Bab 15
“ KUMPULAN Encik saiful gerenti menang,” ucap Zura.
Yuri yang kebetulan lalu di sebelah mereka dipandang serong. Mereka mencebik. Yuri Cuma seorang diri. Liya telah pulang ke KL kerana ayahnya jatuh sakit. Yuri mahu pulang bersama namun Liya tidak membenarkannya.
Pasukan pertama yang akan bertanding ialah kumpulan Encik Halim dan Encik Saiful. Mereka bersorak gembira. Ramai yang menjangka kumpulan Encik Saiful akan menang. Kedua-dua pasukan masuk padang. 6 wanita dan 6 lelaki. Yuri salah seorang dari mereka.
Kumpulan Encik Saiful memulakan permainan. Hakkai membuat servis. Bolanya amat tajam. Yuri laju bertindak membalas dan melepasi jaring. Penonton di sini terkejut. 1.0 . mata berpihak ke pasukan Yuri. Kemudian Yuri memulakan servis. Hakkai menjangkakan bola itu tidak akan melepasi tetapi bola itu melepasi jaring dan jatuh ke garis hapadan.
“ You tak beritahu pun yang you ni pandai main,” ucap Linda setelah permainan tamat. 15-10. Hakkai kalah pada Yuri.
Yuri cuma membuat mimik muka bosannya. Dia sebenarnya pemain peringkat negeri. Permainannya betul-betul seperti pemain kebangsaan. Dia berhenti bermain sejak masuk tingkatan 5. Selepas permainan itu tamat, dia ke tepi pantai. Dia menanggalkan sandal yang dipakai. Lalu dia menuju ke dalam laut. Setiap kali ombak memukul kakinya, rasa sejuk mecengkam kakinya. Dia memandang ke arah laut. Dia terduduk di dalam air laut.
Sebak mula menguasai hatinya. Air matanya mula mengaburi matanya. Dibiarkan air matanya mengalir jatuh ke pipinya. Walaupun dia sudah berjanji kepada Syaqie yang dia akan melupakan kisah lama namun dia tidak boleh melupakannya begitu sahaja. Kisah itu seperti filem yang diulang tayang dalam kotak fikirannya.
Bajunya yang basah tidak dipedulikannya. Dia bangun, berpaling dan memakai sandalnya. Dengan mukanya yang basah, dia naik ke biliknya. Dia bertembung dengan Hakkai. Dia mengelak matanya bertembung dengan mata Hakkai. Selangkah dia melepasi Hakkai, lengannya ditarik. Dia terkejut.
“ Kenapa dengan kau ni?”
“ Lepaslah.” Suaranya serak. Hampir tidak terkeluar.
“ Kenapa ni?”
Yuri cuba menarik lengan namun cengkaman di tangannya sangat kuat. Tangan Hakkai memaut dagu Yuri. Mata Yuri merah. Pipinya juga sangat merah menyala. Hakkai tertanya-tanya apa puncanya. Yuri merentap tangannya. Dia berlari masuk ke biliknya. Dia menuju ke cermin almari yang berada di kepala katil. Dia menanggalkan tudungnya lalu menyapu pipinya yang basah. Dia masuk ke bilik mandi.
Selepas selesai membersihkan dirinya, dia menunaikan solat asar. Dia berdoa kepada ALLAH agar memberikan kekuatan kepadanya supaya dia dapat menempuhkan cabaran hidup ini. Petang ini, dia lapang. Dia tidak mempunyai aktiviti. Sedang dia menenangkan diri di pondok rehat di tepi pantai, telefon bimbitnya berbunyi. Dia mengangkat tanpa menghiraukan nama di skrin telefon itu. Dia menjawab dengan salam. Suara lelaki yang menjawab salamnya amat dikenalinya.
“ Princess, sihat tak?”
“ Sihat, Aika?” balasnya pula.
“ Sejuk sangatlah,” rungut Syaqie.
“ Sikit je tu. Nanti okey. Macam mana dengan kerja?”
“ Terlampau banyak. Nanti Aika kena pergi Tokyo untuk research kes.”
“ Tokyo, ingat nak stay kat sana aje,” ucap Yuri perlahan.
“Princess nak tinggalkan Aika seorang diri ke,” rungut Syaqie.
“ Rasa aje. Tak sure lagi nak pergi atau tidak,” balasnya.
“ Nanti Aika belikan sesuatu kat Princess. Okey. Bye. Take care. Love you,” ucap Syaqie.
“Love you too.” Pantas dia mematikan telefonnya.
Dia mengeluh. Kenapalah dia pulang semula ke Malaysia. Rasanya baik dia menetap terus di Jepun. Lagipun, ramai rakyat Jepun percaya yang dia adalah salah seorang rakyat Jepun. Namun keputusan balik menetap di Malaysia atas desakan abangnya.
DEWAN besar indah diterangi dengan lampu neon dari atas. Malam kemuncak sudah tiba. Meja disusun dengan susunan yang begitu teratur. Lagu Kenangan Terindah kedengaran lembut memenuhi dewan yang penuh dengan orang. Di atas pentas, Linda dan hasliza telah membuat persediaan untuk memulakan majlis. Linda yang bergaun malam berwarna biru muda diikuti dengan Hasliza yang berbaju blaus labuh dan skirt kembang. Mereka berdua telah dipilih menjadi pengacara tahun ini. Semua kakitangan pejabat berpakaian cantik. Hakkai segak berkemeja ungu kehitaman bersama seluar slack. Tubuhnya yang tegap jelas kelihatan. Dia mengerling ke kiri dan ke kanan. Jelas orang yang dicari tidak kelihatan.
Pintu dewan akan ditutup. Semua tetamu terhormat telah duduk di meja yang disediakan Hakkai untuk Board of Director. Acara dimulai dengan ucapan salam daripada Hasliza dan Linda. Dewan menjadi sunyi sepi. Masing-masing menunggu kata-kata seterusnya daripada dua pengacara itu. Geseran pintu dewan kedengaran apabila dibuka. Masuk seorang wanita yang bertudung ungu. Sedondon dengan jubah labuh yang dipakainya. Jubah itu berwarna hitam yang jarang di luarnya dan berwarna ungu di dalamnya. Hujung lengan dan kakinya itu dihiasi dengan sulaman bunga-bungaan dan juga manuk yang tersusun indah.
Kesemua yang berada di dalam dewan berpaling ke balakang untuk melihat gerangan wanita itu. Kebanyakan mereka terpegun seketika. Yuri menjadi kaku seketika. Keadaan tidak selesa muncul dalam dirinya. Suara Linda menyebabkan semua orang tersedar semula. Yuri duduk di meja paling belakang. Menyesal pula rasanya apabila datang ke majlis. Pada mulanya, dia tidak mahu menghadiri majlis itu. Tetapi, setelah memikirkan semula dia sampai juga di majlis itu.
Maljis itu disambung dengan ucapan daripada Tuan Ahmad, pemilik syarikat itu. Dia berharap agar syarikat
itu berkembang dengan maju. Ucapannya yang cukup ringkas. Kemudian majlis diserikan dengan ucapan perasmian penutup hari keluarga pada tahun ini. Maljis terhenti seketika. Hadirin dijamukan dengan makanan yang disediakan oleh pihak hotel. Yuri berjalan di sekitar dewan. Linda dan Hasliza turun dari pentas mendapatkan Yuri. Linda dan Hasliza tersenyum memandang Yuri. Yuri berasa pelik memandang kedua mereka.
“ Kenapa?” soal Yuri.
“ Tak pernah I tengok you secantik ni. Produk apa yang you pakai?” soal Linda pula
“ Produk apa?”
“ Alah, you ni….produk apa yang buat muka you tu putih melepak,” omel Linda yang menyentuh pipi Yuri.
“ Tak pakai apa-apalah,” ucap Yuri.
“ Tak percayalah.”
“ Muka I memang macam ni.” Yuri berkata.
“ You ni anak kacukan ke?” Hasliza pula bertanya.
“ Hmmm…”
“ Apa, kacukan apa?”
“ Melayu-Jepun. Emak I orang Jepun. Ayah orang melayu,” ucap Yuri. Dia mula bosan bersoal jawab pasal dirinya.
“ Patutlah you ni putih. Orang jepun rupanya,” ucap Hasliza.
“ I nak ke tandaslah.” Yuri pergi.
Yuri mahu melepaskan diri daripada Hasliza dan Linda. Dia tidak mahu soalan maut daripada Hasliza dan Linda tentang keluarganya. Nanti, apa yang dia akan jawab. Dia mengambil air dan meminumnya. Dia tidak mahu makan kerana dia belum berasa lapar lagi. Suasana dalam dewan itu merimaskan Yuri. Dia keluar mengambil angin.
Angin malam mula membuai tubuhnya. Tiba-tiba dia terdengar suara seorang kanak-kanak yang sedang menangis. Dia mencari punca suara itu. Seorang kanak-kanak perempuan di tepi dewan sedang menangis teresak-esak. Dia menghampiri kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu seperti takut kepadanya.
“ Marilah sini. Mari dekat auntie. Nanti auntie beri gula-gula,” pujuknya dengan senyuman manis.
Pertama kali dia tersenyum manis. Sejak 6 tahun lalu. Kanak-kanak itu mula mendekati Yuri. Air matanya dikesat. Yuri mendukungnya. Kanak-kanak itu mula tersenyum.
“ Siapa nama sayang?”
“ Caya Hurin….Hurin Aleenda,” ucapnya agak pelat.
“ Kenapa Hurin menangis kat sini? Mana mama Hurin?” soal Hurin.
Hurin mula menangis. Air matanya membasahi pipinya semula. Dalam keadaan menangis, dia menjawab, “ Mama suruh tunggu kat sini tadi. Sampai sekarang mama tak datang.”
“ Nanti mama datanglah tu. Hurin dah makan?”
“ Dah.” Dia mengesat air matanya semula.
“ Nak ikut auntie pergi jalan-jalan tak?” Yuri memancing minatnya.
“ Tak boleh. Mama kata dia nak datang. Jadi Hurin kena tunggu,” ucapnya dengan petah.
“ Okey. Biar auntie yang temankan Hurin.” Yuri meletakkan Hurin ke bawah dan duduk di sebelah Hurin.
“ Auntie nama apa?”
“ Hurin panggil auntie ni, auntie Yuri aje.” Dia sukakan melihat mata Hurin. Matanya berwarna kecoklatan. Tangan Hurin menyentuh pipi Yuri. Dia mengusap lembut. Dia tersenyum. Kemudian dia mencium pipi Yuri.
“ Putihnya pipi auntie.” Tangannya masih mengusap pipi Yuri.
“ Pipi Hurin pun putih,” puji Yuri.
“ Tapi tak seputih pipi auntie,” ucapnya.
“ Apa nama mama Hurin?”
“ Anisah.”
“ Rin…oh Rin. Rin kat mana?” Kedengaran suara seorang wanita seseorang.
“ Mama….. mama,” jerit Hurin dengan tiba-tiba.
Dia berlari mendapatkan wanita itu. Dia memeluk wanita itu. Dari pandangan Hurin, Yuri tahu itulah ibunya. Dia mendekati pasangan dua beranak itu. Wajahnya kembali dingin. Dia meminta diri untuk masuk ke dalam dewan. Namun, sebelum sempat dia melangkah, lengannya ditarik oleh Hurin.
“ Auntie ada no.phone tak?”
“ Ada. Hurin ada bawak pen tak?” soalnya.
Hurin mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Dihulurkan benda itu kepada Yuri. Yuri mengambil dan membeleknya. Gelang tangan buatan sendiri. Kemudian dia menghulurkan pen kepada Yuri. Yuri pun menulis nombor telefon bimbitnya ke tangan Hurin. Dia menghulurkan semula pen itu kepada Hurin.
“ Auntie, nanti kejap.” Pantas pipi Yuri dicium.
Yuri berlalu masuk ke dalam dewan. Suasana di dalam dewan sedang bingit dengan sorakan. Sekarang adalah acara cabutan bertuah. Tiada sesiapa yang menghiraukannya. Dia duduk di meja belakang. Lagu Tercipta Untukku berkumandang memenuhi ruang dewan.
Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang menyakiniku
Kau tercipta untukku
Mesti waktu akan mampu
Membeli seluruh ragaku
Aku ingin kau tahu
Kau selalu milikku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupnya.
“ Acara kemuncak yang kita semua tunggu-tunggu. The best couple of the year. Lampu yang dinyalakan kepada kedua orang nilah yang akan mendapat gelaran ni. Pernilaian tersebut dibuat berdasarkan cara mereka berpakaian pada malam ni.”
Dewan menjadi gelap gelita. Hanya dua lampu yang dipasang. Lampu itu bergerak lagu. Tiba-tiba lampu terhenti pada Yuri dan Hakkai. Mereka berdua menjadi terkejut. Kedengaran sorakan dan bisikan dari orang di dewan itu.
“ Berikan tepukan kepada Cik Yukari Hanun dan Encik Saiful Hakkai. Encik Saiful segak dengan kemeja ungunya. Ia menambahkan karismanya. Cik Yuri pula bagaikan bidadari yang turun dari kayangan dengan jubah labuci ungu bersulamkan bunga dengan manic-manik. Bagaikan sudah berjanji. Ini cenderahati untuk kamu berdua.”
Hasliza menghulurkan kepada Yuri manakala Linda menghulurkan kepada Hakkai. Kedua-duanya kelihatan teragak-agak untuk mengambilnya. Lampu dinyalakan semula. Sorakan menyebabkan Hakkai mengambil benda itu. Seutas rantai yang mempunyai gambar Yuri di dalamnya. Pantas dia menyimpan di dalam poketnya. Yuri juga mengambil rantai itu.
No comments:
Post a Comment