Bab 2
YURI keluar mencari kerja di bandar raya tersebut. Dia mahu mencari kerja yang mungkin orang lain akan mengatakan kerja itu tidak sesuai dengan kelulusan yang terdapat padanya. Dia mahu mencari pengalaman dahulu. Keadaan ekonomi di Malaysia tidak sama dengan di Jepun. Oleh kerana itulah, dia mahu memahami keadaan ekonomi negara dahulu.
Diperhatikan bandaraya yang sedang pesat membangun. Kuala Lumpur sudah banyak yang berubah. Keadaan ini tidak sama dengan 6 tahun lepas. Di jalan, semakin bertambah banyak kenderaan. Dia menjadi begitu bangga dengan kejayaan bandaraya ini.
Berpandukan surat khabar, dia mencari pekerjaan. Lepas satu-satu gagal. Dia masuk ke sebuah restoran untuk mengisi perut yang lapar. Hari ini dia rasakan benar-benar panas. Ramai orang yang berada di restoran itu mengerling ke arahnya. Dia menjadi serba-salah. ‘ Apa yang tak kena dengan penampilan aku?’ soalnya dalam hati. Muncul seorang budak mengambil pesanan. Dia pun membuat pesanan.
Sedang dia menunggu, datang seorang lelaki dengan selamba duduk di hadapannya. Dia mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan permainan lelaki itu. Namun dia tetap tidak berkata-kata apa. Dia memaparkan wajah yang tidak menunjukkan sebarang riak. Lelaki itu mengukir senyuman manis. Tiba-tiba telefon Yuri berbunyi. Panggilan itu dari Okada yang bertanya khabar. Dia sengaja bercakap dalam bahasa Jepun kerana lelaki itu seperti mahu mengetahui isi perbualannya.
“ What’s wrong with you? Who’re you anyway?” soal Yuri. Dia tidak berselindung langsung.
“ Yuri kan? Tak kenal dengan aku ke?” Lelaki itu pula bertanya.
“ I’m so sorry. I don’t know who you are,” ucap Yuri.
“ Aku Zed. Zed budak kelas kau tu?” lelaki itu cuba mengingatkan Yuri.
Yuri terdiam. Fikirannya mula mengjangkau masa lampau. Lama dia mendiamkan diri. Barulah dia tahu. Lelaki ini merupakan rakan sekelasnya dulu. Yuri mengangguk kepalanya.
“ Kau kerja apa sekarang ni?” soal Zed.
“ Aku tengah cari kerjalah ni,” ucap Yuri.
“ Tengah cari kerja? Habis selama ni kau kerja apa?”
“ Aku baru balik dari Jepun. Dah enam tahun aku tinggal kat sana,” ucap Yuri.
“ Hebatnya. Kau memang hebatlah. Kau pun bertambah cantik,” usik Zed.
Yuri diam. Dia memang tahu tentang perangai Zed dari dulu tidak akan berubah. Suka sangat mengusik. Pesanannya pun sampai. Lelaki itu juga membuat pesanan.
“ So,kau dapat kerjanya?” soal Zed.
“ Aku tak tahu lagi. Tadi aku pergi interview. Dalam dua hari nanti, tahulah jawapannya,”jawabnya. “ Kau kerja apa sekarang?”
“ Nak jugak kau tanya khabar aku ye. Aku ingat kau tak berminat untuk tahu keadaan aku sekarang ni.” Zed tersenyum.
Yuri menggeleng-geleng. Dia sendiri tidak faham dengan kerenah lelaki ini. Dia malas mahu melayan lelaki ini. Dia melihat kelibat seseorang yang dikenali masuk ke dalam restoran ini. Kelibat itu menuju ke arahnya dan menarik kerusi di sebelahnya. Dia tidak berkata apa-apa pun. Zed terkejut dengan kehadiran lelaki di sebelahnya. Dia mengangkat keningnya kepada Yuri. Yuri mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
“ Princess, what are you doing here?” soalnya.
“ Encik, saya rasa encik ni dah salah orang. Tak ada orang yang bernama princess di sini,” sampuk Zed.
Lelaki itu terkejut kemudiannya dia mengukir senyuman manis. Dia memandang Yuri di sebelahnya. Dia mencubit pipi Yuri. Pantas Yuri menepisnya sambil menjeling marah kepada lelaki itu. Zed naik berang dengan kelakuan lelaki itu.
“ Encik berhormatlah sikit. Dia itu bukan adik encik ataupun isteri encik,” tegur Zed.
“ Princess, tonight, I like to have dinner with you. And you know that I don’t like objection,” ucap lelaki itu.
“ Fine to me.” Pantas Yuri bersetuju.
“ Wait for second. Yuri, you know this guy?” soal Zed kebingungan.
“ Saya Syaqie Aikawa. Abang kepada gadis ini,” ucap Syaqie memperkenalkan dirinya.
“ Ya… kenapa tak cakap awal-awal? Saya dah salah faham tadi. Maaflah,” ujar Zed. “ Kau pun satu Yuri. Kenapa tak cakap je ni abang kau? Aku lepok ni kang.”
Yuri tidak berkata. Dia sedikit gembira dapat mengenakan rakan lamanya.
“ Saya ni kawan lama dia. Nama saya Zaidi. Panggil Zed je.” Giliran Zed pula memperkenalkan dirinya.
“ Kau joinlah kitaorang malam ni,” ajak Syaqie.
“ Tak menganggu ke?”
“ Taklah. Aku pun ajak Liya sekali. Mesti kau kenal kan kawan baik Yuri kan?” balas Syaqie.
“ Kat mana?”
“ Hotel ADfien.” Jawapan itu membuatkan mata Yuri terbeliak memandangnya. Dia membalas dengan senyuman.
“ Aika, what’s hell did you think?” soal Yuri.
“ Calm down my dear. You must make it,”ucap Syaqie.
YURI bersama Liya keluar ke tempat yang dinyatakan oleh Syaqie. Sebenarnya dia langsung tidak mahu menjejakkan kakinya ke tempat itu. Dia tidak mahu bertembung dengan orang yang dikenalinya. Dia sengaja bersiap dengan lambat. Liya mendesaknya supaya cepat. Dia menaiki kereta milik Liya. Sampai di hotel itu, dia tidak masuk dengan Liya. Dia menyuruh Liya masuk dahulu. Liya yang faham dengan keadaan itu masuk dahulu.
Syaqie dan Zed melihat Liya seorang sahaja menghampiri mereka berdua. Syaqie mengerti. Dia bangun bercakap dengan Liya. Liya mengambil tempat duduknya di meja itu. Zed juga bertanya mana Yuri dan ke mana Syaqie mahu pergi. Liya mengangkat bahunya. Syaqie yang baru keluar dari hotel dapat melihat Yuri duduk di tempat letak kereta yang tidak jauh dari situ. Dia mendekati adiknya itu.
“ Princess,” tegur Syaqie.
“I can’t,”ucapnya sayu.
“Fight it. I know you can’t make it. Come,” ajak Syaqie masuk ke hotel.
Mereka berdua pun masuk. Malam itu mereka makan dengan gembiranya kecuali Yuri yang nampak sugul. Liya banyak bercerita dengan Zed tentang masa lampau mereka ketika di sekolah. Memang banyak perkara yang seronok apabila mereka mengingati zaman itu. Syaqie tersenyum mendengar cerita-cerita dari mereka berdua. Yuri Cuma banyak mendengar daripada bercakap. Matanya meliar ke sekelilingi restoran itu.
Makan malam itu berlangsung dengan lancar. Yuri tidak terserempak dengan orang itu. Yuri dan Liya sampai di rumah pada pukul 11 malam. Adik-beradik Liya masih belum tidur lagi. Mereka sedang menonton televisyen. Yuri menegur adik –beradik Liya dan berlalu masuk ke biliknya. Liya juga mengekori Yuri.
YURI masuk ke tempat kerja barunya. Dia bertugas sebagai kerani. Liya yang dapat tahu tentang pekerjaannya terkejut. Dia tidak sangka yang Yuri akan terima kerja yang tidak sepadan dengan ijazah yang dia ada. Dia buat tidak kisah dengan pandangan Liya tentang kerja yang baru itu. Dia memang tidak kisah apa yang orang nak katakan.
“ Yuri, pelik betul nama you. You orang mana sebenarnya?” Linda dan Hasliza
“ Sebenarnya I anak kacukan. Sebab tulah nama I ni pelik sikit,” ujar Yuri seringkas mungkin. Dia memang tidak suka kehidupan peribadinya dirungkai.
Linda dan Hasliza menyambung semula kerjanya apabila melihat Tuan Ahmad, pengerusi dan pemilik Syarikat Zai & Kai Holdings menghampiri meja Yuri. Dia tersenyum melihat pekeja barunya. Yuri tidak menunjukkan reaksi apabila melihat Tuan Ahmad mengahampirinya.
“ Saya harap awak bertugas dengan baik,” ucapnya.
Yuri cuma mengangguk-angguk mendengar nasihat daripada Tuan Ahmad. Dia mula bekerja sehingga tidak sedar yang waktu rehatnya sudah sampai. Dia berhenti menaip. Dia bangun menuju ke pantry untuk membancuh air milo. Dia malas berasak-asak dengan orang ramai untuk membeli makanan. Lagipun dia tidak berasa lapar. Dengan air milo, rasanya dia mampu menahan lapar sehingga ke petang. Selepas itu, dia ke sebuah bilik yang dikhaskan untuk bersolat.
Hampir pukul 6 petang, barulah dia berhenti kerja. Dia mengeluh. Dia bersyukur selepas dapat melaksanakan hari pertamanya. Dia melangkah keluar dari bangunan itu. Tiba-tiba, ada sebuah kereta Kia Septria berhenti betul-betul di hadapannya. Dia terkejut. Kemudian rasa terkejutnya hilang sejurus melihat cermin kereta itu diturunkan. Syaqie! Rasanya dia belum memberitahu Syaqie tempat kerjanya. Tentu Liya yang memberitahu perkara itu kepada Syaqie.
Tanpa disuruh, dia masuk ke dalam kereta itu. Syaqie terus memandu keretanya pergi dari situ.
“ Seronok kerja tadi?” soal Syaqie.
“ Oklah tapi tak seseronok di Jepun,” ujar Yuri.
“ Yuri rasa nak balik ke sana ke? Tak kesiankan Aika ke? Tinggal sorang-sorang kat sini.” Syaqie berpura-pura merajuk.
“ Aika…..” Yuri tidak sempat berkata.
“ Yukari Hanun.” Syaqie mula memanggil nama penuhnya tanda dia tidak mahu berbicara tentang perkara itu.
KOMPUTER itu berjaya dihidupkan selepas dibaiki oleh Yuri. Komputer teman sepejabatnya tidak berfungsi selepas dibuka pada mulanya. Jadi Yuri pun membantu melihat apa masalah komputer itu. ‘ Sudah pukul 1 petang, tentu Aika sedang menunggu di bawah,’ fikir Yuri. Yuri pun bersiap. Dia turun ke lobi. Dia terus mendapatkan Syaqie yang sedang menunggu di situ. Mereka berdua ke restoran berdekatan.
Syaqie mengajak Yuri lunch kerana dia mempunyai kerja di kawasan yang berhampiran dengan tempat kerja Yuri. Dia memang susah berjumpa dengan adiknya kerana banyak kes yang diuruskannya pada ketika itu. Jadi peluang ini tidak akan dilepaskan. Adiknya pula memang tidak suka berjumpa dengannya kerana takut bertembung dengan orang yang tidak mahu dia berjumpa.
Selesai lunch, Syaqie menghantar Yuri ke tempat kerjanya semula. Dia tersenyum manis pada Linda dan Hasliza yang kebetulan berada di situ. Linda dan Hasliza membalas senyuman itu. Yuri meninggalkan mereka berdua dan berlalu pantas ke mejanya. Linda dan Hasliza mendapatkannya. Yuri tahu mungkin Linda dan Hasliza mahu mengetahui sesuatu tentang lelaki yang telah menghantarnya pulang.
“ Kacak betul lelaki tadi. Siapa dia?” soal Hasliza.
Yuri mendiamkan diri. Linda mencebik.
“ Alah, Yuri. Janganlah buat diam aje. Boyfriend you ke?” soal Linda pula.
Kerana malas melayan kerenah mereka berdua, dia mengangguk kepalanya. Linda dan Hasliza pun meninggalkannya. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu siapa sebenarnya lelaki itu. Nanti hal keluarganya akan terbongkar. Dia menyambung kerjanya kembali. Melihat Yuri seakan tidak mahu bercerita tentang lelaki itu, mereka berdua beredar dari situ. Yuri mengeluh lemah.
Pukul 6 petang, barulah yuri pulang. Dia telah berpindah dari rumah Liya ke rumah yang Syaqie beli untuknya. Liya juga tinggal bersamanya. Dia telah mengubah hiasan dalaman rumah itu. Liya kelihatan gembira melihat perubahan rumah itu. Rumah teres setingkat itu diubah mengikut citarasa Yuri.
HARI minggu, Yuri menghabiskan masanya dengan mengemas rumah. Pada ketika itu Liya tiada di rumah kerana ada majlis amal yang diadakan untuk anak-anak yatim itu. Yuri sememangnya tidak suka berada di tempat keramaian sebegitu. Keletihan yang dialaminya dibalas dengan rumahnya kelihatan bersih. Sudah 2 bulan, dia bekerja di Zai&Kai Holdings. Tidak ada perubahan yang berlaku pada dirinya. Semuanya masih sama. Apa yang dia dapat tengok cuma staf yang lain bergosip tentang pihak atasan.
Petang itu, dia ke pasaraya Tesco untuk membeli keperluan dapur yang sudah habis. Dia telah meminjam kereta Syaqie untuk ke sana. Syaqie telah ke luar negara. Lagipun Syaqie mempunyai kereta yang lain. Selalunya Yuri bersama Liya membeli barangan dapur. Dia melangkah masuk ke pasaraya itu. Terlalu ramai orang yang berada di situ. Maklumlah hari minggu, ramai orang akan keluar membeli barangan keperluan mereka.
Dia melilau ke bahagian barangan kering. Dia pun mengambil barang yang diperlukan dan diletakkan di dalam troli. Kemudian dia ke barangan basah. Dia mahu memasak sesuatu. Sudah lama dia tidak memasak. Tiba-tiba ada sesuatu yang bergolek ke kaki. Pantas dia mengutip benda itu. Ada seorang lelaki menghampirinya.
“ Maaf. Tin itu terjatuh dari tangan saya,” ucap lelaki itu.
Yuri menghulurkan tin itu kepada lelaki itu. Dia mengangguk tanda ingin berlalu pergi. Lelaki itu terdiam apabila bertentang mata dengan gadis itu. Dia menjadi kaku seketika. Selepas kelibat Yuri hilang, dia tersedar kemudian tersenyum. Selesai membeli barang yang diperlukan, Yuri pulang ke rumah. Sampai di rumah, Liya telah berada di rumah. Pantas Liya menolong Yuri.
“ Hisy, kau ni kenapa tak beritahu aku nak ke pasar? Kan benda ni berat,” bebel Liya.
“ Kau kan tengah sibuk. Aku malaslah nak kacau,” ucap Yuri.
“ Jomlah masak.” Yuri bergegas ke dapur.
Dia mahu memasak lauk ikan tenggiri masak pedas. Tangannya pantas menyediakan bahan-bahan untuk memasak. Liya juga membantu. Tangannya lincah menyiang ikan itu. Sedikit pun tidak berasa geli. Sejam kemudian, mereka siap memasak. Yuri naik ke biliknya untuk membersih badannya dan bersolat. Dia berehat sambil berbaring di atas katilnya. Dia terlena seketika. Liya naik ke bilik dan mengejut Yuri. Sudah waktu maghrib. Dia pun bersolat.
Turun ke dapur, Liya sedang menyediakan hidangan ke meja makan. Liya ternampak Yuri sedang berdiri di dinding segera menegur.
“ Jomlah makan. Aku dah lapar ni,” ajak Liya.
Liya makan dengan penuh berselera. Bukan selalu dia dapat makan masakan Yuri.
“ Minggu depan dah masuk bulan puasa.seronoknya,” ucap Liya selesai makan. “ Nanti kita beraya kat rumah Tok Mek aku ye.”
“ Kau ni kan, macam budak-budak. Belum puasa lagi dah fikir raya,” tegur Yuri.
“ Tok Mek tentu rindukan kau. Dah lama kau tak jumpa Tok Mek,” ucap Liya tanpa mengira teguran Yuri.
Yuri mengeleng-geleng kepalanya. Liya akan berperangai budak-budak sekiranya bercakap tentang raya. Yuri sememangnya akan beraya di rumah Tok Mek Liya sejak kejadian itu. Yuri sudah lama tidak berjumpa dengan Tok Mek Liya yang berada di Kepala Batas, Kedah.
No comments:
Post a Comment