ke  syarikatnya. Buat  masa  sekarang, dia  mengetuai  syarikatnya  kerana  ayahnya  sedang  bercuti  kerana  sakit  lemah  jantung. Seronok  juga  mengusik  Yuri  ni. Sampai  di  syarikatnya, dengan  penuh  karisma, dia  melangkah  masuk  ke  pejabatnya. Mata  staf-stafnya  tidak  lepas  dari  memandangnya. Dia  cuma  membalas  dengan  pandangan  yang  biasa  sahaja.
            “ Kenapa  dengan  bos  kita  hari  ni? Moodnya  nampak  baik  sangat,” ucap  Hasliza  kerana  sempat  menganalisa mood  bos  muda  itu.
            “ Kau  ni  apalah. Moodnya  baik  tu  tentu  sebab  bininya. Itu  pun  kau  tak  boleh  fikir  ke,” tuding  Linda  pula.
            Mereka  menyambung  semula  kerja  yang  tergendala  tadi  akibat  bos  muda  mereka itu. mereka  tidak  lalu  bercakap. Masing-masing  tekun  dengan  kerja  sendiri. Cuma  seorang  sahaja   yang  sedang  seronok  mengelamun  sambil  merenung  kekasih  hati  dalam  diam  sedang  sibuk  menguruskan  kerjanya. Dia  terus  mengelamun  tanpa  menyedari  masa  untuk  makan  tengah  hari  sudah  tiba.
            Hakkai  berkira  yang  dia  ingin  keluar  lunch  dengan  isterinya. Dia  melangkah  keluar  dari  pejabatnya  dan  bergegas  ke  tempat  kerja  Yuri. Kenapa  dia  marah  sangat? Pasal  semalam? Entahlah, dia  sendiri tidak  tahu. Sampai  di  tempat  kerja  Yuri, dia  menjenguk. Dia  menelefon  Yuri.
            “ Hello, Hanun. Aku  ni. turunlah  kat  lobi. Aku  tengah  tunggu  kau  ni. Kita  lunch  sama-sama,” ucap  Hakkai  setelah  mendengar  Yuri  menjawab. “ Turunlah. Aku  tengah  tunggu  ni.” Pantas  dia memutuskan  talian.
            Beberapa minit  kemudian, dia  terlihat  kelibat  Yuri  berjalan  ke  arahnya  dengan   wajah  yang  masam  mencuka. Sebenarnya  dia  ingin  melihat  senyuman manis  di  bibir  gadis  itu. Dia  pun  mendapatkan  isterinya.
            “ Kenapa  ni? Marah  sangat  aku  nampak.” Ingin  tahu  apa  yang  menyebabkan  gadis  itu  berwajah  dingin. “ Pasal  semalam  ke? Kalau  pasal  semalam  tu, aku  minta  maaf  banyak-banyaklah. Aku  bergurau  je.”
            “ Betul  ni?”
            Hakkai  mengangguk  mengiakan. Hakkai  melihat  ada  secebis  senyuman  di  bibir  mungkil  Yuri. Memang  benar  Anggapannya. Yuri  marahkannya  pasal  hal  semalam.
            “ Jomlah, aku  dah  lapar  ni.” Spontan  dia  menarik  lengan  Yuri  supaya  mengikut  langkahnya.
            “ Awak, kita  lunch  dekat-dekat  sinilah. Saya  takut  lewat  nanti  masuk  pejabat. Awak  tu  tak  apa. Syarikat  bapak  sendiri.” Sempat  pula  Yuri  menyindir  Hakkai  secara  halus.
            Hakkai  tidak  mempedulikan  sindiran  itu. Dia  puas  hati  kerana  dapat  makan  tengah  hari  dengan  isteri  sendiri. Dekat pun  dekatlah.



YURI  melangkah  masuk  kembali  ke  pejabat  setelah  keluar  lunch  bersama  Hakkai. Kemudian  kedengaran  satu  suara  berkata  bagaikan  menyindirnya.
            “ Disangka  baik, rupanya  dalam  hati  tu  busuk. Tak  sangkakan,” ucap  seseorang.
            Kebanyakkan  mata  yang  berada  di  situ  memandang  ke  arahnya. Dia  membalas  dengan  senyuman  manis. Mereka  yang  memandang  ke  arahnya  terkedu. Sebelum  ini, mereka  tidak  pernah  melihat  senyuman  di  bibir  Yuri. Tak  pernah  langsung. Tapi  hari  ini, buat  pertama  kalinya, Yuri  tersenyum.
            Yuri  langsung  tidak   mempedulikan  sindiran  itu. Untuk  pertama  kali, dia  melemparkan  senyuman  ke  arah  pekerja  di  syarikat  itu. Dia  seperti  kembali  ke  dirinya  yang  dahulu. Dirinya  yang  7  tahun  lepas. Dia  sendiri  dia  tidak  tahu  apa  yang  menyebabkan  dirinya  berubah. Cuma  dia  perasan  sejak  berbaik  selama  2  minggu  lepas  dengan  Hakkai, dirinya  jadi  begini.
            Syaqie, Liya  dan  yang  mengenali  diri  ini  dahulu  termasuklah  Hasif  terkejut  melihat  perubahan  dirinya. Abangnya  itu  memandang  dengan penuh  tanda  tanya  ketika  berada  di  majlis  di  rumah  Hasif. Begitu  juga  dengan  Liya  yang  terpinga-pinga  melihat  senyumannya.

sedingin kasih34

Bab  34

Syaqie  terkebil-kebil  sewaktu  dia  datang  tadi. Sungguh, dia  terperanjat  besar melihat  Yuri. Sudah  dua  bulan, dia  tidak  bersua  wajah  dengan  adiknya. Dia  terpaksa  ke  luar  negara  untuk  membuat  research  kes  yang  terbaru  dari  sebuah  syarikat. Ketika  dia  melangkah  masuk  ke  dalam  rumah, adiknya  telah  menerpa  ke  arahnya. Kaku  dia  seketika. Dia  dapat  melihat  senyuman  manis  yang  tersungging  di  bibir  mungkil  adiknya. Senyuman  itu  telah  menghilang  sejak  7  tahun  kini  kembali  menyinari  bibir  adiknya. Tapi  dia  hairan  apa  yang  membawa  Yuri  mengukir  senyuman  sebegitu.
            “ Kau, Syaqie. Lama  betul  pak  cik  tak  jumpa. Pergi  mana?” soal  Tuan  Ahmad  sebaik  sahaja  dia  melabuhkan  punggung  di  hadapan  Tuan  Ahmad.
            “ Sibuk  pak  cik. 2  bulan  saya  ada  kat  US. Ada  banyak  kerja,” ulasnya.
            Dia  melihat  Yuri  dan  Hakkai  turun  bergandingan. Pelik. Dia  juga  dapat  melihat  lagi  senyuman  di  bibir  Yuri  dan  juga  Hakkai. Aku  ni  tengah  mimpi  agaknya. Lantas  dia  mencubit  lengannya. Aduh, sakit. Habis  tu  ni  bukan  mimpilah. Pelik  bin  ajaib  ni. Bukankah  dulu  Yuri  selalu  dingin  wajahnya? Manakala  Hakkai pula  tidak  boleh  dilihat  bersama  Yuri. Kini  dengan  senyuman  lagi, mereka  mendekatinya  dan  Tuan  Ahmad.
            “ Aika  nak  pergi  tak  rumah  Hasif  ni?” tanya  Yuri  dengan  lembut.
            “ Jomlah  kita  pergi  sekarang. Pak  cik  tak  pergi  ke?” soal  Syaqie  kepada  Tuan  Ahmad.
            “ Pergilah. Pak  cik  tak  sihat  sikit,” ucap  Tuan  Ahmad.
            Yuri  dan  Hakkai  menyarung  sepatu  mereka. Syaqie cuma  memerhatikan  gelagat  mereka  dari  tadi.
            “ Kai  pergi  dengan  kereta  sayalah,” ucap  Syaqie.
            Hakkai  cuma  mengangguk   sambil  memandang  Yuri.    
            “ Aika, jangan  lupa  pergi  ambil  Liya  dulu,” pesan  Yuri.
            Yuri  memang  sudah  berjanji  dengan  Liya  untuk  pergi  bersama. Mereka  masuk  ke  dalam  kereta  Syaqie. Hakkai  mengambil  tempat  di  sebelah  Syaqie. Syaqie  memandu  keluar  dari  rumah  Tuan  Ahmad. Sesekali  dia  mengerling  ke  cermin  hadapan  untuk  melihat  adiknya. Senyuman  masih  tidak  lekang  dari  bibir  Yuri. Dia  akan  bertanya  pada  adiknya. Jika  perlu  dia  akan bertanya  pada  Hakkai.
            Mereka  sampai  di  tempat  tinggal  Liya. Ternyata  Liya  telah  menunggu  mereka. Liya  yang  ayu  berbaju  kurung pahang  berwarna  hijau  pucuk  pasang  amat  mempersonakan. Liya  mengambil  tempat  dari  sebelah  Yuri. Ketika  dia  mahu  masuk, dia  terkejut  melihat  Yuri  melemparkan  senyuman kepadanya. Terbeliak  matanya   memandang. Syaqie  menegur  perbuatan  Liya. Liya  pun  masuk  ke  kereta. Liya  mengeling  ke  arah  Yuri.
            Berlainan  benar  penampilan  Yuri  pada  hari  ini  kerana  dihiasi  dengan  senyuman  manis  di  bibirnya. Yuri  yang  ayu  memakai  jubah  ungu  yang  pernah  dipakai  ketika  malam  kemuncak  Hari  keluarga  di  syarikat  Hakkai. Hakkai  pula  memakai  baju  batik  yang  Sedondon  warnanya  dengan  Yuri.
            Syaqie  menekan  brek  ketika  menyusur  sebuah  banglo  indah. Banglo itu  bernama  Pelangi  Indah. Rumah  yang  didiami  oleh  Hasif. Keturunan  Tengku  Tentulah  keluarga  yang  kaya. Liya  terlebih  dahulu  dari  kereta. Dia  tidak  sabar-sabar  untuk  menemui  sepupunya, Tengku  Hani  Maisarah  itu. Yuri  dan  Hakkai  serta  Syaqie  masuk  bergandingan  ke  Pelangi  Indah. Kelihatan  Hasif  yang  menjadi  penyambut  tetamu  untuk  hari  ini. Syaqie  berjabat  tangan  dengan  Hasif  diikuti  dengan  Hakkai. Yuri  tersenyum. Hasif  terkebil-kebil  melihat  Yuri  dan  dua  orang  lelaki  itu  masuk  ke  Pelangi  indah.
            Ramai  tetamu  yang  telah  hadir. Apabila  Yuri  dan  Hakkai  masuk  ke  rumah, mereka  berdua  menjadi  tumpuan  orang  ramai. Apa  tidaknya, mereka  berdua  tampak  serasi  dalam  warna  pakaian  yang  sama. Syaqie  yang  masuk  cuma  tersenyum  malihat  pasangan  tersebut.
            Liya  berbual  mesra  dengan  Hani, sepupunya. Yuri  juga  berada  di  sebelah  Liya  sambil  mendengar  cerita-cerita  antara  kedua  sepupu  itu. kemudian  dia  naik  bosan. Dia  duduk  di  tepi  kolam  sambil  mengelamun.
            “ Bila  awak  kahwin?” soal  satu  suara.
            Rupanya  Hasif yang  bertanya. Memanglah  Hasif  tidak  pernah  tahu  yang  dia  telah  berkahwin. Tentu  dia  tanya  Aika  tentang  Hakkai. Tapi  untuk  apa  dia  memberitahu  lelaki  ini  kerana  lelaki  ini  tidak  pernah  ada  kaitan  dengan  dirinya.
            “ Kenapa  tanya?” Dia  tidak  memandang  wajah  Hasif.
            “ Dulu  saya  jumpa  awak. Awak  tak  berkahwin  lagi. Sekarang  awak  dah  kahwin. Nak  tahu  juga  bila  awak  kahwin,” ujar  Hasif.
            “ Biarlah  ia  menjadi  rahsia  saya. Sekarang  ni  saya  dah  sayangkan  dia,” ucap  Yuri. Sememangnya  dia  dah  mula  menyayangi  lelaki  itu. Mungkin  sebagai  abang  sahaja. Betul  ke? Entahlah….Betul  kot.
            Dari  jauh, ada  seseorang  sedang  asyik  memerhati  mereka  berdua. Entah  apa  yang  di  fikiran. Dia  tidak  tahu  apa  yang  dia  sendiri  difikirkan. Perasaannya  menjadi  bercampur  baur  tatkala  melihat  pasangan  itu  berbual.
            “ Kai, tengok  apa?” soal  Syaqie  di  belakangnya.
            Syaqie  sememangnya  tahu  apa  yang  berada  di  dalam  fikiran  lelaki  itu. sengaja  dia  bertanya.
            “ Tak  ada  apa-apalah.” Hakkai  terus  membuang  pandangan.
            Syaqie  tersenyum. Memang  menakjudkan. Hakkai  cemburu. Hakkai  langsung  tidak  menegur  Yuri  sesampai  di  rumah  mereka  berdua. Yuri  pelik.  Biasanya  Hakkai  kecoh  bersuara  tetapi  suaminya  itu  diam  membisu  sahaja. Dia  mahu  menegur  tetapi  dia  takut  disergah  nanti. Biarlah  nanti  dia  bosan  kalau  tak  usik  aku  tu. Hatinya  berkata.
            Selepas  makan  malam, dia  mengemas  meja  bersama  Mak  Lin. Tudungnya  masih  di  kepalanya. Dia  masih  belum  menanggalkan  tudungnya  walaupun  berada  di  biliknya  sendiri. Rambut  panjangnya  masih  disembunyikan. Hakkai  pula  seakan-akan  tidak  berpuas  hati  dengannya. Apabila  dia  ingin  bertanya, Hakkai  melarikan  dirinya. Kenapalah  dengan  mamat  ni? sakit  otak  ke? Dengusnya  dalam  hatinya.
            Pukul  10  malam, dia  masuk  ke  biliknya. Hakkai  dilihat  sedang  membaca  sebuah  buku. Memang  menjadi  Tabiat  Hakkai. Apabila  mahu  tidur, dia  akan  membaca  buku. Yuri  naik  ke  atas  katil. Dia  memandang  Hakkai  yang  langsung  tidak  mengerling  sedikit  pun  kepadanya.
            “ Awak!!” panggil  Yuri. “ Kenapa  dengan  awak  ni? Tak  nak  cakap  langsung  dengan  saya.”
            Barulah  Hakkai  berpaling  memandangnya. Berkerut  dahinya  seribu. “ Kenapa?”
            “ Dari  petang  tadi, saya  tengok  awak  macam  tak  nak  cakap  apa-apa  pun. Kenapa? Saya  ada  buat  salah  ke? Kalau  ada, cubalah  cakap. Ni  tak  diam  aje,” bebel.
            “ Kau  dah  lama  ke  kenal  dengan  Hasif  tu?” Soalan  jenis  apa  tu?
            “ Beberapa  bulan  lepas. Saya  kenal  dia  melalui Liya. Kenapa  awak  tanya ni?”
            “ Mesra  sangat  aku  tengok,” ucap  Hakkai.
            Yuri  memandang  Hakkai  dengan  pandangan  pelik. Kemudian  dia  tergelak  kecil. Hakkai  pula  memandangnya  dengan  penuh  tanda  tanya. Yuri  masih  dengan   ketawanya.
            “ Kenapa  kau ketawa  ni?” soal  Hakkai.
You  sound  so  funny.” Yuri  semakin  kuat  dengan ketawanya.
            Hakkai  geram  melihat  Yuri  yang  sedang  ketawakannya. Panas. Pantas  dia  menarik  hidung  Yuri. Dipicit  dengan  sekuat  hati. Yuri  segera  menepis  tangan  Hakkai. Pedih  rasanya. Dia  mengosok  Hidungnya  perlahan-lahan. Tentu  merah  hidung  aku  ni. Kuat  pulak  dia  picit  hidung  aku  ni. Nasib  baik, tak  kemek, rungutnya.
            Kini  giliran  Hakkai  pula  yang  tergelak. Masam  mencuka  wajah  isterinya. Bertambah  cute  dengan  hidung  yang  merah  itu. Yuri  pula  membelakangi  Hakkai. Hakkai  terus  dengan  ketawanya. Dia  mendekati  isterinya  dan  membisik  sesuatu  di  telinga  Yuri. Selepas  itu, tubuh  Yuri  berdiri  tegak. Dia  menjauhi  Hakkai.
            “ Awak  dah  gila  ye?” Dia  merenung  tajam  ke  arah  Hakkai.
            Hakkai  tersenyum  nakal. “ Sudahlah, dah  lewat  ni. aku  tak  ganggu  kau  punya.” Hakkai  menarik  selimut  dan  memejamkan matanya.
            Setelah  betul-betul  yakin, barulah  Yuri  naik  semula  ke  atas  katil. Matanya  mengantuk. Lena  datang  tanpa  dipaksa.

sedingin kasih33


Bab  33


YURI  bersiap  untuk  ke  rumah  Hurin. Dia  sudah  berjanji dengan  anak  kecil  itu  untuk  membawanya  bersiar-siar  di  bandar. Dia  pun  turun. Hakkai  juga  ingin  turun  ke  ruang  tamu  sempat  bertanya.
            “ Nak ke  mana?”
            “ Nak  pergi  rumah  anak  angkat  saya,” ucap  Yuri.
            “ Anak  angkat? Kau  tak  pernah  beritahu  pun  yang  kau  ada  anak  angkat,” ucap  Hakkai.
            “Maaflah, saya  lupa. Namanya  Hurin  Aleenda,” beritahu  Yuri.
            Dia  mencapai  kunci  kerjanya. Dia  menghidupkan  enjin  kereta  itu  namun  beberapa  dicuba, ia  tidak  mahu  hidup.
            “ Aku  ikut  kau, boleh?”
            “ Hah?”
            “ Kereta  kau  tentu  rosak  kat  mana-mana  bahagian  dia. Biar  aku  yang  hantar  kau. Takkanlah  kau  nak  mungkir  janji? Mungkin  Hurin  tu  tak  suka  nanti,” umpan  Hakkai.
            Yuri  berfikir  sejenak. Memang  benar  kata  Hakkai, Hurin  bukannya  suka  dengan  orang  mungkir  janji. Kenapalah  keretanya  boleh  rosak  pada  saat  macam ni. dia  menggaru  kepalanya. Tawaran  Hakkai  tu?
            “ Okey, saya  terima  jelah,” putus  Yuri. Lagipun  dia  sudah  lambat  untuk  ke  rumah  Hurin.
            Hakkai  menghidupkan  keretanya. Yuri  pula  masuk  dan  duduk  di  kerusi  penumpang. Suasana  antara  mereka  berdua  sunyi.
            “ Macam  mana  kau  kenal  Hurin  tu?” soal  Hakkai  menamatkan  suasana  sunyi  itu.
            “ Dia? Awak  ingat  tak  masa  majlis  hari  keluarga  syarikat, malam  kemuncak  tu, saya  keluar  dewan  sekejap  nak  ambil  angin. Tiba-tiba  jumpa  dia  tengah  menangis. Masa  tulah, saya  jumpa  dia. Saya  pujuk dia. Mama  dia  ada  hal  sekejap. Sejak  tu, saya  rapat  dengan  dia,” beritahu  Yuri.
            Hakkai  mengangguk  sahaja. Dia  bertanya  jalan  untuk  ke  rumah  Hurin. Untuk  seketika, Yuri  menjadi  penunjuk  arah. Akhirnya, dia  sampai  ke  rumah  Hurin. Yuri  keluar  dari  kereta. Hurin  yang  memang  berada  di  halaman  rumahnya  menerpa  ke  arah  Yuri.
            “Ibu,” panggil.
            “ Ibu?”
            “ Hmm…Mulai  hari  ni, Hurin  panggil  auntie  Yuri  ibu, boleh  kan?”
            “ Boleh  sayang. Lagipun  Hurin  kan  anak  angkat  ibu.” Yuri  mencium  pipi  Hurin  untuk  melepaskan  rindu.
            Hakkai  tersenyum  melihat  telatah  isterinya  yang  memeluk  budak  perempuan  yang  bertocang  dua  itu. Dia  dapat  melihat  sifat  keibuan  di  wajah  Yuri. Yuri  tersedar  perilakunya  diperhatikan  oleh  Hakkai. Dia  menarik  tangan  Hurin  ke  arah  Hakkai.
            “ Siapa  uncle  ni, ibu?”
            “ Ni  suami  ibu, Saiful  Hakkai. Hurin  kenalah  panggil  dia  ayah  tau,” usik  Yuri.
            “ Ayah.” Dia  memeluk  Hakkai.
            Hakkai  mendukung  Hurin. Mudah  benar  Hakkai  menyesuaikan  dirinya  kepada  Hurin.
            “ Hurin, siapa  yang  datang  tu?” Kedengaran  suara  Puan  Anisah  bertanya  dari  dalam.
            “ Ibu, mama. Dia  datang  dengan  ayah  baru  Hurin,” jerit  Hurin
            Yuri  melangkah  masuk  ke  rumah  Puan  Anisah. Puan  Anisah  datang  menjenguk.
            “ Yuri  rupanya,”
            “ Saya  datang  ni  nak  ambil  Hurin. Nak  bawa  dia  jalan-jalan. Dia  dah  janji  dengan  saya  hari  tu,” ujar  Yuri.
            “ Siapa  pulak  lelaki  tu?” soal  Puan  Anisah  tatkala  matanya  menjamah  tubuh  Hakkai  yang  sedang  mendukung  Hurin.    
            “ Itu  suami  saya. Kebetulan  kami  nak  ke  bandar. Kereta  saya  rosak. Nasib  baik, dia  ada. Kalau  tak, Hurin  tentu  mengamuk,” ujar  Yuri. “ Baiklah, saya  nak  pergi  dululah.”
            “ Okey, baik-baik  jaga  diri  tu,” pesan  Puan  Anisah.
            “ Hurin, mari  sini. Salam  mama. Kita  dah  nak  pergi  ni,” panggil  Yuri.
            Hurin  berlari  mendapatkan  mamanya. Puan  Anisah  mencium  pipi  anaknya. “ Sayang, jangan  susahkan  auntie  Yuri  ye.”
            “ Bukan  auntie  Yurilah  tapi  ibu.” Hurin  memotong.
            “ Ibu?”
            “ Hmm…Hurin  kan  anak  angkat  ibu. Kan  ibu  kan?” soal  Hurin  sambil  memandang  Yuri. Yuri  tersenyum.
            “ Bye  mama. Hurin  pergi  dulu,” ucap  Hurin  mengekori  Yuri  kereta  Hakkai. Kereta  pun  bergerak  pergi  dari  rumah  hurin.
            “ Nak  ke  mana?” soal  Hakkai.
            “ Hurin  nak  pergi  KFC, ayah,” ucap  Hurin  sambil  ketawa.
            Coletah  dari  Hurin  memeriahkan  suasana  antara  mereka  berdua. Mulut  Hurin  tidak  diam  dari  bersuara. Dia  tergelak  mendengar  Hurin  berbicara.



HASIF  memberhentikan  kereta  di  hadapan  rumah  Puan  Anisah. Pelik. Biasanya  kelihatan  Hurin  bermain  di  hadapan  rumah itu. tapi  dia  tidak  dapat  melihat  kelihat  budak perempuan  itu.
            “ Assalamualaikum.” Hasif  telah  berada  di hadapan  pintu  rumah  itu.
            “ Waalaikumussalam,” jawab  Puan  Anisah. Dia  keluar  melihat  gerangan  orang  yang  memberi  salam. Puan  Anisah  tersenyum  melihat  Hasif  yang  berdiri  di  hadapan  rumahnya. Kemudian  dia  menjemput  Hasif  masuk  ke  rumahnya.
            “ Hurin  mana, Kak  Nisa?” Dia  mengerling  kiri  dan  kanan.
            “ Dia  keluar  dengan  Yuri,” jawab  Puan  Anisah.
            “ Dengan  Yuri? Habis  tu, Kak  Nisa  benarkanlah?” soalnya  tidak  percaya.
            “ Takkanlah  Kak  Nisa  nak  halang. Lagipun  dia  dah  banyak  kali  bawa  Hurin  jalan-jalan. Mereka  bukan  berdua  tapi  bertiga,” terang  Puan  Anisah.
            “ Hah, bertiga? Siapa  sorang  lagi? Syaqie  ke?”
            “ Bukan  Syaqie  tapi  husband  dia.”
            “ Apa? Husband  Yuri?” Hasif  terkejut  beruk.
            “ Kenapa  kau  terkejut  sangat? Kau  tak  tahu  ke?”
            “ Liya  tak  pernah  beritahu  pun dia dah  berkahwin,” ucap  Hasif.
            “Kak  Nisa  tengok  husband  dia  macam baik  je,” ujar  Puan  Anisah.
            “ Siapa  nama  dia?”
            “ Hmm…Saiful  apa  ye…Kak  Nisa  lupalah,” ujar  Puan  Anisah. “ Kenapa kau  datang  hari  ni?”
            “ Saya  datang  ni  nak  beritahu  yang  mama  saya  buat  kenduri untuk  Sarah  sebab  dia  dah  dapat  ijazah,” ujar  Hasif. “ Hari  Ahad  minggu  depan.”
            Puan  Anisah  mengangguk. Terbayang  Tengku  Hani  Maisarah  yang  sedang  ketawa. Sepupunya  itu  adalah  yang  paling  muda  dalam  keluarga. Tentu  sepupunya  itu  seorang  itu  sedang  berseronok  menayangkan  ijazahnya  nanti  apabila  dia  ke  rumah  emak  saudaranya  itu.
            “ InsyaALLAH. Nanti  Kak  Nisa  datang. Siapa  lagi  yang  kau  jemput?”
            “ Ramai  jugak. Liya  pun  dah  saya  jemput. Saya  pun  dah  suruh  Liya  jemput  Yuri  sekali,” ucapnya.
            “ Okeylah. Kak  Nisa  akan  sampai  ke  majlis  itu  nanti,” ujar  Puan  Anisah.



HURIN  tidak  penat  melangkah. Yuri  laju  menyaingi  langkah  Hurin. Dari  tadi  lagi, Hurin  tidak  berhenti  dari  berjalan. Ingin  didukung  namun  Hurin  menolak. Hakkai  yang  berada  di  belakang  tersenyum. Entah  kenapa  hatinya  tenang. Dia  seperti  dapat  melupakan  bayangan  cintanya  yang  pertama. Melihat  Yuri, dia  tersenyum manis.
            Gadis  ini  benar-benar  luhur  peribadinya. Sejak  dia  mengenali  gadis  ini  secara  mendalam, dia  dapat  merasakan  hati  gadis  ini  masih  suci. Dalam  erti  kata  lain, belum  jatuh  cintalah. Bersih  daripada  mana-mana lelaki. Namun   mata  gadis  ini  menyembunyikan  sesuatu. Sesuatu  yang  memedihkan. Dia  sering  tertanya-tanya. Dulu, dia memang  tidak  pernah  melihat  gadis  ini  tersenyum  dan  ketawa  tetapi  sejak  berbaik  dengannya, gadis  ini  sering  melemparkan  senyuman. Cantik. Gadis  ini  terlalu  misteri. Dia  cuma  tahu  yang  gadis  ini  mempunyai  seorang  abang. Siapa  ayah? Tidakkah  dia  mempunyai  adik-beradik  yang  lain?
            Apa  yang  dia  ketahui  lagi, gadis  ini  amat  menyayangi  ibu  kandungnya. Dia  dapat  melihat  wajah  Yuri  yang  dingin  itu  merenungnya  apabila  gambar  ibu  kandungnya  jatuh  berterbangan  ke  atas  lantai  tempoh  hari. Gadis ini  amat  memuliakan  ibu  kandungnya.
            “ Awak, jom  kita  balik.” Suara  gadis  itu  memecah  lamunannya.
            “ Marilah,” ajaknya.

sedingin kasih32


Bab  32

YURI  memang  lama  tidak  ketawa  begitu  tetapi  dengan  Hakkai, sampai  sakit  perutnya. Mereka  makan  di  restoran  yang  berdekatan  dengan  tempat  kerja  Yuri. Ketika  dengan  Hakkai, senyuman  di  bibirnya  tidak  pernah  hilang. Tidak jauh  dari  tempat  Yuri  dan  Hakkai, ada  sekumpulan  manusia  yang  sedang  merenung  ke  arah  mereka  berdua.
            “ Eh, tu  Yuri  kan. Siapa  lelaki  tu?” soal  salah  seorang  dari  kumpulan  itu.
            “ Husband  dialah  tu,” ujar  seseorang  pula.
            “ Sorry  sikit, aku  kenallah  dengan  husband  dia  tu. Tu  bukannya  husband  dia,” ujar  yang lain  pula.
            “ Kau  macam  tu, dia  tengah  main  kayu  tigalah.”
            “ Hei, kau  tak tahu  apa-apa. So,  jangan  tuduh dia  bukan-bukan. May  be  tu  kawan dia.” Ada  orang  yang  membela  Yuri.
            “ Bukti  dah  ada  depan mata.”
           


YURI  menyambung  kerjanya. Sejak  tadi, dia  dapat  merasakan  ketegangan  antaranya  dengan  staf-staf  yang  lain. Cuma  Masmira  yang menegurnya  seperti  biasa. Yang  lain  asyik  menjeling  tajam. Dia  teringat  kembali  kepada  Hakkai. Baru  dia  tahu  yang  lelaki  itu  seorang  yang  kelakar. Hampir  pecah  ketawanya  apabila  dia  teringat  telatah  Hakkai  yang  ingin  meminta  maaf  dengannya.
             Hakkai  bersusah  payah  mencari  untuk  mendapatkan  sekeping  gambar  mamanya. Kemudian  gambar  itu  dibesarkan  dan  di’frame’kan. Dia  menggatung  gambar  di  dinding  bilik  tidur  mereka. Sejak  peristiwa  itu, mereka  menjadi  semakin  rapat.
            Ketukan  pintu  bilik  menyentakkan  dari  lamunan. Masmira  masuk  dengan  memeluk  sebuah  fail. Dia  menunduk  situ.
            “ Kenapa  ni  Mira?”
            “ Ni  fail  yang  Cik  Yuri  mahukan  tadi.” Berketar-ketar  tangannya  menghulurkan  fail itu.
            Yuri  perasan  dengan  keadaan  itu. dia  mengambil  fail  itu  dan  membelek. “ Awak  ada apa-apa  ke  nak bagitahu  saya?”
            “ Ergh…cik  Yuri  dah  kahwin  kan?”
            Yuri  mengangguk. Pelik  dengan  pertanyaan  itu.
            “ Tadi kami  Cik  Yuri  dengan  seorang  lelaki. Siapa  lelaki  itu?”
            “ Saya  nak  tanya  awak  dulu  sebelum  saya  jawab  pertanyaan  dari  awak. Kenapa  awak  nak  tahu?”
            “Ergh…sebab…Kawan  saya  kat luar tu  nampak  juga. Diaorang  ingat  cik  Yuri  main  kayu  tiga,” terang  Masmira.
            “ Ooo…Macam  tu  rupanya. Kenapa  diaorang  cakap macam  tu?”
            “ Sebab  hari  tu, kawan  saya  ada  nampak  suami  Cik  Yuri. Dia  kenal  dengan  suami  cik  Yuri  tapi  dia  cakap  lelaki  tadi  bukan  suami  Cik  Yuri.”
            “ Dia  kenal  dengan  suami  saya? Siapa?”
            “ Dia  cakap  lelaki  yang datang  hari  tu  suami  Cik  Yuri.”
            “ Maaflah, saya  lupa  nak  kenalkan  lelaki  yang  hari  tu. Dia  sebenarnya  abang  saya  dan  lelaki  tadi  barulah  husband  saya,” ucapnya.
            “ Maafkan  saya  kerana  tuduh  Cik  Yuri  tadi,” ujar  Masmira. “ Cik  Yuri  nak  saya  beritahu  mereka?”
            “ Tak  payah. Biarkan. Kalau  mereka  nak  tahu, mereka  akan  tanya. Lagipun  saya  tak  suka hal-hal  macam  tu dibicarakan,” ujar  Yuri.
            Masa  kerja  hampir  tamat. Tinggal  lima  minit  lagi. Yuri  bersiap  untuk pulang. Tepat  pukul  5  petang, dia  keluar  dari  syarikat  itu. sedang  dia  berjalan  keluar, dia  ternampak  kelibat  seseorang  melintas  berdekatan  dengan  keretanya. Jantungnya  hampir  terhenti  melihat  kelibat  itu  melintas.
            Lama dia  berdiri  di  situ  tanpa  begerak. Matanya  tidak  lepas  daripada  memandang  kelibat  lelaki  yang  melintas  itu. lelaki  itu  langsung  tidak  perasan  akan  dirinya  yang  terpacak  di  situ. Kemudian lelaki  itu  menghilang  dari  pandangannya.  Barulah  dia  menarik  nafas  lega.
            Dia  melangkah  masuk  ke  kereta. Namun  hatinya  tertanya-tanya  dengan  kehadiran  lelaki  itu  di  syarikat  di  mana  dia  bekerja. Dia  berharap  identitinya  tidak  terbongkar.
            

sedingin kasih31

Bab  31


PERMULAAN  yang  baik  bagi  hubungan  Yuri  dan  Hakkai. Mereka  sudah  saling  bertegur  sapa. Walaupun  mereka  masih  tidak  ‘bersama’  lagi, kemesraan  nampak  terjalin  antara  mereka  berdua.
            “ Yuri, cepatlah  kita  dah  lambat  ni,” gesa  Natasya, juruhias  dalaman  yang  baru  bekerja  di  syarikat  Puan  Fauziah.
            “ Tunggu  sekejap  I  nak  ambil  fail  untuk  tender  ni  dulu,” ucap  Yuri.
            Sudah  nasibnya. Kena  berganding  bahu  untuk  menyelesaikan  tender  dari  syarikat  Hakkai  sendiri. Dia  tidak  menafikan  bakat  yang  ada  pada  Natasya  namun  gadis  itu  bukan  sahaja  pandai  menghias  ruang  tetapi  dia  juga  pandai  menghias  dirinya. Selalu  sangat  dia  melihat  gadis  itu  mengenakan  pakaian  yang  sendat. Dia  tidak  menegur. Dia  cuma  mendengar  staf  yang  lain  menyindir.
            “ You  ni   tak  ada   baju  lain  ke?” Straight  to the  point  je  soalan  Yuri.
            “ Kenapa?” Selamba  je  dia  tayang  muka bodoh.
            “ You  ni  orang  kafir  ke  orang  islam?” Puh, direct  sekali soalan  itu.
            Barulah  wajah  gadis  itu  berubah  menjadi  merah. Tahu  pun  malu.
            “ Sepatutnya  you  pakai  baju  yang  tutup  aurat  sikit. Bukannya  I  suruh  you  pakai  macam  I  ni. Cuma  tutuplah  tubuh  you  yang  putih  gebu  tu  supaya  laki  you  je  yang  tengok  bukannya  lelaki  lain.” Bukan  untuk  memalukan  Natasya  tetapi  nasihat  yang  ikhlas  daripada  seorang  muslimah  kepada  muslimah  yang  lain.
            Natasya  tunduk  menahan  malu.
            “ Nak  naik  kereta  siapa  ni?” soal  Yuri.
            “ Naik  kereta  I  jelah.” Cepat  benar  moodnya  berubah.
            Kereta  vios  berwarna  hitam  berkilat. Cantik. Anak  orang  kaya  senang  sangat  nak  dapat  kereta  macam  ni. Orang  kaya? Dia  pun  anak  orang  kaya. Opps…Lupa. Title  dah  bercabut. Tu  dulu. Dia  naik  ke  kereta  itu. Natasya  menghidupkan  kereta. Kereta  itu  pun  bergerak  menuju  ke  destinasi  yang  dituju. Setengah  jam  kemudian, kereta  itu  sampai  di  tempatnya. Pantas  dia keluar  dari  kereta  itu. Natasya  mengekori dari  belakang. Yuri  disapa  oleh  penyambut  tetamu  syarikat itu.
            “ Eh, Yuri! Apa  you  buat  kat  sini? You  nak  jumpa  husband  you  ke?” soal  penyambut  tetamu  itu.
            “ Sorrylah, I  lupa  youlah,” terang  Yuri.
            “ I  Nana. Tak  apalah. Lagipun  dulu  I  tak  pernah  tegur  you,” balas  Nana.
            “ I masuk  dululah. Dah  lambat  ni. Ada  meeting  dengan  Tuan  Ahmad,” ucap  Yuri.
            “ Husband  you  kerja  kat sini ke?” soal  Natasya.
            “ Ya. Husband  I  kerja  kat  sini,” jawabnya  tanpa  berdolak  dalik.
            Natasya  memandang  curiga. Yuri  memang  kenal  ke  orang di  sini? Hatinya  mula  tertanya-tanya  siapakah  suami  Yuri. Dia  mengekori  langkah  Yuri. Dia  terkejut  apabila  tubuh  Yuri  dipeluk  oleh  dua  orang  gadis.
            “ Yuri. Lama  tak  jumpa  you. Rindulah,” ucap  Hasliza. Linda  mengiakannya.
            “ Sorrylah. Lama  tak  contact  you  all. Sibuk  sangat,” ucap  Yuri.
            “ You  makin  cantiklah, Yuri. Patutlah  Encik  Saiful  moodnya  baik  semenjak  dua  sejak  ni,” usik  Linda.
            “ Sudahlah  I  dah  lambat  ni. Nanti  Tuan  Ahmad  marah  pula  kalau  lambat,” ujar  Yuri.
            Curiga  Natasya  semakin  bertambah. “ You  memang  kenal  ke  dengan  orang  kat  sini?”
            “ Hmm…I  pernah  kerja  kat  sini  as  kerani,” beritahu  Yuri.
            “ What? Kerani? You  ni  biar  betul, Yuri. Kerja  yang  low  profile  you  buat?”
            “ Kerja  tu  bukannya  teruk  sangat,” ucap  Yuri.
            “ Kalau  macam  tu, you  kenallah  dengan  pemilik  syarikat  ni?”
            “ Yes. Anyway, dia  pun  ada  anak  lelaki  tau. Boleh  dikatakan  hensem  juga,” beritahu  Yuri.
            Yuri  melangkah  masuk  dengan  tenang. Diikuti  dengan  Natasya. Mereka  berdua  mengambil  tempat  duduk  masing-masing.
            “ Baiklah, baik  kita  mulakan  meeting  kita  kali  ni.” Tuan  Ahmad  berdiri.
            Semua  yang  berada  di  situ  mengangguk-angguk. “ Sebelum  tu, biarlah  klien  kita  memperkenalkan  diri  mereka.”
            “ Saya  Yukari  Hanun  dan  ni  Natasya, patner  saya,” ujar  Yuri.
            “ Saya  Tuan  Ahmad, ni  Encik  Karim, Hakkai  dan  Encik  Halim,” ucap  Tuan  Ahmad.
            Hakkai  memandang  tajam  ke  arah  Yuri. Semalam  mereka  berbual, tiada  pun  Yuri  mengatakan  yang  dia  akan  menguruskan  tender  untuk  syarikat  ayahnya. Yuri  tampak  tenang  Biarpun  direnung  tajam  oleh  Hakkai. Yuri  membentangkan  kertas  kerja  dengan  mantap  sekali. Cara  pertuturannya  amat  lancar. Dia  dibantu  juga  dengan  rakannya, Natasya. Tender  itu  akan  dilakukan  di  tapak  yang  sudah  dibelinya  di  Langkawi. Resort  yang  ingin  dibuka  akan  cuba  menarik  seberapa  ramai  pelancong.
            Dua  jam  berbincang, akhirnya  mereka  mendapat  satu  kata  sepakat. Masing-masing  bersetuju dengan  kertas  yang  dibentang  oleh  Yuri. Pada  mulanya  Hakkai  kelihatan  tidak  sukakan  idea  itu. Dibangkang  dengan  isu-isu  yang  membuatkan  mulut  Hakkai  tertutup  rapat.
            Seseorang  demi seseorang  keluar. Tinggallah  Yuri  yang  sedang  mengemas  kerjanya  dan  Hakkai  yang  sememangnya  tidak  bangun  dari  tempat  duduknya. Dia  memandang  Yuri. Yuri  pula  buat  muka  bodoh. Dia  ingin  melangkah  keluar  tetapi  lengannya  disambar  oleh  Hakkai.
            “ Jumpa  aku  di  bilik  aku,” arah  Hakkai. Dia  laju  meninggalkan  bilik  mesyuarat.
            Yuri  kaku  seketika. Kemudian  dia  menggeleng-geleng. Dia  keluar  dari  bilik  itu.
            “ Natasya, Sorrylah  lambat. Hmmm….you  boleh  balik  dulu. I  nak  jumpa  Encik  Saiful  sebentar. Lagipun  dah  nak  masuk  waktu  lunch,” ujar  Yuri.
            “ I  ikut  you  boleh?” Sememangnya  dia  sudah  tertawan  dengan  kekacakan  Hakkai  tadi  ketika  dalam  bilik  mesyuarat.
            “ Sorrylah, ni  hal  peribadi. Bukan  pasal  kerja,” tolak  Yuri.
            “ Peribadi? Apa  hubungan  you  dengan  dia?”
            “ As  you  know,  I’ m  married  and  Saiful  Hakkai  is  my  husband,” terang  Yuri.
            Natasya  kaku  seketika. Patutlah  Hakkai  banyak  memandang  ke  arah  Yuri  tadi. Rupanya  mereka  suami  isteri. Natasya  melangkah  dengan  perasaan kecewa. Yuri  pula  bergegas  ke  bilik  Hakkai. Perlahan-lahan  pintu  itu  diketuk. Ada  sahutan  menyuruhnya  masuk. Dia  pun  masuk. Dia  pelik  Hakkai  tiada  di  dalam  bilik. Puas  matanya  mencari namun  bayangan  lelaki  itu  tidak  jua  kelihatan.
            “ Hei,” sergah  Hakkai  yang  berada  di  belakang  pintu.
            Semangat  Yuri  terbang  sebentar. Dia  terduduk  sambil  memegang  dadanya.
            “ Eh,  kau  tak  apa-apa  ke?” soal  Hakkai  memegang  jari  Yuri.
            Yuri  tersentak. Dia  menarik  jarinya  dengan  pantas. Dia  menjeling  tajam  ke  arah  Hakkai. Hakkai  cuma  tersenyum.
            “ Awak  ni  selalu  macam  ni. terbang  semangat  saya  tau. Nasib  baik, saya  tak  ada  penyakit   lemah  jantung,” marah  Yuri.
            “ Maaflah, aku  main-main  je,” ucap  Hakkai.
            Dia  berdiri  semula. “ Kenapa  awak  panggil  saya  ke  mari?”
            “ Nak  ajak  lunch,” terang  Hakkai.
            “ Dulu  kan, saya  tak  keluar  lunch  sebab  second  bos  saya  tak benarkan  saya  keluar  lunch. Hari-hari  saya  kena  buat  kopi  untuk  dia.” Yuri  mengenakan  Hakkai.
            “ Ooo…kau  nak  kenakan  aku  ye,” balas  Hakkai. Dia  menarik  hidung  Yuri. “ Kau  nak  pergi  tak?”
            Yuri  terdengus  kemarahan. Hidungnya  terasa  sakit  akibat  ditarik  Hakkai.
            “ Yelah…saya  pun  tengah  lapar  ni.” Yuri  membalas  kembali  dengan  menarik  hidung  Hakkai.
            Mereka  pun  keluar  secara  beriringan. Kebanyakkan  staf  Hakkai  terbeliak  memandang  mereka  berdua. Hasliza  dan  Linda  di  meja  Hasliza  bersama  seorang  gadis  memandang, tidak  percaya  dengan  adegan  yang  baru  berlaku  ini.
            “ Za, betul  ke  apa  yang  aku  nampak  ni?” soal  Linda.
            “ Entahlah, aku  pun  macam  tak  percaya  je,”ucap  Hasliza  setelah  merpati  sejoli  itu  hilang  dari  pandangan.
            “ Siapa  perempuan  tu?”Soalan  berbaur  cemburu  keluar  dari  mulut  gadis  yang  berada  di  sebelah  Hasliza.
            “ Kalau  nak  tahu, itulah  bini  dia. Yukari  Hanun,” beritahu  Linda. “ Dia  pernah  kerja  kat  sini  dulu  jadi  kerani. Encik  Saiful  kita  dulu  memang  tak  sukakan  Yuri. Then, diaorang  kena  tangkap  basah. Kahwinlah  mereka  berdua. Yang  aku  tak  tahu  macam  mana  diaorang  boleh  jadi  baik  macam  tu?”

sedingin kasih30


Bab  30



YURI  masuk  ke  pejabatnya. Puan  Fauziah  telah  ke  syarikat  suaminya. Katanya, ada  perkara  penting  yang  mahu  dibincangkan  dengan  suaminya. Dia  tidak  mahu ke  mana-mana  hari  ini. Wakil  dari  syarikat  Gergasi  akan  datang  ke pejabatnya. Dia  leka  mengemas  biliknya  yang  berselerak. Banyak  kertas  berada  di  atas  lantai. Telefon  di  atas  mejanya  berbunyi. Segera  dia  menjawab.
            “ Yes?”
            “ Cik  Yuri, wakil  dari  syarikat  Gergasi  dah  sampai. Nak  suruh  dia  masuk  ke  bilik  Cik  Yuri  ataupun  bilik  mesyuarat?” soal  Masmira.
            “ Suruh  dia  masuk  bilik  saya,” arah  Yuri.
            “ Baik, Cik  Yuri,” balas  Masmira.
            Yuri  duduk  di  kerusi. Menunggu  orang  yang  dimaksudkan. Pintunya  diketuk  dan  daun  pintunya  dikuak. Terpampang  wajah  seseorang  yang  cukup  dikenal  hati  budinya. Matanya  tidak  berkelip  memandang  wajah  yang  mendekatinya. Kemudian  tetamunya  itu  duduk  di  kerusi  di  hadapannya. Tetamunya  itu  tersenyum  sinis. Yuri  tidak  memberi  apa-apa  reaksi.
            “ Lama  betul  kita  tak  jumpa  kan?” Tetamunya  itu  memulakan  perbualan.
            “ Betul  tu. Memang  dah  lama  kita  tak  jumpa. Dekat  7  tahun,” balas  Yuri  dengan  nada  yang  sinis.
            Tetamunya  tersentak. Bahasa  yang  digunakan  oleh  Yuri  memang  berlainan  sekali. Dulu  Yuri, seorang  gadis  yang  takut  untuk  berlawan  kata-kata  dengannya.
            “Kau  memang  dah  banyak  berubah,” ucap  tetamunya  itu.
            “ Sudahlah  Yuki. Beritahu  apa  yang  kau nak  cakap.” Yuri  mula  berbicara  secara  kasar.
            “ Kau  tak  kenal  ke  aku. Aku  kan  anak  Dato’  Rashidi, pemilik  sebenar  Syarikat  Gergasi  Holdings. Kau  yang  buat  pelan  untuk  interior  design  tu. Kau  memang  kreatif.”
            Yuri  tersentak. Dia  sebenarnya  tidak  mengetahui  siapa  pemilik  sebenar   syarikat  itu. Dia  langsung  tidak  meneliti  secara  mendalam  tentang  syarikat  itu. Apa  yang  diketahuinya  syarikat  itu  milik  seorang  Dato’.
            “ Aku  tak  sangka  kau boleh  belajar  sampai  ke  tahap  ni. Aku  tak  tahu  macam  mana  kau  boleh  berjaya. Ataupun  kau  guna  nama  Otosa  untuk  berjaya?” sindirnya.
            “ Sorrylah  ye…Aku  tak  pakai  nama  Dato’  Rashidi. Aku  berusaha  sendiri. Lainlah  macam  kau. Orang  kenal  kau  sebagai  anak  Dato’  Rashidi. Jadi, mereka  akan  hormatkan  kau  kerana  gelaran  tu. Bukannya  diri  kau  sendiri,” balas  Yuri  dengan  nada  yang  sama.
            Yuki  memandang  Yuri  dengan  geram. “ Lagi  satu, aku  peliklah  dari  mana  kau  dapat  duit  untuk  belajar? Kalau  nak  cakap  Syaqie  yang  tanggung, dia  pun  masih  belajar masa  tu.” Dia  bertanya  lagi.
            “ Kau  dah  lupa  ke? Aku  ni  tak  macam  kau. Aku ni suka  simpan  duit. Ditambah  pula  dengan  duit  arwah  Okasa  yang  ada  di  dalam  bank. Tak  macam  kau, guna  duit  Otosa.” Ada  sindiran  pada  nada  Yuri.
            “ Kau  jangan  nak  kurang  ajar  dengan  aku  Yuri.” Suara  Yuki  kedengaran  keras.
            “ Siapa  yang  kurang  ajar? Kau  ke  aku?” Suara  Yuri  masih  tenang.
            “ Aku  ni  kakak  aku. Jangan  nak  kurang  ajar  dengan  aku.” Ucapan  itu  terkeluar  dari  mulut  Yuki.
            Yuri  tergelak  kecil. Ketawanya  sinis. Ucapan  itu  amat  lucu  di  pendengarannya. “ Kau  kakak  aku? Perasan  betul. Siapa  nak  mengaku  yang  kau  tu  kakak  aku. Jangan  harap  aku  nak  mengaku.”
            Yuki  menjadi  benggang. Ucapan  itu  memalukannya.
            “ Kau  ingat  aku  nak  mengaku  kau  kakak  aku  selepas  apa  kau  buat  kat  aku. Jangan  nak  beranganlah. Selepas  kejadian  tu, aku  dah  tak  kakak  dan  ayah  lagi. Aku  cuma  ada  seorang  abang. Cuma  dia  seorang  sahaja  saudara  yang  aku  ada  sekarang. Aku  anggap  kau  semuanya  dah mati.” Barulah  suaranya  bernada  marah.
            “ Kau…”
            “ Berambuslah. Aku  tak  nak  tengok  muka  kau  lagi,” halau  Yuri.
            Yuki  terkejut. Dia  pantas  bangun  dan  melangkah  keluar  dari  bilik  Yuri. Pintu itu  dihempas  kuat menyebabkan  semua  staf  di  situ  memandangnya.
            “ Apa  pandang-pandang? Buatlah kerja  kau,” jerkah  Yuki.
            Yuri  keluar  dari  bilik  juga. Dia  melihat  Yuki  berlalu  pergi. Semua  staf  memandangnya dengan  penuh  makna.



SEBAIK  sahaja  dia  melangkah  masuk  ke  dalam  rumah, kelihatan  Tuan  Ahmad  sedang  duduk  di  ruang  tamu.
            “ Assalamualaikum,” sapanya.
            “ Waalaikumussalam,” jawab  Tuan Ahmad  sambil  berpaling  ke  arahnya. “ Lama  ayah  tak  jumpa  Yuri. Mana  Yuri  pergi”
            “ Saya  outstation  kat  Penang,”jawabnya  perlahan.
            “ Sudahlah, pergilah  naik. Tentu  Yuri  penat. Pergilah  rehat. Jangan  fikir  sangat  tentang  kerja  tu. Perangai  Yuri  tu  samalah  dengan  Hakkai,” ucap  Tuan  Ahmad.
            Yuri  naik  ke  biliknya. Hakkai  yang  berada  di  dalam  bilik  itu  tersentak  apabila  Yuri  menapak  masuk  ke  bilik  itu. kemudian  bersikap  selamba. Yuri  terkejut  melihat  persekitaran  bilik  itu. Hiasannya  tidak  berubah. Kalau  Hakkai  tidak  sukakan  hiasannya, sepatutnya  Hakkai  menukarnya  tetapi  hiasan  itu  kekal  di  tempatnya.
            “ Hanun,” sapanya  perlahan.
            Yuri  berpaling. Nama  itu  lagi  yang  digunakan  oleh  Hakkai. “ Awak  panggil  saya  ke?”
            “ Yelah, itu  kan  nama  kau,” ucap  Hakkai.
            “ Tapi  saya  tak  guna  nama  tu,” tingkahnya.
            “ Aku  suka  nama  tu. Mulai  hari  ni  aku  akan panggil  kau  Hanun. Satu  lagi, aku  nak  minta  maaf  atas  semua  perbuatan  aku   terhadap  kau,” ucap  Hakkai  lagi.
            “ Saya  maafkan  awak, okey,” balasnya.