Friday, September 24, 2010

sedingin kasih5

Bab  5

PAGI  raya  yang  cukup  indah. Mungkin  buat  orang  lain  tetapi  buat  Yuri  ianya  sama  seperti  hari  biasa. Setelah  bersalam-salaman, mereka  pergi  ke  kubur  arwah  Tok  Wan  Liya. Selepas  itu, masing-masing  beralih  ke  jalan  masing- masing. Anak  saudara  Liya  yang  lain  telah  keluar  untuk  mengutip  duit  raya  dari  jiran  tetangga. Ini  telah  menjadi  tradisi  kepada  anak  saudara  Liya  selepas  mereka  mendapatkan  duit  raya  daripada  ahli  keluarga  mereka.
            Yuri  berjalan  di  sawah-sawah. Sebenarnya  dia  memikirkan  idea  untuk  lagu  yang  ingin  digubahnya. Dia  lebih  suka  berseorangan  daripada  diteman. Memandang  sawah  di  sini  membuatkan  dia  teringat  akan  pusara  mamanya  yang  telah  lama  tidak  diziarahi.
            “ Awak fikirkan  apa?” tegur  seseorang. Rupanya  Hasif. Dia  sudah  lama  memerhatikan  Yuri  di  situ.
            “ Awak  nak  apa?” Pertanyaan  berbalas  pertanyaan.
            “ Saya? Saya  saja  nak  datang  sini,” jawab  Hasif.
            “ Awak  tentu  suka  dapat  beraya  dengan  mak  dan  ayah  awak  kan?” soal  Yuri  perlahan.
            Hasif  terpana. Belum  pernah  dia  dengar  suara  Yuri  sebegitu  lembut. Selama  ini, suara  itu  dingin  dan  kasar. “ Ya, nikmat  ALLAh.”
            “ Tapi, saya  dah  tak  dapat  nikmat  macam  tu. Saya  dah  kehilangan  diaorang,” ucap  Yuri.
            Tiupan  angin  yang  kuat  menyebabkan  Yuri  tersedar. Dia  seperti  hilang  dirinya  tadi. “ Apa  yang  dah  saya  cakap?”
            “ Awak  cakap  ibu  bapa  awak  dah  meninggalkan?”
            “ Maaflah. Saya  dah  merepak. Jangan  percaya  cakap  saya  yang  mengarut  tadi.” Suaranya  kembali  menjadi  dingin.
            Hasif  tidak  mengerti  apa  yang  berlaku  sekarang. Baru  sebentar  yadi, suara  Yuri  kedengaran  lembut  tetapi  kini  suaranya  kembali  normal. Apa  yang  dah  berlaku  ni? Apa  yang  dimaksudkan  dengan  cakap  dia  yang  mengarut. Dahi  Hasif  berkerut.
            “ Maafkan  saya. Pergi  dulu.” Yuri  berlalu  pergi.


MALAM  itu, mereka  berkumpul  beramai-ramai. Anak  saudara  dan  adik-adik  Liya  sedang  seronok  mengira  duit  raya  yang  mereka  dapat. Yuri  dan  yang  lain  bertumpu  pada  berita  di  televisyen. Sebenarnya, fikiran  Yuri  melayang  ke  tempat  lain.
            “ Kita  di  jamuan  hari  raya  di  Hotel  Palace. Jamuan  ini  telah  dianjurkan  oleh  CIk  Yukihara  Huda  dan  ayahnya, Dato’ Rashidi,” ucap  wartawan  itu.
            Mata  Yuri  tiba-tiba  tertumpu  kepada  televisyen. Syaqie  merenung  Yuri. Liya  juga. Mereka  tahu  apa  yang  berada  di  dalam  fikiran  Yuri. Mereka  mahu  melihat  reaksi  pada  wajah  Yuri  tetapi  wajah  Yuri  tetap  kelihatan  tenang. Yuri  tetap  merenung  wajah  Yuki  yang  tersenyum.
            “ Saya  gembira  dapat  menganjurkan  jamuan  seperti  ni. Kesian  saya  tengok  anak-anak  yatim  ni  beraya  tanpa  ibu  dan  bapa  mereka  membuatkan  saya  berasa  sedih. Saya  harap  saya  akan  berpeluang  lagi,” ucap  Yukihara  Huda.
            Akhirnya  berita  beralih. Yuri  bangun. “ Saya  minta  diri  dulu.”
            Syaqie  juga  meminta  diri. Begitu  juga  dengan  Liya. Mereka  berdua  mengikut  langkah  Yuri. Yuri  sudah  berada  di  luar  rumah. Dia  sendiri  tidak  pasti  apa  perasaannya  sekarang. Cuma  dia  tidak mahu  mendengar  berita  tadi. Dia  tidak  mahu  mendengar  berita  tentang  mereka  berdua. Dia  berasa  jengkel  dengan  kenyataan  Yuki  tentang  keadaan  anak-anak  yatim. Yuki  tidak  sedar  yang  dia  juga  telah  membuatkan  seseorang  rindukan  seorang  ayah.
            “ Kesian  dengan  budak  tu  ye. Dia  tak  sedar  yang  dia  dah  buat,” bisik  Yuri  sendirian.
            “ Princess, are  you  okey?” soal  Syaqie.
            Yuri  tidak  menjawab. Malas  rasanya  dia membalas  pertanyaan  dari  abangnya  itu. Dia  bosan  pertanyaan  itu  diulang  selalu  kepadanya.
            “ Aika  tunggu  ni.” Syaqie  menghadap  Yuri.
            “ Apa  yang  Aika  rasa  sekarang?”
            “ Aika  rasa  gembira.”
            “ Gembira?”
            “ Hmmm….Gembira  sebab  boleh  beraya  dengan  adik  Aika  sekarang.”
            “ Sudahlah, Aika.”


“ AWAK  ingat  tak  saya  ni?” Hasif  sedang  duduk  di  beranda  rumah  bersama  Yuri.
            “ Tentulah. Awak  lelaki  yang  saya  jumpa  subuh  hari  tu,” ujar  Yuri.
            “ Bukan. Sebelum  tu, awak  ingat  tak  yang  awak  pernah  jumpa  saya?” Hasif  pasti  inilah  gadis  yang  ditemui  di  pasaraya  hari  itu.
            “ Ya, saya  pernah  jumpa  awak  kat  market  dulu.” Yuri  memejam  matanya.
            Melihat  Yuri  seakan  tidak  mahu  berbual  dengannya, dia  mengambil  biskut  yang  berada  di  atas  meja. Yuri  membuka  matanya  lalu  mengambil  surat  khabar  hari  ini  di  atas  meja. Helaian  surat  khabar  itu  diteliti. Tiba-tiba  anak  matanya  tertumpu  pada  isi  dalamnya. Ada  sesuatu  yang  menarik  perhatiannya.
            ‘ Anak  Tunggul  Dato’ Rashidi. Yukihara  Huda  bijak  menguruskan  Syarikat  ayahnya.’
            Dia  menjadi  sebak  dengan  tiba-tiba. Dia  memejamkan  matanya  dan  menutup  kembali  surat  khabar  itu  dengan  perlahan. Syaqie  dan  Liya  yang  baru  keluar  dari  rumah  tersedak. Mereka  berpandangan  antara  satu  sama  lain. Sebenarnya  syaqie  yang  membeli  surat  khabar  itu. Dia  juga  ada  terbaca  tentang  berita  itu. Dia  terlupa  untuk  sembunyikan  surat  khabar  itu. ‘ tentu  dia  dah  baca  berita  tu,’ desis  hati  Syaqie.
            Tangisan  mula  kedengaran  dari  Yuri. Inilah  kali  pertama  dia  menangis  selepas  6  tahun. Dia  tidak  menahan  sebaknya. ‘Sampai  hati  dia  buat  macam  ni,’ tangis  Yuri. Hasif  terkejut  mendengar  tangisan  Yuri. Dia  tidak  tahu  apa  yang  patut  dilakukan. Syaqie  mendapatkan  adiknya. Syaqie  menarik  Yuri  keluar  dari  beranda  rumah. Liya  dan  Hasif  turut  mengekori  mereka  berdua.
            Tangisan  Yuri  menjadi  semakin  kuat. Syaqie  memeluknya. Yuri  menangis  dalam  dakapan  Syaqie. Kasihan  Syaqie  melihat  adiknya. Biarlah  dia  menangis. Syaqie  tahu  yang  adiknya  menahan  perasaan. Biarlah  ia  terluah  hari  ini.
            “ sampai…hati…dia  buat  kita…macam  ni.” Tersekat-sekat  kata-kata  Yuri  akibat  tangisannya. Dia  tidak  mampu  lagi  menahan  perasaannya.
            “ Sudahlah,princess. Just  forget  about  it,”pujuk  syaqie.
            “ Anak  tunggul, Aika…..Habis  kita  ni  sapa?”
            “ Sudahlah, princess. Kita  tak  boleh  buat  apa-apa. Mereka  dah  buang  kita.” Syaqie  sendiri  sebak.
            Yuri  menangis  sepuas-puasnya. Dia  tidak  lagi  menahan. Hampir  6  tahun  dibelunggu  kenangan  silam. Hari  ini, dia  mahu  melepaskan  segala-galanya. Hari  ini  juga, dia  mahu  mengucapkan  selamat  tinggal  kepada  mereka  yang  sanggup  membuangnya.


LIYA  sendiri  sebak  melihat  keadaan  Yuri. Hasif  pula  tidak  mengerti  keadaan  sekarang. Dia  mahu  tahu  tentang  perkara  itu  juga. Dia  menarik  Liya  menjauhi  Yuri  dan  Syaqie.  “ Apa  yang  sedang  berlaku  sebenarnya?” Hasif  tidak  sabar-sabar. Hasif  perlu  tahu  supaya  dia  tidak  mendesak  Syaqie  dan  Yuri. Liya  mengambil  semula  surat  khabar  tadi. Dibelek  pada  helaian  tadi. Ditunjukkan  kepada  Hasif.
            “ Abang  kenal  dia  ni?” soal  Liya.
            “ Ni  kan  Yukihara  Huda  dan  Dato’ Rashidi. Kenapa  dengan  mereka  berdua?” soal  Hasif  kehairanan.
            “ Mereka  tu…” Liya  menarik  nafas  sebelum  menyambung  kembali. “ Keluarga  Yuri.”
            “ Apa  maksud  Liya? Abang  tak  fahamlah.”
            “ Mereka  tu  keluarga  Yuri. Yuki  tu  kakak  Yuri. Adik  kepada  Syaqie. Yuki  busuk  hati. Dia  tuduh  Yuri  dan  Syaqie  buat  perkara  terkutuk  depan  Dato’ Rashidi. Dato’ Rashidi  pulak  percayakan  Yuki,” terang  Liya.
            Barulah  Hasif  faham  tentang  segala-galanya. Mengapa  Yuri  seakan  terkejut  melihat  berita  semalam. Ini  rupanya  cerita  di  sebalik  wajahnya  yang  dingin  dan  tenang  itu.
            “ Tapi  don’t  tell  anyone  about  this  story. Liya  tak  nak  Yuri  tahu  yang  Liya  beritahu  abang  tentang  perkara  ni… Promise,” beritahu  Liya.
            “ Hmmm….Promise.” Hasif  mengikat  janji.

No comments:

Post a Comment