Friday, September 24, 2010

sedingin kasih17

Bab17

KECOH  satu  pejabat  tentang  kes  tangkap  khalwat  Yuri  dengan  Hakkai. Entah  siapa  yang  bawa  mulut, mencanangkan  berita  panas  ini. Pagi  itu  memang  betul-betul  kecoh. Masing-masing  membuat  andaian  sendiri. Yuri  muncul  dengan  wajah  yang  tidak  bermaya. Matanya  bengkak  akibat menangis  dan  tidak  tidur  semalaman. Suasana   pejabat  menjadi  sunyi  sepi  apabila  Yuri  melangkah  masuk. Linda  dan  Hasliza  segera  mendapatkan  Yuri  yang  tidak  bermaya  itu. Yuri  duduk  di  mejanya. Mereka  ingin  mengetahui  cerita  yang  sebenarnya.
            “ I  nak  tahu  cerita  yang  sebenarnya,” ujar  Hasliza.
            “ Tolonglah. I  tengah  pening  kepala  ni,” ucap  Yuri  dengan  nada  yang  perlahan.
            Di  pintu  pejabat, muncul  Hakkai  bersama  Tuan  Ahmad. Mereka  bergerak  mendekati  meja  Yuri. Ingin  berbincang  sesuatu.
            “ Kai  masuk  bili  dulu. Ayah  nak  bincang  dengan  Yuri,”  ujar  Tuan  Ahmad  selepas  sampai  di  meja  Yuri.
            “ Awak, Yuri  masuk  ke  bilik  saya  sekarang  juga,” arah  Tuan  Ahmad.
            Yuri  terus  bangun  dan  mengekori  langkah  Tuan  Ahmad. Entah  apa  lagi  yang  ingin  diperkatakan. Wajahnya  semakin  dingin. Tuan  Ahmad  duduk  di  kerusinya. Yuri  masih  berdiri  menunggu  arahan  seterusnya. Hatinya  menjadi  tidak  tenang. Dia  keruan  apabila  ingin  mendengar  tentang  perkara  itu.
            “ Duduklah, Yuri. Ayah  nak  berbincang  sikit,” ucap  Tuan  Ahmad.
            Ayah??? Dahi  Yuri  berkerut  seribu. Dia  berasa  pelik  apabila  mendengar  perkataan  itu  terkeluar  dari  mulut  Tuan  Ahmad. Tuan  Ahmad  tersenyum  melihat Yuri. Dia  juga  sedih  semalam  kerana  tanpa  usul  periksa, dia  memaksa  mereka  berdua  berkahwin. Namun  perkara  sudah  berlaku  dan  tidak  boleh  diulang  semula. Bak  kata  orang, nasi  dah  jadi  bubur. Yuri  sudah  pun  menjadi  menantunya.
            “ Ayah  nak  Yuri  tinggal  dengan  ayah  dan  Hakkai. Tak  manis  kalau  tinggal  asing-asing,” ucap  Tuan  Ahmad  lagi.
            Semakin  berkerut  dahi  Yuri  mendengar  rancangan  dari  Tuan  Ahmad. Tinggal  sebilik  dengan  Hakkai? Oh….Tidak! Aku tak  sanggup. Tidak  boleh  dibayangkan  bila  dia  tinggal  bersama  lelaki  bengis  itu. Jika  tinggal  bersama, sudah  tentu  banyak  yang  akan  dikatakan  oleh  lelaki  itu. Dia  tidak  dapat  menahan  sakit  hati  mendengar  kata-kata  penghinaan  daripada Hakkai.
            “ Tapi, Tuan  Ahmad…”
            “ Ayah  nak  Yuri  tinggal  dengan  Hakkai. Cuma  Yuri  seorang  yang  boleh  bimbing  Hakkai  tu,” ujar  Tuan  Ahmad.
            “ Tapi  kenapa  saya?” bantah  Yuri. Dia  benar-benar  tidak  berpuas  hati.
            Tiada  sesiapa  yang  boleh  mendesaknya. Jika  dia  tidak  menyukai, dia  tidak  akan  mengikut  kata  orang  itu. Entah  mengapa  Tuan  Ahmad  mengatakan  yang  dia  mampu  membimbing  Hakkai  yang  berhati  batu  itu. Dia  mengeluh.
            “ Yuri  dah  lama  dalam  pemerhatian  ayah. Calon  yang  baik  untuk  anak  ayah  yang  sorang  tu,” beritahu  Tuan  Ahmad.
            Yuri  tidak  dapat  membalas  ucapan  itu. Lidahnya  kelu. Dia  tidak  tahu  apakah  cara  untuk  membantah  cadangan  Tuan  Ahmad. Gila  jadinya aku  nanti, desis  hati  kecil  Yuri. Tuan  Ahmad  tidak  putus  asa. Dia  mahu  Yuri  tunggal  bersama  Hakkai. Dia  merayu-rayu  agar  Yuri  bersetuju  dengan  cadangannya  itu. Dia  sudah  berbincang  dengan  Hakkai  tentang  perkara  itu. Dia  begitu  tegas  dengan  Hakkai  supaya  menerima  cadangannya  itu.
            Yuri  naik  rimas  dengan  rayuan  Tuan  Ahmad. Selagi  dia  tidak  bersetuju, selagi  itulah  Tuan  Ahmad  akan  merayu  padanya. Selagi  itu  jugalah, dia  tidak  akan  keluar  dari  bilik Tuan  Ahmad. Dalam  sedar  tak  sedar, hampir  dua  jam  mereka  berbincang  tentang  perkara  yang  sama.
            “ Baiklah, Tuan  Ahmad. Saya  akan  tinggal  bersama  Hakkai  tapi  beri  masa  kepada  saya  dulu. Saya nak  kemas  barang  saya.” Akhirnya  Yuri  mengalah  jua. “ Saya  keluar  dulu.”
            Semasa  dia  keluar  dari  bilik  Tuan  Ahmad, dia bertembung  dengan  Hakkai. Dia  tidak  mengangkat  muka  langsung. Pening  kepalanya. Dia  sudah  bersetuju. Kenapalah  dalam  ramai-ramai   perempuan, dia  yang  kena. Apalah  nasibnya  nanti  apabila  tinggal  bersama  dengan  Hakkai. Tidak  dapat  dibayangkan.. Dia  seperti  mahu  menangis  di  situ. Menyesal  pun  ada  kerana  minta  kerja  di  situ. Kenapa  dia  tidak  mendengar  nasihat  dari  Liya?
            Hasliza   dan  Linda  memandang  sesama  sendiri  sebelum  memandang  Yuri  yang  sedang  duduk  di  mejanya. Pertama  kali  mereka  berdua  melihat  wajah  Yuri   yang  begitu  berserabut. Biasanya  Yuri  kelihatan  tenang  walaupun  acap  kali  dimarahi  oleh  Hakkai. Yuri  memejam  matanya. Letih  benar  otaknya  memikirkan  masalah  yang  baru  dihadapi. Dia  sendiri  seperti  tidak  percaya  yang  dia  telah  menjadi  isteri  kepada  lelaki  yang  berhati  batu. Lagu  A  shi  te  iru  bermain  di  telefonnya. Dia  memandang  sekilas  nama  pemanggilnya.
            “ Assalamualaikum,” jawabnya.
            Suara  di  hujung  talian  jelas  menjawab  salam  yang  di  hulurkan. “How  are  you, princess?”
            “ I’m not  okey,Aika. I’m  going  to  be  crazy. I  need  to  talk  to  you. Please  come  to my  office,”ujar  Yuri.
            “ I  will  be  there  but  lunch  time.”
            “ Bye. Take  care. Love  you,” ucap  Syaqie.
            “ See  you. Love  you  too,” balas  Yuri.
            Hasliza  dan  Linda  sudak  terpacak  di  hadapan  mejanya. Entah  berapa  lama  mereka  berdiri  di  hadapannya, dia  sendiri  tidak  sedar.
            “ Siapa  tadi?” Hasliza  bertanya. Siap  dengan  love  you. Ini  mesti  ada  something  ni.
            “ Nanti  kauorang  tahu  jugak.” Dia  berjalan  keluar  dari  pejabatnya. Langkahnya  menuju  ke  kaferia. Hampir  lunch. May  be, Aika  on  the  way, desis  hati  Yuri. Dia  membeli  secawan  kopi. Kopi  panas  itu  menenangkan  fikirannya  yang  bercelaru.
           


SYAQIE  sudah  sampai  di  pejabat  Yuri. Dia  tidak  tahu  di  mana  Yuri  berada. Dia  cuba  menelefon  telefon  bimbit  Yuri  namun  Yuri  langsung  tidak  menjawabnya. Dia  naik  ke  tingkat  atas. Matanya  meliar  mencari  kelibat  Yuri. Akhirnya, dia  ditegur  seseorang.
            “ Encik  cari  siapa?”  soal  gadis  itu.
            “ Yukari  Hanun  ada  tak?”
            “ Oh.. Yuri, saya  rasa  di  ada  kat  keferia  kat  tingkat  bawah. Encik  dah  cuba  call   dia?” Sekali  lagi  gadis  itu  bertanya.
            “ Saya  call  tapi  tak  dapat. Tak   ada  orang  jawab  pun.”
            “ May  be, Yuri  tertinggal  phone  dia  kat  meja. Sekejap  ye, saya  pergi  tengok.” Kelibat  gadis  itu  hilang  seketika. Gadis  itu  muncul  kembali  bersama  dengan  telefon  Yuri. Sah! Tentu  Yuri  tertinggal  phone dia. Kenapalah  adik  aku  ni  cuai  sangat?
            “ Saya  akan  cari  dia. Biar  saya  bawa  phone  dia,” ucap  Syaqie.
            Gadis  itu  memberikan  kepada  Syaqie  lalu  Syaqie  memohon  untuk  pergi. Sebelum  sempat dia  melangkah, suara  gadis  tadi  memanggilnya. “ Boleh  saya  tahu  encik  ni, siapa?”
            “ Biarlah Yuri  sendiri  yang  bagitau  cik. Saya  dah  lambat.” Syaqie  berlalu  pergi.
            Syaqie  ke  kaferia  yang  berada  di  tingkat  bawah. Dari  pintu  lagi, dia  sudah  melihat  Yuri  yang  duduk  keseorangan  di  sudut  kaferia  itu. Dia  mendekati  Yuri  yang  sedang  asyik  mengelamun. “ Princess,” sapanya.
            Yuri  tidak  sedar  yang  dirinya  dipanggil  oleh  Syaqie. Syaqie  duduk  di  hadapannya  baru  dia  akan  kehadiran  Syaqie.
            “ Kenapa  dengan  princess  ni?”
            “ Aika,” sapa  Yuri.
            “ Kenapa  pulak  ni?”
            “ Peninglah. Ayah  dia  suruh  Yuri  tinggal  dengan  dia. Macam  mana?” Yuri  mahukan  pendapat  daripada  Syaqie.
            “ Yuri  tidak  boleh  lari. Cuba  sesuaikan  diri  dengan  keadaan.” Lembut  sahaja  kata-kata  Syaqie.
            “Tapi  Yuri  tak  boleh. Dia  hina  Okasa, tau  tak?” Dingin  muka  Yuri  ditambah  dengan  perasaan  marah  mula  membara.
            “ Tapi  dia  suami princess,” pintas  Syaqie.
            “ Tapi…”
            “ Tapi  apa  lagi? Cuba  sesuaikan  diri  dulu. Nanti  bila  tak  boleh  jugak, biar  Aika  yang  uruskan  dengan  peguam  syariah, ye,” pujuk  Syaqie.
            Syaqie  perlu  lakukan  sesuatu  sebelum  terlambat. Dia  tahu  apa  yang  perlu  dilakukan.
           

SYAQIE  menunggu  Hakkai  dengan  sabar. Mungkin  jalan  raya  sesak, sebab  itulah  lambat. Akhirnya  dia  berjaya  menghubungi  Hakkai. Dia  mendapat  pertolongan  daripada  seorang  kawan  yang  turut  mengenali  Hakkai. Hakkai  mendekati  Syaqie. Dia  langsung  tidak  mengenali  lelaki  yang  menghubunginya  tempoh  hari. Lelaki  itu  beria-ia  mahu  berjumpanya. Bila  ditanya  apa  perkara  yang  mahu  dibincangkan, lelaki  itu  menyuruhnya  datang  dahulu.
            “ Boleh  saya  duduk?” soal  Hakkai.
            Syaqie  mengangguk.
            “ Kenapa  encik  nak  sangat  berjumpa  dengan  saya?” Hakkai  terus  bertanya, dia  tidak  mahu  berlama-lama  di  situ.
            “ Ini  berkaitan  dengan  Yuri.” Syaqie  memulakan  ucapannya.
            Hakkai  berkerut  dahi  mendengar  perkataan  itu. Entah  apa  yang  diperkatakan  oleh  lelaki  ini. Mungkin  lelaki  ini  kekasih  Yuri  yang  mahu  dia  menceraikan  Yuri  secepat  mungkin. Syaqie  tersenyum.
            “ Sebelum  itu, biarlah  saya  kenalkan  diri  saya  dulu. Saya  tengok  awak  macam  tak  kenal  saya. Mungkin  malam  awak  dikahwinkan  dengan  Yuri  tu, saya  pun  ada  sama  masa  tu. Nama  saya  Syaqie  Aikawa, abang  kepada  Yuri,” ucap  Syaqie.
            “ Setahu  saya, dia  tu  anak  yatim  piatu,” ucap  Hakkai. Dia  tidak  sangka  Yuri  mempunyai  seorang  abang.
            “ Untuk  pengetahuan  awak, adik  saya  tu  seorang  sensitif. Tolonglah  jangan  hina  Okasa…”
            “ Okasa? Siapa  Okasa?” soal  Hakkai.
            “ Okasa  tu  mama  saya. Kami  panggil  Okasa. Dia  tak  boleh  kalau  ada  orang  yang  hina  Okasa. Dia  tak  sempat  untuk  berjumpa  dengan  Okasa  coz  Okasa  meninggal  selepas  Yuri  dilahirkan,” tutur  Syaqie  dengan  lembut. “ Dan  untuk  pengetahuan  awak  juga, kejadian  tangkap  khalwat  yang  awak  alami  sama  dengan  kejadian  yang  Yuri  pernah  alami. Dia  telah  ditangkap  dengan  saya. Mungkin  awak  tak  akan  percaya  tapi  inilah  yang  kejadian  Yuri  alami  dulu. Masa  tu  dia  nak  SPM. Nasib  baik  pelajaran  dia  tak  terjejas. Tapi  sekarang  dia  tak  macam  dulu,” cerita  Syaqie.
            “ Macam  mana?”
            “ Dulu  dia  lincah  saja, manja  dan  senang  nak  ketawa. Sekarang  dia  seperti  yang  awak  tengok. Dah  dekat  7  tahun, saya  tak  pernah  dengar  dia  ketawa  lagi. Saya  harap  awak  faham  dengan  perangai  adik  saya  tu. Maaflah  saya  ada  kerja  lain  sekarang,” ucap  Syaqie.

No comments:

Post a Comment