Bab 22
“ ASSALAMUALAIKUM.” Yuri memberi salam. Beberapa kali tangannya menekan suis loceng di tepi pagar besar banglo itu. Villa Impian. Itulah nama banglo itu. tiba-tiba pintu pagar itu terbuka luas. Kelihatan seorang lelaki tua bergegas ke arahnya.
“ Ya, cik cari siapa?” soal lelaki tua itu.
“ Assalamualaikum, pak cik.” Dia memberi salam.
Lelaki tua itu terkedu sebentar sebelum menjawab salam yang diberi.
“ Saya datang ni nak berjumpa dengan Datin Zaleeda. Dia ada?” soal Yuri.
Lelaki tua itu berlari masuk ke dalam banglo meninggalkan dia keseorangan di luar. Sejurus kemudian, muncul seorang wanita anggun yang berusia bersama lelaki tua itu.
“ Cik nak apa?” soal wanita itu.
“ Saya nak jumpa Datin Zaleeda. Saya datang ni sebab nak tengok rumah ni. saya juruhias dalaman yang dihantar oleh Puan Fauziah dari syarikat…”
“ Saya faham. Silakan masuk,” pintas wanita itu.
Yuri mengekori wanita ini. Dia tergaman melihat seni hiasan dalaman yang berada di situ. Cukup mempersonakan.
“ Silakan duduk,” pelawa wanita itu. “ Saya Datin Zaleeda.”
“ Oh, apa khabar, datin? Saya Yukari Hanun, juruhias dalaman,” ucap yuri memperkenalkan dirinya.
Datin Zaleeda merenung tepat kepada gadis yang duduk di hadapannya. Hmm…mudanya, desis hatinya. Dia tidak percaya yang Puan Fauziah akan menghantar seorang yang muda. “ Berapa umur awak?”
“ 24 tahun,” jawabnya tenang.
“ Mudanya, awak.” Datin Zaleeda berasa tidak yakin.
“ Datin tentu saya ni macam tak ada pengalaman kan.” Dia seperti dapat membaca apa yang dalam fikiran Datin Zaleeda.
Datin Zaleeda tersenyum menutup malam. “ Awak belajar di mana?”
“ Lepas SPM, saya pergi ke Jepun. Saya adalah graduan dari Universiti Yokohama. Saya dah kerja kat sana selama 2 tahun dalam bidang ni,” terangnya.
Datin Zaleeda kelihatan terkejut apabila mendengar penerangan daripada Yuri. Dia tidak sangka gadis kecil molek di hadapannya amat berbakat.
“ 2 tahun awak bekerja kat sana?”
Yuri mengangguk.
“ Kenapa awak balik ke sini? Kenapa tak sambung kerja kat sana je? Saya rasa itu lebih baik,” ucap Datin Zaleeda.
“ Ada sebab tertentu,” ucap Yuri.
Datin Zaleeda mengangguk.
“ Hmm…Datin. Shall we start the work?” soal Yuri.
Sebenarnya, dia tidak mahu berlama di banglo ini. Banglo ini mengingatkan terhadap kenangan lama.
“ Okey, mari saya tunjukkan bilik bacaan suami saya,” ajak Datin Zaleeda.
Bilik bacaan yang ditunjukkan tidaklah seberapa mana. Bilik bacaan itu nampak kelam dan gelap. Yuri mengangguk. Idea untuk mengubah bilik itu telah ada di fikirannya. Tunggu masa untuk diluahkan sahaja. Kemudian dia menyuruh Datin Zaleeda menunjukkan bilik anak lelaki Datin Zaleeda. Bilik itu kelihatan berselerak pandangan matanya. Dia mengelengkan kepalanya. Bilik itu penuh dengan tampalan poster kereta. Tentu dia ni peminat kereta.
“ Anak datin ni, peminat kereta. Sebab itulah, bilik dia ni macam kilang kereta,” ujar Datin Zaleeda.
“ Baiklah. Saya dah ada idea. Saya akan lukis pelan,” ujar Yuri.
“ Yukari, awak dah kahwin?” soal Datin Zaleeda.
Yuri terkedu. Dia langsung tidak menduga pertanyaan itu terkeluar dari mulut Datin Zaleeda.
“ Sebenarnya….saya dah kahwin.” Yuri berterus terang.
“ Oh…dah kahwin rupanya,” omel Datin Zaleeda kepada dirinya sendiri.
Baru tadi, dia mengimpikan yang gadis di hadapannya akan menjadi bakal menantu. Dia benar-benar terpesona dengan kelembutan dan ketenangan gadis itu. tapi dia tidak terduga yang gadis itu telah berkahwin. Hancur harapannya. Dia berhajat untuk menjadikan gadis itu sebagai isteri kepada anak lelaki bongsunya itu.
“ Datin, saya balik dululah,” ucap Yuri meminta izin.
“ Eh, jemputlah minum dulu,” kata Datin Zaleeda.
“ Maaflah, datin. Saya sebenarnya kejar masa. Banyak kerja kat pejabat tu,” ucapnya pula.
“ Baiklah.” Datin Zaleeda mengangguk. “ Datanglah lagi, Yukari dialukan di sini.”
“ Datin, panggil saya, Yuri. Segan saya kalau orang panggil saya dengan nama penuh,” ujar Yuri.
Dia menghulurkan tangan untuk bersalam. Dia mencium lembut tangan Datin Zaleeda. Datin Zaleeda tersentuh. Dia sememangnya inginkan anak perempuan namun ketiga-tiga anaknya adalah lelaki. Namun dia tetap bersyukur dengan kurnian ALLAh.
Yuri masuk ke dalam kereta dan menyusuri jalan itu dengan perlahan. Dia tidak suka dengan keadaan tadi. Keadaan dimana dia berada di dalam rumah itu. berada dalam banglo itu mengingatkan dia tentang banglo yang pernah dihuninya 6 tahun yang lepas. Dia pulang ke tempat kerjanya. Dia tidak berniat langsung untuk keluar makan tengah hari. Perutnya langsung tidak berbunyi walaupun tadi cuma makan sedikit sahaja. Tiba-tiba telefonnya berbunyi.
“ Hello, auntie Yuri. Ini Hurinlah.” Kedengaran suara Hurin yang petah bercakap itu.
“ Oh, Hurin. Apa khabar?”
“ Sihat…Kenapa Hurin telefon auntie ni?”
“ Weekend ni auntie free tak?” pertanyaan Yuri dibalas pula dengan pertanyaan.
“ Kenapa?”
“ Hurin nak auntie datang rumah. Ada majlis hari jadi,” beritahu Hurin.
“ Biar auntie teka, birthday Hurin kan?”
“ Hmm….auntie datang ye. Jangan pulak tak datang. Hurin akan tunggu auntie, bye.” Dia mematikan talian.
Yuri senang hati menerima ajakan itu. tentu sekali dia akan menghadirkan diri ke majlis Hurin. Dia jatuh sayang kepada anak kecil itu. dia melangkah masuk ke pejabatnya. Suasana pejabat agak lenggang. Cuma kelihatan dua tiga sahaja staf yang berada di situ. Dia masuk ke biliknya. Yuri mengemas meja. Dia membentangkan kerja putih untuk melukis pelan. Dia memulakan kerja itu dengan senang hati.
No comments:
Post a Comment