Bab 23
“ YES, auntie Yuri dah datang,” pekik Hurin sambil berlari ke arah Yuri. Dia memeluk dan mencium pipi Yuri yang putih itu. Dia tersengih memandang Hurin. “ Lama Hurin tunggu auntie.”
“ Sorry, sayang. Auntie lambat sebab jalan jem,” terang Yuri.
“ Tak apalah. Auntie dah datang dah. Jom masuk. Mama dan kawan-kawan Hurin dah tunggu,”ajak Hurin.
Yuri mengekori langkah Hurin yang berlari masuk ke rumah. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak berusia dengan Hurin bersama Puan Anisah, mama kepada Hurin berada di meja yang penuh dengan sajian. Sebuah kek yang berwarna coklat dengan tulisan di atasnya, ‘ Selamat Hari Lahir, Hurin yang ke-5.’
Hurin menyuruh Yuri duduk di sebelahnya. Majlis itu dimulakan. Nyanyian daripada kanak-kanak lain bergema. Hurin tersenyum manis apabila dia diraikan sebegitu. Setelah tamat nyanyian itu, dia meniup lilin yang menyala di atas kek itu. Mama Hurin mencium pipinya. Yuri juga mencium pipi si manis itu.
Puan Anisah menghulurkan sekotak hadiah yang berbalut cantik kepada Hurin. Pantas kanak-kanak itu mencapainya. Dengan rakus, dia membuka balutan itu dan melihat hadiah di dalamnya. Sebuah kotak muzik dengan muzik hari jadi kedengaran.
“ Thank you, mama. Hurin sayang mama,” ucap Hurin.
“ Auntie akan bagi hadiah Hurin nanti, okey,” beritahu Yuri apabila Hurin memandangnya.
Hurin pun memotong kek itu dan memberikan kepada rakan-rakannya. Gembira hatinya melihat kanak-kanak itu tersenyum manis.
“ Terima kasih kerana datang ke majlis Hurin ni,” ucap Puan Anisah ketika mereka duduk berdua.
“ Saya sebenarnya seronok tengok Hurin gembira macam tu,” ucap Yuri.
“ Cik Yuri ni dah kahwin?”
“ Ya, saya dah kahwin.”
“ Dah lama ke?”
“ Baru lagi.”
“ Patutlah, tentu cik Yuri nak anak cepat kan,” ujar Puan Anisah memandang ke arahnya.
Perubahan di wajah Yuri jelas kelihatan. Dia memang ada harapan untuk mempunyai anak sendiri tetapi itu tidak mengkin terjadi selagi dia bersama Hakkai.
“ Puan Anisah, saya nak bawa Hurin jalan-jalan nanti, boleh? Malam nanti saya hantar dia balik,” pinta Yuri.
Sebenarnya dia mahu menyuruh Hurin memilih sendiri hadiah hari lahirnya. Puan Anisah mengangguk. Selepas semua rakan Hurin, Yuri mengajak Hurin ke shopping complex. Melompat-lompat Hurin mendengar pelawaan dari Yuri.
SAMPAI di shopping complex, Hurin pantas keluar dari kereta. Yuri menggeleng-geleng melihat telatah Hurin yang sedang gembira itu.
“ Jomlah kita masuk, auntie,” ucapnya sambil menarik lengan Yuri.
Terlalu ramai orang di situ. Yuri memimpin tangan Hurin. Dia takut kehilangan kanak-kanak itu.
“ Hurin suka apa?”
“ Hmmm…Hurin suka buku. Story book,” ucap Hurin.
“ Kalau macam itu, jom kita ke kedai buku,” ajak Yuri.
Hurin mengangguk-angguk. Dia mengekori langkah Yuri. Hatinya seronok bersama Auntie Yuri. Bermacam-macam buku cerita yang terdapat di situ. Putih mata Hurin untuk memilihnya. Setelah beberapa lama dia berfikir, dia memilih tiga buah buku cerita. Dia memberi kepada Yuri untuk membuat pembayaran. Kemudian mereka keluar dari kedai itu. dia mendukung Hurin.
“ Selepas ni, kita pergi tengok baju, ye,” ucap Yuri.
“ Hmmm…Hurin akan dapat baju ke, auntie?”
“ Mesti, auntie nak Hurin pakai baju cantik-cantik tau.” Dia mencabut manja hidung Hurin.
HAKKAI gelisah di atas katil. Entah kenapa dia terlampau memikirkan tentang gadis itu. Tapi siapa budak perempuan yang ada dengan dia tadi? Anak dia ke? Kini, dalam fikirannya penuh dengan prasangka. Jika betul, budak perempuan itu anak kepada gadis itu, dia sudah membuat kesilapan besar dengan memisahkan dua beranak itu. Semasa makan malam tadi, gadis itu langsung tidak kelihatan di ruang makan. Tentu dia tidak balik lagi. Sudah tentu, gadis itu bersama lebih lama dengan anak kecil itu. ingin bertanya kepada ayahnya, dia malu.
“ Assalamualaikum.” Kedengaran suara memberi salam dari luar bilik.
Hakkai pantas mengambil sebuah buku. Dia kelihatan tekun dengan membaca buku itu. Yuri dipandang sekilas. Yuri mengerling ke arah Hakkai. Diambil tualanya, lalu masuk ke bilik air. Nasib baik, esok cuti lagi. Boleh rehatkan kepalanya yang pening. Tentu letih membawa Hurin tadi.Setelah membersihkan diri, dia memyediakan tempat tidurnya. Dibentang sebuah toto dan dia berbaring serta berselimut. Dia berkhayal. Tentu seronok jika dia mempunyai anak seperti Hurin. Dia memejamkan matanya.
Hakkai menutup buku yang dibacakannya tadi. Dia memandang ke arah Yuri yang membelakangi dirinya. Dia mahu bertanya kepada Yuri. Namun melihat wajah Yuri yang dingin, pertanyaan itu mati dengan sendiri. Dia masih ingat keadaan di mana dia melihat air mata Yuri mengalir deras apabila dia menghina ibu Yuri. Dia sendiri berasa bersalah dengan apa yang diperkatakan. Dia tahu bagaimana rasanya kehidupan tanpa ibu. Dia sendiri telah mengalaminya.
Tetapi mulutnya terlepas kata. Mungkin kerana dia terlalu marah akan perkahwinan yang terjadi kata-katanya tidak dapat ditarik balik. Dia sendiri tidak tergamak untuk menghina Yuri. Tidak pernah dia melihat Yuri bersama jejaka lain selain abangnya itu. Dia juga pernah ternampak Yuri bersama seorang perempuan. Mereka baru keluar dari sebuah rumah anak-anak yatim.
Yuri langsung tidak bercakap dengannya selepas dia menghina ibu Yuri. Gadis itu sedia menerima apa-apa daripadanya. Dia mahu tahu siapa sebenarnya gadis itu. Dari Yuri berpakaian, dia tahu yang Yuri itu anak orang berada tetapi dia tidak pernah menyebutnya. Dia juga terkejut apabila ayahnya memberitahunya yang Yuri telah berhenti kerja di syarikat ayahnya. Yang paling memeranjatkannya, apabila ayahnya memberitahu yang Yuri sebenarnya graduan dari salah sebuah universiti di Jepun. Siapa sebenarnya dia ni?desis hati kecilnya.
No comments:
Post a Comment