Bab 27
HASIF keluar dari pejabat pengurus syarikat itu setelah ditemu duga. Dia amat berharap agar dirinya diterima. Bukan mudah hendak diterima masuk ke syarikat sebesar itu. Gergasi Holdings yang telah mempunyai banyak cabang perniagaan. Dari dalam dan juga luar negara. Syarikat itu gagah di mata perniagaan. Sewaktu dia keluar dari bilik pengurus, dia bertembung dengan seorang wanita yang ayu bertudung. Terpegun seketika tatkala dia memandang wajah wanita itu. ditambah dengan senyuman manis yang terukir di bibir mungkilnya.
Cantik!Hatinya mulai tertanya-tanya. Dia dapat merasakan yang dia akan berjumpa lagi dengan gadis itu. Dia berharap supaya diterima bekerja kerana dia tahu yang gadis itu bekerja di sini. Dia melangkah keluar dari bangunan Gergasi. Dia masuk ke dalam kereta. Tiba-tiba matanya terpaku pada kelibat seseorang yang melintas di hadapan keretanya. Sehinggalah kelibat itu menghilang kembali. Apa dia buat di sini?
Biarlah….Lalu dia menghidupkan kereta. Niat untuk membawa Hurin berjalan-jalan spontan terlintas di fikirannya. Tentu anak kecil itu suka dengan pelawaannya. Memang lama benar dia tidak keluar bersiar-siar dengan Hurin. Laju keretanya menyusur jalan raya menuju ke rumah Hurin. Nasib baik jalan lenggang. Dapatlah Hasif sampai sebelum makan tengah hari. Setelah setengah jam memandu, sampailah dia di rumah Hurin. Melompat-lompat Hurin dibuatnya. Dia amat gembira dengan kedatangan Hasif.
“ Kenapa lama uncle tak datang?” soal Hurin.
“ Sayang, uncle sibuklah. Sebagai balasannya, Hurin akan uncle bawa jalan-jalan, nak?” Hasif mempelawa.
“ Yes….uncle nak bawa Hurin jalan-jalan.” Hurin menyanyi kecil menyatakan kegembiraannya.
“ Kalau auntie Yuri ada, lagi best,” rungut Hurin tiba-tiba.
Hasif terkedu. “ Kenapa Hurin sukakan dia?” Terpacul soalan dari mulut Hasif.
“ Sebab auntie Yuri baiklah, Hurin suka. Dia kalau senyum lagi cantik,” puji Hurin.
Hasif tersenyum. Dia akui Yuri memang seorang gadis yang cantik tetapi kecantikkannya tidak terserlah kerana wajahnya dimasamkan. Tidak mahu tersenyum.namun dia faham dengan sikap Yuri. Kejadian itu telah meragut senyuman dan kegembiraan Yuri.
“ Mana mama Hurin?”
“ Dia tengah masak kat dapur,” ujar Hurin.
Hurin menyambung kembali permainan yang dimain tadi. Hasif pula melangkah ke dapur untuk menemui sepupunya. Puan Anisah sedang leka mengoreng ikan di atas dapur langsung tidak menyedari Hasif yang berada di belakangnya.
“ Kak Nisa,” panggil Hasif dengan nada perlahan. Takut dia untuk menyergah Puan Anisah kerana sepupunya itu sedang mengoreng ikan. Kalau nasib tak baik, minyak panas akan terkena di tangannya.
“ La…kau rupanya. Kak Nisa ingat hantu mana yang senang-senang masuk rumah Kak Nisa ni,” bebelnya perlahan.
“ Tak ada orang yang berani masuk rumah ni punya,” gurau Hasif.
“ Kenapa kau cakap macam tu?”
“ Sebabnya bodyguard kecil dah ada kat depan tu.” Dia ketawa kecil.
“ Nanti dengan bodyguard-bodyguard itu kena culik,” ucap Puan Anisah.
“ Kecil jangan disangka lemah, besar jangan disangka kuat,”seloroh Hasif.
“ Sudahlah. Hah, kenapa kau datang hari ni?”
“ Hari ni, Hasif ingat nak ajak Hurin jalan-jalan. Lama benar tak pergi bersiar dengan Hurin tu,” ucap Hasif.
“ Suka hati kaulah.Tapi dengan satu syarat, kau kena makan tengah hari kat sini,” ujar Puan Anisah.
“ Saya okey je. Lagipun sayan memang nak makan kat rumah Kak Nisa. Boleh makan free.” Hasif bergurau lagi.
“ Kau ni tak habis-habis dengan bergurau.” Dia menampar perlahan bahu Hasif.
“ Mama, bila boleh makan?” Muncul Hurin dengan wajah masam.
“ Anak mama nak lapar ye. Kalau macam tu, beri mama 15 minit. Hurin makan sekali dengan uncle Hasif ni,” ucap Puan Anisah.
“ Okeylah.” Dia berlalu ke ruang tamu.
“ Hasif, baik kau pergi layan Hurin tu. Dia kalau time makan, lambat sikit tak boleh. Nanti mengamuklah dia,” ujar Puan Anisah sambil tangannya leka menyediakan juadah untuk dibawa ke ruang makan.
Hasif pun berlalu pergi dari situ. Dilihat Hurin sedang membaca buku cerita. Dia mendekati Hurin yang sedang khusyuk itu.
“ Makanan dah siap ke? Hurin dah lapar ni,” rungut Hurin.
“ Sayang, nantilah. Mama Hurin tengah sediakan tu,” pujuk Hasif.
“ Hurin, Hasif. Marilah makan.” Kedengaran suara Puan Anisah memanggil dari meja makan.
Berlari Hurin ke meja makan. Hasif yang memandang hanya mampu menggeleng kepalanya. Tidak terduga tindakan anak kecil itu. ketika dia sampai di meja makan, Hurin sudah bersedia dengan pinggan yang penuh dengan nasi. Hasif mengukir senyumannya. Puan Anisah menggeleng kepalanya.
“ Sayang, makan perlahan sikit. Nanti tercekik, baru tahu,” tegur Puan Anisah.
“ Nanti kalau tercekik, uncle tak nak bawa jalan-jalan,” ugut Hasif.
Dengan serta-merta, Hurin makan dengan perlahan. Hasif tersenyum melihat telatah Hurin. Umpannya mengena. Tiba-tiba telefon rumah Puan Anisah berbunyi,belum sempat Puan Anisah bangun untuk mengangkatnya, Hurin sudah berada di meja telefon itu. Dia duduk kembali.
“ Hello, auntie Yuri. Lama auntie tak datang sini,” ujar Hurin.
Rupanya auntie Yurinya di talian. Dia benar-benar tahu. Masa-masa begini, tentu auntie Yuri akan menelefonnya untuk bertanya khabar.
“ Tak bolehlah, sayang. Auntie tengah banyak kerja sekarang,” pujuk Yuri.
“Tapi auntie kena janji, bila auntie tak ada kerja, auntie kena datang jumpa Hurin,” ujarnya.
“ Okeylah, sayang. Nanti auntie datang. Auntie kena pergi dulu. Bye.” Yuri mematikan talian.
Hurin meletakkan gagang telefon itu di tempat asalnya. Dia kembali ke meja makan dan menyambung kembali menyuapkan makanan ke mulutnya. Dilihat Hasif dan mamanya sudah menghabiskan makanan mereka.
“ Siapa tadi?” soal Hasif.
“ Auntie Yuri,” ucapnya tanpa memandang wajah Hasif. Dia meneruskan suapannya.
Hasif pelik. Sejak bila Yuri yang dingin itu menjadi seorang yang amat menyukai kanak-kanak. Gadis itu benar-benar seorang yang pelik.
No comments:
Post a Comment