Friday, September 24, 2010

sedingin kasih32


Bab  32

YURI  memang  lama  tidak  ketawa  begitu  tetapi  dengan  Hakkai, sampai  sakit  perutnya. Mereka  makan  di  restoran  yang  berdekatan  dengan  tempat  kerja  Yuri. Ketika  dengan  Hakkai, senyuman  di  bibirnya  tidak  pernah  hilang. Tidak jauh  dari  tempat  Yuri  dan  Hakkai, ada  sekumpulan  manusia  yang  sedang  merenung  ke  arah  mereka  berdua.
            “ Eh, tu  Yuri  kan. Siapa  lelaki  tu?” soal  salah  seorang  dari  kumpulan  itu.
            “ Husband  dialah  tu,” ujar  seseorang  pula.
            “ Sorry  sikit, aku  kenallah  dengan  husband  dia  tu. Tu  bukannya  husband  dia,” ujar  yang lain  pula.
            “ Kau  macam  tu, dia  tengah  main  kayu  tigalah.”
            “ Hei, kau  tak tahu  apa-apa. So,  jangan  tuduh dia  bukan-bukan. May  be  tu  kawan dia.” Ada  orang  yang  membela  Yuri.
            “ Bukti  dah  ada  depan mata.”
           


YURI  menyambung  kerjanya. Sejak  tadi, dia  dapat  merasakan  ketegangan  antaranya  dengan  staf-staf  yang  lain. Cuma  Masmira  yang menegurnya  seperti  biasa. Yang  lain  asyik  menjeling  tajam. Dia  teringat  kembali  kepada  Hakkai. Baru  dia  tahu  yang  lelaki  itu  seorang  yang  kelakar. Hampir  pecah  ketawanya  apabila  dia  teringat  telatah  Hakkai  yang  ingin  meminta  maaf  dengannya.
             Hakkai  bersusah  payah  mencari  untuk  mendapatkan  sekeping  gambar  mamanya. Kemudian  gambar  itu  dibesarkan  dan  di’frame’kan. Dia  menggatung  gambar  di  dinding  bilik  tidur  mereka. Sejak  peristiwa  itu, mereka  menjadi  semakin  rapat.
            Ketukan  pintu  bilik  menyentakkan  dari  lamunan. Masmira  masuk  dengan  memeluk  sebuah  fail. Dia  menunduk  situ.
            “ Kenapa  ni  Mira?”
            “ Ni  fail  yang  Cik  Yuri  mahukan  tadi.” Berketar-ketar  tangannya  menghulurkan  fail itu.
            Yuri  perasan  dengan  keadaan  itu. dia  mengambil  fail  itu  dan  membelek. “ Awak  ada apa-apa  ke  nak bagitahu  saya?”
            “ Ergh…cik  Yuri  dah  kahwin  kan?”
            Yuri  mengangguk. Pelik  dengan  pertanyaan  itu.
            “ Tadi kami  Cik  Yuri  dengan  seorang  lelaki. Siapa  lelaki  itu?”
            “ Saya  nak  tanya  awak  dulu  sebelum  saya  jawab  pertanyaan  dari  awak. Kenapa  awak  nak  tahu?”
            “Ergh…sebab…Kawan  saya  kat luar tu  nampak  juga. Diaorang  ingat  cik  Yuri  main  kayu  tiga,” terang  Masmira.
            “ Ooo…Macam  tu  rupanya. Kenapa  diaorang  cakap macam  tu?”
            “ Sebab  hari  tu, kawan  saya  ada  nampak  suami  Cik  Yuri. Dia  kenal  dengan  suami  cik  Yuri  tapi  dia  cakap  lelaki  tadi  bukan  suami  Cik  Yuri.”
            “ Dia  kenal  dengan  suami  saya? Siapa?”
            “ Dia  cakap  lelaki  yang datang  hari  tu  suami  Cik  Yuri.”
            “ Maaflah, saya  lupa  nak  kenalkan  lelaki  yang  hari  tu. Dia  sebenarnya  abang  saya  dan  lelaki  tadi  barulah  husband  saya,” ucapnya.
            “ Maafkan  saya  kerana  tuduh  Cik  Yuri  tadi,” ujar  Masmira. “ Cik  Yuri  nak  saya  beritahu  mereka?”
            “ Tak  payah. Biarkan. Kalau  mereka  nak  tahu, mereka  akan  tanya. Lagipun  saya  tak  suka hal-hal  macam  tu dibicarakan,” ujar  Yuri.
            Masa  kerja  hampir  tamat. Tinggal  lima  minit  lagi. Yuri  bersiap  untuk pulang. Tepat  pukul  5  petang, dia  keluar  dari  syarikat  itu. sedang  dia  berjalan  keluar, dia  ternampak  kelibat  seseorang  melintas  berdekatan  dengan  keretanya. Jantungnya  hampir  terhenti  melihat  kelibat  itu  melintas.
            Lama dia  berdiri  di  situ  tanpa  begerak. Matanya  tidak  lepas  daripada  memandang  kelibat  lelaki  yang  melintas  itu. lelaki  itu  langsung  tidak  perasan  akan  dirinya  yang  terpacak  di  situ. Kemudian lelaki  itu  menghilang  dari  pandangannya.  Barulah  dia  menarik  nafas  lega.
            Dia  melangkah  masuk  ke  kereta. Namun  hatinya  tertanya-tanya  dengan  kehadiran  lelaki  itu  di  syarikat  di  mana  dia  bekerja. Dia  berharap  identitinya  tidak  terbongkar.
            

No comments:

Post a Comment