Friday, September 24, 2010

sedingin kasih10

Bab 10

MALAM  itu, sedang  Yuri  leka  memainkan  piano, kedengaran  telefon  bimbitnya  berbunyi. Tanpa  melihat  siapa  pemanggilnya, dia  menjawab  panggilan  tersebut. “ Hello.” Dia  menjawab. Cuma  seketika  sahaja, talian  itu  diputuskan. Yuri  menjadi  pelik. Dia  melihat  semula  nombor  yang  didail  tadi. Dia  tidak  mengenali  pemanggil  itu. nombor  yang  terpapar  di  skrin  telefonnya  tidak  pernah  dilihat. Selepas  itu, kedengaran  mesej  pula  yang  masuk. Nombor  yang  sama  menghantar  mesej  kepadanya.
            ‘ Hai, boleh  berkenalan? Nama  saya  Ajmal.’
            Yuri  hairan  dari  mana  pula  mamat  ni  boleh  dapat  nombor  ini. Dia  tidak  ada  kenal  mana-mana  lelaki  sebagai  abangnya, Saiful, Hasif  dan  rakan  sekerjanya. Tiada  rakan  sekerjanya  yang  bernama  Ajmal. Dia  membalas  mesej  tersebut.
            ‘ Dari  mana  awak  dapat  no  ni?’
            Sejurus  kemudian, ada  mesej  yang  masuk. Yuri  terus  membacanya. Dia  tidak  pasti  dengan  jawapan  yang  diberikan.
            ‘ Saya  tekan-tekan  aje. Nak  hilangkan  bosan. Nama  awak  apa?’
            Yuri  tidak  pasti. Patutkah  dia  memberitahu  namanya? Namun  dia  tetap  membalas. ‘ Kenapa?’
            Si  dia  membalas. ‘ Saya  saja  nak  berkawan  dengan  awak. Boleh, kan?’
            Yuri  sememangnya  tidak  suka  bergual  dengan  sebarang  orang. Malas  rasanya  mahu  melayan  orang  itu. pantas  dia  menutup  telefonnya. Dia  kembali  bermain  dengan  piano. Dia  tiada  masa  mahu  melayan  lelaki  sebegitu. Dia  menyanyi  lagu  yang  digubahnya. Sekiranya  di  Jepun  dulu, dia  sering  bermain  selepas  waktu  makan  malam. Rutin  itu  telah  berubah  sejak  dia  tinggal  di  Jepun. Setelah  bosan  berada  di  dalam  rumah, dia  keluar  dari  rumah. Dia  mendongak  ke  arah  langit  yang  terbentang  luas. Malam  itu  tiada  bintang  yang  menyinari  langit  tersebut.
            Ada  sebuah  kereta  yang  berhenti  di  hadapan  rumahnya. Liya  keluar  dari  kereta  tersebut. Rupanya  itu  adalah  kereta  Hasif. Mereka  bertiga  masuk  ke  dalam  rumah.
            “ Apa  khabar?” Terpacul  jua  soalan  itu  dari  mulut  Hasif  yang  terkebil-kebil  melihat  Yuri.
            “ Baik. Lama  tak  jumpa, kan?”
            “ Hmm…awak  pun  duduk  kat  sini  jugak,ye? Saya  tak  tahu. Liya  pun  tak  bagitahu.” Hasif  mula  bertenang. Liya  pun  berlalu  ke  dapur  untuk  menghidangkan  minuman. Yuri  dan  Hasif  tidak  bercakap. Hasif  memandang  Yuri.
            “ Kenapa?”
            “ Tak  sangka  awak  nak  duduk  rumah  ni,” ucap  Hasif.
            “ Apa  maksud  awak?” Mata  Yuri  mencerlang  tajam  ke  arah  Hasif. Mukanya  mula  berubah  menjadi  pucat.
            Serta-merta  Hasif  teringat  kata-kata  daripada  Liya  yang  mengatakan  kepadanya  supaya  jangan  bercakap  yang  bukan-bukan  pada  Yuri. Buat  seperti  dia  tidak  tahhu  apa-apa  tentang  diri  Yuri. Tetapi  dia  terlepas  jua. Kini  Yuri  telah  mengesyaki  sesuatu. Dia  merenung  ke  arah  Yuri  yang  tajam  memandangnya.
            “ Maksud  saya, saya  tak  sangka  yang  awak  pandai  design  rumah  ni  sampai  cantik  macam  ni,” ucapnya  sambil  tersenyum.
            Mata  Yuri  beralih  ke  surat  khabar  yang  dipegangnya. Dia  dapat  menangkap  kata-kata  Hasif  yang  sebelumnya. Dia  tahu  yang  Liya  tentu  sudah  memberitahu  tentangnya  kepadanya  Hasif. Namun  dia  tidak  menunjukkan  sebarang  reaksi  kepada  Hasif. Perkara  ini  akan  dibincangkan  kepada  Liya  bersendirian.
            Liya  kembali  sambil  mengangkat  dulang. Air  teh  yang  disediakan  dihidangkan  kepada  Hasif  dan  Yuri. Liya  perasan  ada  sesuatu  yang  tidak  kena  pada  Yuri. Yuri  merenung  tajam. Tentu  ada  sesuatu  yang  telah  diperkatakan  Hasif  kepada  Yuri. Perkara  seperti  inilah  yang  paling  ditakutinya. Liya  dan  Hasif  berbual  untuk  seketika. Yuri  cuma  mendiamkan  dirinya. Tidak  berminat  untuk  ikut  serta  dalam  perbualan  itu.
            Liya  semakin  resah  dengan  keadaan  sekarang. Hasif  dapat  merasakan  kegelisahan  Liya. Liya  bangun  menghantar  Hasif  ke  pintu  apabila  Hasif  meminta  diri. Dalam  kesempatan  itu, Hasif  meminta   maaf  kerana  telah  membocorkan  rahsia  tersebut. Liya  mengerdipkan  matanya  ke  arah  Hasif. Selepas  itu, dia  duduk  di  hadapan  Yuri. Dia  sudah  bersedia  berhadapan  dengan  kemarahan  Yuri  tetapi  dia  berasa  takut  untuk  merenung  terus  ke  wajah  Yuri.
            “ Jawab  soalan  aku  ni  betul-betul. Apa  yang  dah  kau  beritahu  Hasif  tentang  aku?” soal  Yuri. Suaranya  amat  tegas.
            “ Er…Erm… Aku  bagitahu  tentang  kau…anak…Dato’….”
            “ Cukup!” Nafas  Yuri  turun  naik. “ Kau  pernah  janji  pada  aku  yang  kau  tak  akan  bagitahu  orang  lain. Habis  kenapa  bagitahu  dia?”
            “ Dia  nak  tahu  kenapa  kau  menangis  hari  tu. Aku…terpaksa  bagitahu  dia. I’m sorry.” Air  mata  Liya  sudah  menitis.
            “ Sudahlah. Aku  nak  masuk  tidur,” ucap  Yuri. Dia  berlalu  pergi  meninggalkan  Liya  dengan  sendunya.
           


WAJAH  Yuri  sedikit  muram  pada  pagi  ini. Dia  tidak  bercakap  langsung  dengan  staf  yang  lain. Fikirannya  benar-benar  tertekan  dengan  kejadian  malam  tadi. Liya  sudah  memberitahu  tentang  dirinya  kepada  Hasif. Dia  tidak  dapat  menumpukan  sepenuh  perhatian  pada  kerjanya  hari  ini. Kemungkinan  rahsia  yang  menjadi  simpanannya  hampir  akan  terbongkar.
            Waktu  tengah  hari  dia  seperti  biasa, meyediakan  kopi  buat  Saiful. Saiful  pula  tidak  banyak  kerenah  hari  ini. Tidak  seperti  hari-hari  yang  lalu, mengarah  Yuri  buat  yang  bukan-bukan. Yuri  kembali  ke  tempat  kerjanya. Dia  mengeluh. Dia  merenung  apa  sahaja  yang  berada  di  hadapannya.
            “ Idiot,” jeritnya  sedikit  kuat.
            “ Siapa  yang  bodoh?” Satu  suara  menyoal.
            Yuri  terkedu. Dia  tidak  menyangka  yang  Saiful  akan  mendengar  amarah  daripadanya. Dia  cuma  mendiamkan  dirinya. Dia  takut  dia  akan  melepaskan  amarah  itu  kepada  Saiful.
            “ Aku  tanya  kau  ni,” soal  Hakkai  dengan  sedikit  kuat.
            “  Tak  ada  apa-apalah,” ujar  Yuri  sambil  menahan  geram.
            “ Kenapa? Boyfriend  kau  tinggalkan   kau  ke? Tentu  dia  dah  dapat  apa  yang  dia  nak. Lepas  tu, dia  tinggalkan  kau  macam  orang  bodoh. Kau  cakap  dia  yang  bodoh, kan?” sindir  Hakkai  sambil  ketawa  menyindir.
            Yuri  tidak  dapat  menahan  lagi  amarahnya. Nampaknya, Hakkai  benar-benar  sudah  menruntuhkan  benteng  kesabaran  yang  terbina. Sudahlah, dia  marah  dengan  Liya. Kini  Hakkai  pula  mencari  pasal.
            “ Shut  up,” tengking  Yuri.
            Hakkai  yang  sedang  ketawa  terdiam. Dia  memandang  tepat  ke  wajah  Yuri.
            “ Hei  suka  hati  akulah  nak  cakap  siapa  yang  bodoh. Ada  kena- mengena  dengan  kau  ke? Kau  memang  nak  cari  pasal  dengan  aku  hari. Kau  ingat  kau  besar  sangat  ke  dengan  kedudukan  kau? Jangan  kau  ingat  kau  boleh  buat  orang  macam  ni. Tengking  orang  sesuka  hati  kau. And  I  think  you  better  watch  your  mouth  or  else  you  will  get  something  that  you  never  imagine,” luah  Yuri  dengan  marah.
            Hakkai  tergaman   dengan  amarah  yang  diluahkan  oleh  Yuri. Dia  tidak  pernah  melihat  Yuri  begitu  marah. Selalunya  Yuri  akan  mendiamkan  dirinya  sahaja. Dia  melihat  Yuri  berlalu  pergi  dari  situ. Staf-staf  yang  telah  masuk  ke  pejabat  sempat  melihat  Yuri  meletup. Mereka  tidak  sangka   yang  Yuri  boleh  menengking  Hakkai  sebegitu. Yuri  berada  di  bilik  air. Dia  membasuh  mukanya  sebanyak  mungkin. Tadi  dia  benar-benar  telah  hilang  sabar. Sampai  dia  tidak  sedar  apa  yang  telah  dikatakan  olehnya  sendiri  kepada  Hakkai. Yang  pasti, sesuatu  yang  menyakitkan  hati.
            Dia  keluar  dari  bilik  air  dengan  wajah  yang  sugul. Dia  tidak  pasti  adakah  perlu  dia  ke  bilik  Hakkai  untuk  meminta  maaf  sekarang. Dia  berfikir  seketika. Nanti  masa  baliklah, dia  meminta  maaf. Dia  duduk  di  mejanya. Kemudian  beberapa  orang  staf  mendekatinya. Mereka  menegurnya.
            “ Yuri, are  you  okey?” soal  Linda.
            “I’m  fine.”
            “ What’s  happen  between  you  and  Encik  Saiful?” Laju  sahaja  pertanyaan  dari  Haliza  pula.
            “It’s  nothing.” Dia   tidak  mahu  bercakap   tentang  perkara  tadi
            “ Kenapa  tadi? I  masuk  nampak  you  tengking  Encik  Saiful.” Linda  tidak  berpuas  hati  dengan  jawapan  yang  diterimanya.
            “ Hei  korang  ni  tak  reti  buat  kerja  ke? Nak  aku  pecat  korang?” sergah  satu  suara.
            Linda  dan  Haliza  pantas  menjauhi  meja  Yuri. Hakkai  mara  ke  meja  Yuri  dengan  memegang  kertas  kerja  yang  baru  ditaip  oleh  Yuri  semalam.
            “ Nah, aku  nak  hari  ni  jugak  siap.” Dia  meletakkan  kertas  itu  dan  meninggalkan  Yuri. Yuri  faham  benar  dengan  sikap  Hakkai  yang  mahu  membalas  dendam  tentang  kejadian  tadi. Dia  mengeluh  perlahan. Dia  mula  menaip  kembali  kertas  itu. Agak  lambat  sedikit  dia  menaip  hari  ini. Fikirannya  benar-benar  terganggu.

No comments:

Post a Comment