Friday, September 24, 2010

sedingin kasih9

Bab  9

SAIFUL  berkerut  dahi  mendengar  yang  Yuri  bercuti  selama  seminggu. Semalam, Yuri  tidak  berkata  apa-apa. Dia  pun  mengambil  cuti  selama  sehari. Rakannya  yang  berada  di  Jepun  akan  balik  hari  itu  pada  tengah  hari. Dia  pun  keluar  dan  menuju  ke  KLIA. Jalan  yang  pada  mulanya  sesak  kini  reda. Selepas  20  minit  mencari  tempat  parking  kereta, dia  ke  balai  ketibaan. Dia  menunggu  ketibaan  rakannya,Izzat.
            Semasa  sedang  menunggu, Saiful  ternampak  kelibat  seseorang  yang  dikenali. Gadis  itu  tidak  perasan  akan  kehadiran  di  sebelahnya. Dilihat  gadis  itu  meninjau-ninjau. Mungkin  tunggu  ketibaan  seseorang. Gadis  itu  sebenarnya  Yuri. Saiful  memerhati  gelagat  Yuri. Kenapa  dia  boleh  berada  di  sini  sedangkan  dia  bercuti? Mata  Saiful  tidak  lari  daripada  memandang  ke  arah  Yuri. Siapa  yang  dia  tunggu? Hati  Saiful  tertanya-tanya. Dia  terus  memerhatikan  Yuri. Sejurus  kemudian, seorang  gadis  menerpa  ke  arah  Yuri. Nama  Yuri  disebut  kuat  oleh  gadis  berkenaan. Setiap  patah  perkataan  yang  terkeluar  dari  gadis  itu  tidak  difahami. ‘Mungkin  bahasa  Jepun,’ desis  hati  kecil  Saiful.
            Namun  yang  menghairankan  dirinya, Yuri  turut  bercakap  dalam  bahasa  yang  sama. Diri  Yuri  amat  menghairankan  Saiful. Bagaimana  dia  boleh  faham  bahasa  itu?
            Terus  Yuri  hilang  dari  fikirannya. Kini  rakannya  yang  berada  di  hadapannya  menjadi  tumpuan.


OKADA  amat  gembira  dengan  suasana  di  Kuala  Lumpur  itu. Cantik. Itulah  yang  berada  di  hati  Okada  sekarang. Dia  berasa  bertuah  kerana  dapat  berada  di  Malaysia. Dia  telah  membaca  buku  info  perlancongan  di  Malaysia. Terlalu  banyak  tempat  yang  menarik. Rambang  matanya  hendak  memilih  tempat  yang  ingin  dilawati. Mungkin  pandangan  Yuri  akan  membantunya  dalam  memilih  tempat  perlancongan  yang  sesuai  dengan  dirinya.
            “ Yuri, you  think  where  should  I  go? Where  do  you  suggest?” soalnya  apabila  mereka  berada  di  dalam  kereta  Yuri.
            “ Actually, I  don’t  know  but  if  you  want  to  go  to  Cherating, I  will  take  you  there,” ucap  Yuri.
            “What, Cherating? Is  that  a  waterfall?”
            “ No, it’ near  the  beach. It’s  very   beautiful,” terang  Yuri.
            “Wow, I  want  to  go  there.” Okada  terasa  teruja  dengan  penerangan  daripada  Yuri.
            “ Okey, we  have  decide  where  we  want  to  go. We  will  go  tomorrow. Tonight,you  will  sleep  at  my  house,” ucap  Yuri.
            Setelah  mereka  sampai  di  rumah  Yuri, mereka  mengangkat  beg  Okada  ke  dalam  rumah. Okada  benar-benar  terkejut  dengan  hiasan  dalaman  rumah  Yuri. Yuri  benar-benar  mengaplikasikan  pengajian  yang  dia  belajar  dahulu. Warna  rumah  itu  putih  bersesuaian  dengan  langsir  putih  yang  tergantung  di  tingkap. Susun  atur  perabot  menunjukkan  kreativiti  Yuri. Lampu  yang  di  siling  juga  memikat  hati  Okada.


YURI  berkemas  untuk  kali  terakhir. Dia  memastikan  semua  pintu dan  tingkap  berkunci  rapat. Dia  tidak  mahu  ada  sebarang  kecurian  berlaku  di  rumahnya.
            “ Have  you  finish, Yuri?” soal  Okada  di  luar  rumah.
            “Just  wait  for  a  moment. I  want  to  make  sure  everything  is  lock,”ucap  Yuri.
            Selepas  selesai  memeriksa, mereka  terus  bertolak. Perjalanan  mereka  diserikan  dengan  coleteh  dengan  Okada. Dia  bercerita  tentang  kehidupannya  selepas  habis  belajar. Yuri  bertanya  tentang  Yamato, abang  Okada. Kata  Okada, abangnya  itu  berada  di  Australia  kerana  menyambung  pelajarannya. Kemudian  Yuri  terdiam  semula. Cuma  Okada  yang  bersuara. Okada  mengimbau  kembali  zaman  ketika  mereka  berdua  belajar  di  Universiti  Yokohama. Kadand-kadang  dia  tergelak  seorang  diri. Okada  sememangnya  faham  dengan  sikap  Yuri  yang  tidak  suka  ketawa. Jadi, dia  tidak  kecil  hati.
            Setelah  separuh  hari  Yuri  memandu, akhirnya  mereka  sampai  juga  di  Cherating. Mersa  Resort  akan  menjadi  tempat  penginapannya  mereka. Yuri  telah  membuat  tempahan  semalam. Yuri  mendapatkan  info  tentang  Mersa  Resort  melalui  abangnya, Syaqie  yang  pernah  datang  ke  sini  dahulu. Ia  merupakan  sebuah  tempat  yang  cukup  cantik  dan  sesuai  pada  sesiapa  sahaja  yang  ingin  menenangkan  diri  mereka  selepas  penat  bekerja. Tempatnya  amat  luas  dan  juga  teratur. Hiasan  dalamannya  cukup  menarik  setiap  mata  yang  datang  berkunjun
            Okada  gembira  bermain  dengan  air  laut. Dia  dan  Yuri  juga  ada  menyelam  di  dasar  laut  sambil  menikmati  keindahannya. Ramai  yang  cuba  menyelam. Hampir  seminggu  mereka  berada  di  sini. Okada  tidak  banyak  membeli  belah  di  kedai-kedai  yang  berhampiran  dengan  tempat  itu. Cenderamata  yang  ingin  dibawa  balik  ke  Jepun  sebagai  tanda  dia  pernah  datang   ke  sini. Dia  membeli  kayu  yang  terukir  namanya  dan  Yuri  sebagai  tanda  persahabatan  antara  mereka  berdua.
            Yuri  juga  tidak  ketinggalan  untuk  membeli  cenderamata  kepada  Liya  dan  abangnya. Dibelikan  Liya  selendang  sutera  yang  berwarna  kuning. Dia  tahu  benar  tentang  warna  kegemaran  Liya. Syaqie  pula  dibelikan  sepasang  baju  melayu  yang  berwarna  biru  laut  dan  sehelai  tali  leher.
            Pada  hari  terakhir   mereka  berada  di  sini, mereka  telah  menghadiri  jamuan  besar-besaran  yang  diadakan  oleh  Mersa  Resort. Ia  diadakan  untuk  meraikan  pasangan  yang  baru  berkahwin  iaitu  anak  pengurus  resort  itu. Mereka  juga  telah  bekerjasama  dengan  pengurus  resort  itu  apabila  pengurus  itu  tahu  yang  mereka  berdua  adalah  pereka  hiasan  dalaman.
            “ Have  you  finish, Okada? We  must  hurry up,”ucap  Yuri.
            Okada  kelihatan  seperti  teragak-agak. Dia  tidak  mahu  meninggalkan  tempat  ini. “Wait  for  a  moment. I  want  to  take  some  picture  here.” Dengan  kamera  digital  di  tangannya, dia  merakam  segalanya  yang  terdapat  di  tempat  itu.
            Akhirnya, mereka  bergerak  meninggalkan tempat  itu. percutian  yang  amat  menyeronokkan. Cuma  bagi  Okada. Yuri  hanya  menemankan  Okada  sahaja. Dia  tidak  merasa  apa-apa  kegembiraan  bersama  Okada. Walaubagaimana  pun, dia  tetap  menunjukkan  apa-apa  yang  patut  kepada  Okada.
            

No comments:

Post a Comment