Friday, September 24, 2010

sedingin kasih3

Bab 3

Sudah  seminggu  berada  di  dalam  bulan  yang  dirahmati  oleh  ALLAH  ini. Namun  kerjanya  tetap  berjalan  seperti  biasa. Staf-staf  yang  lain  tetap  sama. Suka  bergosip  tentang  pihak  atasan.
            “ I  nak  ke  suraulah. Nak  rehatkan  badan. Letihnya,” rungut  Junaidah.
            Yuri  menghantar  Juniadah  dengan  pandangan  matanya. Dia  tidak  berasa  letih  lagi. Kawasan  pejabatnya  lenggang. Kebanyakan  staf  yang  lain  telah  ke  surau  untuk  merehatkan  diri  dan  menunaikan  solat  Zuhur. Yuri  mengemas  fail  yang  berselerak  di  atas  mejanya. Sejak  kebelakangan  ini, banyak  kerja  yang  perlu  diuruskan. Mungkin  pihak  atasan  mahu  menghabiskan  kerja  mereka  sebelum  hari  raya  menjelang.
            Dia  masuk  ke  dalam  surau. Ramai  yang  tengah  duduk  bersembang. Dia  cuma  menggeleng. Sepatutnya  masa  sebegini  dihabiskan  dengan  membaca  Al-Quran. Baru  lapang  dan  tenang  jiwa. Dia  segera  mengambil  wuduk. Solat  haruslah  disegerakan.selepas  itu, dia  duduk  di  satu  sudut  dan  membaca  Al-Quran. Suasana  surau  yang  pada  ketika  itu  bising  menjadi  senyap  sunyi  apabila  Yuri  membaca  Al-Quran.
            Setelah  beberapa  helai  muka  surat  dibaca, Yuri  berhenti  membaca. Kemudian  dia  keluar. Dia  dapat  merasakan  yang  ramai  orang  memandang  ke  arahnya. Dia  tidak  menghiraukan  pandangan  orang  lain  padanya. Dia  berjalan  sambil  menyanyi  lagu  Ai  Emma. Lagu  tersebut  bertemakan  seorang  gadis  yang  kesunyian. Dia  sendiri  yang  menggubahnya. Lagu  tersebut  sebenarnya  dalam  bahasa  Jepun.
            Yuri  menyambung  semula  kerja  yang  ditinggalkan  sebentar  tadi. Dia  menarik  nafas  untuk  memulakan  kerjanya. Tumpuan  diberikan  sepenuhnya  kepada  kerja. Dia  mula  menaip  kertas-kertas  kerja  yang  diarahkan  oleh  Tuan  Ahmad. Tiba-tiba  ada  seseorang  yang  menegurnya.
            “ Sedap  betul  suara  you  membaca  tadi. Terpegun  orang  lain  tengok,” puji  Linda.
            “ Terima  kasih, Linda,” ucap  Yuri  tenang. Dia  tidak  tahu  sama  ada  yang  pujian  itu  ikhlas  atau  tidak.
            Linda  pun  beredar  dari  situ. Pergi  sorang, datang  yang  sorang  lagi. Kelihatan Mansor, seorang  lelaki  duda  datang  menghampiri  Yuri. Yuri  langsung  tidak  menghiraukan  kehadiran  Mansor. Sebenarnya  dia  sedikt  takut  dengan  pandangan  mata  Mansor  yang  tajam  itu. Pada  hari  pertama  lagi, Mansor  lebih  suka  memerhati  daripada  menegurnya.
            “ Hai.” Mansor  menegurnya.
            Dia  tidak  menjawab, hanya  mengangguk. Mansor  memandangnya  seperti  mahu  menelannya.
            “ Banyak  kerja  sangat  ke?” soal  Mansor  lagi.
            Yuri  mengangguk  sekali  lagi.
            “ Bersuaralah  sikit. Saya  nak  dengar  suara  awak,” ujar  Mansor  lagi.
            “ Saya  tak  ada  masa  nak  layan  awak  bercakap. Ada  banyak  kerja  lagi,” ucap  Yuri  sedikit  berani.
            Mansor  tidak  menjawab. Dia  bergegas  pergi  dari  meja  Yuri  dengan  wajah  berkerut marah.
            Selesai  menaip, dia  memeriksa  E-mailnya. Terdapat  satu  dari  Okada. Gadis  itu  telah  menyambung  pelajarannya  ke  peringkat  Master. Dia  tersenyum  sendirian  membaca  E-mail  itu. Gadis  itu  juga  mengatakan  yang dia  akan  bercuti  ke  Malaysia  apabila  cuti  semester.



DIA  telah  berjanji  dengan  Syaqie  untuk  berbuka  puasa  bersama. Sudah  lama  dia  tidak  berjumpa  dengan  Syaqie. Abangnya  itu  telah  berada  di  luar  negara  kerana  urusan  kerja  selama  dua  minggu. Tepat  pukul  5  petang, dia  bersiap. Dia  mencari  kunci  keretanya. Kereta  itu  adalah  pemberian  Syaqie. Katanya, dia  lebih  suka  yang  adiknya  itu  menaiki  kereta  itu  daripada  menaiki  bas. Dia  bimbangkan  keselamatan  adiknya  itu.
            Dia  menuju  ke  keretanya. Dia  masih  mengingati  sindirannya  yang  dia  dapat  daripada  Husna  dan  rakan-rakannya. Mereka  memang  tidak  menyukai  Yuri  sejak  Yuri  menegur  mereka  tentang  kesalahan  kerja.
            “ Wah, hebat  betul  kau. Kereta  Kia  Septria. Mahalnya. Kau  beli  pakai  duit  siapa?” soal  Zura  sambil  tersenyum  sinis.
            “ Kau  ni  Zura…orang  ada  sugar  daddy. Biasalah  mestilah  dapat  barang  yang  mahal-mahal,” sindir  Husna  pula.
            “ Aku  bukan  macam  korang  semua,” ucap  Yuri  perlahan  tetapi  mampu  didengari  oleh  mereka.
            “ Apa  maksud  kau,hah?” Husna  memandang  tajam  ke  arah  Yuri.
            “ Korang  yang  suka  menyibuk  dan  mengumpat  pasal  orang  lain. Memang  malanglah  siapa  yang  dapat  korang  semua  ni,” ucap  Yuri. Semakin  dingin  wajahnya. Pantas  dia  memandang  ke  arah  Husna  dan  rakan-rakannya. Husna  dan  rakannya  menjadi  pucat  melihat  renungan  mata  Yuri  yang  tidak  ubah  seperti  hantu  yang  mahu  menerkam  mangsanya.
            ‘ Hmm… Sudahlah.’ Yuri  masuk  ke  dalam  kereta. Peristiwa  itu  baru  berlaku  2  hari  lepas. Dia  sendiri  hairan  melihat  Husna  yang  secara  kebetulannnya  menjadi  pucat  seperti  ternampak  hantu. Yuri  memandu  keluar  dari  tempat  parking  keretanya. Ramai  staf  yang  bertanya  tentang  kereta  itu. Dia  menjawab  yang  kereta  itu  merupakan  kereta  kawannya  yang  sedang  bekerja  di  luar  Negara.
            20  minit  kemudian, dia  sampai  di  rumahnya. Dia  begitu  bersyukur  yang  jalan  raya  tidak  sesibuk  mana. Dia  bergegas  masuk  dan  menunaikan  solat. Liya  sudah  bercadang  untuk  berbuka  puasa  bersama  keluarganya. Yuri  bersiap  ala  kadar  sahaja. Berbaju  kurung  merah  hati  serta  bertudung  yang  warnanya  seiring  dengan  baju. Pukul  6  setengah  petang, Syaqie  datang  menjemputnya. Seperti  berjanji, Syaqie  juga  memakai  pakaian  yang  sama  warna  dengan  pakaian  Yuri.
            Restoran  Benteng  Sungai  Buluh  menjadi  lokasi  mereka  berbuka  puasa. Syaqie  telah  menempah  meja  yang  berada  jauh  dari  pandangan  orang  lain. Selesai  berbuka  puasa, mereka  pergi  berterawih  di  masjid  yang berdekatan. Selepas  berterawih, mereka  berlegar-legar  di  kawasan  Putrajaya  untuk  menghirup  udara  segar.



YURI  duduk  di  laman  rumahnya. Dia  duduk  termenung. Kicauan  burung  pada  petang  itu  benar-benar  membuatkan  suasana  menjadi  tenang. Halaman  rumahnya  telah  berubah  rupa  minggu  lalu  diubah  oleh  Yuri  sendiri. Dia  telah  menempah  bangku. Bunga-bunga  ditambah  untuk  menambahkan  kecantikan  halaman  rumahnya  itu. Zarah-zarah  udara  yang  segar  menyapu  lembut  pipinya. Dia  memejam  matanya  menikmati  ketenangan  di  situ.
            “ Hai.” Dia  terdengar  seseorang  menegurnya  dan  dia  pasti  orang  itu  bukanlah  Liya.
            Dia  mencari  arah  suara  itu  datang. Kemudian  dia  ternampak  seorang  lelaki  tersenyum  manis  ke  arahnya. Lelaki  itu  berada  di  rumah  di  sebelah  rumahnya. Mungkin  itu  merupakan  jirannya. Dia  mengangguk  tanda  menegur  kembali. Dia  tidak  mahu  bersuara. Dia  malas  melayan  lelaki  itu. Nampak  sangat  yang  lelaki  itu  mahu  berkenalan  dengannya.
            “ Awak  tinggal  sorang  ke?” soal  lelaki  itu. “ Saya  Izzat.
            Yuri  berasa  tidak  sampai  hati  untuk  tidak  menjawab  soalan  dari  lelaki  itu. “ Saya  Yuri.”
            “ Yuri, cepatlah. Nanti  Syaqie  datang,” jerit  Liya  dari  dalam.
            Yuri  menggeleng  mendengar  suara  Liya  yang  kuat  itu. Dia  memandang  ke  arah  Izzat. “ Saya  masuk  dulu.”
            Izzat  mengangguk. Dia  memerhati  lenggok  gadis  itu. Nampak  ayu. Cantik. Dia  seperti  pernah  berjumpa  dengan  gadis  itu. Dia  berfikir  sejenak. Beberapa  saat  kemudian, barulah  dia  teringat. Wajah  gadis  tadi  betul-betul  mirip  dengan  artis  Jepun  yang bernama  Horikika  Maki. Dia  memang  minat  dengan  artis  tersebut  sejak  bekerja  di  Jepun. Yang  berbeza, gadis  tadi  bertudung.
            Sejak  bekerja  di  Jepun, dia  jarang  berada  di  Malaysia. Kalau  balik, cuma  sekejap  sahaja. Walaupun  dia  suka  memikat  wanita  tetapi  dia  tidak  suka  akan  perhubungan  yang  serius. Dia  teringat  kembali  zaman  universitinya. Di  Jepun, dia  banyak  berkawan  dengan  wanita. Dia  saja  mahu  melihat  reaksi  wanita  tersebut. Dari  situ  dia  mendapat  banyak  pengalaman  dengan  wanita.
            Lamunannya  terhenti  apabila  melihat  sebuah  kereta  jenis  pegeout  berhenti  di  hapadan  rumah  gadis  itu. Keluar  seorang  lelaki  yang  tidak  kurang  tampan  dari  kereta  itu. Gadis  tadi  keluar  menyambut  kedatangan  lelaki  itu. Mereka  tidak  sedar  yang  mereka  diperhati  oleh  Izzat. Izzat  dapat  mengagak  yang  lelaki  itu  merupakan  kekasih  gadis  yang  bernama  Yuri.
            Yuri  mengajak  Syaqie  masuk. Dia  telah  mengajak  Syaqie  untuk  berbuka  puasa  bersama  di  rumah. Syaqie  amat  berbesar  hati  untuk  menerima  jemputan  Yuri  itu. Bukan  senang  Yuri  mahu  mengajaknya. Masuk  ke  dalam  rumah  membuatkan  dia  kagum   dengan  hiasan  dalaman  rumah  itu. Ini  hiasan  seorang  pakar. Dia  terlupa  yang  adiknya  itu  merupakan  pereka  hiasan  dalaman.
            “ Your  house  look  nice,”puji  Syaqie.
            “ Awak  lupa  ke  yang  adik  awak  ni  pakar  hiasan  rumah?” soal  Liya  pula.
            “ Lupa  pulak  yang  Yuri  ni  pakar.” Syaqie  ketawa.
            “ Sudahlah tu. Jom  kita  duduk. Azan  dah  nak  berkumandang  tu,” arah  Yuri.
            Sebaik  azan  berkumandang, mereka  pun  berbuka  puasa. Selesai  berjamu  selera, mereka  pun  bersiap  untuk  ke  surau.


YURI  termenung  di  bangku  di  halaman  rumahnya. Bekerja  di  Malaysia  tidak  sama  dengan  bekerja  di  Jepun. Terlalu  banyak  tekanan. Mungkin  kerana  kerani  bukan  bidangnya. Kalaulah  dia  tinggal  terus  di  Jepun, kehidupannya  akan  lebih  baik. Dia  berasa  sedikit  menyesal  atas  kepulangan  ke  Malaysia. Dia  mengeluh  lemah. Hidupnya  kini  menjadi  tidak  bersemangat.
            Izzat  yang  kebetulan  baru  keluar  dari  rumahnya  terpaku  melihat  kejelitaan  yang  terdapat  di  wajah  ayu  Yuri. Cara  Yuri  termenung  benar-benar  seperti  puteri  yang  kesunyian. Seorang  yang  inginkan  teman  di  sisi. Matanya  tidak  dapat  lari  daripada  memandang  wajah  Yuri. Dia  melihat  Yuri  mendongak  ke  langit. Angin  pagi  menyapu  lembut  wajahnya.
            Tiba-tiba  telefon  di  atas  meja  Yuri  berbunyi. Pantas  dia  mengangkat  telefon  itu.
            “ Ye, what  do  you  want?”soal  Yuri. “No need. Yuri  nak  buka  kat  rumah  je. Aika  pergilah  dengan  kawan  Aika. I’so  sorry.” Lemah  dia  menjawab.
            Dia  kembali  dengan  aktiviti  lamanya. Dia  mengeluh  agak  kuat.
            “ Apa  yang  buat  awak  mengeluh  sampai  begitu  sekali?” tegur  Izzat.
            Yuri  terkejut. “ Awak  nak  apa?” Yuri  begitu  marah  kerana  lamunannya  terganggu  lagi.
            “ Saya  terdengar  awak  mengeluh  kuat  tadi,” ucap  Izzat.
            Yuri  tidak  menjawab  soalan  Izzat  itu  tetapi  membebel  dalam  bahasa  Jepun. Izzat  terkejut  mendengar  ucapan  yang  terucap  dari  mulut  gadis  itu. Dia  langsung  tidak  menyangka  yang  gadis  itu  pandai  berbahasa  Jepun. Dia  tersenyum.
            “ Awak  cakap  saya  ni  penyibuk  ye?” tegur  Izzat.
            Yuri  mencebik. Dia  masih  membebel  dalam  bahasa  Jepun.
            “ Watasiwa  Izzat  Ajmal  des.( Nama  saya  Izzat  Ajmal). Hajime  mashite.( Selamat  berkenalan),” ucap  Izzat.
            Yuri  terkejut  sekali  lagi. Dia  tidak  menyangka  yang  lelaki  itu  pandai  berbahasa  Jepun. ‘ Jadi  dia  tahulah  apa  yang  aku  bebelkan  tadi.’ Dia  terdiam. Tidak  tahu  apa  yang  perlu  dikatakan  lagi.

No comments:

Post a Comment