Bab 1
YURI duduk di kerusi yang disediakan. Kawannya, Liya sibuk melayan tetamu yang datang. Dia memandang sekeliling kawasan itu. Ramai orang yang menghadiri majlis ini. Dia sebenarnya tidak sukakan majlis sebegini kerana dia akan berjumpa dengan ramai orang. Majlis sebegini cuma menyesakkan fikirannya yang memang dari mula sesak.
Majlis itu sebenarnya diadakan untuk meraikan kepulangannya dari Jepun seminggu yang lepas. Puan Zanariah, ibu kepada Liya yang beria-ria mahu mengadakan majlis itu. Yuri tidak sampai hati untuk menolak. Terlalu banyak jasa keluarga ini terhadapnya. Akhirnya, dia membiarkan Puan Zanariah menguruskan segalanya.
“ Kau tak nak makan ke?” tegur Liya.
“ Aku tak lapar lagi.” Jari Yuri bermain dengan straw dalam gelasnya.
Liya hanya mampu memandang. Dia tidak boleh memaksa Yuri. Dia cuma hairan, bagaimana gadis ini boleh menahan lapar. Dia tidak nampak Yuri makan pada tengah hari tadi. Dikerling tubuh kecil Yuri itu. Semuanya tidak berubah. Yuri masih kelihatan cantik. Keayuan wajah Yuri amat terserlah pada malam ini. Ramai juga jejaka yang menoleh ke arah Yuri.
“ Syaqie tak datang?” soalnya kembali.
“ Entah, aku tak tahulah. He told me, if he has extra time, he will come. May be he on the way,” terang Yuri.
Abangnya, Syaqie Aikawa merupakan seorang peguam. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan abangnya itu. Syaqie ada melawatnya di Jepun dua bulan lepas memujuknya kembali ke Malaysia. Dia sudah 6 tahun
menetap di Jepun. Dia memang berhajat untuk tinggal terus di Jepun. Atas pujukan abangnya jugalah, dia menjejakkan semula kakinya ke Malaysia.
“ Princess,” panggil seseorang.
Yuri bangun dan berpaling. Dia tahu benar akan suara itu. Cuma seorang yang memanggilnya dengan panggilan sebegitu. Kelihatan abangnya bersama seorang lelaki yang tidak kurang segaknya.
“ Princess, long time no see,” sapa Syaqie.
“ Hmm…… Aika, you look different,” sapa Yuri pula.
“ Yes, I’m. Oh, I almost forget about you. Princess, Liya, this is my friend, Adam.” Syaqie memandang ke arah kawannya.
“ Nama saya Nuri Safina Aliya but you can call me Liya. This is my friend, Yukari Hanun, Yuri,” balas Liya dengan senyuman manis.
Yuri tidak berminat dengan itu. Lelaki itu tidak menarik minatnya langsung. Dia tidak mahu ada sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki. Syaqie perasan dengan wajah Yuri yang bosan itu. Dia mengambil peluang ini untuk berbual dengan Yuri. Selepas ini, mungkin agak sukar bagi Syaqie untuk bertemu dengan Yuri. Dia menarik lengan Yuri jauh dari pandangan orang.
“ Adam, aku ada benda nak dibincangkan dengan Yuri.kau makanlah dulu,” ucap Yuri.
Setelah mereka berdua jauh dari orang lain, mereka mula berbual-bual.
“ What’ s thing make you came back here?” soal Syaqie.
“ You want to know what, it’s because of you,” jawabnya.
“ You miss me,don’t you?” Syaqie cuba bergurau.
Yuri langsung tidak ketawa. Gurauan itu langsung tidak mencuit hatinya. Bukan. Dia sudah tidak tahu bagaimana caranya untuk ketawa. Syaqie mengeluh. Dia sudah habis daya mahu mengembalikan Yuri yang dulu. Yuri yang periang. Lantas, Syaqie memeluk tubuh adiknya itu
“ Princess, don’t do like this. Please.” Syaqie cuba merayu.
Liya ternampak Syaqie memeluk Yuri di situ. Dia sedikit cemburu melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Syaqie. Yuri kelihatan kaku. Adam juga terkejut melihat situasi itu. Dia tidak menyangkakan Syaqie boleh memeluk perempuan itu. Alangkah indahnya, kalau perempuan itu berada dalam dakapannya.
“ Awak tak tahu ke yang Yuri tu adik dia?” Liya seperti dapat membaca apa yang tersirat di fikiran Adam.
“ Tak, Syaqie tak pernah beritahu yang dia ada adik perempuan,” ucap Adam.
“ Patutlah awak nampak terkejut aje tengok diaorang.” Liya menuju ke meja tempat di mana Yuri duduk sebentar tadi.
Tidak lama kemudian, Syaqie dan Yuri mendekati Liya. Wajah Syaqie kelihatan muram. Yuri seperti tiada emosi sekarang.
“ Liya, jom kita masuk dalam rumah. Sejuklah duduk kat luar ni.” Yuri pantas menarik lengan Liya mengekorinya.
Liya tidak dapat mengagak apa yang berlaku antara Syaqie dan Yuri.
MALAM itu, Yuri tidur di bilik Liya. Liya berkeras menyuruhnya tidur bersama. Sudah pukul 12 tengah malam, matanya tidak mengantuk lagi. Dia duduk di balkoni bilik Liya. Dia duduk di kerusi yang terdapat di situ. Liya sudah lama dibuai mimpi. Bilik Liya seperti sebuah perpuatakaan mini. Terdapat banyak novel yang disimpan di situ. Perangai Liya dari dahulu tidak pernah berubah.
Dahulu, dia dan rakan-rakan yang lain menggelarkan Liya dengan nama kaki novel. Setiap kali dia berjalan, akan ada sebuah novel yang dikepitnya. Dia tidak kisah. Liyalah kawannya yang baik dalam hidupnya.dia memandang ke arah langit yang gelap. Bulan tiada di tempatnya. Bintang-bintang pula kebanyakkan menyembunyikan diri di sebalik awan yang tebal. Sewaktu dia di Jepun, waktu inilah yang paling sesuai untuk melihat pertunjukkan bunga api bunga.
“ Yuri, do you want to join me to go to the festival. It’s very fun. They have a firewoks too. It’s very beautiful,” ajak Okada Hayasaka.
Okada adalah kawannya ketika berada di Jepun.
“ Festival………..Fireworks.” perlahan suara Yuri ketika itu
“ Yes, come with me. I have a good place to enjoy the fireworks.” Beria-ia Okada mengajaknya.
Yuri berfikir seketika. Dia tidak ada apa-apa rancangan pada malam ini. Jadi, rasanya tidak salah dia mengikut Okada.
“ Hmm………….okey. I will go with you,” kata Yuri.
“ Horey, oh……Yuri come to my house at 5 p.m. I want you to wear a kimono.”
“ Yes, kimono. The cloth that I wear yesterday,” ucap Okada.
“ Okey.”
“Yuri, you took beautiful. It’s suit to you,” puji Okada apabila dia sudah memakai baju kimono.
“ You look like a japaness women. So beautiful,” pujinya lagi.
“ Oh……..we are late. Come, hurry up.” Okada pantas menarik tangan Yuri.
Sewaktu menuju ke tempat yang dikatakan oleh Okada, dia melihat ramai orang berpusu-pusu datang ke sini. Kebanyakkan merupakan kanak-kanak. Mereka seronok bermain permainan yang disediakan di sini.
“Hey, let’s play the game first. It’s look fun,” ajak Okada.
Banyak permainan yang mereka cuba. Banyak yang mereka menangi. Yuri telah memberi hadiah yang dimenangi kepada kanak-kanak yang berada di situ. Yuri duduk di sebuah bangku untuk melepaskan lelah. Okada pergi membeli minuman. Sedang dia menunggu Okada, muncul seorang lelaki kacak duduk di sebelahnya. Kemudian lelaki itu bercakap dalam bahasa Jepun. Pada waktu itu, Yuri baru dua bulan berada di Jepun. Dia masih belum fasih menggunakan bahasa Jepun.
Tidak lama kemudian, Okada pulang dengan membawa minuman. Dihulurkan kepada Yuri. Dia bercakap sesuatu dengan lelaki itu. Dia kelihatan mesra dengan lelaki itu. Lelaki itu kelihatan terangguk-angguk apabila mendengar ucapan daripada Okada. Okada berpaling ke arahnya dan menerangkan yang lelaki itu merupakan abangnya. Mereka bertiga ke tempat yang dicadangkan oleh Okada. Tempatnya di atas bukit berdekatan dengan festival itu. Tempat itu memang tersorok dari pandangan mata orang ramai. Tidak ramai yang mengetahui tempat itu. Mereka duduk menantikan saat bunga api itu dilepaskan.
No comments:
Post a Comment