Bab 29
YURI sampai di rumah, tempat tinggal Liya. Liya tiada di rumah ketika itu. Dia duduk di luar rumah. Dia tidak bercadang masuk ke rumah itu walaupun dia mempunyai kunci penduanya. Dia berlegar-legar di halaman rumahnya. Sudah pukul 4 petang, dia merasakan Liya dalam perjalanan pulang ke rumah. Rumah ini diberi kepadanya sewaktu dia bersetuju untuk pulang ke Malaysia. Banyak alasan yang diberikan kepada Abangnya untuk menolak tawaran itu. Namun dia mengalah juga apabila melihat abangnya bersungguh-sungguh. Abangnya juga telah memberikan sebuah kereta untuk kegunaannya. Sekiranya dia tidak pulang ke Malaysia, sudah tentu dia masih seorang gadis yang bebas untuk ke mana-mana.
“ Assalamualaikum,” sapa seseorang.
Lamunannya terhenti. Dia melihat dua orang gadis telah terpacak di hadapannya.
“ Waalaikumussalam,” jawabnya.
“ Akak cari siapa ni?’ soal salah seorang dari gadis itu.
“ Liya tak balik lagi ke?”
“ Belum lagi. Biasanya dah sampai. May be Kak Liya buat kelas tambahan,” jawab seorang gadis itu.
Salah seorang daripada gadis itu membuka pintu rumah. Dia menjemput Yuri masuk ke dalam rumah. Yuri mengekori tanpa sebarang bantahan.
“ Duduklah dulu, kak. Dia dalam perjalanan balik ke rumah agaknya ni.” Kedua-dua gadis itu menghilangkan diri mereka masuk ke bilik mereka.
Yuri memandang sekeliling. Ternyata, hasil tanganya tetap tidak berubah. Susun perabot masih dalam keadaan yang sama ketika dia berpindah masuk ke rumah Hakkai. Yuri berjalan sekeliling. Liya yang berada di muka pintu sambil terkejut. Yuri tidak sedar kelibat Liya yang sedang memandang ke arahnya. Lantas Liya berlari memeluk Yuri. Nasib baik dia tidak terjatuh bersama Yuri. Dia sebenarnya gembira. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan kawannya itu. Lagipun kawannya itu susah untuk diajak bertemu. Sibuk dengan kerja di pejabat. Begitu juga dengan dirinya yang sibuk dengan anak-anak yatim yang akan menghadapi peperiksaan tahun ini.
“ DIA ke kawan Kak Liya cakapkan tu?” Maria, gadis yang menyewa di situ bertanya.
“ Dialah orangnya. Kak Liya tak nafikan, dia tu tak peramah tapi dia baik,” ucap Liya tersenyum.
“ Siapalah mak bapak dia ye?”
Liya terpegun seketika. “ Kenapa Maria tanya macam tu?”
“ Dia cantik. Tentu dari keturunan.”
“ Kalau boleh, Maria jangan tanya pasal keluarga dia. Dia tak suka orang ambil tahu pasal keluarga dia.”
“ Kenapa?”
“ Akak pun tak tahu.”
Perbualan mereka terhenti tatkala Yuri berada di pintu dapur. Matanya dingin merenung Liya dan Maria. Liya pula terkejut melihat Yuri berpakaian tidur seperti tidak mahu pulang ke rumah.
“ Kau tak nak balik rumah ke?”
Yuri menggeleng. “ Malam ni aku tidur kat sini. Malas aku balik menghadap lelaki tu.”
Liya pula yang menggeleng. Yuri tidak pernah berubah. Ada sahaja ayat yang berbisa dari mulut kecil itu. Maria pula dari tadi tidak lepas pandang ke arah Yuri. Maria seakan terpesona dengan kecantikkan Yuri. Belum pernah dia berjumpa dengan orang yang perwatakkan unik seperti Yuri.
“ Akak, boleh saya tanya sikit?” Soalan Maria membelah kesunyian antara kedua-dua kawan baik itu.
Liya mengalih arah kepada Maria. Kemudian ke arah Yuri. Yuri tidak memberi sebarang reaksi. Liya mengangguk kemudiannya.
“ Akak ni orang mana? Tak nampak macam orang melayu pun.” Soalan itu membuatkan senyuman timbul di bibir Liya. Yuri seperti tadi. Seperti tidak mendengar apa-apa.
“ Kak Yuri ni, dia anak kacukan melayu-Jepun. Keturunan mamanya,” jawabnya bagi pihak Yuri.
“ Patutlah ,akak macam saya pernah nampak. Muka sebiji dengan pelakon Jepun. Apa namanya ye….Lupalah.” Maria menggaru kepalanya.
Yuri tahu siapa yang hampir sama dengan wajahnya. Pelakon jepun yang bernama Horikita Maki. Perbezaannya cuma satu sahaja. Rambut Yuri panjang manakala artis itu berambut pendek.
YURI bersiap ke pejabatnya. Kemudian dia melangkah ke dapur. Kelihatan Liya seorang sahaja yang berada di situ. Dia menghulurkan bantuan kepada Liya.
“Kenapa kau tidur kat sini? Suami kau tak marah ke?”
Memang dari semalam lagi dia ingin bertanya tetapi kehadiran Maria telah membantutkan niatnya. Yuri tentu tidak suka perihal dirinya dipersoalkan di hadapan orang yang tidak dikenali.
“ Why do you ask me that question?” Pertanyaan Liya dibalas dengan pertanyaan juga.
“ Kau bergaduh dengan dia ke?”
“ Untuk pengetahuan kau, selama ni memang aku bergaduh dengan dia. Dia lagi suka kalau aku tak balik langsung,” balas Yuri.
Liya tersenyum. Hakikat itu memang diketahuinya tetapi walaupun Yuri berperang dingin, Yuri tidak pernah melarikan diri dari rumah sebegini. Yuri tidak mempedulikan Liya. Dia membancuh air milo.
“ Apa dia dah buat kat kau?”
Yuri tersentak. Liya tahu macam mana nak uruskan Yuri. Kena cuba cara yang halus. Sedar tak sedar soalan Liya memerangkapnya. Takkanlah dia nak beritahu yang dia keluar dari rumah itu kerana sekeping gambar. Tentu Liya akan ketawa.
“ Apa dia dah buat?”soal Liya lagi dengan suara yang lembut.
Yuri meneguk air milo yang dibancuhnya. Dia tidak mempedulikan soalan Liya. Dia keluar dari rumah itu dengan langkah yang agak laju. Dia tidak mahu menjawab soalan itu. Maria dan rakannya mahu menegur Yuri namun melihat wajah Yuri yang agak tegang, mereka mematikan niat mereka.
Yuri memandu dengan tenang. Perasaan marahnya beransur-ansur reda. Marahnya pada dirinya sendiri. Marah kerana dia mudah mengalah pada lelaki itu. Dia cuma mahu menolong. Tiada niat lain pun. Tetapi lelaki itu tidak memahami niat baiknya. Dia masuk ke biliknya. Projek bersama Syarikat Gergasi hampir siap. Dia mahu memguruskan terlebih dahulu. Puan Fauziah bersusah payah mendapatkan tender tersebut. Telefon bimbitnya berbunyi.
“ Assalamualaikum.” Pemanggil itu memberi salam.
Dia menjawab salam itu.
“ Hello my princess,” sapa Syaqie.
“ Aika, hmmm…How are you?”
“ I’m free. Thank. How’s about you?” soal Syaqie kembali.
“ I’m fine now. Why you call me right now? Something’s bothering you?”
“ Yuri, I want to ask you about something but don’t get me wrong,” ucap Syaqie.
“ Say it. I will listen,” balas Yuri.
“ I think we better talk face to face. I will take you at your office this afternoon. Bye.” Syaqie mematikan taliannya.
Yuri tidak pasti perkara apa yang mahu dibincangkan oleh Syaqie. Begitu penting? Dia tidak berapa mengendahkannya. Kerjanya disambung kembali. Tangannya laju melukis pelan. Telefon di atas meja pula yang berbunyi. Kerjanya terganggu lagi. Siapalah yang menganggunya lagi?
“ Yes, who is this?”
“Cik Yuri, esok ada wakil dari Syarikat Gergasi ingin berjumpa dengan Cik Yuri. Dia mahu berbincang tentang proposal yang hendak dibuat,” beritahu Masmira.
“ Baiklah. Ada apa-apa lagi?”
“ Tak ada. Terima kasih,” ucap Masmira.
Yuri mengeluh perlahan. Siapa agaknya wakil syarikat Gergasi itu? Harap-harap seseorang yang mudah bekerjasama dengan orang lain. Yuri menyambung semula kerjanya.
“ APA yang Aika nak cakapkan?” Yuri tidak sabar-sabar.
“ Semalam princess tidur mana?” Syaqie memandang tepat ke arahnya.
“ Kenapa Aika tanya macam tu?” Dia tidak mahu menjawab persoalan dari Syaqie dulu.
“ Aika cuma nak mahu tahu mana princess tidur semalam.” Nada Syaqie kedengaran keras seperti biasa.
“ Yuri tidur kat rumah Liya,” beritahunya perlahan.
“ Kenapa?’
“ Saja. Lama tak jumpa Liya.”
“ Kenapa tak tidur rumah Hakkai? Dia risau tahu tak? Sampai dia call Aika suruh cari Yuri. Dia tak tahu nak cari Yuri kat mana,” beritahu Syaqie.
Yuri terperanjat. Berita yang disampaikan oleh Syaqie bukanlah realiti. Dia tidak percaya. Hakkai risau akan dirinya? Lelaki itu sudah gila agaknya.
“ Aika, nantilah Yuri balik. Yuri nak ambil barang yang tertinggal hari tu,” dalih Yuri.
Dia sebenarnya tidak mahu pulang ke rumah untuk waktu yang terdekat ini. Dia akan menelefon Mak Lin supaya memberitahu mereka jangan risau akan dirinya.
No comments:
Post a Comment