Bab 14
Pantai yang putih bersih pasirnya. Ombak yang tidak jemu memukul pantai. Seperti pasangan kekasih yang saling memerlukan antara satu sama lain. Liya tersenyum memandang ombak. Berasa tidak rugi mengekori Yuri ke sini. Dia tersenyum sendirian. Kenangan silam bermain di hadapan mata. Kenangan bercuti di pulau Tioman singgah di ingatan. Dia masih mengingati setiap saat ketika di Pulau Tioman.
“ Orang cakap kalau senyum sorang-sorang tu, ingatkan boyfriend.” Kedengaran suatu suara di belakang.
Liya menoleh pada tuan punya suara itu. Dia langsung tidak mengenali lelaki itu. Namun, senyuman manis masih kelihatan di bibir mungkilnya. Sudah menjadi kebiasaan dirinya apabila ditegur. Lelaki itu duduk di bangku di hadapan Liya.
“ Betul apa yang saya katakan, kan?” soal lelaki itu lagi.
“ Tak semestinya. Seseorang itu mesti ada sebab tersendiri kalau tersenyum sorang-sorang. Mungkin dia tu teringatkan kisah lama yang lucu,” bidas Liya dengan kata-kata yang sememangnya tersusun indah.
“ Pandai awak berbahasa,” puji lelaki itu.
“ Kalau saya tak pandai berbahasa, saya tak jadi guru,” ucapnya dengan senyuman.
“ Guru?”
“ Hmm…saya cikgu BM dan Matematik,” ucapnya lagi.
“ Awak mengajar anak-anak yatim di Baitul Iman di KL,” terang Liya.
“ Maaf, saya Izzat.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya.
“ Nama saya panjang sangat, jadi panggil Liya dah cukup,” ujar Liya.
“ Awak datang cuti?”
“ Hmm…saya datang dengan kawan.”
Perbualan mereka terganggu dengan deringan telefon bimbit Liya. Dia mengerlingkan nama pemanggil itu. Yuri. Segera dia mengangkatnya.
“ Waalaikumusalam,” jawab Liya. “ Aku ada kat tepi pantai ni. Nanti aku datanglah.” Dia pun berdiri.
“ Minta maaf, saya terpaksa pergi dulu. Kawan saya nak keluar. Assalamualaikum,” ujarnya sambil berlalu pergi.
Sejurus lelaki itu menjawab salamnya, dia bergegas ke suite di mana Yuri berada. Kelihatan Yuri sedang menunggunya.
“ Kita nak ke mana?” soal Liya.
“ Ikut jelah,” ucap Yuri.
Yuri melangkah sehingga ke hujung pantai. Liya Cuma melangkah dari belakang. Dia tidak ke mana Yuri mahu pergi. Namun, dia tidak bertanya. Yuri berhenti berjalan. Dia duduk di atas pasir pantai yang putih bersih.
“ Cantik.” Yuri tersenyum.
Liya yang melihat tergaman dengan senyuman Yuri. Senyuman Yuri yang telah lama tidak dilemparkan. Dia masih memerhatikan Yuri. Yuri pula memerhati ombak yang dating menghempas pantai. Bibirnya masih mengukir senyuman.
“ Kenapa kau berdiri?” soal Yuri.
Liya duduk. “ Cantik kau senyum. Dah lama aku tak tengok.”
Senyuman manis di bibir mungkil Yuri mati serta-merta. Dia memandang ke arah Liya. Liya tidak memandang Yuri, dia memandang ke arah laut.
MALAM ITU, pihak syarikat telah menganjurkan satu acara bakar daging dan ayam. Yuri duduk di tepi pantai daripada orang lain. Kelihatan amat meriah. Liya menemani Yuri duduk.
“Kalau kau nak join diaorang, pergilah. Aku nak duduk sini ambil angin,” ucap Yuri. Kasihan juga dia melihat Liya di sebelahnya.
“ Kalau macam itu, aku pergi ambil ayam kat kau, okey,” ujar Liya pula.
Liya pun berjalan ke arah orang ramai mengelilingi unggun api. Sekali lagi dia bertembung dengan pemuda yang menegurnya petang tadi. Liya cuma tersenyum. Dia mahu cepat bertemu dengan Yuri. Yuri bukannya boleh diharap sangat. Lesap nanti, susah pula dia mahu mencarinya.
Hakkai berjalan-jalan sambil melihat persekitaran. Dia masih belum nampak Yuri. Mungkin dia tidak datang. Kemudian dia berjalan ke tepi pantai. Cahaya bulan yang suram menyuluh sedikit ombak yang tidak jemu memukul pantai. Duduk di tepi pantai menyebabkan dia mengingati kisah lama. Di mana dirinya dikhianati oleh orang yang amat dicintainya. Ada kalanya apabila dia teringat kisah itu, dia akan menjadi geram dan marah.
Gadis idamannya, Safarina Aida tersenyum manis memandang Hakkai. Hakkai memandang senyuman itu dengan manis sekali. Hampir dua tahun mereka bercinta. Segala-galanya indah. Dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab seterusnya. Namun Aida kelihatan seperti tidak mahu. Entah apa yang mengahlang gadis itu. Dia sering bertanya apa alasan gadis itu. Alasannya tidak bersedia. Dia bersabar. Anggapannya jika jodoh tidak ke mana.
“ Kenapa you tak bersedia lagi? Dah dua tahun you kenal I. apa yang tak kena lagi?” Bertubi-tubi soalan itu terlempar ke Aida.
Aida cuma mendiamkan diri. Soalan-soalan itu dibiarkan sepi. Dia tidak memberi jawapan yang munasabah. Yang pasti, dia belum bersedia untuk melangkah ke alam seterusnya. Dia masih belum puas untuk bergembira. Perkara terakhir dia akan buat ialah berkahwin. Hakkai tidak puas. Sebelum dia diberikan jawapan, dia akan bertanya sehingga jawapan itu diberikan. Setiap kali dia bertanya, Aida akan sering mengelak. Dia geram dan sakit hati. Namun dia terus bertanya. Dia tidak pernah jemu. Hatinya sudah jatuh cinta. Dia akan berusaha untuk mendapatkan hati gadis idamannya.
Akhirnya dia tahu apa yang megahalang gadis itu untuk berkahwin dengannya. Dia menjadi kecewa dengan sikap Aida. Dua tahun mereka bercinta, tidak cukup lagikah bukti cintanya kepada Aida.
“ Oh, sebab ni you tak nak kahwin dengan I?” duga Hakkai. Agak lama dia memerhati merpati sejoli itu bergurau senda.
Aida kelihatan tersentak. Pantas dia menjauhkan diri daripada lelaki itu. Dia mendekati Hakkai yang berwajah tegang itu.
“ Tak, I cuma kawan dengan dia. Dia bukan kekasih I,” ucap Aida.
Lelaki yang bersama Aida itu terkejut. Dia memandang tajam ke arah Aida.
“ Apa yang you kata, Aida? I bukan kekasih you. Baik you cakap dengan betul,” ucap lelaki itu pula.
“ I tak pernah cakap pun yang you ni kekasih I tau.” Mata Aida memandang Hakkai. Dia takut kehilangan Hakkai.
“ I….” Lelaki itu mendekati Aida dan mecengkam Aida. Dia mengheret Aida jauh daripada Hakkai.
“ Sudahlah, Aida. Kita putus jelah.” Hakkai berlalu pergi.
Hatinya sudah patah. Perempuan sepatutnya tidak boleh boleh diberi muka. Dia sudah tidak percaya wanita. Emaknya juga sama pergi meninggalkannya dan ayah setelah berjumpa dengan lelaki kaya. Dia sepetutnya mengambil pengajaran dari kisah emaknya.
No comments:
Post a Comment