Friday, September 24, 2010

sedingin kasih21

Bab  21

DENGAN  penuh  yakin, dia  melangkah  masuk  ke  pajabat  barunya. Puan  Fauziah  telah  menunggunya. Dia  tersenyum. Yuri  kaku  untuk  tersenyum.
            “ Mari  Yuri. Saya  nak  kenalkan  semua  staf-staf  yang  ada  kat  sini  pada  Yuri,” ujar  Puan  Fauziah  menarik  tangan  Yuri.
            “ Ini  Sherry, setiausaha  saya. Ini  Boboy, Malin, Halimah, Masmira, Saiful, Didie, Nik  Mus  dan  Marsha.” Puan  Fauziah  memperkenalkan  satu  persatu  stafnya.
            “ Saya  Yukari  Hanun. Panggil  Yuri,” ucapnya  memperkenalkan  dirinya.
            “ Marilah  saya  tunjukkan  bilik  Yuri.” Yuri  mengekori  langkah  Puan  Fauziah. Satu  bilik  yang  sederhana  besar  cukup  memadai   untuk  Yuri. Dia  tidak  menyukai  bilik  yang  begitu  besar.
            “ Puan  tak  kisah  kan  kalau  saya  ubah  imej  bilik  ni?” soalnya.
            “ Ni  kan  bilik  Yuri. Nak  buat  macam mana  pun,saya  tak  kisah,” jawab  Puan  Fauziah.
            Puan  Fauziah  keluar  dari  biliknya. Yuri  duduk  di  kerusi  yang disediakan. Dia  memikirkan  apa  yang  perlu  diubah. Almari  ini  perlu  diubah  ke sudut  kiri. Baru  nampak  luas  sikit  bilik  ini. Dia  pun  memulakan  kerja  mengalih  almari  itu  ke  sudut  kiri  biliknya. Dia  mahu  biliknya  tidak  nampak  begitu  sempat. Esok  dia  akan  mencari  lukisan-lukisan  yang  boleh  menceriakan  biliknya  itu.
            “ Cik  Yuri, Puan  nak  jumpa  di  biliknya  sekarang,” ujar  Sherry  di  talian  telefon.
            “ Terima  kasih.” Dia  bangun  dan  bergerak  keluar  menuju  ke  bilik  Puan  Fauziah.    
            “ Masuk.” Kedengaran  suara  Puan  Fauziah  memberikan  arahan. Yuri  masuk  dan  duduk  di  hadapan  Puan  Fauziah.
            “ Macam  mana?” soal  Puan  Fauziah.
            “ Okey. Biasa  aje,” ucap  Yuri.
            “ Hmmm… baguslah. Saya   dah  ada  tugasan  nak  diberikan  untuk  awak.” Puan  Fauziah  tersenyum. Yuri  mendengar  dengan  teliti.
            “ Ini  adalah  rumah  Datin  Zaleeda, isteri  Datuk  Najib. Tentu  awak  kenal  kan.” Puan  Fauziah  menghulurkan  beberapa  keping  gambar.
            Terbayang  di  mata  Yuri, wajah  Datin  Zaleeda  yang  biasa  keluar  di  televisyen  bersama  anak-anak  yang  tampan.
            “ Dia  nak  saya  design  semula  bilik  anak lelaki  dia  yang  akan  balik  dari  UK  dan  bilik  bacaan  suaminya  supaya tampak  cantik. Awak  tentu  faham, kan?” soal  Puan  Fauziah  setelah  dia  memberi  penerangan. Yuri  mengangguk  perlahan.
            “ Dia  serahkan  bajet  wang  sebanyak  lima  puluh  ribu  untuk  ubah  semula. Awak  rasa  macam  mana, cukup? Dia  cakap  kalau  tak  cukup, beritahu  dia,” ujar  Puan  Fauziah.
            “ Baiklah, Puan  Fauziah, saya  akan  cuba  tengok  gambar  site  ni  tapi  saya  lebih  tengok  site  yang  sebenarnya,” ucap  Yuri. Tangannya  bermain  dengan  gambar-gambar  itu.
            “ Baiklah, saya  benarkan. Saya  rasa  cukup  sahaja  perbincangan  kita  untuk  kali  ni,” ucap  Puan  Fauziah. “ Awak  tak  lunch  ke  nanti?”
            “ Entahlah  tapi  saya  rasa  saya  tak  keluar  agaknya,” ucap  Yuri.
            “ Okeylah, saya  keluar  dulu,” ujar  Puan  Fauziah.
            Yuri  melangkah  ke  biliknya. Dia  menghempas  punggung  di  kerusi  di  hadapan  meja. Sampul  yang  mengandungi  gambar-gambar  di letakkan  di  atas  meja. Kedengaran  ring  tone  lagu  A shi te  iru  berkumandang. Dia  menjawab  panggilan  itu. “ Hello.”
            “ Hello, my  princess.”
            “ Oh, it’s  you, Aika.”
            “ Have  lunch  with  me, princess?”
            “ Hmm…wait  me  at…”
            “ You  wait  for  me. I  will  pick  you.” Pantas  Syaqie  memintas  kata-kata  daripadanya.
            “ Okey ,see  you.” Dia  mematikan  telefon.
            “ Eh, cik  Yuri, you  tak  pergi  lunch  ke?” tanya  Malin.
            “ Nak  pergilah  ni,” jawabnya. Dia  bergerak  turun  ke  lobi. Staf-staf  yang  lain  turun  mengekorinya  dari  belakang. Kebetulan  Syaqie  telah  berada  di  situ. Segera  dia  mendapatkan  abangnya. Dia  melihat  banyak  mata  yang  mengerling  ke  arahnya. Ah…biarlah  orang nak  kata  apa  pun, desis  hatinya. Syaqie  tersenyum  manis  melihat  telatah  adiknya  itu. Entah  apa  yang  adiknya  fikirkan. Dia  bergerak  setelah  ditegur  oleh  adiknya.
            “ Aika, kita  nak  makan  kat  mana  ni?” soal  Yuri  setelah  kereta  Syaqie  bergerak.
            “ Kita  makan  dekat-dekat  sini  ajelah  sebab  Aika  takut  tak  sempat. Nanti  Aika  ada  kerja,” ucap  Syaqie.
            Yuri  cuma  mengangguk. Dia  mengekori  langkah  Syaqie  ke  restoran. Dia  memesan  nasi  bersama tom  yam. Syaqie  pula  memesan  nasi  dagang. Suasana  antara  mereka  berdua  agak  sunyi.
            “ Macam  mana  dengan  kerja, princess? Okey  tak?” Syaqie  memulakan  perbicaraan.
            “ Yes, it’s  fine. I  will enjoy  my  work,” ujar  Yuri.
            “ Baguslah. Taklah  Aika  risau  dengan  princess,” ucap  Syaqie.
            “ Risau? I  don’t  want  you to  worry  about  me. I’m  a  big  girl  now. I  can  take care  of  myself,” ucap  Yuri.
            Syaqie  tersenyum  mendengar  kata-kata  Yuri. Walaupun  dia  tahu  Yuri  boleh  menjaga  dirinya  sendiri  namun  dia  tetap  risaukan  adiknya. Jiwa  adiknya  masih  lagi  terseksa  ditambah  lagi  dengan  kejadian  yang  baru-baru  terjadi  itu.
            “ Eh, Aika. Dah  dekat  pukul  2  ni. jomlah  kita  pergi. Nanti  lambat  pulak,” ucap  Yuri  sambil  memandang  jamnya.
            Selesai  membayar, Syaqie  dan  Yuri  keluar  dari  restoran  itu. Mereka  bergegas  ke  tempat  kerja  masing-masing.
            “ Okey, Aika. See  you,”ucap  Yuri.
            Syaqie  bergerak  dengan  keretanya. Yuri  melangkah  masuk  ke  pejabatnya  semula. Halimah  berbisik  kepada  Masmira  tatkala  kelibatnya  masuk. Entah  apa  yang  dibisikkan, dia  sendiri  tidak  tahu  dan  yang  pasti  dia  tidak  ingin  tahu.
            “ Cik  Yuri,” panggil  Masmira. “ Boleh  saya  tanya  sikit?”
            Kerlipan  mata  Yuri  membenarkan.
            “ Cik  Yuri  dah  kahwin?”
            Yuri  mengangguk.
            “ Oh, patutlah. Tadi  cik  Yuri  keluar  lunch  dengan  husband cik  Yuri ye? Hensem  gila,” puji  Masmira.
            Yuri  terkedu. Jadi, mereka  menganggapnya  dengan  Syaqie  sebagai  pasangan  suami  isteri. Tapi, biarlah.

No comments:

Post a Comment