Bab 8
TELAH beberapa kali dia ditengking oleh Saiful. Dia tidak tahu punca kesalahannya. Namun dia sudah lali. Rasanya Saiful seperti marahkan dirinya tetapi kerana apa? Dia sendiri tidak pernah berjumpa dengan Saiful. Inilah adalah kali pertama dia bertemu dengan lelaki ini. Dia masih boleh bersabar melayan kerenah Saiful itu. Tahap kesabarannya masih tinggi.
Saiful sengaja menengking perempuan itu. Dia mahu perempuan bertudung itu berhenti kerja. Puas dia menengking perempuan itu tetapi perempuan itu tetap sabar. Dia menjadi hairan dengan perempuan itu kerana dia Cuma mendiamkan dirinya sahaja dan melakukan tugas tersebut tanpa sebarang rungutan.
“ Hei, cepatlah. Aku dah huas ni,” jerit Saiful.
Yuri mengeluh. Entah kenapa Saiful selalu menyakitkan hatinya. Dia membawa secawan kopi ke bilik Saiful. Waktu makan tengah hari sudah setengah jam berlalu. Yuri pula tidak dibenarkan keluar makan. Selepas menghantar minuman kepada Saiful, dia duduk di mejanya sambil menyanyi kecil. Dia membuka komputer riba yang dibawa. Tiada sesiapa yang tahu dia mempunyai komputer riba. Dia membuka folder yang mempunyai banyak lagu Jepun. Dia lebih sukakan lagu Jepun daripada lagu Melayu.
Sedang dia membelek lagu itu, terdengar suara memanggil dari belakang. Pantas tangannya menutup komputer itu. Berpaling ke belakang, dilihat Saiful sedang merenungnya dengan tajam.
“ Kau buat apa tadi?” soal Saiful.
“ Ergh…saya tengah…..baca buku.” Walaupun dia kelihatan gugup, mukanya tetap tenang.
Saiful berfikir lagi. Apa kerja yang mahu dia suruh Yuri buat? Dia melihat di atas meja Yuri. Ada sebuah beg laptop. Ia seperti menutup sesuatu. Tangannya menarik beg itu. Sebuah computer riba di bawahnya. Wajah Yuri sedikit berubah.
“ Kau curi komputer siapa, hah?” soal Saiful sinis.
“ Itu…komputer kawan saya,” jawab Yuri.
“ Semuanya kawan kau ke? Entah-entah diri kau pun milik kawan kau kan?” sindir Saiful.
Saiful berlalu pergi.
YURI menghadap komputer ribanya. Membuka E-mail nya. Sudah lama dia tidak membuka E-mail. Dia melihat ada E-mail yang baru diterimanya. Dari Okada. Katanya mahu ke Malaysia bercuti. Dia memnita Yuri cuti selama seminggu untuk menjadi pemandu pelancongnya di Malaysia. Dia akan datang pada 6 Februari. Lusa. Jadi, Yuri perlu memohon cuti pada hari.
“ Yuri,” seru Liya di pintu bilik Yuri yang sedia ternganga.
“ Ya? Ada apa?”
“ Esok aku ada lawatan kat Terengganu dan Kelantan,” beritahu Liya.
“ Emm…berapa lama?”
“ Mungkin seminggu. Aku pun tak sure lagi.” Dia duduk di sebelah Yuri.
“ Lusa, my friend from Japan, she want to come here. Dia nak holiday kat sini.” Yuri bermain dengan kekunci komputernya.
“ Oh… Baguslah kalau macam tu. Kau pun ada teman bila aku tak ada. Okeylah aku keluar dulu.” Liya berlalu dari situ.
Yuri pun berasa mengantuk. Dia menutup komputernya lalu berbaring di atas katil. Ke mana, agaknya Okada mahu pergi.
“Hello, I’m Okada Hayasaka. You can call me, Okada.” Okada memberitahu namanya kepada Yuri selepas tamat satu kuliah.
“ Oh…I’m Yukari Hanun. You can call me Yuri.”
Mereka bersalaman.
“ Where do you come from?” Okada bertanya.
“I’ m from Malaysia.”
“ I thought you are japaness. You know you look like japaness people.” Pada mulanya Okada ingatkan Yuri orang Jepun.
“ My mother is japaness. She married with my father from Malaysia,”terang Yuri.
“Come. Hava a drink.” Okada menarik lengan Yuri menuju ke kafe di hujung sana.
Suasana di kafe itu memang sesak dengan pelajar-pelajar yang mengisi perut di situ apabila tiba waktu tengah hari. Kawasan di sekeliling kafe itu memang cantik dan bersih. Mereka berdua duduk di sebuah meja di kafe itu.
“ Wait here. What you want to drink?” Okada berdiri mahu membeli makanan.
Sememangnya kafe itu menggunakan prinsip layan diri. Pelanggan boleh mendapatkan makanan dan minuman dengan sendiri di kaunter.
“Fresh orange,”jawab Yuri.
“ Do you want to eat?”
“ No, thank.” Yuri memerhatikan sekelilingnya.
Ini bukanlah kali pertama rakyat tempatan salah faham tentang negaranya. Ramai yang menganggapnya memang berasal dari negara ini. Mungkin kerana wajahnya. Wajahnya kelihatan seperti wajah orang tempatan. Jadi, mereka tidak dapat membezakannya. Namun dia berasa bersyukur kerana berwajah itu. Ini kerana wajah itu adalah wajah Okasa. Hanya dia seorang sahaja yang mewarisi wajah Jepun dari Okasa.
“ This is for you.” Okada menghulurkan minuman kepada Yuri.
“ Thank.” Yuri menyambut minuman tersebut.
“ Well…. How about your country?” soal Okada.
YURI tersedar dari tidurnya. Pukul 6 setengah pagi. Dia bergegas bangun untuk mandi. Selesai mandi, dia bersolat. Hari ini gilirannya untuk menyediakan sarapan. Yuri ke dapur. Dia mula menyediakan bahan-bahan untuk memasak nasi goreng. Setengah jam kemudian, semuanya siap dihidangkan di atas meja. Dia naik ke biliknya kembali untuk bersiap untuk ke tempat kerjanya.
Setelah bersiap. Dia turun ke ruang makan. Liya sudah berada di situ, menikmati nasi goreng. Yuri mendekati Liya dan makan bersama.
“ Kau dah berkemas?” soal Yuri.
“ Dah. Tengah hari nanti aku bertolak,” jawab Liya.
Baru dua tiga suap, Yuri menolak pinggannya ke tepi. Perutnya tidak dapat menerima lagi. Berkerut dahi Liya melihatnya.
“ Hei, makanlah banyak sikit. Aku tengok kau dah kurus benar,” tegur Liya.
“ Sorrylah, aku dah lambat ni,” kata Yuri sambil berlalu.
Dia cepat-cepat pergi kerana tidak mahu mendengar LIya membebel tentang bentuk badannya. Selalu sangat, Liya menegur. Setahunya, badannya itu sudah okey. Dia menaiki kereta menuju ke tempat kerjanya. Jalan raya sesak. Ini adalah kebiasaan bagi penduduk Bandar sepertinya. Dia tidak boleh lari dari masalah jalan sesak.
Setelah berenang di dalam lautan kereta, dia sampai di tempat kerjanya. Dia duduk di mejanya. Pejabatnya masih lenggang. Cuma dua tiga orang yang berada di situ. Ramai staf yang belum samppai lagi. Belum panas punggungnya di kerusi itu, namanya sudah dipanggil oleh Saiful yang sudah berada di biliknya. Pantas langkahnya dibawa ke bilik Saiful.
“ Ada apa, Encik Hakkai?” soalnya selepas masuk.
“ Buatkan minuman untuk saya. Panas. Sekarang,” arah Saiful tanpa memandang wajah Yuri.
Yuri melangkah keluar dari bilik Saiful. Dia pantas ke pantry yang terletak di hujung koridor itu. dia membancuh air kopi. Dia tahu itu adalah minuman kegemaran Saiful. Setelah siap, dibawanya ke bilik Saiful. Saiful kelihatan berlainan hari ini. Dia kembali ke mejanya dan memulakan kerja. Pejabat itu mula penuh dengan pekerjanya. Dia telah mengisi boring untuk memohon cuti. Boring itu akan diserahkan kepada Encik Halim, ketua bahagian sumber manusia. Yuri ke bilik Encik Halim yang terletak bersebelahan bilik Saiful.
“ Ayu, Encik Halim ada tak?” soalnya kepada Idayu yang merupakan setiausaha Encik Halim.
“ You nak apa?” Idayu tidak berapa menyukai Yuri. Ini kerana Saiful memberikan perhatian kepada gadis di hadapannya.
“I nak mohon cuti,” beritahu Yuri.
“ Masuklah,” ucap Idayu.
Yuri mengetuk pintu Encik Halim. Selepas mendengar arahan masuk, dia menapakkan diri ke dalam bilik Encik Halim. Encik Halim tersenyum melihat Yuri.
“ Duduklah,” ucap Encik Halim dengan lembut.
‘ Peluang ni,’ desis Encik Halim. Dia sudah lama ingin berbual dengan Yuri. Belum pernah dia bercakap dengan gadis ini. Jadi, dia perlu merebut peluang ini.
“ Awak sihat?” soal Encik Halim.
“ Hmm….” Jawab Yuri.
Yuri menyerahkan borangnya itu ke tangan Encik Halim. Dia mahu cepat-cepat keluar dari bilik itu. dia bukannya tidak faham dengan gelagat Encik Halim. Dia sudah matang dengan kelakuan lelaki sebegini.
“ Jadi awak nak cuti ye? Wah…sampai seminggu? Awak buat apa?” Encik Halim meneliti boring itu.
“ Kawan saya dari KB nak datang sini. Jadi saya nak temankan dia,” terang Yuri. Biarpun dia berbohong.
“ Baiklah, saya luluskan permohonan awak ni. Tengah hari nanti, kita lunch sama,” ajak Encik Halim.
“ Maaflah. Saya ada kerja nak buat dengan Encik Saiful,” tolak Yuri.
“ Jadi, betullah apa yang saya dengar? Awak dengan Saiful ada hubungan,” tuduh Encik Halim.
“ Siapa yang buat fitnah ni?”
“ Saya dengar dari staf-staf yang lain,” ucap Encik Halim.
“ Terpulang pada sesiapa yang mahu percayakan fitnah tu. Saya tak boleh halang. Saya keluar dulu,” ucap Yuri.
No comments:
Post a Comment