Friday, September 24, 2010

sedingin kasih16

Bab  16
            Ramai  staf  yang  berasa  cemburu  dengan  Yuri  selepas  malam  kemuncak  hari  keluarga  tersebut. Yuri  dan  Hakkai  langsung  tidak  berkata  apa-apa  mengenainya. Yuri  balik  ke  rutin  biasanya. Pada  waktu  tengah  hari, telefonnya  berbunyi. Dia  merasakan  Syaqie  yang  menelefon  pada  waktu-waktu  sebegini. Namun  tafsirannya  silap. Bukan  Syaqie  yang  menelefonnya  tapi  Hurin. Pantas  dia  menjawab.
            “ Hello, auntie. Apa  khabar?” Suara  Hurin  yang  petah  bertanya.
            “ Khabar  baik, sayang. Tengah  buat  apa?” mukanya  manis  sekali.
            “ Baru  lepas  makan. Auntie  dah makan?”
            “ Auntie  tak  lapar,” jawab  dengan  ringkas.
            “ Nanti  auntie  kena  datang  kat  rumah  masa  birthday  Hurin, boleh  kan  auntie?”
            “ Tengoklah  dulu.”
            “ Mana  boleh  macam  tu. Auntie  kena  datang  jugak,” rungut  Hurin.
            “ Okeylah, sayang. Eh, auntie  kena  pergi  dulu. Ada  kerja.” Yuri  menyedari  ada  yang  memanggil  namanya.
            Linda  mendekatinya  dengan  sebuah  fail  yang  penuh  dengan  helaian  kertas. Mukanya  sedikit  muram. Fail  itu  diletakkan  ke  atas  meja  Yuri.
            “ Yuri  Encik  Saiful  suruh  you  buat  kerja  ni. Dia  nak  tengah  hari  esok,” ucap  Linda.
            “ Okey, letakkan  kat  sini. Nanti  I  tengok.” Yuri  menarik  nafas  mengeluh.
            Ini  bermakna  dia  perlu  kerja  lebih  masa. Lelaki  ini sukar  dijangka  tindak-tanduknya. Tangan  lagu  menekan  nombor  Liya. Dia  menunggu  seketika.
            “ Assalamualaikum,” ucapnya  setelah  panggilannya  diangkat.
            “ Waalaikumussalam. Kenapa  kau  telefon  aku  ni?’ Liya  bercakap  perlahan-lahan.
            “ Aku  cuma  nak  beritahu  yang  aku  balik  lewat,” ujarnya.
            “ Kenapa?”
            “ Aku  ada  banyak  sangat  kerja. May  be, pukul  11  malam  aku  balik.”
            “ Okey, bye. Aku  tengah  ada  kelas  ni,” ucap  Liya.
            Yuri  mencapai  fail  yang  diberikan  oleh  Linda  tadi. Report  tahunan  pada  tahun  lepas. Dia  tidak  pasti  kenapa  dia  harus  menaipkan  semula  kertas  itu. Namun  tangannya  sudah  mula  menaip. Dia  berasa  bosan. Dia  mencapai  Mp3  yang  berada  di  dalam  tas  tangannya. Dipasang  ke  komputer. Lagu  ciptaannya  kedengaran. Dia  menyanyi  dengan  suara  yang  perlahan.
            Dirasakan  masa  bergerak  terlalu  pantas. Kerjanya  baru  separuh  yang  siap. Tangannya  mulai  letih. Dia  mengeluh  panjang. Jam  sudah  menunjukkan  pukul  6  petang. Matanya  menjadi  mengantuk. Pejabatnya  sudah  lama  lenggang. Cuma  dia  seorang  yang  berada  di  sini. Matanya  didesak  supaya  tidur. Akhirnya  dia  terlena.


HAKKAI  masuk  semula  ke  pejabatnya. Dia  pelik. Kenapa  lampu  dan  penyaman  udara  masih  belum  dipadamkan  sedangkan  tiada  seseorang  pun  di  dalamnya. Dia  menutup  lampu  dan  masuk  ke  biliknya. Dia  mengambil  fail  yang  ingin  diambilnya. Sejurus  itu, dia  keluar. Dia  terdengar  suara  orang  yang  sedang  mengeliat. Dia  mencari  punca  suara  itu. Dia  terkejut  melihat  Yuri  yang  sedang  mamai  itu. Yuri  langsung  tidak  menyedari  Hakkai  yang  turut  berada  di  situ.
            Yuri  berjalan  keluar  dari  mejanya. Dirinya  masih  mamai. Dia  berjalan  ke  arah  pantry. Namun  sebelum  sempat  dia  melangkah, kakinya  tidak  dapat  digerakkan. Dia  akan  jatuh  mencium  lantai. Akan  tetapi  dia  disambut  oleh  seseorang. Dia  terkejut. Hakkai  tidak  dapat  mengimbangi  didirnya  lalu  terjatuh  ke  lantai  bersama  Yuri  di atasnya.
            Serentak  dengan  itu, Tuan  Ahmad  bersama ahli  pengarah  yang  lain  tiba  di  muka  pintu. Walaupun  dalam  keadaan  agak  gelap, Tuan  Ahmad  dapat  melihat  adegan  itu.
            “ Ya  ALLAH. Apa  yang  kauorang  tengah  buat  ni?” Tuan  Ahmad  kelihatan  terkejut  sambil  mengurut  dadanya.
            Hakkai  dengan  pantas  menolak  Yuri  ke  tepi  dan  berdiri  tegak. Kebas  di  kaki  Yuri  hilang  dengan  sekelip  mata. Dia  juga  bangun  menghadap  Tuan  Ahmad  dan  yang  lain. Wajah  Yuri  menjadi pucat.
            “ Ayah, kami  tak  buat  apa-apa,’”ucap  Hakkai  dengan  bersungguh-sungguh.
            “ Habis  kenapa  kamu  berdua  berpeluk?”
            “ Er…..er…hei,  cakaplah,” tengking  Hakkai  kepada  Yuri.
             Yuri  kaku, tidak  bersuara. Di  kepalanya, terbayang  wajah  daddynya  yang  jelas  menunjukkan  riak  kecewa. Matanya  mula  berair. Peristiwa  itu…..
            “ Ayah, kaki  dia  kebas  tadi. Dia  terjatuh  jadi  Kai  yang   sambut  dia,” terang  Hakkai.
            “ Ini  keputusan  ayah  yang  muktamad. Kahwin  dengan  Yuri,” ucap  Tuan  Ahmad  dengan  nada  yang  tegas.
            “ Tapi, ayah….”
            “ Kau  bantah…..anak  derhaka,” ucap  ayahnya.
           


YURI  sedang  duduk  di  birai  katil. Nasibnya  kerana  terpaksa  berkahwin  dengan  Hakkai. Hakkai  yang  sedang   duduk  di  sofa, berdiri. Dia  mendekati  Yuri. Mukanya  bengis. Seperti  mahu  menelefon.
            “ Kenapa  kau  diam  masa  ayah  aku  tanya, hah?” jerkah  Hakkai.
            Yuri  langsung  tidak  bereaksi  dengan  jerkahan  Hakkai. Sebaliknya, dia  berada  di  tempat  yang  lain. Tempat  di  mana  dia  dituduh  oleh  kakaknya. Luka  yang  sudah  menjadi  parut  kini  berdarah  lagi.
            “ Hei, kau  dengar  tak, apa  yang  aku  tanya  ni?” soal  Hakkai  sekali  lagi  dengan  nada  yang  cukup  kuat.
            Yuri  menarik  nafas  akibat  jerkahan  kali  kedua itu. Dia  tidak mampu  untuk  menjawab  apa-apa  soalan. Nasi  sudah  jadi  bubur. Semasa  Tuan  Ahmad  bertanya, dia  tidak  berkata  apa-apa. Ia  disebabkan  kejutan  yang  dialaminya. Di  mana  dia  langsung  tidak  diberi  peluang  untuk  membuktikan  yang  dia  tidak  bersalah. Tuan  Ahmad  adalah  bayangan  Otosa. Tanpa   menyiasat  dengan  terperinci, dia  sudah  sah  berkahwin  dengan  Hakkai selepas  ini.
            “ Perempuan  murahan. Gila. Aku  tak  sangka  ada  lagi  perempuan  macam  ni  dekat  dunia  ni. Patutnya  kau  dah  mampus. Ini  hidup  menyusahkan  aku. Mungkin  emak  kau  sama  aje  dengan  kau. Perempuan  murahan. Tak  tahu  malu. Keturunan  bangsat,” luah  Hakkai.
            Wajah  Yuri  berpaling  laju  ke  arah  Hakkai. Air  wajahnya  keruh. Matanya  mula  bertakung  dengan  air  mata  yang  penuh. Dia  langsung  tidak  dapat  menerima  kata-kata  penghinaan  yang  Hakkai  katakan. Matanya  tajam  memandang  ke  arah  Hakkai.
            “ Awak  boleh  cakap  apa  pun  tentang  saya  tapi  janganlah  hina  emak  saya. Dia  dah  meninggalkan.” Air  matanya  jatuh  jua  membasahi  pipinya. Dia  mengesat  air  matanya  sambil  menyambung  kata-katanya, “ Kalau  ada  orang  cakap  macam  itu  kat  emak    awak, apa  yang  awak  rasa? Apa  awak  ingat  awak  bagus  sangat  ke? Nak  menghina  orang  macam  ni?”
            Hakkai  terkedu  mendengar  ucapan  bisa  yang  terkeluar  dari  mulut  Yuri. Selama  ini, Yuri  tidak  membalas  kata-kata  daripadanya. Namun  hari  ini, dia  mendengar  maklum  balas  daripada  gadis  itu.
            Dada  Yuri  kian  berombak. Nafasnya  ditarik  panjang. Air  matanya  sudah  banyak  yang  menitis. Ini  adalah  kali kedua  dia  menangis  di  hadapan  orang  asing. Marahnya  tidak  dapat  ditahan  apabila  perihal  emaknya  dibangkitkan. Sakit  hatinya  bertambah  apabila  mendengar  gelaran  perempuan  murahan  dilemparkan  kepada  Okasa. Yuri  bangun  dari  katil. Dia  mencapai  telefon  bimbitnya  lalu  mendail  nombor  Syaqie. Tanpa  mukadimah, dia  bercakap, “ Aika, I  want  to  see  you  right  now. We  need  to  talk.”
            Yuri  berjalan  keluar  dari  rumah  itu  dengan  laju. Dia  menaiki  keretanya. Dia  memandu  dengan   laju  sekali. Sampai  di  apartmen  Syaqie, dia  mengetuk  pintu  dengan  kuat  sekali. Sebaik  sahaja  Syaqie  membuka  pintu, dia  menerpa  memeluk  tubuh  abangnya. Dia  menangis  dengan  kuat.
            Syaqie  mengusap  belakang  adiknya  itu. Dia  tahu  apa  yang  berlaku. Kes  adiknya  ditangkap  basah  bersama  anak pemilik  syarikat  tempat  Yuri  bekerja. Dia  juga  yang  telah  mewalikan  adiknya  itu. Dia  bimbang  melihat  keadaan  adiknya  sekarang. Dia  tidak  mengenali  langsung  suami  Yuri  itu.
            “ Aika, I  can’t  do  this. I  can’t.” Yuri  bersuara  dalam  tangisannya.
            Syaqie  berusaha  untuk  menenangkan  adiknya. Buntu  dia  memikirkan  jalan  penyelesaiannya. Takkanlah  dia  mahu  adiknya  bercerai  dengan  suaminya  sekarang? Itu  bukan  jalan  yang  baik  buat  masa  sekarang. Dia   tidak  mahu  adiknya  digelar  janda  berhias. Tapi  dengan  cara  apa, masalah  ini  akan  selesai?
            “ Princess  perlu  bersabar. Aika  akan  fikirkan  caranya  tapi  Princess  kena  sesuaikan  diri  dengan  keadaan  sekarang. Jangan  cepat  melatah. Aika  kenal  princess. Tenang  ya. Marilah  Aika  hantar  Princess  balik,”ucap  Syaqie.
            “ Yuri  tak  balik  rumah  tu. Yuri  nak  balik  rumah  Yuri  sendiri,” balas  Yuri  pula.
            “ Okey, malam  ni,princess  balik  rumah  princess. Tapi  malam  esok princess  kena  balik  rumah  Hakkai. Walaupun  princess  terpaksa  kahwin  dengan  dia  tapi  princess  tetap  isteri  dia  yang  sah. Syurga  seorang  isteri  terletak  di  bawah  tapak  kaki  suami. Princess  tentu  nak  jadi  macam  Okasa kan.” Syaqie  sempat  memberi  syarahan  kepada  Yuri.
            Yuri  mengangguk. Syaqie  tersenyum. Adiknya  itu  perlu  dipujuk  dengan  cara  yang  halus. Dia  tidak  akan  ikut  sekiranya  dipujuk  dengan  cara  yang  kasar. Tambahan  pula, dia  tahu  yang  Yuri  amat  menyanjungi  emak  mereka  kerana  dia  berani  mati  semata-mata  untuk  melahirkan  Yuri.
            “ Baiklah  Aika. Malam  esok  Yuri  akan  balik  ke  rumah  Hakkai,” ucap  Yuri.
            Dia  bangun  dari  sofa  ke  pintu  hadapan. Syaqie  juga  bangun. “ Biar  Aika  yang  hantar  princess. Aika  risau  tengok  Princess  balik  dalam  keadaan  macam  ni. Kalau  jadi  apa-apa  nanti Aika  yang  susah.”
            Yuri  tidak  menghalang. Dia  tahu sekiranya  abangnya  sudah  tekad  untuk  mengahantarnya, dia  akan  buat  apa  sahaja  untuk  menyuruh  Yuri  mengikutnya. Dalam  kereta, Yuri  memandang  ke  luar  tingkap. Dia  tidak  mampu  membayangkan  apa  yang  akan  berlaku  pada  hidupnya  setelah  bergelar  isteri  kepada  seorang  lelaki  yang  suka  merendahkan  kebolehan  seorang  wanita.
            “ Princess  fikir  apa?” Syaqie  melihat  Yuri  banyak  mengelamun  dengan  wajah  yang  muram. Biasanya  wajah  Yuri  dingin.  Tetapi  hari  ini  wajah  itu  kelihatan  berlainan  sekali.
            “ Fikirkan  masa  depan,” jawab  Yuri  sependek  yang  mungkin.
            Syaqie  tersenyum  mendengar  jawapan  dari  Yuri. Dia  mahu  adiknya  hidup  dengan  bahagia. Dia  dapat  merasakan  Hakkai  merupakan  orang  yang  sesuai  apabila  digandingkan  dengan  adiknya. Namun  dia  tidak  mahu  menaruh  harapan  yang  tinggi. Takut  juga  adiknya  disiakan. Sampai  di  rumah  Yuri, Yuri  keluar. Dia  mengucapkan  terima  kasih  kepada  abangnya. Kereta  yang  ditinggalkan  di  apartmen  Syaqie  akan  diambil  esok.


No comments:

Post a Comment