Bab 19
Yuri membelek dirinya dengan pakaian baru itu. Dia kelihatan amat bergaya dengan pakaian itu. Busana muslim amat terkenal dengan baju wanita yang sesuai untuk wanita bertudung. Selepas berasa dia sudah selasai dengan pakaian itu, dia membawa beg yang berisi pelan lukisan dalaman itu keluar dari rumah. Dia memandu dengan tenang. Jalan raya kelihatan lenggang. Dia sampai ke syarikat Wawasan Design. Dia keluar dari kereta melangkah ke dalam. Dia disambut oleh penyambut tetamu syarikat. Penyambut tetamu itu tersenyum.
“ Boleh tak saya nak tahu di mana bilik Puan Fauziah?” soal Yuri.
“ Cik jalan terus. Naik tingkat tiga, lepas tu, cik belok kiri. Cik tanyalah dengan setiausaha Puan Fauziah yang berada di situ,” terangnya.
“ Terima kasih.” Dia berlalu ke arah yang dinyatakan. Sampai di sana, dia menegur seorang wanita di situ. “ Cik ni setiausaha Puan Fauziah ke?”
“ Yalah. Cik nak apa?” balas wanita itu.
“ Saya datang ni nak temuduga dengan Puan Fauziah,” ucapnya.
“ Ooo…cik Yukari Hanun rupanya. Sebentar ye.” Wanita itu menekan pusat di telefon kemudian dia bercakap sesuatu. Dia mengangguk-angguk.
Wanita itu tersenyum manis. “ Cik boleh masuk ke bilik Puan Fauziah. Bilik dia di sebelah sana.”
Yuri mengangguk. Dia berjalan ke bilik Puan Fauziah. Dia mengetuk pintu Puan Fauziah. Kedengaran suara menyuruhnya masuk. Dia masuk. Puan Fauziah tersenyum manis. Yuri cuba untuk tersenyum namun wajahnya kaku.
“ Cik Yukari, silakan duduk,” pelawa Puan Fauziah. Yuri menarik kerusi dan duduk. “ Shall we start?” soal Puan Fauziah.
“ Yes,” ucapnya.
“ So, why you choose this career?”
“ Because I like it. I like to design the house with my idea,”ucapnya dengan tenang.
“Can I see your design?”
Yuri mengangkat beg dan mengeluarkan beberapa pelan lukisannya. Lalu, dia memberikan kepada Puan Fauziah. Puan Fauziah meneliti dengan tekun. Kemudian Yuri menghulur sijil-sijil semasa dia berada di Jepun. Puan Fauziah membelek sijil-sijil itu pula.
“ Wow, you are very person. University Yokohama and you had worked at Japan about 2 year. Why you come back here?”
“ Because my brother asks me to do that. He want me to stay here with him,” terang Yuri.
“ Oh…I see. Have you married?”
Yuri memang menduga yang Puan Fauziah akan bertanya tentang itu. Walaupun dia tidak sukakan soalan itu, dia tetap menjawab soalan itu.
“ Yes.” Tanpa teragak-agak, dia memberitahu.
“ Can I ask you one more thing?”
Yuri mengangguk.
“ Are you japaness people?”
“ My mother is japaness people. My father is malaysian people.” Dia memberitahu.
“ Oh…I see. That why you look so beautiful,” puji Puan Fauziah. “ Congratulation, Miss Yukari. You are accepted to work here.”
“ Thank you, Puan Fauziah. I will show my best here,” ucap Yuri. “ When can I start the work?”
“ The next day after tomorrow,” jawab Puan Fauziah.
“ Liya, can we lunch together today?” soalnya dalam telefon. Liya yang terkejut dengan pelawaan Yuri segera bersetuju. Bukan senang Yuri mengajaknya lunch bersama. Pelawaan itu diterima dengan hati yang senang. Mereka berdua berjanji untuk makan di restoran setiasama. Pukul 1 petang, Yuri pun sampai. Liya sudah berada di meja makan. Yuri mendekati Liya. Liya terpegun dengan penampilan diri Yuri. Nampak elegan.
“ Kau nampak cantik hari ini. Ke mana?” soal Liya selepas Yuri melabuhkan punggung ke kerusi.
“ Temuduga,” jawabnya pendek.
“ So, macam mana? Accepted?”
“ Yup. Dia tanya aku macam-macam. Jawab jelah.”
Liya tidak terkejut kalau Yuri mendapat pekerjaan itu. Dia memang layak.
“ Kau macam mana? Dah jumpa member nak duduk kat rumah aku tu?” Dia memanggil pelayan untuk memesan makanan.
“ Dah. Dua orang,” ucapnya.
“ Don’t use my bed. Ask them to use another two bed,”ujar Yuri.
Liya mengangguk perlahan. Dia tahu Yuri tidak suka jika ada orang yang mengubah posisi katil di dalam biliknya. Dia sendiri tidak menyukai perkara itu.
“ Kau macam mana duduk kat rumah tu?” soal Liya pula.
“ It’s okey. Nothing’s interesting happen,”ucapnya.
Pelayan restoran itu datang dan meletakkan nasi goreng putih bersama ikan masin di atas meja di hadapan Yuri bersama air oren. Manakala di hadapannya diletakkan pula nasi dagang bersama air the laici. Dia memang tahu kegemaran Yuri. Yuri mula makan. Begitu juga dengan Liya. Suasana antara mereka senyap. Adab makan. Yuri tidak berapa suka jika mereka bercakap ketika makan. Itu bukanlah tabiatnya. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Pantas dia mengangkatnya.
“ Moshi Yuri.” Suara Okada jelas kedengaran.
“Moshi Okada,”jawabnya.
“ Yuri, I call you because I want to ask you about the reunion function. Do you want go to?”
“ I not sure yet. I will confirm later okey.
“ One more thing….have you married?”
“ How do you know about this?”
“ Last week I call you but one man answered my call. I ask him, who are you. And he says he is your husband. Is that true?”
“ Yes. I happened to fast. Until I forgot to tell you. I’ sorry.”
“ It’s all right. Sayonara. ( bye )”
Yuri menyambung makannya semula. Selesai makan, barulah Liya berkesempatan untuk bertanya. “ Siapa?”
“ Okada. Kawan aku dari jepun.”
“ Apa yang dia nak?”
“ Dia tanya pasal majlis kat U aku itu. aku tak tahulah nak pergi ke tidak. Kau tahulah macam mana keadaan aku sekarang,” ujar Yuri.
“ Eh, Yuri aku dah lambat ni. Aku pergi dululah.” Liya bangun.
“ Hmmm… hari ni aku belanja,” ucap Yuri.
Selesai membayar, Yuri keluar dari restoran itu. dia tidak tahu ke mana mahu dituju. Dia telah mengambil cuti sehari. Teringat pula tentang Okasa. Dia sudah lama tidak menziarahi pusara Okasa. Dia menhidupkan enjin kereta dan menuju ke tanah perkuburan itu. dia sampai di tanah perkuburan itu. tanah perkuburan itu lenggang. Maklumlah hari ini hari bekerja. Dia menuju ke pusara Okasa. Dia duduk di tepi pusara itu. tangannya mengeluarkan surah Yassin yang sentiasa berada di dalam tas tangannya.
Dia mula membaca Al-fatihah diikuti dengan surah Yassin. Suaranya yang serak basah mengalunkan surah Yassin itu. Hatinya amat tenang selepas membaca surah itu. kemudian dia mencabut rumput-rumput yang tumbuh meliar di atas pusara Okasa. “ Okasa, semoga Okasa berbahagia di sana. Yuri akan datang lagi jumpa Okasa bila Yuri ada masa. Assalamualaikum.”
No comments:
Post a Comment