Bab 12
SELEPAS bersembahyang Isyak, Yuri terus melelapkan matanya. Liya masuk ke dalam bilik Yuri. Dia pasti Yuri masih marah padanya. Rambut Yuri dibelai. Rambut itu amat panjang mencecah pinggang. Dia tersenyum sendirian. Tingkap yang terbuka menyebabkan angin malam menyapa lembut langsir yang tergantung. Tabiat Yuri, dia akan tidur dengan membuka tingkap. Mungkin dia sudah terbiasa dengan gaya kehidupan orang Jepun. Maklumlah, sudah dekat 6 tahun Yuri tinggal di sana. Dia menarik album gambar. Dia membelek. Setiap kali dia menatap gambar yang sama, setiap kali itulah, dia akan tersenyum. Gambar di mana Yuri tersenyum, ketawa dan bergembira riang bersama teman-teman.
SELEPAS tamat peperiksaan akhir tahun pada tingkatan empat, Yuri, Liya dan kawan sekelasnya bercadang untuk bercuti di Pulau Tioman. Mereka semua benar-benar teruja dengan percutian kali ini. Ayah Liya yang menjadi penaja. Insan yang paling gembira ialah Yuri. Dia yang merancang segala-galanya apabila sampai di sana.
Walaupun sibuk dengan latihan tari-menari, Yuri bersemangat untuk bercuti ke Pulau Tioman. Dia sudah lama mengidamkan percutian bersama kawan-kawannya. Dia mahu mengajak abang kesayangan namun tidak dapat. Abangnya pada ketika itu berada dalam matrikulasi di Penang.
Sampai di Pulau Tioman, mereka menginap di satu resort di sana. Pemandangan di tepi pantai dapat dilihat jelas di tingkap bilik masing-masing. sebenarnya pemilik resort itu merupakan bapa saudara Liya. Waktu petang pada hari mereka sampai, Yurilah orang pertama yang pergi berlari di tepi pantai. Dia bersama Zed. Dengan selamba mereka mandi di pantai itu. akibat peristiwa itu, mereka digelar belangkas poyo. Sikap mereka berdua memang gila-gila. Suka mencuba sesuatu yang mencabar.
Dalam dua minggu menginap di sana, sempat pula Yuri mengadakan persembahan pada malam kemuncak tahunan yang diadakan di situ. Persembahan tarian mereka mendapat sambutan hangat daripada penginap-penginap di resort. Sebahagian daripada rakan kelas mereka adalah anggota kelab yang ditubuhkan oleh Yuri. Liya masih ingat bagaimana Yuri mahu menubuhkan kelab tersebut. Ramai guru ynag menentang. Yuri sendiri perhi berjumpa dengan Pengetua untuk meminta kebenarannya. Memang kelam kabut pada masa itu. akhirnya kelab itu Berjaya ditubuhkan. Ia telah diberi nama LOMANIA. Bermaksud kebebasan sepanjang masa.
“ BEST gila duduk sini,kan Zed,” ujar Yuri selepas penat bermain bola tampar pantai.
“ Aku rasa kan, kau ni nak duduk sini ye,” ujar Zed
“ Eh, kalau boleh. Kalaukah, mereka bina sekolah, aku akan sekolah kat sini,” ucap Yuri dengan senyuman di bibirnya.
“ Kau nak sekolah kat sini? Suruhlah bapak kau yang bina.” Zed ketawa dengan kuat sekali.
“ Kau ketawakan aku ye. Nah!” segumpul pasir pantai diletakkan di atas kepala Zed. Kali ini, dia yang ketawa sambil berlari dari Zed.
Zed cuba mengejar namun tidak Berjaya. Lariannya tidak standing dengan larian Yuri. Yuri adalah atlet sekolah. Liya yang ketika itu tersenyum melihat telatah mereka berdua. Pada masa itu, dia belum berkawan rapat dengan Yuri. Namun bagaimanapun, dia amat mengagumi Yuri kerana Yuri tidak pernah menunjukkan wajah yang muram ketika bersama. Sentiasa tersenyum riang dan penuh dengan lawak jenaka. Tidak seronok jika dia tiada bersama mereka.
“ Hey, guys! Sini kejap,” panggil Yuri pada kawan-kawannya yang berada di sekitar itu. mereka pun berkumpul.
“ Malam ini, kita buat bbq kat sini. Sambil tu, kita boleh main unggun api dan menyanyi. Set?” Yuri meminta persetujuan dari kawan-kawannya yang lain.
“Set!”
YURI tersedar dari tidur. Matanya sedikit kabur. Dia mengesat matanya. Dia melihat Liya berada di sebelahnya dengan album gambar di dadanya. Yuri pantas menyimpan gambar itu. dia tidak kuat untuk melihat kenangan silam. Lalu Liya yang sedang nyenyak tidur.
“ Liya, bangunlah.” Dia menampar perlahan muka Liya.
Liya yang tersedar pantas memeluk Yuri. Yuri tergaman dengan kelakuan Liya seketika. Kemudian Yuri mendengar Liya menangis.
“ Sorry. Please forgive me,”tangis Liya.
“ Okey but promise me one thing. Don’t tell anyone again. Kalau tak,our friendship will over,” ugut Yuri.
Mendengar itu, Liya tersenyum. Hati Yuri tidak sekeras mana. Dia akan pastikan yang mulutnya akan tertutup rapat. Agar janji yang dia dan Yuri janjikan tidak akan sesekali pecah.
“ Sudahlah aku nak sembahyang pulak. Dah nak habis waktu ni.” Yuri bergegas ke bilik air. Liya pula turun dari katil dan ke kamar tidurnya untuk menunaikan solat.
“ KAU nak makan ke? Kalau nak, aku ada beli nasi lemak. Pergilah makan,” ujar Yuri apabila meliaht Liya turun dari tangga.
Yuri sedang meneliti surat khabar yang dibeli pagi tadi. Kini dia sudah mencari kerja yang sesuai dengan kepakarannya sekarang. Dia sudah tahu selok-belok bekerja dengan orang Malaysia. Situasi bekerja di jepun dahulu tidak sama dengan Malaysia. Di Malaysia, tekanan kerjanya lebih banyak berbanding di jepun.
“ Nah, Yuri. Minumlah.” Liya datang membawa dua biji mug yang berisi air.
“ Letak atas meja dulu. Nanti aku minum,” ujar Yuri.
Liya melihat Yuri begitu leka dengan surat khabar yang dibelinya. Entah apa yang menarik sangat. Namun selepas dia melihat bahagian apa yang dibaca Yuri, dia mula faham. Yuri mula mencari kerja yang bersesuaian dengan ijazah yang dimilikinya.
“ Dah jumpa?” soal Liya.
“ Belum lagi.” Yuri faham dengan pertanyaan dari Liya.
Keadaan mula sepi semula. Liya masuk ke dalam bilik kemudian keluar dengan membawa beberapa buku anak muridnya. Dia mahu menyemak buku-buku itu. pelajar-pelajarnya pintar –pintar belaka. Dia senang mengajak mereka terutama sekali Maisarah. Maisarah menyerlahkan bakatnya apabila Liya mula mengajar mereka. teringat pula, apabila Yuri datang membuat persembahan ballet. Rata-rata pelajar itu memuji kecantikan yang ada pada Yuri. Ada juga yang menyuruhnya membawa Yuri untuk kali yang kedua. Mereka mahu bergambar dengan Yuri dengan berpakaian ballet. Namun dia tidak janjikan apa-apa kerana dia melihat Yuri sering kali sibuk dengan kerjanya. Dia akan cuba membawa Yuri bersama nanti.
“ Sekali lagi aku minta maaf,” ujar Liya perlahan.
Mata Yuri masih tertumpu pada surat khabar itu. “ Kita cuma insan biasa. Tiada apa-apa kelebihan. Tak lari dari buat kesilapan. Lagipun benda dah jadi. Nak marah pun, tak akan ubah apa-apa. Kalau marah pun, ia akan memburukkan lagi keadaan. Lebih baik memaafkan saja. Nabi pun buat macam tu.” Liya tersenyum mendengar itu. dahulu, Yuri tidak begitu. Dia tidak suka berbicara tentang agama. Dia mengucap syukur kepada ALLAH.
No comments:
Post a Comment