Bab 25
SELEPAS makan malam, Hakkai duduk di hadapan televisyen untuk menonton berita. Kopi yang terhidang dihirup perlahan. Ayahnya telah masuk ke bilik, berehat. Gadis itu entah ke mana. Dia tidak tahu ke mana hala tuju gadis itu selepas makan malam. Rancangan selepas berita tidak menarik minat Hakkai untuk mengikutnya. Dia menaiki tangga untuk menuju ke biliknya. Perlahan-lahan, dia masuk ke biliknya. Dia melihat gadis itu telah tidur di tempat biasanya. Tingkap yang dibiarkan terbuka menyebabkan Hakkai terasa sejuk. Dia pun menutup tingkap itu.
Dia memandang ke arah wajah gadis itu. Tiba-tiba dahinya berkerut. Kenapa? Dia meliaht ada air mata gadis itu mengalir keluar. Deras. Dia ni sedang menangis dalam tidur ke? Dia sendiri tidak tahu. Namun dia tidak mahu menganggu tidur gadis itu. Biarlah dia menangis sekalipun.
YURI terkejut dari tidurnya. Mimpi itu benar-benar berulang. Dia melihat jam di sebelahnya. Sudah pukul 3 pagi. Rupanya hari ini 7 haribulan 7. Patutnya dia bermimpi tentang mimpi itu. Dia meraup mukanya. Dia sudah tidak dapat melelapkan matanya. Dia keluar dari biliknya. Dia mahu meminum minuman panas agar matanya sedar. Dia memang bercadang tidak mahu tidur pada 7 haribulan 7 tetapi dia lupa. Setiap kali tiba 7 haribulan 7, dia akan terlupa.
Dia membancuh kopi. Dia tidak membuka lampu. Tiba-tiba dia terdengar bunyi seperti ada orang di ruang tamu. Dia mengintai. Terdapat dua kelibat manusia yang sedang menyelongkar almari. Perlahan-lahan dia mendekati kelibat manusia itu. kedua-duanya tidak sedar yang mereka sedang didekati. Yuri mengambil bekas habuk rokok milik Tuan Ahmad. Dengan sekali ayunan, bekas itu tepat mengenai kepala salah seorang dari lelaki itu. lelaki itu menjerit kuat kerana kesakitan.
Salah seorang dari mereka menuju pantas ke arah Yuri. Yuri telah bersedia dengan langkahnya. Sepakan tepat terkena di wajah lelaki itu. keadaan menjadi terang-beranda apabila Mak Lin memetik suis lampu. Seorang lelaki itu ingin melarikan diri tetapi tidak berjaya. Libasan kaki Yuri tepat mengenai kepala lelaki itu. pengsan lelaki itu dibuatnya. Dia menarik nafas lega. Namun dia terasa badannya dipeluk dari belakang. Terasa pisau berada dekat di lehernya. Dia tergaman seketika.
“ Jangan rasa diri tu hebat sangat, perempuan. Kau dah terperangkap.” Walaupun dalam kesakitan, dia dapat berdiri.
“ Jangan buat apa-apa pada dia,” jerit Hakkai.
“ Wanginya dia ni. Dahlah cantik. Tentu seronok.” Lelaki itu tersenyum dengan penuh kenafsuan.
Yuri mengerling. Tindakannya merebut pisau berjaya membuatkan dirinya melepaskan diri dari cengkaman lelaki itu. sekarang, dia berdiri di belakang lelaki itu dengan mengacukan pisau itu di leher lelaki itu.
“ Sekarang ni siapa yang terperangkap?” Tangannya menghiris sedikit kulit lelaki itu.
Lelaki itu menjerit kesakitan. Darah di kepalanya telah membasahi baju lelaki itu. Darah di leher lelaki itu terkeluar sedikit. Kedengaran pihak polis di luar rumah. Dua lelaki itu diberkas oleh pihak polis. Pihak polis meminta keterangan daripada Yuri. Yuri pun memberitahu yang sepatutnya. Badannya teramatlah letih. Ini kali kedua dia bertindak sebegitu. Kali pertama ketika di Yokohama, Jepun. Ketika itu, dia sedang berjalan keseorangan pada waktu malam. Dia telah diserang oleh sekumpulan lelaki.
Dia memerhati pihak polis membawa kedua lelaki itu. Dia berdiri di hadapan pintu. Badannya akan hilang imbangannya. Pandangannya menjadi semakin kabur. Dia cuba menahan dirinya supaya tidak jatuh di situ. Namun dia tumbang jua. Hakkai sempat menyambut tubuh gadis kecil itu. Dia mengangkat tubuh gadis itu ke biliknya. Dia membaringkan gadis itu ke atas katil. Hakkai menatap wajah gadis itu. Perwatakan gadis itu benar-benar tadi. Skill berlawan gadis itu benar-benar menakjudkan. Mak Lin masuk ke bilik Hakkai untuk keadaan Yuri. Dia risau melihat gadis itu berlawan.
“ Dia dah sedar ke Kai?” soal Mak Lin.
“ Belum, Mak Lin,” ucap Hakkai.
“ Macam manalah dia boleh jadi berani macam tu? Terkejut jugak Mak Lin tadi masa buka lampu,” ujar Mak Lin.
Wajah Yuri bergerak ke kiri dan kanan. Wajahnya berpeluh-peluh. Badannya terbangun dan tersentap. Serentak sebutan Okasa bergema kuat di mulutnya. Dia menutup mukanya dengan kedua belah tapak tangan. Mak Lin mendekati dan memaut bahu Yuri. Dia dapat merasa badan gadis itu mengigil. Bibir gadis itu mengigil juga.
SYAQIE duduk di ruang tamu bersama Tuan Ahmad. Syaqie datang kerana ingin melihat keadaan Yuri setelah menerima panggilan telefon daripada Hakkai pagi tadi. Bimbang juga apabila mendengar cerita daripada Hakkai.
“ Macam mana dengan kerja Syaqie? Banyak kes?” soal Tuan Ahmad.
“ Banyak kes. Tapi penat jugak,” jawab Syaqie.
“ Kerja memang memenatkan. Tak ada kerja yang tak memenatkan,” ucap Tuan Ahmad.
Syaqie melihat Yuri turun ke ruang tamu. Langkah Yuri terhenti seketika. “ Aika buat apa kat sini?”
“ Pak cik saya nak bawa Yuri keluar, boleh?” Dia mengajukan soalan.
“ Tentu boleh.” Tuan Ahmad memberi keizinan.
Yuri mendapatkan Syaqie. Kerlingan mata Yuri menyapa pandangannya. Syaqie tahu tentu adiknya bertanya untuk apa dia dijemput..
“Princess bersiap. Kita akan pergi ke satu tempat,” ujar Syaqie.
Yuri merenung mata Syaqie. Ada sesuatu yang tidak dapat difahami. Syaqie mengangguk. Yuri naik ke bilik. Selepas beberapa minit kemudian, dia turun kembali. Dia mendapatkan Tuan Ahmad untuk bersalam. Syaqie telah sedia menunggu di dalam keretanya. Selepas Yuri masuk ke dalam kereta. Syaqie bergegas keluar dari luar rumah itu.
“ Kenapa?” Yuri langsung tidak memandang wajah Syaqie. “ Tentu ada sesuatu yang Aika nak beritahukan?”
Syaqie langsung tidak menjawab pertanyaan Yuri. Dia cuma tersenyum. Yuri turut mendiamkan dirinya. Dia tahu jika perangai abangnya sebegitu, tentu ada rencana yang telah dirancangkan. Dia akan bertanya lagi apabila masa yang sesuai. Syaqie berhenti di hadapan Hotel Royal Park. Dia menyuruh Yuri keluar. Namun Yuri tidak bergerak dari tempat duduknya. Syaqie menggeleng.
“ Syaqie Aikawa,” panggil Yuri dengan lantang.
Syaqie mengeluh. Jika namanya disebut dengan penuh, itu bermakna Yuri memang marah. Dia masuk kembali.
“ Salah ke kalau kita keluar makan?” soal Syaqie.
“ Yuri tak cakap salah tapi Yuri nak tahu tujuan Aika bawa Yuri ni.” mukanya masam sahaja.
Syaqie tersenyum. Dia mahu rancangannya berjaya hari ini. Hari lahir adiknya perlu disambut untuk menjayakan rancangannya walaupun dia sendiri tahu yang adiknya tidak berapa suka dengan sambutan hari lahir itu.
“ Actually, I want to celebrate your birthday,” ucapnya.
“ Aika, you know. I don’t like celebrate my birthday. Have you forget?” ucap Yuri dengan jelingan matanya yang tajam.
“ Please, princess. Just one more time,” rayu Syaqie.
Yuri mengeluh panjang. Dia tidak memberi apa-apa reaksi terhadap rayuan abangnya. Pening kepalanya memikirkan hasrat abangnya. “ Okey.” Yuri memberi kata putus.
Bibir Syaqie segera mengukirkan senyuman manis. Rancangannya kali ini akan berjaya. Dia keluar dari kereta, diikuti dengan Yuri. Mereka berdua masuk beriringan ke restoran hotel ini. Yuri amat pasti yang Syaqie telah menempahkan meja untuk kali ini. Dia memandang sekelilingi sebelum melabuhkan punggungnya ke kerusi. Kepalanya giat memikirkan rancangan abangnya kini. Namun begitu, kepalanya langsung tidak ada apa-apa kemungkinan yang boleh berlaku. Akhirnya dia membiarkan sahaja.
“ Princess nak makan apa?”
“ Spageti and lemon juice,” jawabnya perlahan.
Syaqie pun memanggil waiter untuk membuat pesanan. Selepas itu, keadaan antara mereka berdua sepi. Kelihatan Syaqie berulang kali memandang sekeliling mereka. Entah apa yang ingin dilihat. Dia selalu tidak tahu. Pesanan tadi pun sampai. Pada mulanya, dia cuma merenung spageti itu tetapi selepas ditegur oleh Syaqie, spageti itu sampai jua ke mulutnya. Setelah beberapa ketika, dia berasa dirinya seperti diperhati oleh seseorang. Dia memandang sekeliling. Keadaan cuma seperti tadi. Cuma ada beberapa orang yang bertambah di meja hujung. Dia tunduk kembali. Dia masih merasakan ada orang yang sedang perhatikannya.
Dia memejam matanya untuk beberapa ketika. Kemudian memandang sekali lagi persekitaran restoran itu. Ah…tak mungkin ada yang memerhatikannya, kalau ada pedulikan, desis hati kecilnya. Syaqie Cuma memandang gelagat Yuri. Dia tidak mahu menegur. Dia dapat merasakan yang Yuri tahu dia sedang diperhatikan.
“ Sudah makan ke? Nak balik?” soal Syaqie.
“ Hmmm…..” jawabnya.
Selepas menjelaskan bil, Syaqie dan Yuri keluar dari hotel itu. Deringan telefon bimbit milik Syaqie mengejutkan mereka. Segera Syaqie mengangkatnya.
“ Hello.” Dia diam seketika. “ Dah tengok dia?”
“ Baiklah. Biarlah hati dia lembut sikit. Dah tentu dia boleh terima,” ucap Syaqie.
Beberapa minit kemudian dia mematikan telefon setelah memberi salam. “ Jomlah kita balik,” ajak Syaqie.
“ Kita pergi supermarket dulu. Yuri nak beli buah,” ujar Yuri.
“ Beli buah? Untuk siapa?”
“ Untuk Hurin.”
“ Siapa Hurin?”
“Nanti Aika tahulah.”
SAMPAI di sebuah rumah yang tidak diketahui oleh Syaqie, Yuri keluar dari kereta menuju masuk ke dalam rumah itu. syaqie mengekori langkah Yuri.
“ Auntie Yuri.” Ada seorang kanak-kanak meluru ke arah Yuri. Kanak-kanak itu memeluk erat Yuri. Syaqie terkejut melihat senyuman yang terukir jelas di wajah Yuri. Itu.
“ Ini siapa, auntie?” soal kanak-kanak itu.
“ Ni abang auntie. Hurin boleh panggil uncle Syaqie.” Yuri memperkenalkan abangnya kepada Hurin. “ And Aika, this is Hurin.”
Hurin menarik tangan Syaqie lalu mencium tangan Syaqie. Syaqie terpana. Lalu dia mengangkat Hurin dalam dukungannya.
“ Hurin, mama Hurin ada tak?” soal Yuri.
Hurin mengangguk-angguk. Dia senang sekali dalam dukungan Syaqie. Mudah benar dia mesra dengan Syaqie.
“ Uncle ni suami auntie Yuri ke?” Petah mulutnya bertanya.
Syaqie tersenyum sebelum menjawab, “ Bukanlah, uncle ni abang kepada auntie Yuri.”
“ Abang tu…adik-beradiklah ye,” ucap Hurin.
Hurin tersenyum setelah memandang Syaqie yang terangguk-angguk. “ Jom kita masuk ke dalam rumah Hurin. Yuri telah lama masuk ke dalam rumah untuk bertemu dengan Puan Anisah. Hurin menyuruh Syaqie supaya duduk di ruang tamu sementara dia pergi ke dapur mencari mamanya. Kelihatan Yuri sedang berbual dengan mamanya, dia memanggil mamanya.
“ Ye sayang,” sahut mamanya.
“ Mama, auntie Yuri bawa uncle Syaqie datang,” ujarnya.
“ Nanti mama hidang air kat dia ye.” Tangan Puan Anisah mengusap kepala Hurin.
Kedengaran ada orang yang memberi salam di luar rumah. Syaqie yang sedang rancak berbual dengan Puan Anisah menjenguk ke luar rumah. Kelihatan seorang lelaki yang membelakanginya. Dia masuk semula dan memberitahu kepada Puan Anisah tentang kedatangan lelaki itu.
“ Kau rupanya, Hasif. Kak Nisa ingat siapa tadi,” tegur Puan Anisah memandang lelaki itu. “ Marilah masuk. Kak Nisa pun ada tetamu ni.”
“ Hasif?”
“ Syaqie?”
Syaqie terpinga melihat Hasif yang ditemui di Kepala Batas dahulu di hadapannya kini. Hasif juga berasa pelik.
“ Kenapa kau kat sini?” soal Hasif.
“ Dia ni abang kepada Yuri, perempuan yang jumpa Hurin waktu Kak Nisa tinggalkan dia dulu,” jawab Puan Anisah bagi pihak Syaqie.
“ Ooo..macam tu,” ucap Hasif.
“ Habis tu, kenapa kau ada kat sini pulak?” Giliran Syaqie pula yang bertanya.
“ Kak Nisa ni sepupu aku sebelah mak,” jawabnya. “ Mana Hurin, Kak Nisa?”
“ Hurin dengan auntie Yuri dialah.”
“ Hah…dengan Yuri?” Hasif terkejut.
Di saat itu, kedengaran suara Hurin yang sedang kuat ketawa. Mereka berpandangan antara satu sama lain. Hurin muncul bersama Yuri yang tersenyum manis. Syaqie kaku melihat senyuman itu. senyuman yang telah lama tidak dilihat. Senyuman itu…..dia benar-benar rindukan senyuman manis di bibir mungkil adiknya.
No comments:
Post a Comment