Bab 6
YURI dan Liya telah berkemas untuk balik ke Kuala Lumpur setelah 5 hari berada di situ. Puan Zanariah menyuruh mereka tinggal untuk sehari lagi tetapi Yuri mengatakan yang cutinya akan tamat esok. Esok dia mula bekerja. Sebenarnya itu adalah alas an. Dia ada cuti selama dua hari lagi. Dia tidak betah berada di rumah orang lama-lama. Tambah lagi dengan berita yang baru diterimanya.
Liya pula ingin menemani Yuri. Dia takut Yuri akan buat yang bukan-bukan. Namun dia pasti yang Yuri tidak berfikiran pendek seperti itu. Dia tidak mahu mengambil sebarang risiko. Biarlah dia berada di samping Yuri. Yuri kembali seperti biasa. Dengan riak wajah yang dingin dan tenang itu. Tidak ada apa-apa yang berubah seperti dia tidak menangis pada hari itu.
Setelah bersalam-salaman dengan tuan rumah, Yuri dan Liya bertolak balik ke Kuala Lumpur. Suasana sunyi dan sepi itu dapat dirasa oleh Liya walaupun ditemani dengan radio yang berbunyi. Liya tidak tahu apa topic yang mahu dibualkan dengan Yuri. Akhirnya suasana ini berlanjutan sehingga mereka sampai di rumah tepat pukul 8 malam.
Yuri kembali ke rutin hariannya. Pergi ke pejabat. Bekerja. Apabila dia kembali pada waktu tengah hari selepas menikmati makan tengah hari, dia ternampak sekelompok staf sedang berbual-bual. Entah gosip apa yang dibicarakannya. Malas dia mengambil tahu. Yuri menyambung semula kerja menaip di komputernya. Pantas jari-jemarinya memainkan peranan. Kerja itu perlu disiapkan pada hari ini juga. Jika tidak, ia akan bertambah. Sebab itulah, dia tidak suka menangguhkan kerjanya.
“ Yuri,” panggil seseorang.
“ Ya,” jawabnya tanpa melihat siapa punya suara itu.
“ Encik Saiful dah balik,” beritahu Linda.
“ Encik Saiful?”
“ Ya, Encik Saiful. Dia anak Tuan Ahmad,” ucapnya lagi.
“ Terima kasih kerana beritahu.”
Yuri tidak tahu yang Tuan Ahmad mempunyai anak lelaki. Jika ada pun, untuk apa dia perlu tahu. Itu tentu gossip yang dibualkan sebentar tadi. Setengah jam kemudian, dia ke pantry untuk meneguk segelas air. Dalam perjalanan balik ke mejanya,dia telah terlanggar seseorang. Perlahan-lahan dia mendongakkan kepalanya. Dia meminta maaf. Raut wajah lelaki yang dilanggarnya tadi bengis.
“ Kau buta ke? Tak nampak aku kat depan ni. Mata itu letak kat belakang agaknya,” sindirnya. “ Kau tahu aku siapa. Aku ni Hakkai. Saiful Hakkai. Anak kepada Tuan Ahmad. Kau kena panggil aku encik Hakkai, faham,” sambung Hakkai lagi. “ Kau masuk ke bilik aku pukul 4 nanti, faham.”
Berita Yuri dimarahi Hakkai tersebar luas. Baru seketika tadi, dia dimarahi tetapi khabarnya telah luas diperkatakan. Yuri menarik nafas. Dia malas melayan staf-staf yang lain. Biarlah apa yang mereka fikirkan.
“ Lin, you tahu mana bilik encik Saiful tu?” soal Yuri.
“ You jalan terus, lepas tu belok kiri. Pejabat dia di sebelah kiri. Kenapa nak tahu?” soal Linda pula.
“ Dia yang suruh I pergi,” ucap Yuri.
Perlahan-lahan langkah yang diatur oleh Yuri. Entah apa yang menunggunya di dalam itu. Sampai di bilik Saiful, dia mengetuk pintu biik itu. Mendengar arahan masuk dari dalam, dia pun masuk. Yuri berdiri menghadap Saiful yang sedang tekun meneliti kertas kerja di tangannya. Tenang sahaja wajah Yuri. Pantas Saiful mendongakkan kepalanya memandang Yuri. Bertudung tetapi belum tentu dia mempunyai hati yang bersih, desis hati Saiful.
“ Mulai esok, kau tak boleh keluar lunch. Aku nak kau sediakan kopi tepat pukul 12 tengah hari. Lambat seminit, aku pecat kau,” arah Saiful. Dia ingin melihat reaksi wajah Yuri namun gadis itu tetap tenang. Biasanya dia pernah buat macam ini juga kepada perempuan yang bertudung yang bekerja di syarikat ayahnya ini. Kali pertama gadis-gadis dijerkah sebegitu, wajah mereka penuh ketakutan. Sebab itulah bilangan pekerja wanita di syarikat ayahnya boleh dibilang dengan jari sahaja. Namun gadis di hadapannya ini sedikit pun tidak berubah reaksinya.
“ Satu lagi, nah kau pergi taip semula kertas kerja ni. Banyak kesalahan ejaan yang aku nampak. Kau ni tak pandai mengeja agaknya.” Dia mahu menyakitkan hati gadis tenang itu.
“ Baiklah, Encik Hakkai. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu,” ujar Yuri meminta diri. Yuri sendiri tidak mahu berlama berada di dalam bilik itu.
“ Aku nak kertas itu siap esok pagi,” ucap Saiful lagi.
Yuri bergegas ke tempatnya. Maknanya dia akan balik lewatlah. Sudah pukul 4 setengah petang. Dia kembali ke mejanya. Dia meneliti kerja itu. Ini hasil kerja Husna sebenarnya. Dia mengeluh. Dia menyambung kembali kerjanya yang tergendala tadi. Dia mahu segera siapkan kerjanya dan menaip dokumen yang disuruh oleh Saiful.
Sedar tak sedar hampir pukul 6 petang. Dia masih berada di pejabat. Pejabat itu sudah lama lenggang. Sudah ramai staf yang telah pulang. Dokumen yang sedang ditaip hampir siap. Yuri mempercepatkan tarian jarinya di atas papan kekunci itu. Dia tidak sembahyang asar lagi. Dia mahu pukul 6 setengah petang, dia akan siap menaip dokumen itu.
“ Dah siap,” ucapnya setelah dokumen itu siap ditaipnya.
Yuri bergegas ke surau syarikat itu. Dia menunaikan solat asar sebelum terlewat. Dia melangkah keluar dari pejabat itu. Yuri terus berjalan ke tempat dia meletakkan keretanya. Namun dia dapat merasakan seperti ada orang yang sedang mengekorinaya. Sesekali dia menoleh ke belakang tetapi tiada sesiapa di belakangnya. Dia berasa curiga. Dipercepatkan lagi langkahnya.
Sampai di keretanya, dia terlihat dua orang lelaki sedang menganggu seoranh wanita. Dia mengambil sebatang kayu dan mara ke arah lelaki-lelaki itu. Wanita itu berundur sedikit demi sedikit. Yuri memukul kepala salah seorang lelaki itu. Rakan lelaki itu berpaling. Wanita tadi memainkan peranannya. Dihadiahkan tumbukan tepat ke muka lelaki itu.
“ Kenapa kau ada kat sini?” soal Yuri menyedari yang wanita itu adalah Liya.
“ Nak tengok kaulah. Kenapa kau balik lewat sangat?” Pertanyaan dibalas pertanyaan.
Salah seorang dari lelaki tadi bangun meluru ke arah Yuri. Yuri berpaling lalu memberikan tumbukan tepat di atas hidung lelaki itu.
“ Baik kau pergi. Kalau tak lebam badan kau nanti,” jerkah Yuri.
Selepas lelaki-lelaki itu lari, mereka berdua bergegas meninggalkan tempat itu.
SAIFUL tidak tahu mengapa dia mengekori gadis itu. Apa namanya ye? Ya, Yukari Hanun. Setelah diteliti profil gadis yang berumur 23 tahun itu, gadis itu cuma mempunyai sijil SPM sahaja. Dari petang tadi, dia memerhati gadis itu. Gadis itu tekun dengan kerja. Langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Sengaja dia mahu menguji gadis itu. Mahu melihat kerja gadis itu.
Apabila gadis itu berkemas dan pulang, dia mengikut dari belakang. Dia ternampak sesekali gadis itu berpaling, pantas dia menyembunyikan dirinya di sebalik dinding. Namun dia berasa pelik. Gadis itu bekerja sebagai kerani tetapi memiliki kereta yang agak mahal. Gadis itu mempunyai wang yang banyak. Caranya dengan mengikis harta lelaki kaya ataupun menjual badannnya, tuduh Saiful. Lamunanya terhenti apabila ayahnya duduk di sebelahnya.
“ Kenapa ayah ambil perempuan itu bekerja dengan kita? Kan dah ramai pekerja perempuan.” Saiful bertanya pada ayahnya.
“ Dia nak kerja. Nak hidup. Lagipun dia budak baik. Tak ada buang masa macam orang lain. Dia rajin dan teliti. Ayah tengok semua itu.” Tuan Ahmad tahu gadis mana yang dimaksudkan Saiful.
“ Tapi, ayah…”
“ Kai, dia budak miskin tak punya harta. Kita tolong dia. Ayah kesian dengan dia.” Tuan Ahmad memintas.
“ Ayah cakap dia miskin? Dia ada kereta mahal, ayah. Miskin apa tu?” Saiful tidak mahu mengalah.
“ Itu kereta kawan dia. Kawan dia ada di luar Negara sekarang ni. Dia yang jaga kereta itu,” terang Tuan Ahmad.
“ Macam mana ayah tahu?” soal Saiful.
“ Ayah sendiri yang Tanya dia,” balas Tuan Ahmad.
Tuan Ahmad menarik nafas. Dia tahu anaknya itu takut kejadian hari itu berulang lagi. Sebab itulah sikap anaknya begini.
“ Dalam hidup ni, Ful, kita tak boleh begitu prejudis dengan sesuatu perkara yang belum tentu pasti. Cari dulu kebenarannya. Barulah kita boleh menilainya,” hujah Tuan Ahmad.
No comments:
Post a Comment